SELF RESPECT… JAGA DIRI, BADAN DAN KESIHATAN!

self respect crop

Salam Semua! Semoga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera.

Terjumpa gambar yang menarik ni.. Maklum sajalah kan… Dalam keadaan aku yang memboyot dan agak besar ni; mulalah terkenangkan badan yang slim – semacam ini. Itu dulu… Selepas ini kena berusaha semula untuk menurunkan berat badan dan memastikan badan kembali kepada bentuk yang sepatutnya. Yang menariknya di dalam gambar di atas adalah kata-kata tentang apa yang perlu ada dalam fikiran kita terhadap tubuh badan kita. Bermula dengan fikiran, dan langsung merebak ke badan kita. Mindset harus betul apabila mahu menjaga dan menghormati diri sendiri. Jika kita tak jaga badan kita, siapa lagi?

Senaman adalah sesuatu yang sangat penting bagi aku. Semenjak tahun 2000, aku mula melakukan senaman yang agak ketat rutinnya. Bukannya apa.. Semuanya kerana mahukan tubuh yang sihat dan berbentuk menarik. Aku ni suka nak bentuk otot macam Madonna tu. Jadi, bukan mainlah dulu berhempas pulas di gym yang terletak di pinggir pusat bandar.

Seawal 6 pagi, selepas subuh, langsung aku memandu masuk ke ibu kota. Masa tu tinggal di luar KL. Segala kelas aerobik yang disediakan di gym itu, aku sertai. Berkat usaha dan kesabaran, aku dapat apa yang aku mahukan. Selepas itu hanya kekalkan bentuk badan sebegitu sehinggalah sebelum aku mengandung pada tahun lepas.

Senaman adalah satu kemestian untuk tubuh badan kita. Kesedaran itu timbul apabila melihat badan mengembang selepas melahirkan anak pertama dan pemakanan yang tinggi lemak dan karbohidrat. Apabila memakan makanan yang sedemikian, kesemuanya itu harus dibakar melalui senaman.

Lagipun aku ada membaca sesuatu di satu majalah yang mengatakan kesihatan harus dijaga dan ianya adalah tanggungjawab setiap insan ke atas amanah yang Allah berikan. Satu haram kecil sekiranya tidak menjaganya dengan baik. Merokok juga merupakan haram kecil. Jadi, harus menjaga badan sebaiknya. Bukan hanya mahukan badan yang berbentuk menarik tetapi juga organ dalaman yang berfungsi dengan baiknya. Senaman punyai pelbagai kebaikan kepada setiap individu. Seharusnya menjaga dengan penuh rasa kesedaran.

Kini, bersama suami aku menjalankan satu servis komuniti kepada semua yang berada di Ibukota Kuala Lumpur. Kami menjalankan aktiviti senaman yang digelar ‘Fit Activities’ setiap hari Rabu jam 6:30 petanag sehingga 7:30 petang. Kami juga menyediakan ‘recovery shake’ yang membantu membakar lemak, memberi tenaga dan protein kepada otot yang telah penat bekerja di dalam aktiviti senaman yang di adakan sebelumnya.

Minggu ini adalah minggu ke-5 kami mengadakan aktiviti ini. Kami ingin menjemput dan mengalu-alukan kedatangan semua ke :

Tingkat 2, Regency Tower, Jalan Ceylon, Kuala Lumpur.

Kemasukkan kali pertama adalah percuma dan minggu kedua dan seterusnya dikenakan bayaran sebanyak RM15. Itu sahaja yang perlu dibayar dan tiada apa-apa yang lain yang wajib.

Geram melihatkan semua bersenam setiap minggu. Aku tak boleh nak lompat dan membuat senaman yang agak berat kerana keadaan aku yang mengandung. Aku sertai juga cuma melakukan aktiviti ringan yang diajar oleh Eric, suami aku.

Jangan lupa, datang Rabu ini dan minggu seterusnya. InsyaAllah di tahun baru kami akan adakan program ini dua kali seminggu. Buat masa ini hanya sekali seminggu! Jumpa ya jam 6:30 petang di Regency Tower Jalan Ceylon! Bersama kita menjaga kesihatan dan tingkatkan kecerdasan serta kecergasan!

P/S : Teringin dan terlalu rindu bersenam, sehingga terbawa-bawa dalam mimpi!  Bersenam dalam mimpi je lah buat masa ni….

Gambar-gambar antara beberapa aktiviti yang dilakukan minggu lepas :

10655346_867824926569126_5884650484491440086_o

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: