BILA ‘BAWANG’ ITU YANG SEDAP….

Aku berjanji dengan diri aku, bahagikan masa sebaiknya. Supaya dapat buat kerja selainnya. Banyak yang boleh diisikan di sini sebagai melegakan rasa gusar dan kepala yang penat serta berserabut.

Semakin hari, semakin tahun; semakin banyak tanggungjawabnya. Tapi tanggungjawab yag ada itu, memberi berbagai makna. Salah satunya dapat belajar menjadi insan yang lebih baik dari yang semalam.

Proses pembelajaran itu pula, bukan mengambil masa satu hari. Banyak hari, banyak minggu, banyak bulan dan langsung makan tahun.

Dalam belajar itu, banyak pula penatnya. Mengetahui realiti alam dan hidup yang sebenar, menjadikan aku lebih kental dan lebih kuat. Semuanya kerana belajar menjadi lebih ‘pekak dan tuli.’ Ada perkara perlu difikirkan dan diambil kira, ada perkara perlu dibuangkan sejauhnya. Langsung tidak perlu berkira kira.

Barulah kepala lebih aman dan tenang. Barulah boleh fokus kepada yang perlu diberikan fokusnya.

Dalam menulis ini, banyak ujian di belakang ini. Bunyi bising dari kawasan pembinaan di depan bangunan kami tinggal, amat merunsingkan. Harapnya kerajaan yang baru ini , boleh lihat sejenak kepada beberapa pembinaan yang rasanya tak perlu dibuat lagi. Banyak sangat dah bangunan di KL ni. Sampai ada yang tak berpenghuni.

Malaysia dah baru. Alhamdulillah, mentor aku kembali menajdi perdana menteri ke 7. Bukan mentor aku saja, mentor kepada jutaan manusia di Malaysia malah di dunia.

Terasa kembali bersemangat. Terasa kembali kuat. Langsung memperbaharui semangat dan juga resolusi hidup seharian.

Tun Mahathir memberi seribu inspirasi kepada semua rakyat Malaysia. Sebab itu kita terasa kuat semula dengan adanya kepimpinannya. Ini yang kita mahu. Mendapat inspirasi dan sama memberi inspirasi.

Apakah inspirasi? Ramai yang susah nak faham dengan apakah inspirasi dan maksudnya. Aku ambil masa 3 tahun nak faham dan bagaimana untuk memberi inspirasi. Apa punya benak kau ni Nourul? Tidak. Bukan tak tahu. Tetapi aku tidak mendalami dan berfikir apa maksud inspirasi itu.

Sekarang aku tahu bagaimana nak memberi inspirasi kepada orang lain agar mereka menjadi lebih baik di dalam kehidupn dan juga segalanya.

Apa yang berlaku pada aku tengahari tadi, membuatkan aku belajar akan betapa ramainya manusia di dunia ini yang tidak gembira dan banyak yang suka melihat akan keburukkan orang lain. Sepatutnya, apa yang pelu dibuat adalah memperbaiki diri sendiri dahulu sebelum mencerca dan mengherdik org lain dengan kekurangan yang mereka ada. Yang muda-muda pula tu yang suka mengomel-ngomel, yang suka mencaci tanpa batas kesopanan. Tak ada langsung! Seram bila dapat tahu begini ralitinya di luar sana.

Semua nak tunjuk hero, semua nak tunjuk bijak. Sukar menerima pendapat dan segera memperkotak katikkan insan lain dengan membuat kesimpulan lantas menghukum.

Semua cerdik sebenarnya. Cuma mereka ini tiada peluang mahu menunjukkan kecerdikkan mereka itu. Lantas, ternampak bodohnya apabila fikiran langsung sempit untuk lebih terbuka untuk belajar sesuatu yang lebih besar. Lebih parah apabila langsung tidak tahu menghormati danternampak betapa kurang ajarnya mereka.

Mereka masih dipemikiran yang enter di mana. Bukan salah mereka. Setiap hari disogokkan dengan perkara yang tidak perlu dikaji dan difikir. Sebaliknya hanya terus atau harus menerima apa saja yang dberitakan.

Inilah yang terjadinya jenerasi tuli. Ambil saja, dan caci saja. Jangan fikir apa apa . Tak perlu fikir. Otak biarkan jangan bekerja.

Sedih bila tahu akan situasi yang sebegini. Bukan di Malaysia saja. Seluruh dunia. Ada segelintir manusia yang tidak pernah berpuas hati. Ada saja yang tidak kena. Tak kiralah dalam perkara yang baik atau pun yang sebaliknya. Yang tidak baik lagi teruklah dikatanya.

Sebenarnya, bagi mereka yang tidak happy ini, mereka tidak tahu bagaimana untuk bersyukur . Bila tiada rasa bersyukur, maka bermulalah rasa nak merungut itu dan ini. Ini secara semulajadinya berlaku. Itu memang lumrahnya.

Agaknya alhamdulillah disebut itu hanya main-main dan tidak difahami apa maksud yang sebenarnya. Dengar ya, alhamdulillah bukan sekadar alhamdulillah. Alhamdullillah itu kena benar faham supaya sampai rasa bersyukurnya kita dengan apa yang ada. Bukan hanya sekadar sebutan. Barulah datang keberkatannya.

Aku sebut soal bersyukur ni kerana aku perasan banyak sangat yang suka merungut-rungut. Apa, tak cukupkah apabila Allah bangunkan kita setiap pagi? Kita masih hidup?! Itu salah satu yang cukup mudah untuk bersyukur.

Tidak cukupkah dengan dua kaki dan dua tangan yang Allah bagi yang masih boleh bekerja dan berjalan?! Yang masih boleh menaip untuk bekerja (ataupun membawang), yang masih boleh menyuapkan makanan ke dalam mulut… tidak bersyukurkah ada suara untuk bercakap, ada mata untuk melihat? Tidak bersyukurkah dengan rezeki yang diberinya, tidak kiralah sedikit atau banyak….

Ya Allah, banyaknya perkara yang boleh kita bersyukur sebelum kita merungut-rungut tidak puas hati akan perkara lain. Banyaknya nikmat yang ada dalam diri, dalam rumah, dalam kawasan, dalam negeri, dalam negara yang boleh disyukuri..

Banyaknya benda yang boleh difokus kepada diri sendiri apabila kita tahu apa itu erti bersyukur. Bila fikirkan satu persatu, tak sempat pun nak buka mulut nak membawang soal orang lain kerana bersyukurnya akan nikmat yang Allah beri. Yarabbbiiii….

Bila tak sempat nak fikir tentang syukur, maka buka mata je, tengok kat orang lain dulu. Sebab bila tak tahu bersyukur, hati tu tak perasan apa yang kita ada. Mulalah nampak kesalahan orang je. Tak nampak diri sendiri dah. jading, dipilihlah membawang sana sini. ditaipnya komen-komen yang menyakitkan, disuarakan pendapat yang bisa merosakkan emosi orang lain; disebarkan perkara yang enter apa-apa. Issshh.. memang tak ada kerja ya!

Diri sendiri tu yang betul je. Orang lain semua salah. Padahal, diri sendiri tu perlukan fokus untuk menjadikan diri sendiri itu lebih bagus dengan membetulkan pemikiran yang dibusukkan dengan diri sendiri. Lebih teruk apabila dibusukkan dengan membawang setiap hari.

Langsung terpalam ruang fikiran yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki diri. Asyik dok cerita hal orang je. Mana nak ingat akan diri sendiri. Lepas tu bila kerja tak habis, bila semua benda tak tersempat buat, jadilah tekanan. Haaa… meroyan lain pulak.  Lepas tu, kena darah tinggi, kena serangan jantung disebabkan tekanan hidup yang dicari sendiri.  Sedar-sedar dah dalam kubur! Tak sempati nak minta maaf kepada yang dibawangkan sebelum mati! Haaaa… Sibuklah lagi hal orang lain!

Ini yang sebabnya aku terkena hari ini. Eh tak pasal-pasal aku kena bebel. Kau dah kenapa?! Aku kacau kau ke?! Ish..ish..ish… bila hati tak happy, macam-macam boleh jadi. Rimas dengan orang yang macam ni. Dia tak tahu agaknya bagaimana nak bahagiakan diri sendiri. Jiwa tu terlampau kacau. Habis semua orang dia serang.

Yang best tu, serang dalam soal yang dia tak faham pulak tu! Hahahha … apa punya b****p kau ni! Tak apa lah. Sekurang-kurangnya dia dah melepaskan amarah dia – entah marah husband ke, marah saudara mara ke… atau marah pada diri sendiri! Itu yang meradang je!

Ditegur soal bertudung. Katanya aku banyak cakap. (referring to a comment in Yassin Sulaiman posting yang dia salah anggap – dah seminggu dah pun. Baru reply.  Hari meroyan sebab nak sedekahkan pahala) Sehelai rambut dilihat lelaki, 100 tahun di neraka, katanya. Ye lah… betul lah tu. Tapi teguran tu perlu ke berbaur hinaan?! Adakah diajar agama sedemikian?

Kalau ada ramai lagi orang bertudung seperti hamba Allah yang menggelarkan dirinya ‘syifa_678’ di Instagram; habislah semua orang yang macam aku ni membenci orang yang bertudung dan lebih teruk yang akan menjauhkan diri dari ajaran agama. Siapa yang lebih berdosa?

Jangan sembang lebihlah yang kau yang akan selamat. Kalau namanya manusia, semua akan diadili dan dihukum di atas kebaikan atau keburukkan yang dibuat di dunia ini. Kenapalah ramai sangat yang suka salah faham langsung salah anggap? Aku pun tak faham.

Banyak solat, banyak kebaikan, banyak kesalahan, menutup aurat atau pun tidak; kaya, miskin, menteri, raja, bukan menteri, rakyat jelata – semua akan dihisap di akhirat. Tak kira macam mana pun kita. Janganlah bongkak dan angkuh apabila kita ada lebih sikit ilmu agama. Tak kiralah ilmu apa pun. Itupun dah boleh jadinya lain. Dah boleh jadi salah. Keangkuhan itu pun dah boleh menyebabkan seseorang itu jadi tidak baik.

Caranya sangatlah…. Entahlah. Malas nak cerita. Nanti jadi menghukum pulak. Itu bukan tugas aku. Ianya hak Allah untuk menghukum. Biarkan saja. Biarkan dia tidak happy. Satu hari, mudah mudahan Allah beri petunjuk dan dibukakan hatinya untuk menjadi manusia yang lebih positif. Pada aku, dia dah berdosa dengan aku hari ini kerana menyakitkan hati aku. Tidak aku ampunkan.

Sebab itulah ramai artis malas nak layan peminat atau orang lain kerana adanya manusia yang sebegini. Kerana bimbang akan mengganggu kosentrasi menyanyi atau berlakon. Ianya benar mengganggu emosi.

Okay, lega .. dah luahkan hahahhaa… tapi masih rasa sedih sebab rasa tak best tak dapat membantu menjernihkan hati manusia yang sebegini untuk melihat kepada keindahan kurniaan Allah pada dirinya. Tapi, bukan salah aku dan kamu, andai dia tak mahu memperbaiki dan tidak mahu melihat akan kebaikan.

Agaknya esok nak mati pun, masih nak merungut dan nak membawang! Kau cubalah membawang dengan malaikat maut nanti. Tengok apa dia buat kat kau …. Lari tak cukup tanah bila kau tengok besar mana saiz Malaikat Maut itu.

Dari bahan bacaan tentang saiznya; besarnya antara bahu kanan dan bahu kirinya; jaraknya antara langit dan bumi! Kau rasa?! Menyesal tak sekarang yang kau dah berdosa membawang dan menghina orang? Masih tak takut? Masih nak mengata hal orang? Masih tak mahu memperbaiki diri?

Fikirkan. Adakah semua dari kita sempurna? Aku, kau dan dia, tidak langsung. Jadi, kalau nak menegur orang, tegur dengan baik sebagaimana dibuat Rasullullah. Mengaku umat Rasullullah, tapi yang baik yang baginda buat, kau tak ikut pulak?!

Apa punya bawanglah kau ni!

 

DISCLAIMER : (‘cubalah membawang dengan malaikat maut’ ini bermaksud bagi mereka yang suka mengumpat sampai tak ingat mati, sebab tu aku katakan sedemikian)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: