Ning, Ziana dan Noryn bergabung satu pentas

Oleh Ina Mohd. Foto kredit Switch On Entertainment.

Setiap tahun dibulan April, kita tidak pernah lekang dengan sajian minggu setiausaha yang dijayakan oleh penyanyi Malaysia.Pastinya juga setiausaha-setiausaha sentiasa menunggu “hadiah” dari bos syarikat masing-masing. Anda tidak perlu ragu lagi kerana tiga penyanyi tersohor Malaysia akan membuat persembahan bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di Johor Baharu.

Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz disatukan dalam sebuah pentas yang diberi judul Diva Malaysia Live, Queen of The City. Gabungan tiga nama hebat, tiga vokal tersendiri dan tiga ratu yang sentiasa dekat di hati peminat dan mempunyai aura masing-masing. Lebih menarik lagi ketiga-tiga mereka membawakan genre yang berbeza.

IMG_5690

Tiga nama dengan kelas tersendiri ini disatukan dalam pentas Minggu Setiausaha yang dibawakan oleh Switch On Entertainment Sdn Bhd. Bukan satu tetapi dua lokasi iaitu Hotel Shangri La Kuala Lumpur dan Persada Convention Centre Johor Baharu.

Menurut Pengarah Urusan Switch On Entertainment Sdn Bhd, Ritz Taher, ini adalah acaran tahunan pertama yang mereka adakan. “Ini merupakan kali pertama syarikat kami mengadakan Minggu Setiausaha. Tema Diva Malaysia Live: Queen Of The City dipilih kerana kami melihat kriteria tersendiri yang terdapat pada tiga penyanyi yang menjadi pilihan kami serta peminat. Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, nama yang cukup besar sebagai penyanyi tanah air dan mempunyai gaya auntentik dan tersendiri. Melihatkan mereka mempunyai peminat yang cukup setia sepanjang perjalanan karier mereka, kami rasa mereka memang ratu di hati peminat-peminat”.

Selain dari itu Ifa Raziah dan Sharifah Shahira dipertanggungjawabkan sebagai hos pada hari tersebut bersama Roslan Shah. Pastinya persembahan pada kedua-dua hari tersebut akan meninggalkan kenangan yang manis buat setiausaha.

Untuk makluman, harga tiket dari RM450 sehingga RM7500. Untuk tempahan sila hubungi
+603 9171 0973 / +603 9171 0940 / +6013 374 9126 / +6018 203 6811.

10991080_10205144847574604_2060911353397107577_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: