COUNTING DAYS…

Counting days… Masuk minggu ke 38 minggu ini.. Hati semakin berdebar menunggu the big day sampai. Alhamdulillah, semuanya okay. Aku sihat dan baby di dalam ni pun aktif bergerak. Memang non stop. Setiap 9 malam selepas dinner, mulalah dia menendang dan bergerak sehinggalah dia keletihan. Kata doctor baby kalau bergerak banyak, dia akan letih dan sama juga dengan ibunya. Ye benar… mudah letih.

Cepat betul masa berlalu. Sedikit masa lagi aku akan melahirkan. Kali terakhir berjumpa doctor seminggu yang lalu, katanya baby dah mula engage dan mungkin akan awal dari tarikh dijangka melahirkan. Mulalah terkenangkan detik-detik aku melahirkan Ayu 15 tahun yang lalu. Rasa nervous, excited, semuanya ada.. Takut sudah pasti lah kan!

Memang pantas waktu pergi.Tapi sakit melahirkan itu masih berada di dalam ingatan aku. Aku lantas terkenangkan arwah mak aku. Bayangkan, arwah mak melahirkan 15 orang anak. Dulu mana ada epidural. Arwah mak memang wanita yang hebat. Melahirkan dua anak songsang dan bersaiz  4kg, bukanlah mudah. 15 orang anak tanpa satu pun melalui pembedahan. Al fatihah buat mak. Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Bila aku terkenangakan arwah mak yang melahirkan 15 orang anak, datang kekuatan untuk melahirkan anak secara normal. Ya… aku nak secara natural. Mak melahirkan 15 orang, aku ni baru nak masuk anak kedua. InsyaAllah aku mampu melakukannya. Masa nak lahirkan Ayu dulu pun, aku minta pada doctor secara normal. Aku nak rasa macam mana sakit melahirkan sebenarnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Ayu dilahirkan secara normal walaupun terpaksa diinduksi (induce) kerana proses kelahiran yang amat perlahan. Ayu tak engage habis di antara tulang pelvic ku kerana tali pusatnya yang pendek.

Pengalaman itu memang tak kan akul upakan selamanya.Terlalu istimewa. Sakit, memanglah sakit, Tapi selepas Ayu keluar, sakit itu hilang langsung… Tak dirasa apa pun. Aku hanya mengambil laughing gas dan dua suntikan penthodine untuk membantu meredakan kesakitan sepanjang contraction berlaku. Sakit selama 4 jam itu hilang setelah kaki kecil melepasi rahimku.

Betapa besarnya kuasa Allah. Mulut tak habis-habis mengucapkan Allahuakbar. Happy nya tak terkata. Memang air mata peneman kegembiraan. Itulah yang ibubapa kita pun rasa tatkala kita dilahirkan dulu. Itu aku pasti.

Untuk kali ini, aku mohon yang sama kepada doktor aku. Katanya so far tak ada apa-apa masalah. InsyaAllah aku mampu melahirkan baby ini secara normal juga. Cuma kali ini mungkin aku mahu mengambil epidural. Dulu aku tak mahu kerana bimbang andai ada kesalahan dan bisa merosakkan tulang belakang aku. Aku ni sayang tulang! Bukan sayang apa pun.. Takut sebenarnya! Hahaha.. Kata Dynas Mokhtar, ambil saja epidural. Lebih mudah dan tak meletihkan. Ya, kalau berjam-jam menahan contraction memang meletihkan.

Aku masih ingat ketika aku sedang push Ayu, aku terlena dek dua suntikan penthodine dan aku keletihan. Nasib baiklah Ayu tu keluar senang. Kalau tak, doctor terpaksa kejutkan aku bangun untuk meneran! Ayu dilahirkan seberat 3.26kg. Baby kali ini juga tak jauh bezanya. Hanya 3kg. Aku je yang besar! Kata doctor perut aku banyak ruang! Saiz perut yang besar tak semestinya baby juga besar. Alhamdulillah. Aku pun tak nak baby besar hingga menyebabkan kesukaran untuk melahirkan kelak.

Setiap malam sekarang mimpi yang bukan-bukan. Macam-macam ada. Aku pasti semua wanita mengandung di trimester ketiga ini mengalami yang sama. Perasaan sering bercampur. Adakala tak mampu nak kawal emosi. Mungkin sebab itulah mimpi yang bukan-bukan. Selalu juga termimpikan arwah mak. Kali ni tanpa mak menjaga. Dulu dialah yang bersusah payah menjaga anak-anaknya berpantang. Aku akan berpantang 44 hari. Ikut apa yang arwah mak pesan. Betul-betul jaga badan kerana perempuan amat sensitive selepas bersalin. Sensitive emotionally & physically. Dah pernah ada pengalaman badan masuk angin minggu kedua berpantang dulu, membuatkan aku serik! Memang kena jaga! Badan nak guna lama.

Apa-apa pun, perasaan tak sabar dan nervous bercampur ketika ini nak menyambut kelahiran baby boy selepas 15 tahun. Aku tak dapat nak bayangkan.. Dalam masa yang sama, aku juga masih lagi enjoy rasa perut yang memboyot dan semakin berat ini. Belum rasa nak cepat melahirkan walaupun masanya semakin hampir tiba. Sangat indah perasaannya. Terima kasih Tuhan di atas anugerah yang tidak terhingga ini. Doakan segalanya berjalan lancar ya.

Advertisements

3 Comments on “COUNTING DAYS…

  1. Hi Nurul.. I am so much like to read your blOg…insyallah..you will have a smooth delivery. Amin x3 🙂

    • Hi Noraini. Thank You so much. Appreciate it. Please do dropby here. Anytime 😉

  2. hi nurul….alhamdulillah semua ok dgn izinNYA…baby ok nurul pun pun ok…seems like both of u in good condition…xsabr nk tgk baby boy keluar….saya doakn semua akan brjln dgn lancar….seronok baca cerita pengalaman nurul bersalin….saya pun baru pertama kali bersalin thn lps w/pun umur dh lanjut baru nk ada anak…but so funny 1st experience for me coz saya xtau apa itu air ketuban mcm mana rupanyer…..byk kejadian lucu terjadi mmbuat rasa sakit hilang camtu jer…im hoping insyaAllah u will have handsome baby boy like kak ning baizura….btw kim salam kat dia yer…teringin nk tgk konsert dia ta[i saya duk jauh diperantauan…..ntah bila laa nk balik….kalu dkt kan teringin nk jenguk nurul bersalin nnti…hihiiii take care ya nurul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: