“MARI”

Hari ni mesti kena tulis pasal album ‘MARI’. I had few written in my book what I want to write everyday. Dah banyak hari postpone. Distracted pasal cerita lain! Excited punya pasal…

Album ‘MARI’ ni diterbitkan oleh Andi Merican. Dan aku sebagai penerbit eksekutifnya. Dipasarkan oleh Sony BMG (M) Sdn Bhd. ‘MARI” mula dipasarkan semenjak 18 May 2012 yang lepas. Pembikinan album ni mengambil masa 3 bulan.

Andi menghubungi aku apabila aku suarakan idea untuk bekerja dengan composer muda dan fresh; kerana yang fresh selalunya mempunyai idea yang bagus. Andi came up with few ideas, which I’m quite okay with it because he did the study to produce my songs. I told him what I want. It’s quite okay to work with him. But many times we had communication breakdown! Trust me, I learned something through this collaboration – COMMUNICATION is important. Communicate with phone calls NOT sms or bbm!

I’m happy with all the songs and I really like ‘MARI’. Andi seorang yang sungguh talented, but he has to work harder in this kind of music industry today. Knows the history & work within the rules or ikut apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu yang telah berjaya. Above it all, the process of the recording went really well.

Composer muda ini teliti dan tidak suka bekerja dalam keadaan yang kelam kabut. Believe me, all composers are the same. He knows what he wants & me too. Kami semua cerewet betul dalam pembikinan album ni. Gelak ketawa jangan cerita lah… Andi suka gelak, aku suka buat lawak. Sehingga sound engineer yang malu-malu, habis aku usik sehingga merah mukanya setiap kali jumpa aku. Zali one of the best sound engineer to me. Bila dah bekerja, jangan harap dia nak dengar apa yang orang sekeliling cakap mengenainya. His focus is really good! I salute him. Dia boleh bekerja 12 sehingga 20 jam tanpa tidur! Aku tahu kerana semasa kami perlukan master CD itu asap untuk press conference, Andi & him worked like mad to deliver to us for the PC & the listening party.

Manager aku Mas Anizah naik  merah padam tunggu Andi & Zali sampai untuk PC itu. Semua orang panic! But, it was a great experience!

Aku ingat lagi 1 joke yang Andi & Zali buat semasa April Fool lepas. He emailed me the full mixed master of ‘CINTA NURUL’. Aku pulak masa tu ada dengan kawan yang datang dari Australia. Excited ya amat nak bagi dia dengar. Aku pun download and put it really loud nak bagi kawan aku dengar. Eric pun ada masa tu. Lagu Cinta Nurul is a ballad song. Mula je lagu tu, tiba-tiba ada suara Andi. My friend asked me, lagu ni lagu rap ke? Aku dengan merah padam call Andi masa tu jugak. Dia tak angkat phone. Aku pun dengar lah sampai habis lagu tu. Rupanya untuk April Fool! Hantu punya Andi Merican & Zali!

Selepas itu, Andi call aku semula dan diaorang berdua gelak tak habis-habis kat aku! Tak pasal-pasal malu dengan kawan Australia aku tu! Hantu betul!

That was the kind of scenario that we had for working together. Aku selalu usik – buat joke tak habis-habis. Memang kali itu, aku terkena pulak! Aku tak pernah kena April fool seteruk itu! Panic  sekejap sebab ingatkan Andi cuba nak rosakkan lagu tu or saja pandai-pandai nak masukkan diri dia dalam lagu tu untuk duet dengan aku! Hahahhaa…. NO MORE DUET (especially with man) FOR ME. Featuring is okay! Itu yang kerap kali aku bilang Andi.

And working with a lot of jokes is not good too! I’ve learned my lesson well. Banyak joke, jadi tak serious. Lepas tu terus belajar, bila masa bekerja, mesti kerja. Masa nak joke, really make jokes.

I’m glad all is done in a good manner & I really proud of this mini album. ‘MARI’ beri kepuasan pada aku apabila aku nyanyikan di dalam persembahan pentas. A salsa come bacchata kind of music – it was my idea sebab masa tu suka pergi menari dengan Eric di kelas tarian yang dia ikuti semenjak 3 tahun lalu di Bangsar. I love the music! So, aku pun bagi idea tu kepada Andi. Dia dapat the whole idea apa yang aku mahukan.. Hasilnya, ‘MARI’ sungguh dinamik dan full of attractions. Dari segi susunan music yang dibuat oleh Don Mukri sehinggalah ke kolaborasi aku bersama rap popular dari Kota Singa KOMRAD. I love working with them too. A fantastic and talented rappers duo! Bravo guys! I need it more!

The whole pembikinan album ni penuh dengan macam-macam emosi. Happy, gelak ketawa, jokes, marah, naik angin, argue – semua ada! But Andi, thank you so much sebab layan and tahan semuanya! Hahahah… (tapi kalau dia naik angin, boleh tahan jugak budak kecik tu!) He’s so young and he has a different mindset. Muda lah pulak, ye tak… I know, he will be a successful young composer – one day.

Andi banyak berkorban untuk album ini. Begitu juga Zali. Mereka beri yang terbaik. Aku akan kenang  sampai bila-bila. Aku tahu, dia tahu.

Album ini bermakna bagi aku kerana memuatkan lagu-lagu yang menterjemahkan perasaan aku selama ini. Finally I can pour out everything in these 5 songs. Andi tahu, dan dia beri aku lirik-lirik yang dia tahu aku mahu luahkan sebelum ini.

Thanks to all the lyricists seperti, Eenaz Mokhtar & juga Shah Shamshiri.. I love ‘Selamat Jalan’ written by Shah. A fantastic melody – very refreshing! And puas dapat suarakan rasa apa yang nak aku katakan. I stopped here about that matter. Nanti lain pula jadinya.

Kesemua 5 lagu, aku pilih dengan teliti. All of you have to listen & judge this album.

LAGU-LAGU YANG DIMUATKAN :

MARI – my all time favourite!

CINTA NURUL – it’s an award winning song – aku puas nyanyikan lagu ini. Andi kata dia buat lagu ni dengan mmbayangkan aku naik pentas ambik award! Wow! Tinggi tu impian.. InsyaAllah Andi. Who knows!

SELAMAT JALAN – kena dengar sendiri! To me, refreshing & menarik.

TAKUT PARANOIA – lagu ni sesuai untuk sesiapa sahaja yang dah putus cinta; dan ada yang ajak bercinta and you are scared, you can sing this song! Lagu ini juga mempunyai susunan music yang menarik!

KERANA KAU ADA – menurut Andi, lagu ini dia suruh Shah Shamshiri tulis  setelah aku bertemu dengan Eric. Selepas badai, datangnya matahari menyinari. You got to listen to this one too! It’s a must to listen song!

Tahun ke 17 di dalam industry ini, ada up and down nya. Aku buat yang terbaik sehingga aku dapat apa yang mahu aku capai. Ada banyak lagi yang ingin aku lakukan. Bertahan sehingga sekarang, amat bermakna buat aku. Aku tahu aku di sini kerana bakat aku dan aku tidak mahu lari dari paksi niat itu. Impian aku tinggi menggunung. Semuanya hanya mampu dicapai dengan sokongan dari peminat.

Istilah –  “tanpa peminat siapalah artis” – memang benar. You can’t go far without your supporters & your great fans. You have to give more in the way to get more. Banyak pengorbanan di dalam bidang ini, banyak juga kelebihan dan rewards yang aku perolehi.

Pada aku apa yang penting adalah niat. Niat mahu berjaya, mahu berkongsi bakat yang Allah kurniakan ini, serta mahu menjadi yang terbaik di dalam apa jua yang aku lakukan – walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik. Kesempurnaan tidak wujud kerana kita hanya manusia biasa. Kita bukannya maksum. Jadi, usaha  harus dilaksanakan because to me – nothing is impossible! You do it, you’ll get it.

Thanks to all my greats supporters and fans. Kamu semua di sini – bersama aku. Tidak kira  apa sekali pun. Hujan panas bukan halangan kepada kalian. You make me happy, you make me cry, but it’s worth it.  Aku hargainya. Dan hanya Tuhan yang mampu membalas apa sahaja jasa-saja baik kalian terhadap aku.

Tak dilupakan juga kepada all my haters. Thanks for making me stronger – everyday!

KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN ‘MARI’. BOLEH DAPATKAN DARI SEMUA SPEEDY VIDEO ATAU ROCK CORNER SELURUH MALAYSIA. JIKA ADA SEBARANG MASALAH, HUBUNGI SONY MUSIC ATAU EMAIL nurulwahab77@gmail.com . Kami sendiri akan hantarkan kepada anda! 

Advertisements

6 Comments on ““MARI”

  1. Great & amazing album….excited to have it 🙂 luv u kak nurul and All the best!!!

  2. i’m waitinggggg…lalalala!

    (OMG…ku telah menjadi pengomen tegar di sini..haha!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: