ZAMANI… SI BAIK HATI…

Semua digemparkan oleh satu cerita artis yang dipaksa menyanyi ketika ditahan kerana memiliki dan menagih dadah. Aku pun terkejut juga dan tak sangka rata-rata yang memperkatakan tentang seorang artis lelaki itu, adalah seorang rakan kepada aku juga. Aku tidak terkejut dengan penangkapannya, cuma yang buatkan aku naik hantu adalah keadaannya serta bagaimana dia diperlakukan.

Sengaja aku tunggu lebih seminggu untuk aku tulis cerita ini kerana nak tahu apakah lanjutan kes ini. Kasihan kawan aku tu.. Dia bukannya seorang yang buruk. Orangnya sangat baik. Sedikit pun tak ada buruk sangka pada orang lain. Itu yang aku tahulah.

 

Zamani, aku kenal dengannya pada awal pembabitan aku di dalam arena nyanyian. Pengurusnya juga seringkali aku jumpa kerana kami di bawah satu bumbung syarikat rakaman iaitu BMG Music. Kami mengenali antara satu sama lain kerana sering bertemu di dalam promosi album masing-masing. Syarikat rakaman masa itu, sangat aktif mengadakan road tour.

Zamani bersama kumpulannya yang memang terkenal itu, telah mempunyai album terlebih dahulu daripada aku yang mana album aku dipasarkan pada tahun 1995 dan mereka sebelum tahun itu.  Kalau tak silap aku. Dia seorang yang pendiam dan pemalu. Tapi sering tersenyum tatkala disapa atau bertembung dengan rakan artis yang lain.

Aku lebih mengenalinya dengan rapat apabila kami sama-sama berlakon di dalam satu filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance yang diberi judul ‘Sate’. Namun, filem yang menampilkan Zamani dan Slam, tidak dikeluarkan dan aku digandingkan dengan para pelakon lain kerana syarikat perfileman itu memutuskan untuk mengadakan penggambaraan semula. Aku pun tak pasti kenapa ianya begitu. Aku ikutkan saja.

Selepas 3 minggu menjalani penggambaran di Nilai, Negeri Sembilan itu, kami menjadi semakin akrab. Dan kerana filem itulah, aku digosip hebat dengan penyanyi yang bersuara lunak itu. Tak pasal-pasal aku kena kutuk, muka diconteng dan diherdik di dalam surat-surat yang dihantar oleh peminat setia Zamani. Sudah pasti ianya dari peminat perempuan!

Begitulah hebatnya Zamani Slam yang rata-rata dipuja dan diminati oleh golongan wanita khususnya. Tak payah tengok jauh, yang paling dekat dengan aku pun – Ina Mohd – memang cukup gila dengan Zamani. Nak aje aku kahwinkan mereka berdua supaya Zamani tu lebih terjaga. (Matilah kena marah! Hahhaa)

Aku nak bawa kalian ke tahun 1995 yang mana selepas filem Sate siap dirakam. Aku katakan tadi aku menjadi semakin akrab. Bukan saja dengan Zamani, tetapi dengan seluruh teman-teman rapatnya yang kebanyakkan mereka tinggal di Keramat. Aku mudah sekali dibuat kawan, dan kena pula masa tu aku gila modified kereta. Kawan-kawan dan Zamani lah yang rajin mengubah kereta kancil 500cc aku tu, menjadi kereta yang paling sporty dan laju! Mereka ini memang kaki modified kereta!

Bukan main Nurul Wahab Depp masa tu! Nak kawan dengan lelaki saja. Tapi kawan saja ye, tak ada yang lebih dari itu. Aku selesa berkawan dengan mereka kerana mereka tahu menghormati dan menjaga aku. Antara kawan Zamani yang paling rapat dengan aku ialah Abang Majee. Sampai sekarang kami masih berhubungan walaupun tidaklah kerap seperti dulu.

Zamani yang aku katakan seorang yang pemalu dan pendiam, lebih suka buat hal sendiri dan dijaga baik oleh arwah ibunya. Aku ingat lagi, satu hari tu, adalah aku telefon ke rumahnya. Dah tak ingat kenapa aku cari Zamani. Agaknya dah dua tiga hari berturut-turut aku telefon, ibu yang penyayang itu menegur aku.

Naik malu juga ditegur kerana seorang perempuan selalu sangat nak telefon anak lelaki orang! Hahaha.. Mungkin arwah tersalah faham. Bagi aku, hanya seorang kawan biasa yang mencari dan bercakap soal kereta dan nak lepak! Itu saja. Itu dah kebiasaan kami. Lepak memanjang… Itupun jika ada masa free.

Lepak yang aku maksudkan, bukannya berpeleseran tak tentu pasal. Kami ada satu tempat. Iaitu di stesyen minyak petronas Jalan Datuk Keramat! Entah ada lagi ke tidak Petronas itu. Satu kenangan yang tak dapat aku lupakan. Kami punyai satu kumpulan yang besar. Ramai lelaki. Sorang dua je perempuannya.

Semuanya gara-gara dari filem yang kami lakonkan bersama sehingga menjadi kawan. Tidaklah seperti kawan baik yang lain. Kami hanya kenal macam tu saja. Jauh sekali nak ada hubungan lain yang mana disalah anggap oleh peminat perempuan Zamani ketika itu.

Oleh kerana dihina dan dilarang oleh peminat Zamani ketika itu, aku perlahan-lahan menjauhkan diri kerana tak suka menerima surat-surat hinaan dan ugutan peminatnya. Kami tidak lagi berjumpa selepas itu. Tambahan pula masa tu, aku dah bertemu dengan bapa Ayu dan berkahwin selepas itu.

Zamani jauh lebih berjaya kerana bakat dan suara lunaknya. Lagu-lagu yang dinyanyikannya semuanya melekat di sanubari si pendengar dan penggemarnya. Dia lain dari yang lain. Penyanyi yang meminati Datuk Jamal Abdillah dan Fauzaih Latiff ini, tahu di mana kelebihannya tetapi tidak pula dia merasa bangga diri malah jauh sekali nak bongkak. Soal lupa diri, itu bukan Zamani.

Aku ingat lagi, dalam tahun 2008, aku dijemput untuk mengadakan satu pertunjukkan di Melaka. Tak aku sangka, Zamani juga antara beberapa artis lain yang dijemput. Berjumpa semula setelah beberapa tahun tidak berhubungan. Dia meluahkan rasa sedih yang ketika itu aku baru bercerai. Zamani yang aku lihat masa itu, telah jauh berubah. Terlalu kurus dan tidak terurus. Aku tahu kenapa dia sedemikian. Semenjak kehilangan ibunya, dia seolah hilang arah.

Kawan aku yang kuat tidur ni (kalau dah tidur, jangan harap nak bangun.. Kalau bangun pun, hanya dua orang sahaja yang boleh kejutkan dia. Ibu dan pengurusnya Abang Johan Aziz) seorang yang sangat manja dengan ibunya. Baginya, ibu adalah segalanya. Anak bongsu lah pula. Itu yang aku tahu.

Jika nak tuduh mana-mana artis lain atau mana-mana individu yang membuatkan Zamani terjerumus ke arena dadah; itu adalah satu sangkaan yang meleset. Dia anak mak. Bila emak dah tak ada lagi, memanglah dia terasa. Sebagai kawan jauh yang melihat dan memerhati, aku rasa kematian ibunya yang membuatkan dia berubah dan hanyut di dalam kesedihan. Mungkin tak ada sesiapa yang boleh diluahkan. Maklumlah, dia kan ke pendiam. Paling susah nak buka mulut nak bercerita. Mungkin Abang Majee tahu cerita yang selebihnya.

Aku pasti seluruh kawan-kawan Zamani yang berada di Keramat ketika ini, turut naik hantu dengan insiden yang berlaku pada kawan mereka itu. Andai semuanya masih muda dan tidak berkeluarga, aku rasa boleh jadi satu kes lain pula. Fahamlah ye apa maksud aku. Mereka ini punyai semangat setia kawan yang kuat. Kini, semuanya telah berkeluarga dan masing-masing punyai haluan sendiri. Hanya Zamani dan Abang Majee yang masih bujang kalau tak silap aku.

Bagi aku, satu lagi, bila nama di atas, kita sering disanjung. Kawan yang jauh jadi dekat, kawan yang tak pernah kenal, jadi rapat. Bila terlampau ramai yang berdamping dan diangkat-angkatnya, kita menjadi buta. Kita sangka semuanya sahabat.

Bila kita jatuh, mana yang jauh jadi rapat tadi, menjauhkan diri semula; yang mana yang dekat pula, disangka menjauhkan diri. Kita bawa diri sendiri. Hanyut dalam kepiluan. Mungkin itu yang terjadi pada Zamani. Dia ada isunya tersendiri. Hanya dia yang tahu…

Sungguh pun begitu, Zamani yang aku kenali, cukup baik hati. Sikit tidak terbesit keburukkan di hatinya. Oleh sebab itu paling mudah baginya memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat buruk padanya. Kalau aku di tempatnya, dibuat aku sedemikian, memang sampai lubang cacing aku cari orang itu semula. Tak kiralah pihak berkuasa atau apa. Aku saman atas bawah kiri kanan depan belakang.

Tak kira apa sekalipun kita disabitkan dengan kesalahan, nama kita manusia. Bukannya binatang atau benda. Manusia ada maruah, hati dan perasaan. Kesian aku tengok kawan aku itu nyanyi free dan kemudiannya disebarkan pula video penyanyi hebat dengan tangannya digari sedemikian.

Siapa yang lebih mulia sekarang ini? Satu Malaysia tahu akan kes ini dan semuanya berpihak kepada Zamani. Hikmah di sebalik penangkapan itu. Allah maha mengetahui segalanya. Mungkin rahmatnya, Allah nak beri kesedaran kepada Zamani dan kembalikan populariti dan kepada kehidupan yang lebih baik. Orang kalau dah hati baik, memang Allah tolong. Sabarlah Zamani. Mungkin ini satu rezeki.

Di pertunjukkan 2008 di Melaka yang aku ceritakan di atas tadi, sebenarnya sesuatu telah berlaku kepada aku. Kereta aku mengalami masalah tayar pancit selepas selesai persembahan dan aku hanya sedar setelah aku mahu pulang. Nasib baik ada PR lelaki dan juga adik lelaki aku ketika itu. Ramai yang bantu dan cuba menukar tayar kereta aku itu. Tapi gagal kerana aku tak jumpa kunci tayar aku itu.

Macam-macam yang terjadi malam itu. Long story short, artis lelaki lain dari Ruffedge dan juga beberapa yang lain, gagal tukarkan tayar dan kereta aku terus lock sendiri. So, macam mana nak drive balik. Terpaksalah cari tow truck. Dah dapat hubungi tow truck semua, kebetulan Zamani yang nak pulang ke KL, nampak insiden itu. Dihulurkan bantuannya kerana dia juga nak balik ke KL malam itu. Yang lain masih nak stay. Ada yang nak balik pun, tak boleh tolong kerana kereta mereka dah penuh.

Zamani juga yang bantu. Kami naik kereta bersama pulang ke KL. MAcam-macam cerita keluar dan yang kami sembangkan. Aku pun dah tak ingat. Kami sama-sama keletihan. Tapi yang lebih letih adalah si pemilik kereta yang menumpangkan aku itu. Aku minta untuk aku pandu keretanya kerana kesian tengok kawan aku yang kurus kering itu. Ada juga dia luahkan sedikit tentang hidupnya. Aku pun dah lupa.

Maaflah wahai kawan. Aku sebagai yang mengenali Zamani, tidak mengambil tahu atau mungkin menasihatinya setelah melihat keadaannya ketika itu. Lagipun aku sangka dia mungkin dijaga baik oleh pengurusnya. Siapalah aku nak nasihatkan orang lain. Aku pun bukannya sempurna. Memang kita semua tidak sempurna. Ada yang tahu membawa haluan diri, ada yang terperangkap dengan perasaan sendiri.

Nak tegur atau nasihat pula, aku bimbang disangka lain atau dikatakan menyibuk pula. Nak ambil tahu hal kehidupan orang lain, yang mana hal aku pun tak habis lagi aku fikir ketika itu. Itu fikir aku. Ada terfikir, tapi tidak aku fokuskan untuk langsung berhubungan dengannya. Takut gosip pun ya juga masa tu. Maklumlah, aku kan ke single tahun tu..

Aku fikir, seorang yang ada bakat seperti kami golongan artis ni, memang sedikit emosional dan kami terlalu sensitif. Kelebihan kami, haya bakat kami. Kekurangannya hanya soal emosi. Jika tidak beremosi, manakan datang bakatnya. Kerana emosi lah kami bisa berkarya. Susah orang nak fahami…

Bila tak ada yang memahami, dan kerana terteksn dengan keadaan sekeliling, itulah sebabnya ada antara beberapa insan seni yang terjerumus membuat perkara yang dilarang dan tidak diingini. Apa-apa pun, hanya diri sendiri yang tahu. Bila kita kuat, dari segi agama dan mental, sukar terjebak di dalam perkara yang buruk dan negatif.

Tak apa, tak ada yang sempurna di dunia ini. Semua dari kita melakukan kesilapan. Jlan pulang sentiasa terbuka andai mahu kembali ke arah kehidupan yang lebih baik.

Semoga Zamani jadikan ini sebagai iktibar dan kembali mencipta nama dan yang paling penting, buat duit semula!

P/S : Dulu paling takut kalau kena tahan polis. Siang malam doa jangan kena tangkap! Hahhaa… Dululah…

13 thoughts on “ZAMANI… SI BAIK HATI…

  1. Riena

    Im agree wt u dear… he’s a nice guy. anyway, congrats to u dear for your new born baby.. u have a great happy family..alhamdullilah…happy for u…

  2. erin

    Memang geram bila tengok video tu. Mana pegi rasa kemanusiaan, simpati dan hormat sesama manusia? Jangan ingat ada lambang kerajaan kat baju tu boleh buat sesuka hati! Tak fikir ke perasaan penyanyi tu ketika itu? Ada otak guna bukan letak kt dalam stokin. Harap mamat akal cetek tu kena tindakan disiplin supaya pengajaran utk semua di luar. Geram tau tak… gerammmmmm!!!!

  3. abgadekfans

    Thanks for sharing kak nurul.
    As one of his fans, he is special for all of us.
    May Allah guide and bless us all.
    Congrats on your new arrival baby R 🙂

  4. diana

    makin bijak menulis nurul, well done! tersentuh baca cerita ni, dan memang betul, orang yg baik akan menerima pertolongan Allah…. tahniah atas kelahiran baby kedua 🙂

  5. pa'E faizah

    Betul. Dia salah..itu salah dia.
    Jangan kita sbg org luar nak hakimi dia.
    Kita tak dapat bayangkan perjalanan hidupnya.

    Satu benda kami percaya pasal Zamani, Dato’ Jamal Abdillah, Saleem..buruk mereka kerana dadah. Tapi kita tak pernah buang mereka. Malah masing menyokong kuat depa..waima keluar masuk lokap, rumah pengasih sekali pun. Sebab apa? Sebab bakat depa melebihi segala keburukan yg depa cipta. Masing-masing hebat kerana suara.

  6. zaeffa abu bakar

    Hurmmmm… tak tahu nk describe perasaan ni bile baca.. very touched.. betul la tu kita manusia. Tingkah kite kebanyakkannye menurut hati dan perasaan sendiri. Bezanya zamani artis dikenali.. kita pula org biasa shj yg tak dikenali.. tapi percaturan hidup kita sama.. arah dan matlamat kita juga sama.. ingin yg terbaik.. tp Allah turunkan ujian setiap manusia berbeza corak dan caranya.. hanya Alla shj yg tahu sejauh mana kemampuan hambanya.. sedangkan kite sendiri sudah berjanji dengan maha pencipta yg kita sendiri sanggup menghadai gelora badai, rancah kehidupan sebelum kite dititipkam untuk melihat dunia… hanya kerana bile kite lihat dunia.. kite lupa.. lupa pd janji2 kite… ujian tu bukanlah satu musibah tapi pembuka ruang dan jalan dari yg gelap kpd yg terang, dari yg sesat kpd yg benar, dr yg bengkok kpd yg lurus.. hadapilah ia dgn tenang kerana pengakhirannya kite akan kembali kpd janji2 asal kite pd pencipta..

Leave a comment