NOVEL : NURUL – PERIBADI, KERJAYA & MASA DEPAN

20141024_154334-1

Tidak tahu bagaimana untuk ku mulakan cerita ini. Terlalubanyak yang ingin diceritakan. Terfikir juga, ada yang tersalah anggap, tapi pada aku, apa yang aku fikirkan, aku hanya ingin berkongsi pengalaman hidup ku dengan semua insan di dunia yang mengenali siapakah insan yang bernama NOORULHUDA AB WAHAB.

Mungkin ada yang menyangka, aku mahukan publisiti murahan, tapi itu pendapat dan sangkaan masing-masing. Setiap insan mempunyai cerita hidup mereka yang tersendiri. Ini ceritaku, cerita yang ingin dikongsi, yang mungkin boleh dijadikan motivasi bagi insan yang sama minat dengan diri ku. Pengajaran kepada yang memerlukan, pengalaman hidup yang berliku yangboleh dijadikan pedoman.

Difilemkan? Penerbit mana pula yang sanggup berhabis ratusan ribu ringgit untuk cerita ini. Ada penonton ke yang mahu
menonton? Aku bukanlah no.1, cukuplah hanya sekadar novel, itu pun sudah memadai, asalkan ada yang mahu mengetahui dan membaca cerita ku.

Bidang penulisan memang menjadi minat ku semenjak di bangku sekolah lagi. Memang aku mempunyai satu impian untuk menulis sebuah buku mengenai hidup ku, kerana aku rasakan, cara hidup, dan cara aku dibesarkan, berbeza dengan yang lain. Bermula dari usia 15 tahun, aku mula menulis setiap kenangan, tidak kira samada ianya yang manis, yang pahit ataupun yang melucukan, semuanya dicatat di dalam diari hanya sebesar 4 inci lebar dan 5 inci panjang.

Entah kenapa, tarikh 10 April 2004, memberi semangat kepada ku, untuk mula mengutip semula kenangan hidup sepanjang 27tahun, dan diceritakan dalam bentuk novel. Pada aku, sudah tiba masanya untuk memulakan hajat yang ingin aku lakukan dari bangku sekolah lagi.

Fikiran ku tak henti-henti berfikir, bagaimana untuk ku mulakan. Setelah aku telitikan, dan aku fikir dalam-dalam, aku berkata pada diri ku, ‘ahh… apa salahnya… ini cerita aku, pada yang suka, dia akan baca, pada yang tak suka, pedulikan aja!’.

Bertanya kepada teman-teman, mereka memberi restu jika itu yang aku suka dan mampu lakukan. Yes! Dapat dorongan &
semangat! Syukur….

Tanggal 12 April 2004, aku mulakan dan aku gerakkan jari jemari ku menekan setiap butang huruf di komputer riba ku.

Ini cerita aku. Bacalah dan telitikanlah setiap cerita ini, yang mungkin ada yang boleh di jadikan pedoman hidup, atau hanya sekadar bahan bacaan ringan. Asalkan ada yang membeli dan membaca, aku bersyukur dan berterima kasih buat kalian semua…..

 PART 1

PART 2

PART 3 & 4

PART 5 & PART 6

PART 7 : BIDANG NYANYIAN

PART 8

PART 9

PART 10

PART 11 : SYARIKAT PERNIAGAAN KAMI, KEBANGGAN KAMI!

PART 12 : KISAH AKU DAN SI DIA…APA YANG TERJADI SEBENARNYA

PART 13 : PENCERAIAN ITU….

PART 14 : 2 WANITA HEBAT DALAM HIDUPKU

PART 15 

PART 16 : CAHAYA MATA KU…

PART 17 : AUNTY SITI – PENYAMBUNG SEMANGAT IBU KU

PART 18 : TENTANG DIRIKU…KECANTIKKAN

PART 19 : TERIMA KASIH MAK & ABAH ( BEKAS MERTUA YANG AKU HORMATI)

PART 20 : SELEPAS PENCERAIAN ITU

NUKILAN NUR – 9 SEPTEMBER 2006

Advertisements

32 Comments on “NOVEL : NURUL – PERIBADI, KERJAYA & MASA DEPAN

    • ‘sakai’ tu pada kami (apa kami faham yang mak kami selalu sebut) kata nama ganti untuk orang asli – nama kaum kalau tak silap.. hehehe

  1. sis.. tau dak kg ekor kuching? ayah sy asal sana.. kecik2 dulu duk sana la, pastu pindah duk pinang tunggal plak.. masa kecik2 tu kan klau pi padang serai pastu lalu kut kg selamat mesti nampak klinik desa tu.. tak lama pastu dengaq org cerita haa nurul penyanyi tu duk situ la anak misi kg selamat tu.. hehe..

    by the way sis, i just started taking shakes since bulan posa aritu.. tak timbang turun brapa tapi saiz dah kecik dan masih dan sedang mengecik hehe..

    p/s: seronok baca kisah2 sis kat sini.. i will follow uuu.. everyday one story kan?? hihi

    • Hi Ina
      Tau semua kampung yang Ina sebut tu. Ya saya lahir & tinggai di klinik kampung selamat tu.

      Thanks for visiting. Mai lagi na nanti 🙂 take care

  2. Kak Nurul…
    sBestlah baca blog akak ni. Seriously akak ada bakat menulis gt hebat. Saya ingat lagi akak pernah ada buku biografi (betul ke eja ni) sendiri kan. Tapi saya tak ingat tahun bila. Cuma waktu tu saya masih sekolah kot. Sebab kalau nak tunggu bas kat Larkin, mesti ternampak kat kedai mamak jual majalah/ buku masa tu.

    mula-mula ternampak link ni kat FB, sy mcm pendang enteng jek. Tapi harini tergerak nak baca..seriously akak sangat berbakat!! saya suka penulisan akak ni (tak bodek). Dah habis baca dah semua entry.

    superb!! (experience hidup akak).

  3. salam , WOWW ! berminat laa nak tahu penghujungnyeee, masih ada ke Novel ni kak .. hihi

  4. salam sis…

    saya sudah mencari novel sis nie di kawasan KK (Sabah)…tapi malangnya hampa…
    camna saya nak dapatkan novel sis nie??

  5. cayalah nurul, kisah kehidupan dijadikan novel…memang terbaek…kena jugak beli ni sebab nk tahu kesambungan nya 🙂 …

  6. Dah seminggu saya cuba cari bahan untuk assigment … last2
    dapat kat blog nie… terima kasih di atas
    artikel yang amat bermanfaat kepada saya nie… 🙂

    • Salam. Dah takde jual. I will publish insyaalah today. You can read all here 😉

  7. Suka baca blog u, its motivate me to keep positive, hidup sihat, sabar. :). hehehe….doakan u selamat melahirkan & succes dlm kerjaya dan diredhai dunia akhirat. Amin.

    • Alhamdulillah . Itu pun niat saya. To spread the positivity. Syukur. Thanks for all thr supports and doas Insyaallah. Amin..amin..

  8. Salam..
    sy antara yg beli dan baca bukuni.. 😘😘😘
    skrg peminat setia blog ini..

  9. seriously..kenapa saya tak tahu novel nihhhh?????

    nurul..memang dah ada di pasaran ke?

    kat kedah area ada jual tak agak2..

    hahaha gila betul..kenapa saya tak tahu..

    gila betul lah saya..
    dapat gaji nih..gi beli…

    • Salam. Novel Ni 7 tahun lepas dijual. Sekarang dah takde di pasaran. Sebab tu saya publish di sini. Selamat membaca

      • dah baca…

        perasaan bercampur,…

        gembira, bangga,lepas tu sedih..kemudian ada rasa roh semangat bersama..
        tak tahu nak cakap apa…

        kalau saya di tmpat nurul..how to bangun semula jadi seperti sekarang… memang ajaib.

  10. Assalamualaikum Nurul … Tahniah ye !! Hmmm x lama ayu & Zachary dapat adik… Semoga sentiasa men dapat keredhaan Allah diberkati dan dilindungi olehNya setiap waktu .. Seronok dapat mengikuti setiap perjalanan Nurul dan famili ke mana2 Nurul pergi dlm YouTube .. Bahagia kan.. Krose pun rasa bahagia sama… Alhamdulillah … K Nurul all d best ye…

  11. Tidak pernah tinggal menbaca blog nurul , yg sentiasa ditunggu setiap hari , .. semoga terus berbahagia selalu …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: