Nukilan Nur – 9 September 2006

Ku cari, ku buka pintu hati
Hati yang retak,
Ku tanya di mana rasa itu bertapa
Ke mana hati menghilang,
Hati membawa rasa itu pergi
Mengapa rasa itu menyendiri

Mengapa hati ini terlalu kental
Hati menerima dan menahan kesakitan
Apakah aku yang kejam membiarkan hati disakiti
Apakah akal yang terlalu tegar sehingga tidak mempedulikan kata hati

Hati merajuk, membatu bak kerikil
Hati diketuk, agar akal menguasai
Terlalu keras, dipaksa maka kehancuran yang menanti
Gugur bagaikan pasir
Menjadi debu, sukar mencari

Hati … kata hati adakala sukar dipercayai
Bimbang ianya dihasuti
Akal Fikiran menguasai sehingga tidak pedulikan hati
Tiba jua di persimpangan yang menanti
Hujung jalan yang sukar dipilih dan ditempuhi

Hati… kenapa berdiam diri
Hati … kenapa tidak lagi menghampiri
Hati …. Jangan kau pergi
Kembalilah ke sini
Kerana aku memerlukan mu untuk mengasihi

Kembalilah ke sini
Biar ku buka isi hati
Biarkan ku teliti
Rasa yang pernah menghancur hati
Akan ku cuba baiki
Agar tidak disakiti buat ke sekian kali
Akan ku cari damai di hati
Akan ku cantum sendiri
Semoga hati kembali……

(nukilan nur – 9 September 2006)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: