7, 8 , 9….

Berakhir sudah bulan-bulan ‘honeymoon’ … Sekarang dah masuk ke fasa yang seterusnya.. Trimester ke-3. Perut tiba-tiba semakin membesar dan menonjol ke depan. Pusat di perut juga berubah rupa… Datang rasa paniknya.. keletihan pantas menyerang – seperti mula-mula dulu mengandung. Aku sentiasa ambik masa berehat.

Sekarang ini dah masuk  minggu ke 35. Tik..tok..tik…tok.. Masa berlalu dengan pantas. Pemastautin di dalam uterus ku ni pun dah semakin matang. Tendangan dan pergerakkannya semakin ketara. Alhamdulillah… All okay.. Aku sihat dan baby juga sihat. Dia amat aktif. Syukur….

Dalam pada enjoying his movement, aku perlu menahan juga contraction yang menyerang. Ya, bila fasa ketiga ni, biasalah.. preparation untuk melahirkan – uterus akan mula memberi reaksi. Adakala tak selesa juga.. Ye lah.. perut mengeras je.. tak tahu nak buat apa. Hanya mampu menarik nafas dalam-dalam untuk melegakan contraction tu.

Emosi? Jangan ceritalah.. Mudahnya emosional! Mudah menangis dan mudah naik angin! Itu yang berlaku pada aku. Jangan ada yang cuba buat salah atau mengganggu, siap le kena! Nasib baik lah hubby seorang yang penyabar..  kalau tak, mahu dia pun bingit! Tapi taklah selalu aku naik angin. Hanya masa-masa tertentu.

Di dalam trimester ke-3 ni juga, mula nak rasa macam-macam. Excited menunggu kelahiran , bercampur dengan perasaan gementar. Begitu juga dengan kerisauan yang melanda kerana perut yang besar –  bimbang andai body tak dapat nak kembali macam dulu. No, I will get back my figure!  Harus letakkan fikiran yang positif.  Lebih-lebih lagi dalam masa sekarang ni.

Aku banyak berjalan dan selalunya 30 hingga 60 minit di atas treadmill di gym.  Kata doctor dan buku yang aku baca, ianya dapat memudahkan kelahiran nanti. Jadi, jenuh jugalah berjalan. Alhamdulillah, aku tak mengalami cramp kaki yang teruk. Berbeza dengan first pregnancy dulu. Dulu makanan tak terjaga sangat. Sekarang ni, semua nutrient cukup. Alhamdulillah cramp hanya menyerang sekali dua.  Dalam semester ke-3 ni, langsung tak pernah – belum lagi, mungkin!

Dalam masa sekarang ni, amat sesuai menyiapkan segala peralatan dan perkakas baby.  Part yang paling aku suka! Dah banyak juga yang aku beli. Tak kurang juga kawan yang sedekahkan pakaian. Ning & Dynas Mokhtar paling banyak beri pakaian dan juga lampin pakai buang.  Terima kasih wahai teman.. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.

Aku dah siap basuh dan iron semua baju baby. Dah disusun di dalam laci pakaiannya. Bilik baby juga dah siap. Eric paint it all in blue.  Aku percaya semua bakal ibu, buat seperti yang aku lakukan. Sekarang ini, aku berulang alik  ke hospital selang 2 minggu. Kata doctor itu prosedur biasa untuk semua wanita yang mengandung. Semuanya untuk memastikan keadaan baby okay. Lagipun hari penting dah hampir. Jadi, kena pastikan semuanya okay.

Sekarang ini juga aku dah mula berehat dan tidak mengambil apa-apa activity. Badan dah cepat penat. Kadang-kadang, bangun pukul 8.30 pagi, pukul 11 pagi dah terasa letih semula. So, this is the best time to rest. Aku nak tidur banyak-banyak. Nanti bila dah ada baby, mulalah kurangnya waktu tidur. Bercerita pasal tidur – I’m sure all of pregnant lady facing the same problem. Sakit belakang dan sukar  nak tidur malam.  Adakala, semua position tak selesa. Kalau nak tidur posisi belakang, tak boleh bernafas. Rasa macam nak lemas. Semuanya kerana uterus dan baby yang makin membesar dan menekan paru-paru apabila baring, sebab itulah rasa tak boleh bernafas. The best position is mengiring. Kalau mengiring pun, bila nak tukar posisi ke sebelah satu lagi juga, bukannya mudah. Semuanya kena perlahan-lahan. Untunglah sesiapa yang punyai perut yang kecil. Namun aku percaya, mereka juga alami sakit belakang yang sama.

Some pregnant women mengalami insomnia yang teruk di trimester ketiga ini. Bagi aku, so far so good. Cuma adakala aku terjaga awal  pagi – seawal jam 4 atau 5 pagi. Selepas beberapa jam, akan tidur semula. Tetapi, tidak selalunya berlaku begitu. Aku membiasakan diri untu masuk tidur awal. Biasanya jam 11 atau 11:30 malam. The best time to sleep.  Sebelum tidur, aku akan membaca 3 Qul dan sedekah fatihah buat kedua arwah mak & abah. Selepas itu selawat ke atas Rasulullah SAW. Dan kemudiannya menyebut sebaris ayat “I’m Calm & relax..”  berkali-kali sehingga terlena. Agaknya kerana itulah aku tiada insomnia. Alhamdulillah. Those of you yang pregnant dan mengalami insomnia, try to do that! Yang tak pregnant pun boleh! Suami aku yang mengajar untuk menyebut sebaris ayat itu kerana katanya otak kita boleh diprogramkan mengikut apa yang kita mahukan. To me – it’s brilliant! It works!

Sekarang ni tak boleh nak duduk lama-lama kalau tak ada kusyen atau apa-apa yang alas di belakang pinggang. Sakit dan lenguh jadinya! Nak driving pun dah kurang selesa.  Hanya drive ke kawasan berdekatan. Lagipun bahaya andai berlaku kemalangan terutamanya pada kereta yang punyai airbag. Sebab itu, aku kurang  memandu dan masa nilah yang amat terbaik untuk tidur dan betul-betul rest. The best time to monitor the kicks too. Semakin terasa baby membesar apabila dia mula memberi reaksi apabila bercakap padanya. Maha kuasa Allah… Satu lagi nyawa di dalam uterus wanita seperti aku..

Aku banyak bercakap dengan bayi di dalam kandungan. Dari sekarang dah boleh bonding. Dia seakan kenal suara ibu dan bapanya. Apa sahaja bunyi di sekeliling, dia akan memberi reaksi. Ya, bayi dah boleh mendengar dengan baik dengan keadaan sekelilingnya  walaupun bukan sound yang jelas. Mereka juga boleh membezakan siang dan malam kerana cahaya yang menyerap. Jangan tak tahu, bayi juga dah boleh membukakannya matanya. Di fasa ini, mereka cukup matang.

Untuk anak kedua aku ini, aku sedia maklum akan beberapa perkara untuk kebaikannya di masa yang akan datang terutamanya dari segi kesihatan. Dari dalam kandungan telah aku jaga pengambilan makanan yang baik untuknya. Semuanya demi pertumbuhannya di dalam kandungan dan punyai immune system yang baik bila dilahirkan nanti. Untuk itu aku juga dikenalkan dengan apakah kebaikan menyimpan cord blood di beberapa blood cord bank yang ada di Malaysia. Darah akan diambil dari tali pusat dan disimpan untuk kegunaan masa depan bayi andaikata dia terkena apa-apa penyakit yang kronik. Ianya dikenali sebagai stemcell. Aku telah memilih sebuah syarikat yang sangat terkenal & terbaik di dalam penyimpanan cord blood ini. Ianya penting untuk masa depan anak. Insurans pada aku tidak lagi penting, tapi cord blood is really important. Can safe my child’s life.

Soon I will right about this company and what is the details of doing this cord blood and what is the real meaning of stemcell –  dari pandangan masyarakat melayu dan agama. Ianya sering disalahertikan kerana kurangnya pengetahuan. Aku juga dulu salah anggap. Hanya darah yang akan diambil dari placenta dan tali pusat. Kemudiannya placenta yang dikenali sebagai uri akan diberikan selepas darah diambil. Barulah aku tahu betapa pentingnya cord blood diambil dan disimpan. That is one of the best that I can give to my kids for their health in the future. Lagipun aku tak perlu risau andai anak-anak aku mengalamai apa-apa penyakit kelak. insyaAllah darah mereka sendiri dari cord blood bank ini akan membantu mereka pulih.

Di minggu-minggu terakhir ini, aku ambil pendekatan untuk enjoy this pregnancy and my big belly. I’m  enjoying this beautiful moment kerana aku bersyukur di atas kuniaan Yang Esa yang cukup indah ini. Walaupun ada banyak perkara yang kurang selesa kerana baby makin membesar, aku mahu menghargai setiap detik ini.  No complain because it’s so beautiful.

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: