PART 18 : TENTANG DIRIKU.. KECANTIKKAN

TENTANG DIRIKU

KECANTIKKAN…

Cantik! Suka sekali apabila mendengarkan pujian seperti itu kepada sesiapa saja yang mengajukan dan diajukan. Siapa yang tidak mahu wajah dan badan yang cantik. Kaum perempuan lebih sinonim dengan perkataan ini. tetapi sebenarnya mereka yang bernama lelaki juga tidak kurangnya suka menjaga diri agar lebih tampan dan menawan! Imej penting kerana ia dapat memberi impresi yang baik kepada personality diri masing-masing.

Pada aku, cantik seseorang itu apabila dalamannya bersih dari iri hati atau perkara negatif, maka, kecantikkan itu akan terpancar di wajah seseorang itu. cantik pada wajah sahaja bukanlah penentu kebahagiaan seseorang, yang penting hati.

Aku yang sedari kecil amat suka kelihatan cantik bergaya, amat mengambil berat tentang kecantikkan ku walaupun aku ini seorang yang kasar seperti lelaki.

Aku punyai cara aku yang tersendiri di dalam menjaga kecantikkan diri. Aku yang sukakan aktiviti lasak, gemar bersenam di gymnasium kerana bukan sahaja dapat mencantikkan badan malah dapat membentuk wajah yang cantik. Bersenam beserta dengan pemakanan yang seimbang dapat mencantikkan kulit seseorang itu.

Senaman dapat menyahkan toksik yang tidak baik untuk badan. Peluh mengeluarkan semua toksik tersebut apabila melakukan senaman. Aku bersenam 4 atau 5 kali seminggu. Ketagihan bersenam bermula pada tahun 2001 apabila aku terlalu ingin bentuk tubuh yang menawan selepas aku bersalin.

Melalui aktiviti yang aku jadikan hobi itu, membuatkan wajah aku turut berubah. Aku banyak melakukan weight training kerana mahu membentuk otot yang tegap, seperti Madonna! Itu angan-angan aku.

Badan akan menjadi ringan dan sasa apabila senaman di jadikan rutin. Biasanya aku akan bersenam selama 2 jam di pusat kecantikkan dan kesihatan wanita yang terletak berhampiran dengan rumah ku.

Aku lebih cergas dan kulit menjadi semakin halus. Aku tidak mengamalkan pengambilan vitamin yang diproses di dalam bentuk kapsul atau pil. Pada aku, ianya lebih baik diambil dari punca vitamin secara semulajadi seperti buah-buahan dan sayuran.

Aku juga jarang memakan nasi putih, sebaliknya mengambil nasi beras merah atau lebih dikenali sebagai brown rice. Daging haiwan juga aku jarang ambil sebaliknya menggantikkan sumber protein itu dengan alternatif yang lain seperti telur dan soya.

Semenjak menjalani hidup sendirian, memudahkan aku menjaga pemakanan aku, jadi, diet aku juga terjaga. Namun adakalanya ‘terbabas’ juga, maklum saja, aku punya ramai kawan. Kami selalu berjumpa dan apabila berjumpa faham-faham ajelah – mesti makan!

Aku elakkan mengambil makanan berat selepas jam 9 malam, kerana proses penghadaman makanan mengambil masa yang lama. Sekiranya selepas 1 jam selepas makan terus tidur, makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan baik, dan lemak serta karbohidrat yang berlebihan akan disimpan di dalam badan. Ini akan mengakibatkan berat badan meningkat.

Pengambilan karbohidrat adalah untuk tenaga. Kerana jarang sekali mengambil nasi, aku gantikan dengan roti serat yang dapat memberi serat yang baik kepada badan.

Air amat penting bagi pelembapan kulit dan dapat menghindarkan penghidratan. Aku minum air sebanyak 2 liter satu hari kerana rutin senaman ku, manjadikan kulit ku kering dan suhu badan meningkat.

Wajah dan rupa amat penting bagi seseorang artis, ditambah pula dengan imej yang baik dapat menarik minat peminat untuk lebih meminati seseorang artis itu di samping bakat yang ada. Kesedaran memajukan dan memperbaiki diri perlu ada pada sesiapa sahaja kerana ianya akan membawa kebaikan serta kepuasan yang berbaloi dengan usaha keras yang dibuat.

PRINSIP AKU

Aku seorang yang sensitive dan tidak punya pendirian sebenarnya! Dahulu aku benar-benar berbeza dengan diri aku berbanding sekarang.

Pengalaman hidup banyak mengajar aku dewasa dan mematangkan diri aku. dalam kematangan itu, hadirnya keyakinan diri dan prinsip hidup yang berbeza dengan sebelumnya.

Aku berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan di dalam persahabatan dan sebarang ikatan murni sesama manusia. Pada aku, ketelusan di dalam pelbagai perkara terutamanya komunikasi akan lebih menjuruskan kepada kebaikkan. Komunikasi amat penting di dalam sesuatu hubungan sesama manusia. Aku banyak belajar dari pengalaman aku sesama manusia yang aku kenali sebagai kawan.

Aku seorang yang suka menjaga hati serta menghargai orang lain, serta suka membuatkan mereka gembira. Aku tidak suka menyakiti hati orang lain terutama mereka yang aku kenali dengan rapat. Bimbang dosa tidak sempat diampunkan oleh individu yang aku sakiti itu.

Adakalanya sakit juga hati apabila asyik aku sahaja yang berbuat demikian tetapi tidak pula mereka yang aku kenali itu. Pada aku, segala yang kita lakukan mestilah mempunyai komuikasi 2 hala.

Aku juga seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain jika perlu. Pada aku, mengalah bukan bererti kalah. Aku suka meletakkan kesabaran di depan, agar tidak tersesat jalan. Sabar yang ada menjadikan aku tabah. Aku seorang survivor, gemar melakukan perkara yang dapat mecabar dan menguji diri dan minda. Bidang perniagaan adalah salah satu bidang yang mempunyai cabaran yang tersendiri. Aku percaya, semenjak menceburkan diri di bidang tersebut, membuatkan aku berubah menjadi lebih kuat.

Aku seorang yang kuat bekerja. Fikiran aku tidak pernah berhenti memberi idea untuk membuat sesuatu perubahan agar dapat memperbaiki kelemahan. Kerana terlalu komited, adakalanya, memudaratkan diri ku. usaha tangga kejayaan, itu yang aku pegang dari dulu hingga kini, kerana tiada yang mustahil untuk mengecapi kejayaan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.

Kuat dan berani di dalam segala yang aku gemar lakukan. Aku berani menyuarakan pendapat dengan cara aku yang tersendiri, apa yang penting, tidak menyakiti hati orang yang mendengar pendapat ku. pada aku, semua dari kita berhak menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara yang perlu disuarakan. Asalkan ianya logic dan membawa kebaikkan kepada semua.

Aku tidak suka kepada penindasan terutamanya kepada kaum wanita yang sering diambil kesempatan. Aku gemar berjuang demi mempertahankan maruah dan agama. Sekiranya sesuatu berlaku yang menjuruskan kepada penindasan, tidak mengira kaum, jantina dan apa sahaja, aku akan bertindak demi menegakkan kebenaran.

Pada aku, buat baik sesama insan tiada ruginya, kerana perbuatan baik akan dibalas dengan baik, begitu juga jika sebaliknya. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran di hati.

HOBI KU ………

Aku gemar membaca. Pada aku, membaca menajamkan minda dan dapt menambahkan ilmu melalui apa sahaja bahan bacaan yang dibaca. Dengan membaca aku mengenali dunia dan kehidupan. Aku memilih bahan bacaan yang berbentuk motivasi diri dan bagaimana membangunkan insan dan jati diri melalui psikologi.

Ketika di sekolah dulu, aku pelik melihatkan rakan-rakan ku yang gemar membaca novel cinta. Aku jarang sekali membaca buku-buku cerita fiksyen. Pada aku, tidak nyata, bukan fakta tetap hanyalah rekaan. Sungguhpun begitu, ianya tetap memberi sesuatu yang berguna melalui jalan cerita dan moralnya di dalam bahasa dan ayat yang disusun indah. Pernah juga aku cuba, namun tetap aku memilih bahan bacaan yang
aku gemari.

Jangan tidak tahu, kerana hobi membaca ini, aku mempunyai satu habit yang sukar aku tinggalkan hingga sekarang. Aku suka dengan bau buku! Setiap kali berkunjung ke pasaraya atau kompleks membeli belah yang mempunyai kedai buku, aku pasti tidak melepaskan peluang ‘mengambil’ bau yang menyenangkan aku.

bukannya ketagih dengan bau dakwat cetakan, tetapi bau segar kertas serta ianya membuatkan aku rasa bagaikan dikelilingi ilmu yang berguna yang hanya menunggu untuk diserapkan ke minda ku.

setiap kali berada di dalam mana-mana kedai buku, aku merasa tenang dan segala masalah aku lenyap. Aku gemar juga membeli buku. Adakalanya aku beli lebih dari apa yang aku perlu sebagai koleksi dan peneman ku jika aku ingin membaca kelak. Bahan bacaan aku tidak hanya kepada bahasa Melayu sahaja, Bahasa Inggeris juga menjadi pilihan kerana aku mahu memperbaiki penguasaan bahasa itu melalui bacaan.

Aku membeli dan membaca buku-buku yang aku gemari tanpa pernah mengira siapakah penulisnya, yang penting tajuk dan bahannya menarik dan dapat memberi ilmu pada ku. pada aku semua penulis yang dapat menerbitkan buku adalah penulis yang mempunyai bahasa yang baik dan betul. Jika tidak, masakan dapat menulis sebuah buku yang dapat memajukan si pembaca yang membacanya.

Aku punyai banyak koleksi buku. Apabila dikelilingi buku, aku rasa selamat. Maksud aku selamat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan. Buku umpama pemberi maklumat mengenai segalanya tentang apa yang ingin kita ketahui. Aku sentiasa merujuk buku-buku yang aku gemari apabila aku ingin menambahkan keyakinan diri, dan mengenai segalanya. Ini termasuklah soal hokum hakam agama. Dengan ilmu, kita tak akan sesat kerana ianya dapat membuka minda agar lebih positif dan menjadi lebih bijak.

Itu berkenaan hobi membaca dan buku, aku juga gemar menari dan menyanyi – tidak mengira masa dan ketika. Sungguhpun aku sememangnya penyanyi, ianya tidak terhad kepada ketika bekerja sahaja. Aku tidak puas melakukan apa sahaja tanpa menyanyi! Aku juga gemar menari. Walaupun tidak arif di dalam menyusun langkah, cukuplah hanya mengoyangkan badan kerana ianya menghilangkan tekanan yang ada.

Sesiapa yang rapat dengan aku kenal benar dengan diri aku. aku lasak dan kasar! Aku gemar juga melakukan aktiviti sedemikian seperti paint ball, rock climbing dan yang terbaru menunggang kuda!

Pada aku, kuda binatang yang cerdik dan dapat memahami si penunggangnya. Namun, masa menghadkan segalanya. Jarang seekali aku dapat melakukan aktiviti ini kerana terlalu sibuk. Walau bagaimana pun, aku gembira dan bahagia kerana aku dapat melakukan apa yang aku suka!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: