IMPIAN DAN HARAPAN….. TERIMA KASIH WAHAI YANG BAIK HATI…

Album ini, impian ini.. hari ini… bisa memberi satu perubahan. insyaAllah andai itu rezekinya. Aku usahakan saja.

Terima kasih semua di atas doa-doanya. Aku rasakannya. Aku galas harapan kalian juga di bahu ini. Di saat ini, ini entry ketiga yang aku tulis untuk aku pos kan setiap hari untuk 3 hari sepanjang 5 hari di Perancis.

Aku beryukur kerana akhirnya dapat juga aku laksanakan salah satu impian aku ini. Aku usahakan album ini semenjak Disember 2015. Rakaman lagu-lagunya dibuat sepenuhnya pada Mac 2017. Alhamdulillah, kini aku sedang membuat proses pembikinan kulit album dan juga klip video.

Impian aku ini direalisasikan oleh satu syarikat dari Malaysia yang percaya akan bakat yang aku ada. Terima kasih buat Dato Seri David Tan Tai Wee dan juga seluruh warga kerja HVT International kerana sudi membantu aku melaksanakan impian yang amat tinggi ini.

Aku anak Malaysia, aku harus bawakan nama Malaysia dan rakyatnya bersama ke negara Perancis untuk album aku ini. Itu memang niat aku. aku tak harus melupakan negara ku dan orang-orangnya.

Aku bersama dengan 4 lagi crew yang lainnya ke Perancis untuk penghasilan yang aku katakan tadi. Mereka adalah Bustamam Mokhtar dan pembantunya Nabil Haidar untuk fotografi, Ayie Mr Stailista untuk menata gaya, dan juga Kasih Cicie sebagai make up artis.

Mereka adalah antara yang dah lama aku bekerjasama dan ada yang boleh dianggap sebagai sahabat. Mereka tahu apa yang aku mahu.

Bukan tak mahu guna khidmat crew di Perancis untuk makeup dan gaya mahupun fotografi, tapi aku lebih selesa menggunakan mereka yang dah lama kenal dengan aku. Lebih mudah untuk bekerja sama. Lagipun, orang Malaysia, bukang calang-calang bakatnya dan kemampuan bekerja.

Untuk penggambaran klip video pula, aku menggunakan khidmat satu syarikat di Perancis yang mana pengarahnya yang berbangsa Perancis, berkahwin dengan orang Malaysia..

Ceritanya lucu. Tapi itulah, Allah permudahkan. Aku nak minta tajaan untuk makanan halal kami sepanjang di Perancis. Kata Puan Nur yang menjalankan perniagaan Nasi Ayam Paris, dia tak dapat nak bagi tajaan. Jadi, kami bersembang. Dia bertanya apa tujuan aku ke Perancis.

Bila diberitahu, dia pun bertanya sudah punya produksi pengambaran? Kata aku mungkin ada. Tapi belum pasti kerana pengarah yang aku ada dari Malaysia ini, agak sibuk.

Dikenalkan dengan suaminya yang rupa-rupanya seorang pengarah video muzik dan juga penerbit program tv di Perancis! Haaa… mudah! Alhamdulillah selepas beberapa perbincangan, kami bersetuju menggunakan khidmat Nicholas Moulin sebagai pengarah dan juga membantu menerbitkan klip video aku ini! Bertuahnya aku! Alhamdulillah.

Bukan itu saja, aku dihubungi oleh Satay Malaysia Paris (SMP) juga untuk menaja makanan kami untuk satu hari semasa fotografi kulit album. SMP merupakan usaha dari salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Paris juga. Terima kasih Encik Shah.

Aku juga menghubungi Nasi Lemak Paris (NLP) unutk mohon tajaan. Alhamdulillah Encik Jack yang sangat baik hati mahu menaja makanan kami untuk 2 hari sepanjang kami di sana. Terima kasih semuanya.

Tak tahu bagaimana aku nak balas budi mereka-mereka ini. Bersyukur sangat-sangat Allah bukakan jalan dan pertemukan aku dan mereka.

Hanya ucapan terima kasih dan doa yang dapat aku berikan. Semoga Allah merahmati dan murahkan lagi rezeki kalian. Amin…Nanti aku letakkan gambar-gambar sepanjang kami di sini ya!

 

P/S : tak boleh tulis dah… air mata terharu kuat mengalir!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: