BULAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA….

Entry ini agak lucah! Awal-awal aku ingatkan.. Kalau lelaki yang belum berkahwin, tak usah baca ya. Tapi aku pasti, lagi dikatakan jangan atau usah, lebih ramai yang akan baca! Hahaha.. This is just to share to all women or to those who want to learn or nak tambahkan pengetahuan tentang bayi. Aku hanya kongsikan pengalaman dari apa yang telah aku pelajari. Ilmu yang ada, jika tak dikongsi atau tak dimanfaatkan tiada gunanya. Orang Penang kata, bagi chan la aku buat pahala untuk akhirat! Hehehe..

Tentang bulan pertama dan kedua – Kali ni pregnancy ni lain betul. Dulu masa mengandungkan Ayu Nazirah , I was just 21 years old..  Persamaan yang ada hanya satu..Aku tak mual atau ada morning sickness.Tidak langsung.Alhamdulillah. Cuma aku susah nak bangun pagi lewat usia kandungan memasuki 3 bulan. Itu dulu.Masih muda.Badan juga berbeza.

Kali ni excited nya berbeza juga. Maklum saja bezanya 15 tahun.. Usia juga telah meningkat. Tahun ini 36 tahun.. Semakin matang dan segala  perkara di awasi. Sebaik sahaja aku tahu aku mengandung 2 minggu, aku elakkan untuk travel dengan flight.Masa tu, aku terpaksa cancel persembahan untuk launching Pimai FM. Walaupun segalanya telah dirancang dan dah confirm, aku terpaksa cancel.

Di awal kehamilan, segalanya agak sensitive.Aku ambik langkah berjaga-jaga walaupun aku tahu aku di dalam keadaan yang baik secara fizikalnya.Tapi aku tak tahu yang di dalam.Usia juga dah memasuki 30-an. Kena jaga betul-betul. Jadi, aku cekalkan hati untuk hubungi Mira yang telah susun segalanya untuk aku.  Sebelum aku text Mira, si kenit aku lah jadi mangsa untuk call bagitahu. Memang dia dipaksa untuk buat white lies. Kesian Pingu.. Terpaksa menipu. Tapi kami berpakat dengannya untuk katakan something goes wrong dan aku tak dibenarkan travel. Hubby pun tak izinkan.

Mira terpaksa akur.  Sudah lah radio tu untuk orang-orang kampung aku;  yang kelahiran Penang ni pula tak dapat nak buat show istimewa untuk mereka. She was disappointed – I’m sure. But by now, dia dah dapat tu jawapannya.Aku perlu hubunginya semula to say sorry kerana terpaksa menipu. Hehehe.. Sorry Mira. Tak buat lagi macam tu. Janji!

Bulan pertama dan kedua kali ini, aku cepat penat.Dalam satu hari, mesti tidur 30 minit.Dan malam juga tidur awal.10:30 atau 11 malam, mata dah mula layu. Eric sering ketawa kan aku yang sering tertidur di hadapan kaca tv apabila kami menonton movie bersama.

Minggu kelima bertemu doctor  – untuk memastikan kehamilan; bagaikan nak masuk pertandingan nyanyian berdebarnya! Alhamdulillah all went well. Doctor mengucapkan tahniah dan sebulan selepas itu aku perlu bertemu dengannya lagi.  Heart beat – all looks good. Tak boleh nampak apa-apapun lagi ketika di awal kehamilan.Hanya objek bulat.

Aku pasti ramai yang nak tahu apa lagi yang aku buat untuk mengandung kali ini. Aku lupa untuk beritahu di dalam ruang pengenalan kolum ini.Jangan lupa amalkan folic asid atau folate.Ianya penting untuk menguatkan rahim dan juga perkembangan janin di awal kehamilan.Amalkannya sedari awal.Ada dijual di semua farmasi di Malaysia ini. Jika dah plan nak ada baby, bermula dari sekarang.

Selain itu, shake Herbalife aku ambil seperti biasa setiap hari. Cuma selepas pulang bercuti dari France, aku dan Eric ambil shake lebih banyak – tanpa makan selama 7 hari. Kebetulan, masa aku pulang ke tanahair tu, aku mendapat haid. Tiba di KL hari ketiga, dan kami mula dengan shake. Allah jadikan segalanya bersebab.Dengan tak aku sedari, sebenarnya aku dah sediakan badan aku dengan pengambilan nutrisi.Nutrisi amat penting terutamanya apabila kita mahu mendapatkan zuriat.Doctor pun sebenarnya sarankan untuk kita makan lebih sihat jika mahu mendapatkan bayi.

Sihat maksud aku bukan dengan makan makanan yang lebih karbohidrat dan makan berkali-kali sehari. Tidak! Pemilihan makanan amat penting.Makanan biarlah yang tinggi khasiatnya seperti sayuran hijau, buahan, daging, ikan dan telur.

Shake Herbalife sebenarnya pemakanan yang seimbang dan punyai nutrisi yang lengkap. Jadi, aku mulakan shake Herbalife di hari ketiga semasa haid – sehingga hampir waktu kesuburan.  Aku dan suami ambil 5 atau 6 shake sehari. Tujuan asalnya untuk detox kan badan kami. Sepanjang holiday, banyak sangat makan cheese dan daging.Musim sejuk, perlukan makanan yang berat.Jadi, badan juga bertambah berat. In the same time, ambik shake 7 hari tu untuk turunkan berat badan – tanpa makan makanan lain.

Di dalam kebetulan itulah, aku telah siapkan badan aku dengan nutrisi untuk kehamilan.Alhamdulillah.Allah jadikan segalanya dengan bersebab. Aku percaya akan hakikat ini. Memanglah aku berusaha dan mahukan bayi. Tapi gerak hati yang Allah beri itu, membuahkan hasil.

Satu lagi, rata-rata wanita atau kenalan aku yang mahukan bayi – mereka sama kes dengan aku. Salah kira hari. You must know your monthly cycle. Berapa hari sebulan kitaran haid.Tandakan di calendar untuk beberapa pusingan.Macam aku, aku kirakan sedari Oktober 2012 sehinggalah aku mengandung.Aplikasi yang aku sebutkan di telefon – yang aku download juga amat berguna.Ianya membantu untuk mengira kitaran haid seseorang wanita itu.

Kemudiannya, apabila tiba 7 hari subur, jangan pula bersama dengan suami setiap hari. Ini aku belajar dari ramai doctor termasuk seorang Chinese herbs practitioner di Eu Yan Sang. Dia kami temui untuk buat aku puntur untuk rawatan sinus dan kehamilan. Akupuntur membantu perjalanan darah ke uterus dan seluruh badan.

Kata John – the Chinese herbs practitioner –  apabila tiba waktu subur, selangkan satu hari untuk bersama. Beri masa satu hari untuk suami merehatkan badannya supaya penghasilan semula sperma yang lebih kuat.Sperma yang aktif adalah amat penting.Wanita bersifat kuat.Ovumnya juga kuat.Apabila ovum dikeluarkan sewaktu subur, ianya lemah di awalnya. Selepas beberapa jam, ianya akan mengeras. Apabila sperma lambat sampai, ianya sukar disenyawakan.Kena pulak sperma yang tak kuat.Oleh sebab itulah ramai yang gagal mengandung.Berlaku pada aku juga. Bila aku faham akan hakikat ini, barulah aku dan suami buat ikut apa yang kami pelajari.

Peluang untuk mengandung lebih tinggi jika diselangkan hari untuk bersama.Lagipun jangan risau, sperma boleh hidup sepanjang 3 hari di dalam uterus.Berjuta jumlahnya setiap kali dilepaskan.Hanya satu diperlukan untuk disenyawakan.Jadi, jangan risau atau rasa tidak yakin apabila terlihat sperma keluar selepas bersama.  Bayangkan, jika ita bersama selang hari, sperma sudah tersedia di dalam uterus dan selepas itu ovum dilepaskan. Bukankah mudah untuk disenyawakan sewaktu ovum masih lembut?

Now, to those yang nak sangat baby, imagine that and learn more. Kena bagi diri tu faham betul-betul. InsyaAllah what we imagine atau fikir dengan penuh keyakinan, dan berserta doa; ianya akan menjadi. Dah berlaku pada aku.Jadi, aku yakin.

Satu lagi, selepas bersama, jangan segera bangun. Kalau boleh terus tidur! Satu jam lagi bagus. Tahu tak, sebenarnya sperma ambik masa 45 minit untuk naik ke uterus! Lama kan.. Kesian sperma itu. So, kita kena bantu. Put a pillow under your bump.  Aku dan suami ketawa terbahak-bahak apabila seorang doctor menasihatkan kami berbuat sedemikian. Tapi ada kebetulannya! It became so fun instead of so stress nak buat baby. Mana taknya, jadi lawak pula bila dia lihat kedua kaki aku ke atas dan buntut di alas dua tiga bantal! Looks, it really works!

Selepas dah confirm kehamilan, segala aplikasi di telefon aku download. Cuma kali ini tentang perkembangan bayi dari minggu ke minggu. Di internet, jangan cerita lah.. Aku juga ke babycentre.com untuk lihat bagaimana sedari awal pembuatan bayi bermula. How amazing! Memang kuasa Allah itu memang besar dan segala yang dijadikanNya sememangnya lojik. Mulut aku ni tak habis-habis mengucapkan Allahuakbar.  Kata Eric kenapa disebutkan kalimah itu?Bukankah hanya mereka yang menjalankan jihad melaungkannya? Panjang lebar aku explain. Barulah dia faham akan maksud kalimah Allah itu. Maklum saja, banyak sangat tengok CNN.Jadi, kalimah itu disalahertikan.

Awal trimester pertama ini, aku hanya keletihan dan tidak mempunyai apa-apa alahan yang lain. Makanan pula, jangan ceritalah! Nak makan je kerjanya! Nasib baik di bulan Februari dan Mac tak berapa banyak aktiviti. Jadi, dapatlah aku berehat dan melayan kerenah selera aku yang nak itu dan ini!  Si kenit yang comel itulah mangsa aku untuk teman aku makan! Sampai dia kata dia pun dah terikut dengan selera mengandung aku.  Dia pula yang teringin itu ini! Hahahah..

Si kenit yang aku gelarkan Pingu itu yang mengantikan tempat Eric. Kan orang kata, kalau isteri tiada alahan atau apa-apa, suami yang akan kena. Tidak berlaku langsung pada Eric! Dia hanya menjalani hari-harinya seperti biasa. Satu je perkara yangberbeza, he doubles up his exercise regime! Sampai naik sakit otot-otot badannya!

Bulan pertama dan kedua selalunya tak banyak yang berlaku pada aku. Orang lain ada yang kena tidur dalam tandas dek morning sickness! Aku bertuah kerana aku tak melaluinya. Kata doctor kenapa sesetengah wanita sedemikian kerana mereka punyai lebih iodin di dalam badan mereka. Itulah yang menyebabkan terjadinya muntah-muntah dan mual.

Semoga apa yang aku share di awal kehamilan aku ini, bisa membantu wanita lain yang teramat mahukan bayi. Aku di sini mendoakan. Jika kena harinya, kalian juga akan melalui proses seperti yang telah aku lalui. InsyaAllah, the time will come.

Aku akan sambung cerita dalam bulan ketiga dalam entry yang akan datang! Please come again.

Di bawah adalah aplikasi yang aku download untuk mengetahui mengenai baby.

1

2

3

4

5

6

7

8

Advertisements

21 Comments on “BULAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA….

  1. Thanks for sharing the info with us, and looking forward to have one of our own and been trying these methods too and now am getting ourself stress cos we’re hitting our 10th anniversary in december and now im getting all those rude remarks…In Shaa ALLAH kalo ada rezeki ada lah and kalo ditakdirkan takde zuriat, kita redha….

  2. Artikle ini bukan sumber lucah…ttp ianya satu informasi yg amt baik…sharing is caring…

    • Saja saya usik madurezequeen. Supaya lebih ramai yang baca hahahhaa.. thanks for reading. Appreciate it. Take care

      • Salam Pn. Nurul,
        Umur baru 36.. Kalau kilang aktif, production boleh every year.. Boleh dapat 10 lagi. Cukup team bola sepak 🙂
        Congrat anyway.. May both of you be blessed. Amin 🙂

      • Wsalam Halijah.. aduhai… team bola tu adik beradik saya.. insyaAllah lagi 2. Tidak le 10. Mati saya hahahah.. thanks & take care

  3. Sy mnntikan baby selama 3 tahun..Alhamdulillah lg 6 bln nk ckup 3 tahun sy disahkn hamil..sy buat cara sama mcm puan nurul tulis..lepas wat projek sy x kan basuh n tak bangun2 dah sampi pg..hehe..punya kepit…n bantal letak bwh pungkoq..mmg brkesan..sy wat selama sebulan..:) …salam.take care ye

    • Salam. Tahniah aurora. Srmoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya

  4. hai k nurul, baru terbaca blog k nurul..thanks for the brilliant info..I pn almost 3 years tggu dan sekarang Alhamdullilah dah 2 month pregnant..btw I pn ambik Herbalife tuk dapatkan nutrisi yg baik dalam badan..Alhamdullilah sepanjang 9 minggu nie xpernah nk muntah atau loya..semua pn ok jer leh mkn…tapi kene mkn kerap n sedikit..so tuk control kalories bila tghmlm kalau lapar I ambik Herbalife, xrasalah berat akan naik mendadak..Alhamdullilah…take care sis…

  5. salam..akak share mcm ane mkn herbalife shake sy nk krs n then nk pregnt..kt ane akak wat akupunter

  6. i Feel so sad…dah mcm2 cara dah buat….
    tak menjadi jugak
    dah jumpa dr. gynae… dah inject utk “buat telur”
    dah jumpa Dr. Homeopatty….
    Eggs were healthy and growing…
    tapi ntah mana silap nya *sigh*

  7. nurul mesti ingat kak nor..kak nor dah umur 39 ni dpt ngandung lg tau.syukur.last ngandung 2005 yg lalu..sekarang baru msk 2 bln.gembira sangat.kak nor org tasek gelugor.sm.bakti 1988-1992.miss u nurul.

    • Tahniah Kak Nor! Kalau saya tengok muka ingat kot.. Heheheh.. Take care and all the best

  8. Wahhhh .. seronok nye ..
    Bagus .. boleh dipraktik kan lepas nih ..
    Mudah-mudahan lepas nih rezeki sy da n suami ..
    Hehehe ..tqsm kak nurul ..
    Double thumbs up !!
    Apa pun congrats for ur 3rd baby ..

  9. Hi kak nurul, So happy for u n thanks… Sy gune tips method kak nurul. Syukur skrg sy sudah 5 minggu nk masok 6 dah.. First baby and now i know how all d mums in d world feels…. 🙂 nway very informative entry!

    • Salam Shazlin. Sorry sebab lambat reply. Alhamdulillah ..Alhamdulillah.. Syukur!! Ammiinn.. Happy saya dengar. Take care. I’m sure now dah nak bersalin kan. All the best okay. InsyaAllah , Allah permudahkan segalanya.. Ammiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: