PART 15

BUAT KEDUA AYAHANDA DAN BONDA yang dirindui :
ALLAHYARHAM ABDUL WAHAB RAOF (2/10/1939–3/10/1997) & ALLAHYARHAM SALMAH IBRAHIM (1/10/1943–1/08/2003)

AKU TUJUKAN BUKU INI BUAT INSAN YANG BANYAK MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN DAN MENGENALKAN DIRI KU KEPADA DIRI KU SENDIRI……….

Syukur di atas kurniaan Illahi yang tidak terhingga kepada aku. terlalu kecil dengan kekuasaanNya yang sudah pasti tiada satu pun yang dapat mempertikaikan kebesaranNya.

Dengan anugerah mu yang amat bernilai ini, dapat aku jadikan punca pendapatan untuk menyara kehidupan ku serta ianya membahagiakan aku. Allah Maha Besar, Tuhan sekian alam, menciptakan aku antara hamba-hamba mu yang lain, merasa nikmat kehidupan di bumi ciptaan mu yang indah ini.

Ku sujud dan menadah tangan ku kepada mu Ya Allah, syukur dengan setiap nikmat dan kebaikan yang telah Engkau berikan pada aku untuk meneruskan kehidupan ku. segala petunjuk mu dan rahmat mu, menyedarkan aku betapa kerdilnya hamba mu ini. kekuatan yang engkau berikan menjadikan aku tabah hingga mampu menjalani kehidupan yang penuh dugaan ini.

aku memohon kepada mu Ya Allah, tempatkan ayahanda dan bonda ku di kalangan mereka yang beriman, ampunilah dosa-dosa mereka kerana kedua mereka telah mendidik ku menjadi insan yang tidak pernah lupa dengan Tuhan ku dan agama ku. bahagiakan keluarga ku, adik beradik ku, sahabat-sahabat serta rakan-rakanku, panjangkanlah usia mereka yang banyak membantu dan mendoakan ku, rahmatilah dan berkatilah mereka seperti mana yang telah engkau berikan kepada hamba mu yang beriman, sebelum kami. Amin!
Akhirnya impian untuk menulis buku sendiri, tercapai jua. Bidang penulisan sememangnya menjadi hobi ku semenjak di bangku sekolah lagi. Aku gemar membaca dan sentiasa menulis tentang apa sahaja yang aku suka. Ini termasuklah mereka madah pujangga mengikut falsafah aku mengenai sesuatu perkara atau perasaan yang terbit di hati dan fikiran ku.

Hasrat untuk menerbitkan biografi ini timbul apabila aku banyak membaca biografi serta novel beberapa idola ku. pada aku ianya idea yang baik untuk menerbitkan buku tentang diri ku kerana aku dapat berkongsi dengan umum dengan pengalaman hidup dan kerjaya yang mencabar ini.

Terima kasih di atas sokongan dari semua pihak terhadap buku yang telah lama dihajati untuk diterbitkan. Keyakinan timbul setelah mendapat dorongan dari sahabat handai dan keluarga.

Sumber inspirasi ku adalah anak perempuan ku yang menjadi kekuatan ku, para peminat membuatkan aku terdorong untuk menghasilkan karya bahasa yang aku junjung sedari awal aku dilahirkan. Hajat aku hanya satu, untuk peminat dan pengemar ku mengenali ku dengan lebih dekat siapa aku sebenarnya.

Aku seperti kalian semua, cuma yang bezanya adalah aku dilahirkan untuk satu industri yang sentiasa menjadi perhatian setiap masyarakat. Aku mahu para peminat ku berkongsi pengalaman dan rasa hati ku tentang kehidupan yang fana ini. aku tulis nukilan dan aku luahkan sendiri dengan bertujuan lebih telus serta dijadikan koleksi peribadi masing-masing.

Tiada lagi rahsia antara kita – antara aku dan kalian. Hak kalian untuk mengetahui siapa aku yang menjadikan aku idola.

Impian ku diterima baik oleh kedua pengurus aku yang aku gelar mereka ‘mama’ dan ‘bapak’ aku. kakak angkat ku tidak kurang semangatnya memberi sokongan yang padu di atas hasrat aku ini.

Jutaan terima kasih kepada rakan yang aku hormati seperti kakakku sendiri, Cik Intan Zabidin. Beliau tidak jemu meyakinkan aku tentang penghasilan buku biografi novel ini, kerana tertarik dengan cerita hidup ku yang dianggap menarik. Karangkraf menerima baik kerana beliau meyakinkan mereka bahawa ianya adalah satu kelainan. Maaf dipinta kerana menyebabkan Akak ‘pening kepala’ menantikan babak-babak terakhir buku ini ditulis. Maklum sahaja, Akak bekerja dengan penulis amatur! Namun, kesabaran mu aku hargai kerana terpaksa menahan telinga mendengar ‘leteran’ dan desakan pihak atasan yang tidak sabar menerbitkan buku istimewa ini.

Bahasa aku diindahkan oleh seorang lagi kawan baik yang merupakan salah seorang idola ku di dalam bidang penulisan. Beliau amat mahir menyusun kata-kata dengan penggunaan bahasa yang betul. Aku terpegun dengan komitmennya dan ketekunan menghargai bahasa yang menjadi jiwa bangsa. Beliau bersengkang mata kerana aku walaupun di dalam kekalutan tugasnya sebagai editor di syarikat akhbar tempatan yang terkenal. Terima kasih di atas pengorbanan kepada adik mu ini, Abang Dean! Semoga terus sukses dan diiktiraf kerana usaha mu yang tidak putus menyebarkan berita untuk industri muzik tempatan.

Aku bertuah kerana berada di bawah pengurusan yang memahami cita-cita dan impian ku. setiap idea ku diiringi dengan sokongan yang padu. Kepada adik ku, Norwahida, terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa menemani kakak mu ini, ke sana ke mari demi kerjaya yang aku cintai. Kehadiran mu mengelakkan segala fitnah kepada kakak mu ini. keluarga ku, yang tidak putus memberi kata-kata semangat dan doa supaya dikuatkan iman untuk meneruskan hidup.

Tidak dilupakan, teman-teman rapatku yang banyak memberi semangat dengan nasihat yang amat berguna kepada aku. buku ini aku tujukan kepada kalian yang benar-benar memahami dan mengenali siapa aku, menerima baik buruk ku, serta menghargai persahabatan yang terjalin. Terima kasih!

Kepada semua, ini isi hati aku, rasa ku dan pendapat ku tentang segalanya. selamat membaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: