MY PREGNANCY

PENGENALAN!

Hanya Allah yang tahu bagaimana happy nya apabila dapat tahu aku sekali lagi pregnant. Syukur teramat sangat kerana diberi peluang. Terima kasih Tuhan kerana mendengar segala doaku. Eric yang kali pertama bakal menjadi bapa juga menangis tanggal 2 Februari lalu apabila mendapati isterinya pregnant dua minggu.

Kami memutuskan untuk control our emotions and not yet to tell the public. Doctor juga berpesan sedemikian. Jadi kami janji untuk announce to all at the 12th week. Alhamdulillah, all is good. Syukur..

Kolum baru ini aku buatkan hanya untuk share the good vibes with all the ladies about pregnancy. To those that really want to conceive. InsyaAllah you will. Usaha dan doa itu penting. Jaga juga emosi. Jika terlampau excited pun memang susah nak dapat. Berlaku pada aku juga dibulan pertama selepas perkahwinan. Nak sangat pregnant.Kononnya subur macam arwah mak. Hmmm… Over confident sangat and excited terlebih… Asyik negative je ujian kehamilan aku.

Emosi memainkan peranan yang penting. Jadi, kena control. Yabetul, bukannya senang. Aku pun sama. Dari Jun sehingga ke bulan Disember excited tak habis-habis. Adakala menangis juga. Eric yang sentiasa positif, sering memujuk dan memotivasikan aku.

Satu cerita yang paling seronok aku nak cerita… Semua tahu aku mengandung semula setelah Ayu berusia 15 tahun. So, lamakan gapnya.. Masa aku pregnant untuk Ayu, aku langsung tak plan apa. Aku memang subur. Dua kali aku pernah mengandung – pernah juga mengalami keguguran sebelum aku mengandungkan Ayu kerana aku tak jaga kandungan aku itu.

Aku mengandungkan Ayu selepas 6 bulan aku keguguran. Ayu lahir tanpa diduga dan tanpa dirancang. But we were ready. I was ready – to be exact. Masa tu umur 21 tahun. Lain bebenor! Tak rasa apa-apa pun.Tak ada mual atau muntah-muntah. Hanya sekali aku muntah. Itupun kerana kena membebel dengan suami ketika itu.

Jadinya, selepas 15 tahun sekarang ni – setelah berkahwin semula, aku yakinlah kononnya aku masih okay to have another one like before. Sangkaan aku meleset. Bukannya mudah. It’s all about the right timing. Tahu tak, kerana aku tak rancang masa pregnant Ayu dulu – aku ni sebenarnya tak pernah faham bila masa suburnya seseorang wanita itu! Boleh tak?! Kelakarkan Doktor pakar sakit puan aku tu pun ketawa dengan aku. Dia yang 14 tahun memeriksa aku, agak terkejut yang aku dah lupa semuanya! Bukan saja lupa, malah tak tahu!

Dah jenuh pula aku dan Eric belajar. Eric lagilah takde pengalaman. Langsung tak pernah belajar. Yang dia tahu hanya 7 hari selepas period, semua wanita akan subur. Tak juga sebenarnya. Kesuburan seseorang wanita itu mengikut kepada jangkamasa pusingan dan kitaran haid. Maksudnya setengah wanita ada yang 25 hari, ada yang 26 hari – macam aku 28 hari.

Nak dijadikancerita,rupanya selama ini timing kami tak pernah kena. Salah kira. Macam mana benih nak disenyawakan! Lepas tu, perasan kononnya sebelum datang bulan for the following month tu, aku sering berfikir dan berkata ‘I think, I’m pregnant!’ sekali, rupanya tak! Perasan bebenor!  Manalah nak jadi kalau dah time nya salah!

We laugh a lot when we think and talk about it. Bila dah faham semuanya, bulan keempat barulah benar-benar menjadi. Itupun setelah aku fikir dan sentiasa simpan di dalam benak fikiran aku ni – jangan terlalu excited dan terlalu memikirkan tentang mahu baby. Just go with the flow.. Usaha dan determination itu perlua da. Focus kepada apa yang aku mahukan. Dalam hati dan mulut ini sering berdoa kepada Allah Taala agar diberi peluang sekali lagi.

pregnant

Apa yang aku buat untuk benar-benar conceive this time :

Makan makanan yang sihat – nutrisi penting untuk badan terutamanya kepada wanita yang merancang mahu mengandung.

Tukarkan semua makanan ke organic food. No fast food.

Minum minyak zaiton setiap pagi.

Banyak makan buah figs.

Minum susu kambing bersama shake Herbalife setiap pagi.

I had 6 Herbalife shake for 7 days right before my fertile days.

Exercise – yoga atau apa sahaja.

Benar-benar catit calendar untuk bulan-bulan yang mendatang dan tandakan tarikh subur.

Download some application in my mobile – get baby application. Kiraanya agak tepat.

Benar-benar belajar dan faham akan proses pembikinan bayi. Masa yang tepat dan sebagainya. Bila fikiran kita faham dan bersedia, amat mudah ianya menjadi.

Lawat kawan-kawan yang bersalin. Dan sering-seringlah dukung bayi atau anak kecil – ianya dapat membantu melalui perasaan. Satu hormone yang bernama oksitosin (ejaan melayu) akan dirembeskan oleh badan dan akan membantu mental dan fizikal.

Buat akupuntur. Ianya dapat membantu perjalanan darah seluruh badan dan mengaktifkan sistem kesuburan wanita dan dapat detox bahagian uterus wanita.

Tukar panty liner biasa ke panty liner organic – natracare.

Semua yang di atas itu aku lakukan. Apa-apa pun, mental perlu bersedia. Ada antara kita hanya sebut mahu, tapi jarang sekali mahu benar-benar memahami proses pembikinan bayi. Ini kerja dua pihak – suami dan isteri, bukan hanya isteri seorang. Suami perlu turut sama belajar dan faham.

Bukannya mudahkan?! It such an ordeal! Bukan itu sahaja, waktu subur wanita ada kala singkat bagi sesetengah wanita. Jadi mengikut Chinese practitioner, jangan setiap hari bersama ketika waktu subur. Sperma lelaki akan lemah dan kuantiti akan berkurangan. Jadi, perlu selang sehari. Telur wanita (ovum) hanya hidup selama 24 hingga 48 jam sahaja. Sperma bertahan berhari-hari (part ni aku lupa.. )kalau tak silap 72 jam. Jadi, kalau berselang sehari, peluang untuk conceive lebih tinggi.

Aku dan Eric melakukan segala aktiviti di atas selama 4 bulan. Kalau ada yang mencuba sekali tak menjadi, jangan kecewa. Teruskan kerana usaha selalunya beserta kejayaan. Dalam pada men cuba itu, jangan pula asyik berfikir apa aktiviti di dalam uterus kalian! Perkara ini berlaku kepada aku! Hahaha.. Sehingga tak dapat nak focus ke aktiviti lain. Teruskan aktiviti lain seperti biasa.

Aku juga pada mula planning for a baby, excited semacam juga. Aku bertemu juga doctor-doktor pakar yang lain untuk mendapat pendapat yang lain. Tetapi semuanya berkata aku tidak punya masalah. Bahagian reproductive system aku sihat. Cuma aku ini tak sabar. Aku pernah ambik suntikkan hormone untuk menambahkan kesuburan. Kata doctor suntikan itu membantu menenangkan rahim aku. Jadi, ada peluang yang lebih tinggi untuk mengandung. My friend did it & right after that they conceived. But, not me. Kecewa tak kalian rasa? Haruslahkan..

But then again.. Kami tak pernah berputus asa. Selepas dengan suntikan itu tak menjadi, aku dan Eric memutuskan untuk bersabar sahaja and don’t think about it so much. We do it naturally. Ternyata, apa sahaja yang kita mahu lakukan, perlu beserta kesabaran dan mestilah di dalam keadaan tenang.

Setelah disahkan mengandung, aku tak sabar juga nak share dengan semua. Mahu berkongsi kegembiraan. Orang-orang tua berpesan, kawal emosi. Jangan terlalu teruja. We never know what will happen next. So keep it cool. Itu yang kami lakukan. Bertemu Dato Siti Nurhaliza di sessi fotografi majalah In Trend bersama Erra Fazira dan Ning Baizura – dia meluru kearah aku dulu setibanya di studio di Kelana Jaya itu.

Dengan wajah yang penuh keikhlasan itu, dia memandang langsung kedalam anak mata aku. Katanya doakan saya juga kak. Saya mahu juga merasai pengalaman mengandung dan punyai anak sendiri. Aku amat faham akan perasaan wanita yang sungguh jujur ini. Kataku padanya, insyaAllah. Masanya akan tiba. Dia ada kesungguhan. Benar-benar mahu mengandung. InsyaAllah Allah akan makbulkan doanya. Usaha harus beserta doa. Begitu juga sebaliknya.

Sepanjang fotografi tak habis-habis dipegangnya badan aku. Bimbang andai aku terpelecuk dek kasut tinggi yang diberi Rizman Ruzaini untuk dipakai sepanjang sessi fotografi itu. Terasadiri disayangi! Hahaha.. Thanks Dato Siti. I will never forget that.

Begitu juga dengan dramatis hebatDatin PadukaUmie Aida. Aku turut bersimpati. Kami sebenarnya sama-sama menunggu untuk mengandung. Tak sangka pula rezeki aku tiba dulu. InsyaAllah.. Their time will come and same goes to all women out there – yang lama menunggu. Cuba buat apa yang aku lakukan;  yang telah aku kongsikan di atas ini. InsyaAllah rezeki kalian akan tiba.

Ini yang pertama untuk kolum ‘MY PREGNANCY’ – sebagai pengenalan untuk aku berkongsi dengan semua peminat wanita serta pembaca setia blog aku. Keep reading this. Feel the vibes. Who knows tiba-tiba dapat share the positivity dan dapat meningkatkan hormon oksitosin & kalian akan conceive juga! (To those yang menanti untuk mengandung dan yang berkahwin sahaja!) Nanti kang, lain pula jadinya! Hahhaha

Next, will be the story of my first month experience for the second time! Tunggu ya!

Advertisements

33 Comments on “MY PREGNANCY

  1. Tahniak kak nurul! Happy for you! Sy pon berharap yg sama lepas keguguran tahun lepas. Saya percaya rezeki tue kuasa Allah SWT. Insya-Allah ada cuma lambat atau cepat jer. 🙂

  2. tahniah nurul…saya juga dah menunggu hampir 6 tahun..mcm2 saya lakukan,,sehinggalan inject sana sini…semoga saya juga akan mengandung dalam tahun ini juga..

  3. salam kak nurul….tahniah….bleh share tak..katmana akk buat akupuntur….
    thanks

  4. Assalammualaikum kak nurul.. tahniah ye. Moga Allah lindungi Kak Nurul & Baby.. Saya dh 3 tahun kahwin. Bru je lepas operation endometriosis. moga lepas ni ade rezeki saya & suami utk dapat zuriat.. In Shaa Allah.. =)

  5. sis tahniah .. saya juga sudah setahun lebih menanti cahaya mata ..doakan saya juga ye sis

  6. tahniah nurul… good info.. saya juga sedang mencuba. stress adalah salah satu faktor saya susah nak lekat.. saya bekerja di kl dan suami berkerja di damansara dn travel ulang alik dr serdang, naik motor pulak tu… … so, saya decide tuk berhenti kerja dan fokus menjadi suri rumah sepenuh masa supaya saya ada banyak masa untuk fokus dan tidak stress… hehehe
    …doakan saya juga ye…

  7. Salam kak Nurul.. Tahniah for the pregnancy. happy for you. me and husband msih lagi berusaha untuk dapatkan baby. we married dah 9 month and yet still not pregnant.

  8. Tahniah kak nurul. Saya dah ada sorang anak lelaki. Umur 3 tahun. Sedih bila my husband cakap, “Saya xsanggup ada anak baru. Kesian anak sekarang.” Dalam hati nak baby lagi…

  9. 15thn kosong, wow… mmg rezeki kak nurul, and tengs for the tip utk yg akan peknen like me, wish u all the best, and take care mommy to be 😛
    **big fans to kak nurl**

    • Salam suraya. Ya sangat sesuai Dan takde masalah. Boleh guna.

  10. Tanks sis.saya baru baca blog sis. Saya dah 7thn mrnunggu.diharapkan thn 2014 iniallah mengurniakan zuriat buat saya…

  11. after a year kahwin i pregnant and i diam je only parents je tau. i had bad bleeding from 4-6weeks. pergi private keep saying it’s normal. on 6weeks i go gov and terus masuk operation room. rupanya i had left ectopic pregnancy and need to be remove sebab if not it will effect my life. tanpa give me a second to think and i hv to control my emo, tier, sadness, and accept the takdir. now dah 7months pass, every time i had my period i’ll cry. but now dah 2 months tak period but last week i check -ve. kind of blur and only wait for month end to see doc. setiap pagi harap supaya i tak period and hope i ada peluang to be a mother.

    *ops terpanjang pulak story 😉

  12. Salam kak nurul..saya bqru hari ni perasan post nih..Ya Allah.klu kak nurul nak tau saya sgt sgt inginkan zuriat. Selepas keguguran bulan 12 2013 hingga skg masih belum ada rezeki..doakan saya ya kak nurul utk cepat mengandung dan ada anak…Amin

  13. I agree..I had miscarriage 2 weeks ago n was very down n devastated. But I’m thankful that I was given the chance to feel being pregnant

  14. Thanks so much for sharing Kak Nurul.. Im already married for 8yrs, 4 kali gugur tapi belum ade rezeki lagi sampai skrg.. Usaha dan perasaan cuma Allah swt je yg tahu..

    • My pleasure dear. If you want me to assist you, let me know. Do drop me an email. Take care dear. InsyaAllah ada nanti rezeki you dan suami.. amin,,,,

  15. Salam n hi kak nurul..Alhamdulillah congrats on ur newborn baby!! happy for u..Moga kak nurul n fmly sntiasa dlm lindungan dn redha Allah selalu..Amin..suka baca info psl pregnancy sbb sy pun tgh trying to conceive..married for 2 months..bru lg kan..hehe..tp sama mcm kak nurul gak..exciteddd..hihuu..sy nk tny kak nurul..based on ur experience..period sy mmg dtg tiap2 bulan cuma x teratur n selalu samada hari yg ke 25 (yg trpendek) or 28 (yg trpanjang)..within that range of time je salu but mostly dlm 26 or 27dys…kak nurul penah alami senggugut x? dlu ms kt skolah n U sy selalu gak kna senggugut dlm sehari je..pastu akn ok..n bla da dkt 27thn..senggugut da mild..n now bla period pun mmg light je senggugut tu..just sengal2 biasa ja..x mcm dulu..lg satu kak nurul..waktu subur tu mmg sy da kaji n agak da x larat nk baca dh sbb hafal dh sume..hehe..tp x salah kan if nk tny mummy2 yg da brjaya conceive dgn prkiraan waktu subur yg tepat..kak nurul dlu try hari ke berapa yer? n klu kak nurul ade tips ape2 bolela share dgn sy yer..tq so much kak nurul yg cantik dn comel 😉

    • Salam dear..
      Ada semua akak letakkan di dalam my pregnancy rasanya..

      KEna tengok cycle you dear. Kalau boleh get ready on the 10th day until the 17th day. Jangan pula ‘setiap hari’ dear. Do alternate day. Okay!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: