BULAN KEEMPAT, KELIMA DAN KEENAM- dah tahu Jantina & dah ada nama!

Resting under the sun; facing the pool with the blue sky – PERFECT! Yes, aku & Eric sedang bercuti sempena our wedding anniversary di Pattaya Thailand. Just a short break. Being pregnant? Don’t worry. Dah masuk minggu ke 22 ni, paling seronok sekali. Mengah? Adalah sikit. Itu biasa bagi semua wanita yang masuk bulan ke-5.

Dalam pada itu, aku gembira dan bersyukur ramai rakan terdekat dan fans yang menghubungi aku bertanyakan bagaimana dan ingin tahu pengalaman aku mengandung semula – memberi khabar gembira bahawa mereka juga telah berbadan dua! Doa ku buat semua yang mahu mengandung, Alhamdulillah dimakbulkan. Aku melonjak keriangan sambil mengucapkan syukur. Seronok bukan kepalang! Apatah lagi bagi tuan punya badan.

Aku tahu bagaimana rasanya. Dilahirkan sebagai kaum hawa, semua dari kita mahu merasai pengalaman mengandung dan punyai anak yang lahir dari rahim sendiri. Beberapa berita tentang mereka yang telah berjaya mengandung sehari dua ni, buatkan aku turut sama merasa bahagia untuk mereka. Alhamdulillah. Tahniah buat mereka yang telah mengandung (rata-ratanya berada di minggu 6 & 7). Tips yang aku berikan : jangan tinggal Herbalife shake(kepada yang ambik product itu), eat right (healthy food) & drink plenty of water. Di samping itu, jangan stress dan bekerja kuat sangat. Early stage, very sensitive. Doa aku semoga mereka jalani 9 bulan yang indah dan selamat melahirkan mengikut masa yang telah dijadualkan untuk melahirkan. Amin,…

Trimester kedua – badan kurang letih dan adakala terasa seperti tidak pregnant – at all! Untuk yang ada morning sickness & mual, di dalam bulan ke-4 dan seterusnya, ianya mula berhenti. So, the best time to take a break & go for holiday! Ramai yang gelarkan semester kedua ini sebagai honeymoon months! Oleh sebab itu, aku & suami mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagipun, kebetulan bulan ini adalah bulan ulangtahun perkahwinan pertama kami. Semenjak dua menjak ni, jadual aku pun boleh tahan juga ketatnya dengan persembahan pentas di jamuan makan malam dan majlis perkahwinan serta rakaman untuk rancangan Ceria Popstar di rangkaian astro iaitu Astro Ceria.

Namun, jadual yang  padat tidak menganggu kehamilan aku. Alhamdulillah. Tiada masalah. Pengambilan makanan nutrisi Herbalife sangat membantu. Itu yang nyata yang dapat aku rasakan. Ianya memberi tenaga dan kecergasan. Itulah pentingnya nutrisi yang betul & seimbang. Menjadi distributor bersama Herbalife, aku perlu menjadi jenama kepada jenama product itu. Recommendation: drink & use Herbalife shake! You can contact me if you want the guidance & the product. Terutamanya bagi mereka yang bersedia mahu mendapatkan cahaya mata. Nutrisi terbaik adalah Herbalife!

Makanan amat penting. Kerana ianya memberi nutrient penting yang badan kita perlukan setiap hari. Tetapi makanan seharian yang kita ambil kebanyakkannya adalah lebihan karbohidrat dan juga makanan yang tinggi lemaknya. Trimester kedua ni, bayi di dalam kandungan memerlukan zat makanan yang tinggi untuk tumbesarannya. Sebab itulah aku benar berpegang dan tak pernah lekang dengan jenama nutrisi no.1 di dunia ini.

Itu mengenai makanan. Bayi di dalam kandungan aku ni pun semakin membesar! Perut juga semakin membesar. Selera makan juga bukan main besarnya! Hahahah.. Tapi dah tak banyak teringin itu ini. Buat masa ini aku hanya teringin dadih. Tak dapat-dapat lagi! Bulan lalu, teringin sangat patin. Asyik makan je ikan yang famous dari sungai di negeri Pahang itu.

Jangan tak tahu, sedari minggu ke 16, aku dah mula merasai pergerakan baby. Tak berapa kuat kerana masih kecil. Ianya seakan bubble di dalam perut aku ini. Seronok! Sekarang dah minggu ke 22, semakin kuat pergerakannya. Aku tahu dia sihat di dalam dan tulangnya telah mula kuat. Malah aku juga tahu bila dia tidur dan bangun. Aku boleh rasa melalui pergerakkannya terutamanya apabila ada bunyi muzik yang kuat atau apabila Eric bercakap.. Satu yang aku perasan, baby aku ni tak suka dengan makanan dan minuman masam! Dia akan bergerak sebaik sahaja sesuatu yang masam tiba padanya. Mungkin juga mengejutkannya!

Pengalaman yang sungguh indah. Alhamdulillah. Dalam pada itu, jangan tak tahu, berat badan aku semakin naik! Muka memang masih boleh jual! Hanya dari dada ke atas! Tidak di bahagian bawah. Dengan selera yang meningkat, aku gain 500g – 700g seminggu. Tak apalah, demi baby di dalam ni, aku sanggup! Nasib baiklah ada shake Herbalife juga.Ya, memang aku akan sebut banyak kali tentang shake yang hebat ini. Aku dapat rasakan perbezaan pregnant dulu dan sekarang. Dulu badan aku naik mendadak. Tetapi tidak sekarang dengan shake Herbalife ini. Ia membantu mengekalkan berat badan dan mengimbanginya semula. Sebab itulah aku tak gain weight banyak sangat. Alhamdulillah.

Dulu berat badan aku nai sehingga 26kg! Asal berat aku hanya 49kg, naik sehingga 75kg sepanjang 9 bulan. Dulu belum ada shake Herbalife. Aku makan je apa yang ada kerana mahu menjaga kandungan aku masa tu. Tambahan pula aku tak ada apa-apa alahan atau morning sickness. Sama juga dengan pregnancy kali ini. Cuma, kali ini, aku bukannya muda lagi. Dulu mengandungkan Ayu umur aku 20 tahun. Sekarang dah 35, jadi kena jaga makan. Bimbang akan komplikasi darah tinggi & kencing manis.

Bila berat badan semakin meningkat dan perut yang semakin membesar, aku dapat rasakan keseimbangan badan telah mula hilang. Sakit belakang juga dah mula menyerang. Postur badan amat penting dijaga. Senaman  Yoga amat membantu.

Kelas yang aku ikuti semenjak 2 bulan yang lalu, sedikit sebanyak meredakan sakit belakang yang aku alami. Aku percaya bukan aku saja yang mengalaminya, wanita lain yang sama bulan dengan aku juga. Lebih terasa bagi mereka yang telah 7 atau 8 bulan ke atas. Bila dah kandungan makin membesar, di dalam kepala ni asyik terkenangkan bila tibanya hari yang dinantikan. Ya, hari besar – hari melahirkan!

Walaupun aku ada pengalaman sebelum ini, ianya tetap mendebarkan! Aku percaya semua ibu mengandung merasakannya juga! Only focus on the positive thinking – itu yang sering aku beritahu diri aku. Ning juga berpesan yang sama. Jangan dengar cerita-cerita dari pengalaman wanita yang lain kerana semua dari kita punyai pengalaman melahirkan yang berbeza. So, keep the positive vibes! Always imagine all good things – seperti mudah dan selamat melahirkan. Pain is nothing!

Ya easy to say! Hahahhaa… Aku tahu.. Sakit melahirkan itulah yang membuatkan semua wanita special! We are tough and strong! Pengalaman melahirkan Ayu 15 tahun yang lalu banyak juga mengajar aku. Sering aku kongsikan bersama anak gadis aku itu. Dia tersenyum sendiri bila melihatkan perut aku yang semakin memboyot. Katanya dia mula imagine bagaimana dia nanti. Adakala aku sengaja berbogel di depannya! Biar dia tahu betapa besarnya kuasa Allah dengan memberikan satu lagi nyawa di dalam rahim seorang wanita yang sempit. Ayu sangat excited dan tak sabar menantikan adiknya dilahirkan.

Jangan tak tahu, masa aku nak melahirkan bayi ini nanti, Ayu akan atau sedang sibuk dengan ujian PMR nya. Bukan main stress dia sekarang. Tapi pesannya kalau dia dah habis peperiksaan penting itu, dia mahu aku tulis surat pada STF dan mohon kebenaran pulang awal supaya dia boleh menjaga aku di hospital! I am blessed! Ayu anak yang sangat prihatin dan sensible. Jika berjalan dengannya, dipimpinnya tangan aku. Dia bimbang  akan aku terjatuh atau tergelincir. Dia juga sering memegang perut aku kerana mahu merasa pergerakkan adiknya.

Alhamdulillah, dari bulan ketiga dan sehingga kini (bulan kelima), aku punyai kesihatan yang baik dan jalani kehidupan yang aktif. Dan kini,  tak sabar ni nak beli barang baby! Aku dan Eric juga telah menyediakan senarai nama untuk baby selepas Doctor mengesahkan jantina anak kami ini. Aku akan beritahu kelak. Not now! Hanya menunggu masa yang sesuai!

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

Advertisements

21 Comments on “BULAN KEEMPAT, KELIMA DAN KEENAM- dah tahu Jantina & dah ada nama!

  1. we are the same age, sronok tgk u and baby ok 🙂 unlike wise, i miscarried masa 3 bulan, sedih tak terkata…takpelah, nanti i cuba lagi, doakan ye 🙂

  2. asl..akak.what u mean “berbogel “depan ayu?…u mean nothing at all?…hehehe.;-)…sgt berani…

  3. I’m also gain weight till 20 KG!..now my girl is 2 year…still wanna to keep fit b4 second child.;-)….52kg to 72kg..now im 55kg…need 3kg to lost it….hopefully ramadhan time will help me..yeah…..;-)

  4. InsyaAllag Arniey. Want me to help you with herbalife?

    • asl akak…hepi dengar akakpun pregnant…and sekarangpun saya pregnant…hampir 3 bulan….hehe..so usia anak tahun sama nanti…

  5. Salam biqque. Sorry to hear that. Sabar ya. InsyaAllah. Ada tu nanti. Allah maha mengetahui. Trust in him. Your time will come. Saya doakan. Amin…

  6. hi nurul….i plan nak conceive untuk 4th child….tp i nie skrg overweight…i thought nak lose kan my weight dulu then br get pregnant….im 36 now…i penah try herbalife dulu tp mcm x jadi la…..now im 64kg…i need to lose about 6-8kg…..

    • Salam nursya.
      Mesti cara ambiknya salah. Nursya email saya. Saya guide kan. InsyaAllah akan menjadi kali ni. Usaha tangga kejayaan! Works for me, will work for you too

  7. wow bestnya bace blog kak nurul.. mcm² boleh blaja..sy pregnnt bby first.. hihihi bnyk yg xtau..

  8. Assalamualaikum kak nurul.. Wah best bc cita akak ni.. Umur saya 21 tahun,kawin 1/5 lepas.. Now, pregnnt hmpir 18 minggu… Skrg dah kurg muntah ,berbanding trimester ptama dulu.. Cuma skrg asyik sakit kepala ja.. Xtahula babygirl ke babyboy.. Pengalamn semua org berbeza kan..

    • Salam. Biasanya bila sakit kepala, disebabakan oleh kurang darah. Cuba makan banyak lean red meat . Semoga semuanya berjalan lancar,
      TAke care

  9. Dlm usia kandungan 18 minggu. Boleh tau ke baby girl or boy kak? Scan yg mcm na?

  10. Saya nk masuk 23 week..anak 4..tp da 2 kali gugur..kira ke2 la ni..perut sy xnmpk..tp alhamdulillah dr ckp baby sht..skrg badan saya sgt2 sakit2..org ckp urt nk mengembang..tuhan je tahu peritnye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: