PART 11 : SYARIKAT PERNIAGAAN KAMI, KEBANGGAN KAMI!…

SYARIKAT PERNIAGAAN KAMI, KEBANGGAAN KAMI!……
Sungguh pun kami berdua mengharungi pelbagai dugaan di dalam kehidupan berumahtangga, kami tidak pernah mencampur adukkan masalah peribadi dan kerjaya. Oleh yang demikian, kami sering dilihat sebagai pasangan yang ideal.

Melalui pelbagai usaha yang dibuat demi kerjaya kami berdua, rezeki kami melimpah ruah. Bukan sahaja berjaya sebagai pencipta lagu, malah si dia juga berjaya sebagai penyanyi duet bersama ku.

Kami di rahmati yang Esa dengan kerjaya yang amat memberansangkan sehingga kami berdua berjaya menubuhkan perniagaan kami sendiri. Lagipun, si dia amat komited dan memang mempunyai cita-cita sedari awal untuk memilikki sebuah syarikat dan studio rakamannya sendiri.

Kami bersyukur kerana hasil kerja keras kami berdua akhirnya berbaloi dengan terbinanya sebuah perniagaan yang memang diimpikan ketika mula membina kerjaya sebagai anak seni. Dengan rahmat dari yang Maha Esa, perjalanan karier kami semakin maju. Dengan limpahan rezeki dan inspirasi mencipta karya-karya seni yang diterima baik oleh umum terutamanya para peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan dan dorongan untuk berjaya. Ini semua adalah pemberian Nya yang amat berharga. Syukur……

Asalnya, Idea menubuhkan syarikat ini datangnya dari bekas pengurus pada tahun 2002. Mr. V memberi cadangan supaya menubuhkan syarikat apabila si dia memberitahu tentang perancangan masa depannya di dalam bidang seni ini. Pada mulanya, si dia bercadang membuka perniagaan ini 5 tahun dari tahun itu kerana beberapa persediaan perlu dilakukan. Mr. V tidak bersetuju dan memaksa kami segera mendaftar dan pada pendapatnya, tidak perlu menunggu kerana ianya hanya akan membazirkan masa. Pada pendapatnya, kami telah mampu serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini, terutamanya si dia yang telah lama bekerja di salah sebuah syarikat rakaman antarabangsa.

Setelah beberapa kali dibincangkan, kami berdua sepakat membuka perniagaan yang sememangnya diimpikan si dia. Kebetulan ketika itu, seorang rakan kami yang memilikki syarikat dan studio rakaman, mahu menjual studio itu. setelah meneliti dan beberapa perbincangan dibuat, kami membeli studio itu dengan modal yang dibantu oleh sebuah bank yang terkemuka di Malaysia. Semuanya di atas bantuan rakan kami yang menyarankan kami berbuat demikian. Aku mula membuat kertas kerja yang diperlukan oleh pihak bank tersebut. Bukannya tidak mampu untuk meminta mereka yang lebih arif membuat kertas kerja itu, tetapi aku rasa sukar untuk menerangkan kepada orang ketiga tentang industri ini.

Setelah 9 bulan ‘turun naik’ di bank tersebut, kami akhirnya berjaya jua menubuhkan syarikat yang amat kami banggakan. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan kami. Business benar-benar mematangkan kami berdua. Aku masih ingat kenangan hari pertama aku pindah masuk ke bangunan yang menempatkan studio kami. Perasaannya sungguh indah. Kebosanan melakukan perkara yang sama, lenyap begitu sahaja dengan kelahiran WAKE THE BABY SDN BHD. Aku merasa puas kerana segala-galanya dilakukan oleh aku dan si dia sendiri. Benar-benar terasa penatnya tetapi berbaloi.

Aku sebagai salah seorang pengarah syarikat, menguruskan bahagian pengurusan dan pemasaran serta hala tuju syarikat kami. Aku ini pula jika betul-betul focus kepada sesuatu yang suka dilakukan, pelbagai idea akan ku beri. Segalanya terpulang kepada seorang lagi Pengarah syarikat, samada mahu menerima idea ku atau tidak.

Tahun pertama, idea mencurah-curah, tidak kurang juga dengan rezeki yang diberikan Allah Taala. JATI syarikat koporat pertama yang benar-benar percaya dengan kebolehan kami merancang acara yang diaturkan mereka. Suara jati dijalankan dengan jayanya. Dalam masa yang sama, aku yang tidak pernah duduk diam sepanjang mengendalikan syarikat itu, sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Adakalanya aku rasa macam mahu saja membuat ‘klon’ seorang lagi Nurul. Apabila semakin sibuk, tekanan semakin tinggi.

Pelbagai tekanan yang diberi oleh pekerja dan juga masalah peribadi ku. namun, aku cuba atasi dan telah berjaya walaupun hampir putus asa. Pekerja, bukan mudah untuk mencari seseorang yang jujur dan ikhlas. Kami kerap menukar pekerja kerana boss syarikat seorang yang ‘perfectionist’, segalanya perlu teratur. Si dia mempunyai aura yang kuat sebagai ketua, yang membuatkan pekerja kami, sebtiasa takut dan terlalu menghormati sehingga mereka tidak kekal lama bersama kami. Setiap kali menukar pekerja, akulah orang yang paling pening. Setiap 2 atau 3 bulan, aku perlu membuat temuduga untuk mencari pekerja baru untuk menggantikan pekerja yang lama. Kehadiran Akib, sedikit sebanyak meringankan beban kami. Beliau banyak membantu walaupun adakalanya terpaksa menahan pelbagai ujian. Akib terpaksa berhenti setelah 11 bulan bersama kami kerana menerima tawaran kerja yang lebih baik di luar Negara. Mencari penggantinya bukanlah mudah. Manusia, pelbagai sikap dan perangai yang harus kita tangani apabila berurusan sesama manusia, kesabaran yang tinggi amat penting.

Apabila perkara sebegini berlaku, ianya memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana lebih kuat dan tabah menempuhi perniagaan yang serba mencabar, sekaligus, memberi pandangan yang luas di dalam kehidupan. Terus terang aku katakan, sepanjang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, ianya menjadikan aku seorang yang berbeza serta dapat meluaskan minda ku. syukur…….

Sehingga hari ini, Wake The Baby tidak pernah sunyi dari menjalankan rakaman dan rezeki mereka yang bekerja di sana, tidak pernah putus walaupun aku telah tiada lagi bersama……
TAHUN 2005….. MUZIKAL TEATER ITU…..ANTARA KAMI…….
Semenjak mempunyai perniagaan sendiri, kami amat sibuk dan jarang bertemu walaupun kami tinggal bersama. Niat asal untuk sentiasa bersama di dalam apa jua yang kami lakukan tidak menjadi. Malah keadaan kami lebih ‘jauh’ walaupun kami terlalu dekat.

Perbualan kami hanya berkisar mengenai perniagaan dan perancangan kerjaya. Tiada lagi tentang hati dan perasaan masing-masing yang dibualkan. Hasilnya, aku kesunyian. Sebagai isteri tanggungjawab pada suami perlu dilaksanakan. Mahu dibincangkan tentang perasaan aku, dia terlalu sibuk, bimbang pula mengganggu kosentrasinya dalam bekerja. Aku pendam sendiri, aku tanggung segala persoalan yang tidak pernah ada jawapan dari si dia.

Aku cuba hilangkan segala kesangsian dan kesakitan melalui karier dan kesibukkan menguruskan perniagaan kami. Aku dan si dia memang sedia maklum tentang komunikasi kami yang berbeza. Jadi, kami cuba elakkan sebarang pertengkaran yang kecil mahupun besar. Adakalanya kami tidak ada apa-apa topik yang perlu dibualkan. Keserasian dan beharmonian telah berkurangan ekoran sikap kami berdua.

Tambahan pula beberapa insiden berlaku sebelum ini yang melukakan dan menghancurkan hati ku. perasaan kasih dan sayang tidak lagi dibajai. Aku terlalu penat dan merasa letih dengan setiap pengorbanan yang tidak pernah dihargai melalui emosi dan perasaan bukannya kebendaan. Secara fizikalnya, si dia memberi segala keperluan dan kehendak luaran ku tetapi bukannya dalaman.

Mungkin telah menjadi resam kaum adam, yang mana apabila telah mendapat keselesaan dari pasangan, mereka terlupa tentang bagaimana menjaga perasaan insan yang amat memahami diri mereka. ‘take things for granted’ sehingga terlupa kaum hawa juga merupakan manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang mungkin akan padam dan mudah hilang begitu sahaja jika terus dilukai.

Tahun 2005 tahun yang amat sibuk dan betul-betul memberi tekanan kepada aku. insiden yang aku maksudkan tadi berkaitan dengan peribadi kami berdua. Aku seorang yang bercita-cita tinggi, suka mencuba sesuatu yang baru yang aku gemari. Aku teringin sekali berlakon pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Aku mendapat tawaran dari rakan guru vokal ku, Sabera Shaikh. Teater itu berkonsepkan muzikal dan diberi judul ‘My Bollywood Summer’. Aku menerimanya setelah diberi keizinan dari si dia.

Segalanya berjalan lancar pada mulanya. Aku telitikan skrip dan jalan ceritanya dan menerangkan pada si dia yang sedari awal meletakkan syarat – tiada adegan yang memberahikan dan jalan ceritanya bukan kisah cinta yang memerlukan aku bercinta dengan mana-mana lelaki walaupun ianya hanya satu lakonan.

Si dia bersetuju. Ini masanya yang paling aku tunggu. Lagipun aku mahu mengukur kemampuan aku sebagai penyanyi yang baik setelah empat tahun belajar vokal semula dengan Puan Siti Hajar.

Jalan ceritanya simple tetapi menarik. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi. Lagipun, persembahan pentas terutamanya teater, mengambil masa yang lama untuk melakukan persediaan. Jadual Latihan amat padat, 6 kali seminggu – 7.30 hingga 11 malam selasa hingga Jumaat, 2 hingga 6 petang pada hari Sabtu dan 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad. Isnin merupakan hari cuti. Ianya bermula dari bulan Disember 2004 sehingga April 2005. Latihan yang dijadualkan ini, adalah untuk semua pelakon bersuai kenal, menghafal skrip, menari dan menyanyi. Memandangkan jadualnya tidak mengganggu waktu perniagaan, aku terima sahaja tanpa bersyarat. Lagipun, aku mahu melakukannya kerana minat ku yang tinggi untuk menguji kemampuan ku.

Aku dikenalkan dengan semua pelakon teater yang sememangnya berpengalaman di dalam bidang mereka. Aku merasa amat bertuah sekali diberi peluang sebegitu. Aku sebagai watak utama berlakon bersama seorang Dj radio yang juga merupakan penyanyi dan pelakon. Walaupun beliau berbangsa India, namun adab sopannya mengalahkan orang melayu! Beliau mudah mesra dan ramah membuatkan kumpulan teater itu serasi dan mesra di antara satu sama lain. Lagi pun, Persembahan secara berkumpulan, memerlukan komunikasi yang baik agar tidak menjejaskan lakonan masing-masing yang memerlukan bantuan di antara satu sama lain ketika di pentas.

Keakraban antara semua pelakon lebih terjalin erat apabila kami kerap berhubung di antara satu sama lain. Perbualan kami hanya berkisar mengenai kerja dan tiada peribadi. Sedari awal, kami diminta oleh penerbit untuk memberi nombor telefon serta alamat email kepada semua supaya mudah dihubungi. Jadi, Kami mempunyai nombor masing-masing. Ianya memudahkan kami berbincang sesuatu tentang lakonan jika ada masalah yang timbul sepanjang latihan atau produksi itu dijalankan. Nombor telefon ku tidak terkecuali. Adakala, aku telefon juga jika ada kekeliruan tentang jadual, tetapi kebanyakkan kami, biasanya akan terus menghubungi Penerbit atau pembantunya. Jarang juga bercakap melalui telefon. Sungguhpun begitu, kami tidak melanggar batas susila pergaulan yang dapat menjejaskan moral.

Suami aku ketika itu, tidak pernah mengganggu dan memberi masalah walaupun dia kurang faham bagaimana proses latihan sesebuah teater dijalankan. Semuanya terletak pada aku bagaimana untuk menjaga diri dan maruah suami apabila bergaul di luar. Setakat yang aku kenali diri ku sendiri, maruah diri paling utama yang perlu aku letakkan di hadapan ku, kerana ianya tidak boleh diganti atau dibeli jika hilang.

Dalam kesibukkan aku menjalani latihan teater, aku dan si dia juga terlalu sibuk dengan syarikat kami. Pelbagai tawaran yang diperolehi untuk merakamkan album artis-artis tempatan dan tawaran persembahan pentas. Menguruskan syarikat baru yang belum establish bukannya mudah, pelbagai rancangan dan usaha perlu dilakukan. Keadaan aku ketika itu….. bagaikan zombie! Manakan tidak, tanggungjawab pada keluarga perlu juga aku utamakan walau sesibuk mana sekalipun!

Ayu, tahun pertama di sekolah rendah juga memerlukan 100% perhatian dari ku. aduh! Mahu saja aku jerit minta tolong pada sesiapa jika ada yang sudi menolong ku menguruskan segalanya untuk aku. 24 jam bagaikan 20 minit, masa untuk diri sendiri juga tidak cukup, semuanya dipenuhi dengan kerja, suami dan anak-anak. Aku percaya wanita seperti ku rasa apa yang aku rasa.

Berbalik kepada cerita muzikal teater itu, hubungan yang baik antara semua ahli produksi memudahkan kerja ku. aku dihormati oleh mereka walaupun aku mentah di dalam bidang lakonan pentas. Keseronokkan yang aku rasakan menimbulkan keinginan untuk mengajak si dia ikut sama meyaksikan latihan teater itu, supaya si dia dapat berkongsi kegembiraan ku. tetapi kerana kesibukkan kerja-kerja studionya, membantutkan idea ku untuk si dia bersama. Tanggungjawab kerjanya juga perlu dilaksanakan. Jadi, si dia tidak pernah menjengah ke tempat latihan untuk 3 bulan yang pertama. Aku ingin sangat si dia mengenali dan merasai keseronokkan kami bekerja bersama jika dia mempunyai masa terluang. Aku mahu si dia mengenali mereka supaya dia tahu dengan siapa aku bekerja. Ianya juga supaya dapat mengelakkan fitnah orang luar dan syak dari si dia sendiri. Tetapi setiap kali aku mengajaknya bersama, ada saja kerja yang perlu dibuat.

Aku masih ingat kali pertama aku kenalkan pasangan pelakon ku kepada si dia. Ketika itu, kami berada di PWTC kerana menghadiri latihan Anugerah Seri Angkasa. Kebetulan Dj itu juga terlibat kerana beliau bekerja dengan sebuah stesen radio. Tahun itu semua stesen radio dan tv perlu bergabung membuat persembahan. Dalam pertemuan itu, aku berseloroh dan mengusik si dia ketika mengenalkan Dj itu kepadanya. Aku katakan, dalam nyanyian inilah hero aku selamanya, dalam lakonan pula ini hero ku, tapi sementara saja!

Kenapa aku berbuat demikian? Semuanya kerana aku terlalu takut dan menghormati perasaannya serta tidak mahu si dia syak yang bukan-bukan antara hubungan aku dan Dj itu, yang tidak lebih dari seorang kawan. Mungkin aku terbiasa dengan keadaan si dia yang cemburu, jadi aku cuba berseloroh.

Ternyata usikkan ku dengan niat yang baik itu, tidak menjadi. Aku ternampak ekspresinya apabila melihat wajah tampan dan susuk tubuh Dj yang tough itu! air muka si dia yang manis tersenyum sebelumnya, berubah sama sekali menjadi ‘masam’. Aku yang hanya menyaksikan mereka bersalaman, merasa tidak sedap hati. Aduh! Habislah aku kena soal lagi selepas ni! Itu yang bermain di benak ku. jika hati ada rasa gusar dan gelisah, memang benarlah apa yang disangkakan!

Semuanya jadi tidak kena apabila jenaka ku di salah ertikan oleh si dia. Hish…. Jaga hati salah, jika tidak menjaga hatinya pun, salah juga! Memang benar, semasa dan selepas latihan nyanyian itu, aku diajukan soalan yang bertalu-talu! Sangkaannya, patutlah aku suka benar menjalani latihan teater itu kerana hero nya handsome! Macam-macam lagi pertanyaannya, termasuklah tentang perbualan telefon dengan semua pelakon teater!

Walaupun jarang berhubung dengan mereka setelah kami mengenali antara satu sama lain, aku tetap disalahkan. Si dia menyangka aku mempunyai hubungan luar biasa dengan pelakon utama yang berganding dengan ku! semuanya kerana selepas si dia melihat wajah tampan pelakon itu dan Dj itu juga pernah meninggalkan pesanan suara dengan memanggil nama watak lakonan ku; dengan nada usikkan; serta aku juga sering menyebut namanya apabila bercerita tentang latihan teater tersebut kepada si dia.

Kerana mahu menunjukkan yang aku jujur, aku biarkan si dia mendengar pesanan suara itu. pada aku, aku tidak buat perkara yang buruk, kenapa perlu aku takut dan perlu disorokkan. Lagipun, aku mahu dia tahu yang aku jujur dengannya – hanya si dia seorang tetap di hati, tiada yang lain; tambahan pula India! Bukanlah aku menghina kaum itu, jika aku mahukan seseorang yang berbangsa tersebut, sedari awal lagi aku dah cari. Tambahan pula aku berdarah campuran Pakistan dan India, jadi biarlah aku cari yang berkulit putih!

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan sehingga menimbulkan fitnah. Pertanyaannya dan tuduhannya bukannya sekali malah setiap hari! Aku jadi serba salah dan sentiasa di dalam ketakutan. Jika mengikut fikiran logic manusia, apabila setiap pertanyaan diberi jawapan yang berasas, sudah pasti ianya berakhir, ini tidak, selagi ketidakpuasan itu ada, selagi itu disoal. Yang lebih ‘syok’ tu, si dia mahu aku ya kan saja tuduhannya, padanya apa yang di sangka, itulah yang berlaku! Mana boleh, aku tidak sebodoh itu, mengiyakan perkara yang tidak aku lakukan. Cukuplah sebelum ini telah beberapa kali aku bodohkan diri ku.

Sebagai membuktikan aku tiada apa-apa hubungan istimewa, aku berikan nombornya untuk si dia bertanyakan sendiri kepada Dj India itu. melihatkan nombornya yang seakan dengan ku, aku disoal lagi. Manalah aku tahu, dah memang kebetulan. Nasib baiklah Dj itu gunakan talian 012 dan aku 019. Orang, bila dah ada syak wasangka, macam-macam sangkaan dibuat! Laporan si dia kepada ku setelah menghubungi dj itu, aku yang disalahkan lagi. Aku lah kononnya yang kerap menghubungi Dj tersebut yang menampakkan aku ada hati dan cuba menghimpit mamat India yang sorang ni! Mengucap panjang mendengarkan kata-kata si dia. Bila pula aku kerap menelefon pelakon itu!? aku yang bingung, naik berang dengan India itu. betapa naifnya aku kerana tidak mendengar perbualan mereka. Aku terlalu percaya kepada si dia sehingga sanggup memalukan diri sendiri. Aku minta pada si dia untuk bertemu dan bersemuka dengan Dj itu bersama, tetapi si dia tidak mahu. Aku mahu berbuat demikian kerana aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dan apa yang si dia sampaikan pada aku, kurang relevan dengan apa yang aku dan dj itu sering bualkan.

Apabila masalah itu semakin meruncing, aku tidak tenang dan kurang focus pada lakonan dan kerja ku. haru biru jadinya! Sepatutnya perkara itu hanya kami berdua saja yang tahu, tetapi ianya telah melibatkan pekerja ku dan krew serta produksi teater itu! di sebabkan tiada kepercayaan, si dia menyuruh akib mengikut ku ke sessi latihan. Sebelum terjadinya masalah itu, adik ku – Syikin, yang bekerja sebagai pegawai perhubungan untuk ku, yang menemani ku. si dia menyangka syikin banyak menyimpan rahsia ku, dan tidak boleh dipercayai. Akib yang sibuk dengan urusan syarikat kami, terpaksa akur dengan suruhan bosnya.

Akib sebagai pengurus syarikat kami ketika itu, banyak juga menyelesaikan masalah peribadi kami. Akib juga jadi bingung apabila mengetahui tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan pelakon gandingan ku. bingung kerana cakapnya juga tidak dipercayai! Akib pernah mengugut untuk berhenti dari bekerja dengan kami sekiranya si dia tidak berhenti menyangka yang bukan-bukan pada beliau dan aku. akib terpaksa berbuat demikian. beliau meminta supaya si dia focus kepada kerja dan jangan syak yang bukan-bukan kepada aku yang hanya focus kepada kerja dan lakonan yang sedang aku lakukan. Bimbang jika aku gagal di dalam persembahan ku yang ketika itu hanya beberapa minggu saja akan dipentaskan. Bagaikan drama swasta pula bila difikirkan semula keadaan kami berbincang untuk menyelesaikan masalah ketika itu.

Kebuntuan ku semakin memuncak apabila si dia tidak henti-henti berfikir dan syak aku curang terhadapnya. Di tempat latihan, Dj itu lah yang menjadi mangsa ku. aku tidak lagi bercakap dengannya, kerana mengikut cakap suami yang tidak membenarkan aku berhubung atau berbicara dengannya. Aku kerap kali menyindirnya kerana terlalu marah dengan statement nya yang mendakwa akulah yang selalu menghubunginya. Pernah juga Dj itu kehairanan dan mengerutkan dahinya mendengarkan kata-kata ku. sebagai orang luar, mungkin beliau terfikir tidak perlu masuk campur urusan rumahtangga orang, takut nanti masalah lain pula yang timbul. Beliau pun tidak lagi berbual dengan ku, kami hanya ‘berbicara’ melalui skrip lakonan kami.

Produksi itu menjadi pincang kerana pelakon utamanya asyik moody saja. Semua tertanya-tanya melihatkan keadaan ku yang mudah marah dan banyak berdiam diri. Mereka sedar yang aku banyak berubah berbanding dari mula kami semua dikenalkan dan sebelum berlakunya masalah itu. masalah aku dapat dihidu oleh penerbit dan meminta aku menerangkan padanya. Tambahan pula apabila si dia kerap kali bersama ku ke sessi latihan dengan wajah yang kurang happy.

Aku terpaksa menerangkan segalanya – punca masalah aku dan si dia. Ianya hanyalah bertujuan mencari jalan penyelesaian. Aku malu apabila masalah peribadi terpaksa diceritakan kepada orang luar – maksud aku, orang yang berurusan secara professional dalam bekerja. Penerbit itu hanya mendengar dan cuba menyarankan untuk meyakinkan si dia tentang aku dan Dj itu tiada ikatan istimewa.

“I’ve tried, and tried very hard, but he still the same. In fact, the problem become worst when our practice schedule is too tight, make him think that you also involved and try to separate us!” Itulah kata-kata ku kepada penerbit wanita yang tegas itu. dia hanya menggelengkan kepalanya yang bermaksud kesal, dan tidak bertanya apa-apa lagi pada ku. beliau meminta supaya aku bersabar dan focus kepada apa yang sedang aku lakukan kerana muzikal teater bukannya mudah, perlu berlakon sekaligus menyanyi dan menari. Koreografinya bukannya mudah.

Terfikir juga mahu melarikan diri kerana terlalu kecewa dengan tindakan si dia yang langsung tidak mempercayai aku. beberapa kali aku tekankan padanya, cinta, sayang dan percaya adalah perkara yang berbeza. Bila ada cinta, akan lahirnya sayang. Bila ada sayang, adanya percaya. Jika ada sayang yang terlalu, tetapi tidak ada kepercayaan, tiada gunanya. Namun, tidak diendahkannya.

Hajat melarikan diri aku batalkan kerana tidak mahu masalah lain pula yang timbul. Sudah pasti si dia akan lebih memalukan aku andai si dia pergi mengamuk di tempat latihan teater ku dan menyalahkan mereka sebagai penyebab permasalahan kami. Aku tambahkan kesabaran dan berdoa pada yang Esa supaya ditetapka iman ku. aku bercadang untuk melakukannya ketika hari terakhir persembahan teater.

Banyak usaha yang cuba aku lakukan demi menyelamatkan hubungan kami dan perasaan aku yang tinggal sedikit kepada si dia. Bulan itu, bulan kelahiran si dia. Aku telah membuat kejutan kepadanya dengan membawanya ke sebuah hotel terkemuka di pinggir kota untuk membuktikan perasaan ku masih sama kepadanya dan dialah satu-satunya untuk ku. sangka ku, mungkin kerana kesibukkan kami, menimbulkan syak kepada si dia. Jadi, aku luangkan masa bersamanya, hanya kami berdua.

Bukan itu sahaja, malah aku juga mengadakan kenduri bersempena dengan harijadinya di rumah kami dan menjemput rakan-rakan terdekat kami berdua. Semuanya demi mengambil hatinya. Majlis yang sepatutnya meriah menjadi hambar apabila si dia naik marah apabila kawan baik kami dan aku bercerita pada rakan media tentang teater ku. kawan baik kami itu meminati Dj yang berlakon dengan ku kerana suaranya dan lakonannya amat berkesan sekali. Naik merah padam muka kawan ku apabila melihat si dia berang dan benar-benar marah! sebolehnya, si dia tidak mahu aku sebutkan atau memberi apa-apa publisiti tentang teater muzikal itu. Padanya, kerana mengizinkan aku berlakon teater itulah yang menyebabkan hubungan kami bergolak.

Aku dimalukan lagi di hadapan rakan-rakan media, nasib baiklah mereka itu rapat dengan ku, jadi tiada apa-apa cerita yang keluar di akhbar. Sangka ku si dia tidak akan melakukan sedemikian kerana media turut serta menjadi tetamu kami, pasti si dia mahu menjaga peribadinya. Sangkaan ku meleset sama sekali.

Tidak kurang juga aku terpaksa menipu kepada produksi teater yang aku mengalami sakit; dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘mumps’ – bengkak muka, dan aku memerlukan rehat selama seminggu. Ianya bertujuan supaya aku dapat meluangkan masa dengan si dia. Aku dan akib terpaksa membayar seorang rakan yang merupakan seorang doctor untuk mendapatkan surat rasmi supaya membolehkan aku berehat dari latihan. Kelam kabut jadinya, kerana pementasan hanya 2 minggu lagi. Akib lah yang bertanggungjawab menjawab segala pertanyaan dan ugutan produksi itu yang mahu menyaman ku sekiranya pementasan mereka gagal. Aku terima dan aku ikut perancangan asal, demi menjaga hati si dia yang tidak tenang selagi muzikal teater itu belum berakhir.

Sepanjang terjadinya masalah itu, aku dan si dia kerap kali bertengkar. Pernah juga aku menampar mukanya sehingga bibirnya berdarah! Ya…. Aku berdosa, tetapi semuanya kerana satu sebab, untuk menghentikannya dari mengeluarkan kata-kata yang mencabar maruah ku sebagai isteri dan wanita; menghentikan dari fitnah yang terjadi kerana syak wasangka yang tidak sama sekali berasas. Pergaduhan itu terlalu serius. Aku bersama si dia kemana sahaja sebagai bukti aku tidak ada lelaki lain.

Pernah aku dimalukan beberapa kali, termasuk di hadapan penerbit dan pengarah filem seram, yang mana kami ke pejabat penerbit tersebut, untuk membincangkan soundtrack filem sequel yang baru selesai menjalani penggambaran. Aku yang terlebih ramah itu, telah menjemput penerbit wanita itu menyaksikan persembahan ku yang bakal dipentaskan.

Mendengarkan perkataan muzikal teater, dengan pantas dan Terangan si dia mengherdik dan mengutuk sekeras-kerasnya dengan mengatakan semua yang terlibat dalam teater itu, tidak betul dan tidak punya etika. Penerbit yang hanya mendengar dari awal kehairanan kerana si dia seakan tidak faham dengan industri ini dan mungkin beliau juga berkecil hati kerana si dia mengutuk bidang lakonan, bidang yang beliau ceburi.

Aku hanya berdiam diri dan membiarkan si dia memuaskan hatinya, melepaskan amarahnya walaupun memalukan aku. beberapa kali aku cuba memotong cakapnya supaya tidak memalukan dirinya sendiri, tetapi gagal. Aku ingatkan apabila ‘bercuti’ seminggu itu akan membuatkan si dia dapat melupakan dan memadamkan syaknya, rupanya tidak.

‘penipuan’ ku kepada produksi itu hanya sia-sia. Lebih mengecewakan dan hampa apabila tempat aku sebagai watak utama diambil alih oleh pelakon lain yang bertindak sebagai ‘under study’ kerana penerbit itu bimbang aku gagal membawakan watak ku dengan baik. Perubahan itu aku ketahui selepas seminggu aku ‘berehat’ dan kembali menjalani latihan yang hanya tinggal 3 hari untuk ku catch up semuanya. Tetapi aku tidak digugurkan cuma ada pengganti sekiranya aku jatuh sakit sepanjang 8 hari berturut-turut mengadakan pementasan itu. penerbit akhirnya memutuskan untuk kami bergilir-gilir berselang hari berlakon dengan under study ku. aku ikutkan saja kerana ‘salah’ aku juga ‘menipu’ mereka.

Pementasan teater muzikal itu dijalankan tanpa apa-apa gangguan. Segalanya berjalan dengan lancar. Sungguhpun aku melalui masa yang begitu sukar, namun aku bangga dengan pujian yang diberikan di atas persembahan yang baik sekali. Rata-rata yang datang menyaksikannya berpuas hati dengan nyanyian, lakonan dan tarian ku. Penerbit teater itu yang sebelumnya agak kurang yakin kerana aku meninggalkam latihan selama seminggu, tersenyum bangga kerana aku begitu focus walaupun aku dilanda masalah peribadi. Malah, dia meminta aku membuat persembahan pada hari terakhir mereka yang sepatutnya dilakonkan oleh under study ku. tetapi, aku tidak dapat melakukannya kerana telah berjanji dengan suami ku, malam terakhir ku adalah malam kedua yang terakhir.

Persembahan terakhir itu penting kerana ianya eksklusif untuk penaja sahaja. Peluang itu aku lepaskan begitu sahaja kerana tidak mahu masalah lain pula yang timbul dengan si dia. Walaupun berbelah bagi, namun terpaksa jua aku beratkan pada suami ku. muzikal itu hanya sementara tetapi hidup dengan suami dan karier dengannya adalah selamanya, fikir ku.

selesai pementasan, pada malam terakhir itu, aku teringatkan perancangan aku yang mahu lari dari si dia. Namun, kerana kesabaran yang masih ada, aku batalkan sekali lagi niat itu hanya kerana mahu memberi peluang buat ke sekian kali kepada si dia. Lagipun, projek Suara Jati sedang berjalan dan si dia punya banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jika aku bertindak sedemikian, ianya akan memburukkan keadaan malah syarikat akan kehilangan projek yang berharga itu. aku padamkan niat ku, tambahan pula, malam terakhir itu si dia benar-benar gembira dan tidak menunjukkan lagi mukanya yang ‘masam’ dan suka termenung.

Apa yang berlaku pada aku bila si dia telah melupakan peristiwa itu? aku pula yang termenung dan berfikir panjang! Aku selami jiwa aku yang hampa dan kecewa kerana sepanjang 2 bulan kami bergaduh over nothing! Aku banyak mendiamkan diri, tidak banyak berbicara dengan si dia. Kerana rasa bersalah, si dia membawa ku bercuti di Pulau Pinang, destinasi kegemarannya. Kami sekeluarga menghabiskan masa selama 4 hari di sana. Ianya tidak menggubah keadaan aku yang banyak berdiam itu. aku ditanya si dia kenapa aku sedemikian berkali-kali.

Pada mulanya memang tidak aku berikan jawapan padanya, kerana sudah jelas aku amat tertekan. Apabila diasak berkali-kali, aku beritahu padanya – “dengan apa yang telah Ma lalui sepanjang teater itu, memberi kesan yang amat mendalam pada kita, dan Ma tidak dapat menerimanya. Telah Ma katakan, di dalam kotak fikiran ini hanya kerja dan keluarga yang Ma fikirkan bukannya lain. Masa ini hanya untuk mengejar kejayaan dan kesenangan hidup kerana semuanya telah Ma milikki, keluarga dan suami. Ma tiada masa untuk mensia-siakan bakat dan masa yang masih ada.”

Tuduhan itu membuatkan aku kehilangan perasaan padanya. Sebelum ini telah aku rasai, namun dengan mental yang kuat, aku pujuk hati sendiri supaya menerima jodoh yang telah diputuskan untuk ku, terima baik buruknya. Melalui saat yang memeritkan, aku anggapkan ianya sebagai penghapus dosa yang lalu. Aku terangkan padanya lagi – “ma harap ini (tuduhan itu) yang terakhir, kerana sabar Ma telah sampai ke hadnya. Jika sekali lagi berlaku, maka habislah….”

Selepas berkata sedemikian, jauh di lubuk hati ku mengharapkan si dia faham dengan maksud ku dan berubah demi aku supaya dia tidak kehilangan. dia memohon supaya aku melupakan segalanya kerana dia telah buangkan semuanya. Malah si dia berjanji tidak mengulanginya. Terlalu mudah untuk si dia berkata sedemikian kerana dia lebih mengenali dirinya sendiri. Walaupun aku sebagai isterinya ketika itu faham siapakah dia, namun dia lebih telus tentang dirinya sendiri. Begitu juga dengan aku.

Peristiwa itu banyak membuatkan aku berubah. Aku lebih banyak fikirkan tentang diri sendiri dan kerja ku. lagipun, kami berdua kesempitan masa untuk berbicara dan berbincang tentang peribadi dan perasaan masing-masing; yang dibualkan hanya tentang kerja. Itulah caranya untuk mengelakkan kebuntuan komunikasi kami berdua serta masalah lain yang ada. Aku tetap melakukan tanggungjawab ku dan begitu juga dengan si dia.

Aku banyak berfikir kerana mahu menganalisa hati dan perasaan ku yang telah berbelah bagi. Aku jarang sekali melakukan aktiviti biasa ku, iaitu bersenam di gym. Aku hanya berada di rumah bersama anak dan jarang menghabiskan masa dengan si dia. Jika perlu aku bersama, barulah aku berada di sisinya. Berat badan ku semakin naik kerana sering di rumah. Oleh kerana fobia dan trauma dengan apa yang berlaku, aku tidak lagi ke gym atau kemana-mana seorang diri, kerana bimbang disangka yang bukan-bukan. Aku terlalu ‘letih’ untuk menjawab soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya.

Terjadinya lagi tuduhan dan syaknya pada ku, membuatkan aku semakin rapat dengan tuhan. Aku kerap meluahkan perasaan ku pada Yang Esa. Aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan jodoh ku dan jangan hilangkan perasaan yang sedikit ku itu terhadapnya. itu yang aku pinta, berkekalan ke akhirnya.

Si dia memberi aku saat-saat yang sungguh sukar yang membantu aku menjiwai watak ku dengan baik semasa berlakon teater itu. Beberapa malam persembahan ku, aku pernah menitiskan air mata apabila menyanyikan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan keadaan ku ketika itu. itulah yang membuatkan persembahan ku berkesan. Ada juga hikmahnya.

Namun aku kesal dengan tindakannya itu. kepuasan berlakon pentas tidak sepenuhnya aku rasa kerana hati tidak sepenuhnya di situ; separuh perasaan, jiwa dan fikiran memikirkan masalah yang ditimbulkan dengan tidak semena-mena. Ralat itu aku rasa sehingga ke hari ini…. namun siapa aku untuk menghalang kehendakNya. Aku percaya, atas apa yang berlaku pasti ada yang mahu ditunjukkan olehNya. Hanya penyebab kejadian sesuatu peristiwa sahaja yang menjadi alasan kepada sesuatu permasalahan…….

PERTEMUAN DENGAN WANITA ITU (seribu makna)…….
2005…..………. KEBOSANAN ITU………

Walaupun tahun itu terlalu sibuk dengan perniagaan dan aktiviti kerjaya, membuatkan kehidupan kami sekeluarga, amat sunyi. Ayu semakin membesar, tujuh tahun tanpa adik membuatkan Ayu kesepian. Dalam keadaan aku ketika itu, membuatkan aku lebih tertekan memikirkan keadaan Ayu. Ayu semakin emosional dan sensitive kerana keseorangan. Bukannya tidak mahu menambah ahli keluarga, tetapi mungkin bukan rezeki kami untuk mempunyai anak lebih dari satu.

Berkali telah kami cuba pelbagai cara, namun tidak juga mendapat rezeki anak kedua. Aku lupakan saja hajat itu kerana tidak mahu terlalu tertekan. Apa yang aku lakukan, hanya meluangkan masa yang lebih dengan puteri kecil ku itu. akhirnya aku putuskan untuk mengambil anak angkat jika ada rezeki kami.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa, cuma tanggungjawab ku sebagai ibu lebih berat kerana Ayu telah menduduki tahun satu. Konflik diri semakin hebat kerana masa yang terhad untuk diluangkan bersama Ayu. Aku diajar menjadi perfectionist, perlu menjadi yang terbaik di dalam segala hal. Jika aku gagal membuat sesuatu kepada ayu, aku akan lebih tertekan. Bukannya suami tidak mengambil berat, tetapi si dia terlalu sibuk dan banyak rakaman perlu dibuat. Oleh kerana itu, aku juga kesunyian dan sering keseorangan. Dengan masalah aku dengan si dia yang aku pendamkan sendiri membuatkan aku jadi tidak tentu arah. Terlalu kosong hati ini, aku bagaikan hilang semangat untuk melakukan apa sahaja.

Satu hari ketika mengadakan food testing bersama client, aku ditanya oleh mereka, adakah aku tidak mahu menimang cahaya mata lagi? Sudah tentu jawapan ku mahu! Aku katakan yang aku mahu mengambil anak angkat sekiranya tahun itu, tidak juga aku hamil. Seorang lagi menyatakan officemate nya punya kawan yang mahu memberi anak yang sedang dikandung sebagai anak angkat kepada keluarga lain. Aku yang sememangnya interested segera menghubungi rakannya itu dan memberitahu khabar gembira itu kepada suami ku.

dalam kegirangan itu, aku segera menetapkan temu janji dengan wanita itu melalui kawan ku yang bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka itu. kami bertemu di dalam satu pertemuan yang singkat. Wanita itu masih muda dan beliau sungguh cantik! Mendengarkan ceritanya membuatkan aku simpati dan berfikir tentang dugaan yang diberi Allah kepada hambanya. Sabar sahaja yang boleh aku sarankan padanya. Beliau hidup sebatang kara di kota yang besar ini. aku berfikir apa salahnya jika aku membantu meringankan bebannya. Wanita itu yang sememangnya mengenali aku melalui akhbar bersetuju dengan kami yang mahu mengambil anaknya sebagai anak angkat.

Aku mengaturkan pertemuannya dengan doctor pakar sakit puan. Doctor itu merupakan doctor peribadi ku. setelah beberapa pemeriksaan dijalankan, tanggal 21 Disember 2005, bayi lelaki yang dijanjikan kepada ku pun lahir. Kami sekeluarga yang terlalu gembira dengan kehadiran cahaya baru itu, sanggup menyewa hotel di belakang hospital itu, bimbang jika kami terlewat dari rumah untuk menyambut kelahiran insane istimewa itu.

Seawal jam 6pagi, aku dan Ayu telah bersedia ke hospital itu. tiada siapa menemani wanita itu, hanya aku dan Ayu sebagai keluarganya. Wanita itu meminta doctor menyerahkan pada ku sejurus bayi kecil itu dilahirkan. Aku terpegun dengan kekuatan dan ketabahannya. Manakan tidak, wanita mana yang sanggup berbuat demikian setelah penat lelah melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan, langsung tidak mahu melihat rupa anaknya dan menyerahkan terus kepada keluarga lain?

Aku turut merasa kerana aku juga seorang ibu, namun wanita itu sungguh ‘kebal’. Bayi itu diserahkan pada ku selepas dilahirkan. Kali pertama memandang wajahnya, aku bagaikan jatuh cinta semula dengan kehidupan ku. aku usap wajahnya dan aku panggil dengan nama yang telah aku siapkan selama 7 tahun yang lalu. Muhammad Fairul Ehsan, aku seru nama itu ditelinganya sejurus diazankan oleh adik ipar ku. 2 anak matanya memandang terus ke dalam mata ku. aku menangis seperti aku yang melahirkannya. Gembira tidak terkira. Ibu mertua ku sanggup menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menyambut ahli keluarga baru ku itu.

Setelah menguruskan segala keperluan ibu Ehsan, aku memohon pada pihak hospital untuk membawa Ehsan pulang. Di rumah, kami semua sibuk dengan Ehsan. Segala persiapan dibuat last minute. Bayangkan betapa gembiranya kami, sehinggakan Ehsan sedang tidur pun, kami tidak henti menatap wajahnya.

Keluarga ku yang agak kesunyian diceriakan dengan kehadiran anak lelaki yang aku anggap ibunya sebagai angel. Dia memberi kebahagiaan kepada ku, menyinarkan semula kehidupan ku. ehsan adalah sebagai penyelamat kasih sayang rumahtangga kami. Niat asal ku, ingin mengembalikan rasa cinta padanya sedikit sebanyak telah termakbul.

Advertisements

2 Comments on “PART 11 : SYARIKAT PERNIAGAAN KAMI, KEBANGGAN KAMI!…

  1. Salam,kak nurul,saya nak mencapai cita2 sya asa penyanyi,but i dont know how nak hantar my demotape at ur company.can i ask for ur company adress? 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: