TAK SUKA! TAK SUKA! TAK SUKA!

Ada yang menghantar message tentang link dari Youtube yang dikongsikan oleh Mat Kepoh. Tak suka nya tajuk dia! Siapa pun Mat Kepoh, he shouldn’t do that. Memang aku tulis cerita tu. Tapi dah berzaman kot. Minta permission dulu, boleh tak?

Apa yang diolahnya tu, bagus . Diambil dari tulisan aku. Itu betul. Yang tak betulnya : tak minta permission dan tajuk yang kurang manis. 

Nasib lah suami aku ni tak faham Bahasa Melayu. Kalau tak, mahu lain sikit difikirnya. Tapi kalau suami aku tahu pun; mengenali siapa dia, tidaklah dia nak fikir bukan-bukan. Dia pun dah jumpa dengan Zamani bulan Ogos 2018 yang lalu. Kami ada persembahan bersama yang aku pun tak tahu dia ada pada awalnya.

Aduhai Mat Kepoh, jadilah manusia yang punyai didikan moral yang baik. Tak Susah pun nak minta permission kat aku ni. I don’t like that kind of attitude. Kita bangsa Melayu ni, tinggi adab sopan. Itupun malas belajarlah. Tapi agaknya zaman sekarang ni perlu kot untuk tidak sopan atau tidak punyai hormat sesama sendiri . Trend agaknya!

Banyak cara nak lariskan blog atas youtube channel tu. Lebih manis kalau berbudi bahasa dengan ‘source’ yang mahu dicedok. Tak begitu, Mat Kepoh?! Tak kisahlah apa background kamu, budi bahasa itu sepatutnya yang utama. 

Aku pernah katakan, legenda seperti Zamani toksah lah masuk GV tu. Nanti terkeluar semua yang kurang. Ye lah nama pun manusia, kita semua buat salah kan.  Ada kesalahan yang dibuat. Tapi diterima baik oleh semua. Baguslah. Dia juga mendapat perhatian dan sekaligus buat kumpulan Slam. Aku suka kerana mereka adalah salah satu kumpulan muzik yang terbaik yang kita ada di Malaysia ni.

Habis semua dibongkah oleh peminat dan penggemar tentang cerita Zamanı termasuklah Mat Kepoh ni. Biasalah peminat dan penggemar membaca atau nak tahu tentang artis kegemaran mereka. Nama pun peminat kan! Itu biasa.

Yang aku kurang gemar, dengan sorang ni. Aku marah ni dengan Mat Kepoh sebab aku tak suka langsung dengan tajuk itu. Nak menulis pun, kena fikir apa kesannya pada orang lain. Ye lah bukan diri kamu atau hidup kamu. Orang lain. Lantaklah, ye tak?! Itu pemikiran bagi orang yang tak cukup ilmu. Cuba fikir panjang sikit. 

Kita orang Melayu ni mostly orang Islam. Kena tahu apa dosa nya kalau sakitkan hati orang lain. Dibawa ke mati ye kalau tak dimaafkan. Itupun kalau ada rasa takut lah dengan kuasa Allah dan hukumanNya kelak. Tapi mana ada manusia yang takut sekarang ni? Selagi tak nampak depan mata mereka apa yang bakal menyakitkan mereka kelak, mana ada takutnya.

Ini rata-rata yang berlaku sekarang ni. Sebab tu lah ramai yang suka komen dan kata itu ini di media sosial dan sebagainya. Apa, dosa komen tu kamu ingat tak dikira? Kira oi! Apa saja tindak tanduk dan juga perbuatan melalui kata-kata mahupun komen di internet! Kamu ingat hantu yang baca? 

Sigh… entahlah . Tu yang kadang kadang jadi malas nak menulis di blog ni. Kita tulis untuk penggemar kita, ada je yang mencedok tanpa permission. Mana etika bekerja ya? Etika sebagai manusia pun takde. Dalam pekerjaan lagi lah. Sedih! 

Kalau difikirkan balık, sayangnya orang kita ni. Kenapa ditinggalkan budaya manis budi bahasa kita tu? Hanya segelintir yang masih berpegang. Tapi semakin ramai yang dah tak jaga budi bahasa. Hormat sama sendiri itu amatlah penting. Jika tiada, maka hilanglah budaya kita.

Nak cakap atau nak ajar macam mana lagi. Masing-masing punyai ibu bapa. Masing-masing pergi sekolah dan belajar.  Ada otak, ada hati dan perasaan. Ada ilmu tapi lain yang didulukan. Ada perasaan, tapi perasan negatif dikedepankan. Sayang andai segalanya buta!

P/S : Maaf boleh dipohon melalui email, WhatsApp mahupun panggilan telefon. Itupun kalau masih ada budi bahasa, elok telefon. Aku tunggu!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: