BEHIND THE SCENE DESTINASI CINTA – MABUL ISLAND IS THE PLACE TO BE!

Baru-baru ini aku dan Eric diterbangkan ke Tawau & PulauMabul – ramai antara kalian dah tahukan sebab aku ada letakkan gambar-gambar dari sana. Kami kesana untuk menjalankan program DestinasiCinta. Program 30 minit itu ditayangkan oleh Astro Ria setiap Rabu jam 10 malam – ditaja oleh syarikat penerbangan yang popular dekad ini iaitu Air Asia.. (Terasa wartawan melaporkan pulak bila tulis macam di atas ni.. Hehehhe)

Seronoknya bukan kepalang. Bekerja bersama krew penerbitan yang sporting dan amat sopan santun itu (paling sopan yang pernah aku & manager aku bekerja – manager aku namakan mereka ‘krew sopan santun’) menjadikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami sentiasa ketawa dengan telatah setiap krew dan ianya menjadikan trip itu sungguh istimewa. Selain krew penerbitan, Air Asia diwakili oleh Cik Michelle Lee dari bahagian pemasaran komersil, serta Encik Calvin Tee Kum Seng dari syarikat agensi pelancongan. Kesemua kami kesana seramai 12 orang. Kami sentiasa dihiburkan oleh telatah masing-masing – terutamanya cameraman Rizzie. Ketawanya contagious! Bila dia ketawa, semua turut ketawa… Michelle yang sungguh lemah lembut itu turut sama ketawa setiap kali bila ada sesuatu yang diusik krew serta ahli rombongan yang lain. Terus hilang control sopannya! It was so fun!

Aku pernah katakan sebelum ini di entry yang lain bahawa aku ni penakut dengan air atau takut dengan aktiviti menyelam. Melalui progam ini, aku dipaksa menyelam dan segalanya telah disusun oleh penerbitan. Jadi, aku tak boleh mengelak. Nak tahu cerita… Ya Allah.. Aku ni penakut ya amat! Fear will stop you doing anything that you want to do! Tak bagus betul. Aku belajar control thoughts – but that day I fail! Eric sentiasa bagi semangat, tapi tak mencukupi. Instructor semua dah bagus-  aku tetap kecut!  But I did learn the basic of diving. Selepas latihan di kolam sepanjang pagi itu, kami kemudiannya dibawa kelautan untuk sessi pertama diving. Bermakna di bahagian cetek. Sebut saja laut, aku dah nervous! Cetek yang aku maksudkan sedalam 5 meter… Bila saja aku turun ke dalam air, erat aku genggam tangan instructor itu! Not even Eric’s hands! Hahhaha.. Eric ketawa saja melihat gelagat aku. Dia terpaksa menyelam seorang diri oleh kerana instructor itu perlu menjaga aku yang cepat panic itu.Kalau nak tahu, aku hanya dapat biasakan diri aku hanya selama 6 minit di dasar 3 meter sahaja! Kemudiannya aku panic!

Semuanya kerana aku terdongak keatas dan melihat cameraman dan seorang lagi instructor di atas permukaan air. Aku rasa macam aku dah berada jauh kedasar laut! Padahal baru 3 meter! Drama betul Nurul Wahab ni! Ketakutan aku menyebabkan rasa panic dan aku gagal mengatasi sebahagian ketakutan aku itu. Half of my fears gone when I learned the basic diving earlier in the shallow pool. Sebahagian lagi gagal kerana aku fikirkan itu dasar laut dan aku takut tak cukup oksigen serta aku akan lemas..  Moral of the story, untuk semua beginner yang penakut macam aku, jangan pandang ke atas apabila baru pertama kali cuba berada di dasar laut. Buatkan kalian gayat! Aku perlu belajar lebih lagi tentang diving dan yang penting nak hapuskan rasa takut aku itu. Eric yang enjoy betul dengan sessi menyelam itu. He went to 8 meters. Dia dah pernah diving sedalam 12 meter, padanya 8 meter itu tidak sedalam mana. Eric dapat membantu penerbitan program itu dengan merakamkan segalanya di dasar laut Pulau Mabul yang indah itu.

Pengalaman di Mabul sungguh luar biasa. Selepas selesai penggambaran di sana, kami bersambung di Tawau pula. Di sana, kami dibawa ke sebuah kilang koko terkenal & juga menjengah ke pasar Tanjung & juga Pasar Gantung Tawau. Setibanya di dua pasar besar itu, aku diserbu oleh semua peminat yang mengenali aku. Eric yang tidak biasa dengan keadaan itu berasa amat kekok dan terkejut dengan situasi sebegitu. Namun dia tidak pernah complain apatah lagi marah apabila rambut aku disentuh dan baju ditarik. We really enjoy it. My fans are cool there! Bukannya mudah untuk mereka bersua muka dengan aku especially di bandar mereka. Kami bergambar dan mereka memberi sokongan luar biasa apabila penerbit meminta mereka turut sama membuat promo program Destinasi Cinta.

Di kilang koko Teck Guan di Tawau, kami semua dijamu dengan pelbagai jenis product yang dikeluarkan oleh kilang tersebut. Hari makan hari itu! Asyik makan je..Aku rasa aku dah gain 3kg sepanjang penggambaran ini (sememangnya aku memang dah naik sikit – saja nak kukuhkan lagi alasan kenapa gain weight! Hahhahaa). Sepanjang tour kami di kilang koko itu – ianya mengamit memori semasa aku kecil. Jangan tak tahu, aku pernah jadi pemetik buah koko di kampung atuk aku dulu di Sungai Bakap. Buah koko bukan sesuatu yang asing pada aku. Cuma cara ianya diproses dibuat koko saja yang aku tak tahu. So, I learned something too from the chocolate factory!

Itu sahaja yang boleh aku ceritakan. Kalau ceritasemua, jadi tak surprise pula pada kalian nak tonton episode kami apabila tiba giliran ianya ditayangkan. Aku amat berterima kasih kepada Celebrate TV – penerbitnya Azrai, Nazura, Fauzee –  krew mereka –Amna, Nabil, Rizzie, Abang, Meor, Calvin serta Michelle yang memastikan kami selesa dan memberikan kami satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Di sini aku sertakan gambar-gambar aktiviti yang kami lakukan (tak semua) – dari hari pertama sehingga hari kami pulang ke Kuala Lumpur. Enjoy!

Penerbangan kami ke Tawau seawal 7 pagi… Aku sempat mengambil gambar dari telefon Blackberry aku..
Pemandangan dari dalam bot – dari Semporna ke Pulau Mabul

PENERBIT & KREW YANG TERLIBAT : dari kanan, Abang, Nabil, Rizzie,Meor, Eric, aku, Puan Penerbit – Nazura, suaminya selaku cameraman juga – Encik Fauzee, di hadapannya Cik Amna Ismail & Cik Michelle Lee.

Kata Manager aku – Mas Anizah, lega dapat meredakan stress di Pulau Mabul. Amna di sebelahnya punyai banyak kelebihan dari kami semua kerana dia dapat ke lokasi lain bersama Destinasi Cinta. Ada kerja kosong tak? Nak ikut next location! Hhahahah…
Senja di Mabul
Malam di Mabul – Kami diberi bilik di Water Bungalow

Michelle Lee dari Air Asia
Semangat dalam nervous. Kononnya dah ready nak diving! 😛
Taklimat sebelum turun ke dasar laut. Gaya macam penyelam professional je.. Hehehe..
Manager aku Mas Anizah bersama Calvin turut sama snorkeling sementara menunggu penggambaran dijalankan

Ambik gambar sendiri! As usual!
Pagi di Mabul

Nampak nervous tak?
Eric cuba menenangkan aku.. Berseloroh yang lebih!
Aku pastikan alat penafasan aku dalam keadaan yang baik.. Dah nampak kan muka nervous aku tu…
Bersiap sedia turun ke laut setelah aku takut menyelam. Kami di Kapalai -berdekatan dengan Pulau Mabul untuk aktiviti snorkeling
Nak snorkeling memang tak takut!

Di kilang koko Teck Guan Tawau Sabah. Excited aku bercerita pasal buah koko!

Makan.. Makan.. Makan….

Di hadapan restoran yang menyajikan makanan yang enak! Kari ikan tongkol mereka yang terbaik! Siap ada sambal best!
Lawatan ke kampung bersebelahan SMART
Di Pasar Tanjung Tawau! Happening di sini!

More photo please click PHOTO 1 or PHOTO II

Promo Destinasi Cinta :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: