PART 7 : BIDANG NYANYIAN

BIDANG NYANYIAN
Melalui pelbagai pengalaman yang aku kutip daripada persembahan pentas, aku lebih fokus dan optimis untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Aku amat bertuah dan bersyukur sekali kerana dilahirkan dengan bakat yang sungguh istimewa ini di samping ‘mulut murai’ – suka bercakap dan suka berkenalan. Aku ramai kenalan dan teman. aku mudah mesra dan mudah bertegur sapa sesiapa yang aku pernah atau baru aku kenali.

Oleh kerana aku yang sedemikian, aku menerima pelbagai tawaran daripada beberapa syarikat rakaman antarabangsa dan tempatan.

Syarikat pertama yang menawarkan aku sebagai artis rakaman ialah Iwan Productions. Ya, Iwan penyanyi dangdut! Apabila menerima tawaran itu, emak agak risau kerana aku bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun yang sama. Oleh kerana minat yang amat mendalam, aku pujuk emak dan abah. Mereka setuju dan bermulalah perjalanan hidup baru aku sebagai anak seni. Aku berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama-sama keluarga kawan baik aku, Farah. Farah senior satu tahun dari aku. kami belajar di sekolah menengah yang sama. Selepas SPM, Farah pulang ke KL setelah beberapa tahun tinggal dengan neneknya di kampung yang berdekatan dengan kampung aku. Farah salah seorang di dalam ‘geng’ kawan baik aku di sekolah dulu selain dari Siti Aminah, Hafishah, Sharidah dan Norlela.

Hari perpisahan kami, tidak dapat aku lupakan kerana ada yang menangis kerana aku akan tinggalkan mereka untuk mengejar cita-cita aku. mereka juga merupakan kekuatan untuk aku berjuang dan mencapai impian aku. kata-kata semangat mereka membuatkan aku lebih yakin menggorak langkah untuk maju.

Aku mula mengenal erti hidup, lebih berdikari dan rasa rindu berjauhan dengan keluarga. Bila bersama keluarga, ada saja yang tidak kena, bila berjauhan baru tahu bagaimana rasa dan pentingnya keluarga.

Emak dan abah menjadi rapat dengan keluarga Farah. Setiap kali abah ke KL atas urusan kerja, pasti beliau singgah untuk melawat aku dan keluarga itu. Emak Farah sporting dan banyak memberi sokongan dan nasihat yang amat berguna kepada aku. aku masih ingat dan masih menggunakannya hingga ke hari ini. aku dan Farah amat teruja untuk mencari kerja sambilan sementara menunggu sessi rakaman. Satu hari terbaca dalam surat khabar, Nizarman Production sedang mencari bakat baru dan satu uji bakat akan di adakan. Kami pun tidak melepaskan peluang itu. Semasa sessi uji bakat itu, aku telah bertemu dengan Syanie dan diberi peluang berlakon bersama Radhi Khalid semasa sessi ujibakat itu. Syanie menemuduga dan bertanya kenapa aku datang ke ujibakat itu. Aku memberitahunya yang aku sedang menjalani rakaman album. Dia pun suruh aku menyanyi. Syanie amat suka sekali dan aku yakin yang mereka akan menghubungi kami berdua untuk tawaran berlakon walaupun hanya sebagai ‘pak pacak’!

Harapan kami hanya tinggal harapan, tawaran tidak juga datang. Sementara menunggu, ibu Farah mengambil upah menjahit labuci dan manik pada tudung wanita. Aku dan Farah mengambil kesempatan itu untuk menambahkan wang saku kami. Seronok betul pengalaman menjahit, walaupun hanya manik dan labuci. Selepas sebulan lamanya menunggu tawaran berlakon, akhirnya, Kami dihubungi oleh kenalan yang kami jumpa semasa ujibakat di Nizarman Production. Dia membawa khabar gembira yang mana, ada drama dan produksi mahu mencari pelakon tambahan dan ianya memang confirm! Kami diberi peluang menjadi pelakon tambahan oleh syarikat produksi HVD. Siap jadi pendekar lagi! Seronok tidak terkata, maklumlah dah hidup sendiri kena cari duit lebih kerana niat tidak mahu menyusahkan emak dan abah di kampung. Lagipun, keputusan untuk tinggal sendiri aku yang putuskan, jadi aku perlu mengambil risikonya. Banyak juga drama yang ditawarkan, sehinggalah aku berpeluang bergandingan dengan Norazah Aziz, Rusly Ramly dan yang paling rapat dengan aku ialah Shariza Mahmud. Mereka banyak memberi tips tentang industri ini dan aku amat berbangga kerana ada juga yang tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman. bangganya tidak terkira!

Apabila terlalu sibuk dengan bidang yang baru tetapi sementara, keluarga Farah agak risau kerana kami sering berlakon di lokasi luar KL. Timbul beberapa salah faham dan aku memutuskan untuk berpindah dari rumah mereka. Bukanlah kami bergaduh, tetapi aku tidak mahu menjadi beban kepada keluarga itu, walau akrab dan baik sekalipun, aku tetap orang luar yang mungkin akan mengganggu privasi mereka sekeluarga. Emak Farah membantu mencari bilik untuk disewa apabila aku menerangkan bahawa aku mampu untuk menyewa bilik sendiri. Rumah sewa itu tidak jauh dari rumah Farah, kerana itu syarat emak dan keluarga Farah sendiri kerana mereka mahu mengunjungi aku selalu dan sekiranya sebarang kemungkinan berlaku, senang untuk mereka menjengah aku.

Bermulalah era hidup sendiri di rumah sewa sendiri. Aku menyewa bilik di Taman Dato Senu Sentul. Setiap hari adalah menjadi kewajipan aku untuk menghantar ‘report’ kepada emak di kampung. Aku tidak suka jika emak risau dan sentiasa susah hati kerana aku pernah melihat emak terseksa dengan beberapa perkara yang berlaku di dalam keluarga hanya kerana menipu. Dari saat itu aku nekad untuk sentiasa jujur & transparent di dalam segala hal.

Aku menelefon emak setiap hari, aku perlu allocate budget sekurang-kurangnya 50sen, maklumlah belum mampu untuk membeli telefon bimbit yang belum lagi popular ketika itu. Aku berjalan sejauh 1 kilometer setiap hari untuk menelefon emak. Public phone yang aku guna itu berada di luar taman perumahan dan berhadapan dengan sederetan rumah kedai. Pernah satu hari, apabila melintas di depan sebuah kedai buah, aku teringin untuk membeli buah betik yang telah siap dipotong.

Kerana terlalu kepingin sangat, aku batalkan hajat untuk menelefon ibu dan membeli buah itu. Lagipun semalam dah telefon, itu yang aku fikirkan. Ketika itu, aku serba kekurangan, duit yang ada pun hanya cukup-cukup saja. Jadi, apa yang aku buat, untuk makanan setiap hari, aku hanya makan biskut kering bersama milo segera yang aku beli untuk sebulan. Setiap hari itu saja yang aku makan. Itulah pengalaman yang amat berharga dan ianya memberikan aku semangat yang kuat serta mahu berusaha dengan gigih untuk berjaya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: