PEMBANTU YANG TIDAK MEMBANTU!

Haaaa…. Baru rasa lapang nak menulis! Lega…

Tahu apa ceritanya? Memang tak tahulah kan.. hmm.. macam-macam dari bulan Ramadhan yang lalu sehinggalah awal Ogos. Entry ni dah tulis lama da dah 3 kali edit. Banyak benar aku pendam hahaha… bacalah cerita ni ya. Bagi masalah juga dan menganggu kami sekeluarga. Hidup ini mana tak ada dugaan kan…

Kalau dah namanya menjadi isteri dan ibu yang bekerja, harus ada pembantu rumah kan. Erti kata lain, kena ada maid. Haaa.. maid lah yang masalahnya tu! Sampai naik pusing kepala!

Diaorang ni kalau tak bagi masalah, tak boleh! Layan baik – tak kena. Layan buruk baru nak ikut kut.

Maid yang kami ambil semuanya dari Filipina kerana mudah untuk berkomunikasi dengan suami aku dan anak anak yang belum faham bahasa lain selain Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris.

Banyak maid, banyaklah ceritanya. Entry ni dah ditulis beberapa minggu yang lalu. Tapi tak habis-habis. Agaknya naik malas nak bercerita. Tapi untuk kesinambungan entry aku di blog yang dah lama sepi ni, lebih baik aku sambung dan ceritakan saja. Bagi lepas….

Cerita maid pertama : GRACE – kerja part time saja. 3 kali seminggu. Kerja bagus, tak cerita banyak. Datang buat kerja 3 jam dan balik. Kalau mahu dia jaga anak, boleh saja. Zachary memang di tangannya semasa aku masuk hospital sebab placenta previa kepada Raphael.

Selepas 2 tahun, maid yang bagus ni nak berhenti. Katanya dipinang mat saleh dari Amerika dan dah berbulan juga dia menguruskan segala dokumentasi nak kahwin dan nak bawa dia tinggal di Amerika. Baguslah. Grace pun baik. Kerja je hidup nya. Takde lain. Cari duit dan cari duit. Kami pun tak boleh halang. Itu hidupnya. Lagipun bukan mudah nak mendapat tuah sedemikian buat seorang pembantu rumah yang berasal dari Filipina.

Kami lepaskan. Sedih tu memanglah sedih. Tapi kami turut gembira dengan kehidupan barunya yang lebih baik dari sebelumnya. Dah punya 1 cahaya mata perempuan yang sangat comel!

Selepas Grace, bermulalah pengembaraan mencari pembantu rumah baru. Kat Kuala Lumpur ni, banyak pembantu. Yang ‘halal’, dan ada juga yang ‘haram’. Banyak sangat sampai tak terkawal.

Geram pulak kalau difikirkan. Dapatlah sorang maid yang okay la.. kerja lah dengan kami selama setahun setengah setelah semua urusan dan permit pekerjaan di bawah nama aku sendiri.

Cerita dia ni best. Alaaa.. you all tahu mana satu. Muka dia je yang selalu aku post dulu.

Bagus bekerja dalam menjaga anak kecil… tapi depan kita je lah. Belakang lain sikit. Suara tak tinggi dengan anak-anak. Kalau Zach usik dia dengan baling atau pukul dia, tak adalah dia balas balik. Memang dia tak buat apa apa.

Cuma dia ni kerap kali tertidur. Tak kisah kalau tidur kerana penat. Tapi penat dia ni sebab cari penat sendiri. Bukannya kerana apa. Malam kerja lain rupanya! Dia tinggal diluar, jadi dia ada banyak peluang untuk buat kerja lain. Selepas setahun je, selalu buat hal.

Permit kerja sebagai pembantu rumah; malam habis kerja, dia pegi kerja kelab malam sebagai ‘drink girl!

Kena tangkap polis sekali awal tahun hari tu. Dia kata, kawannya bawa ke sana, untuk jumpa kawan lain. Bukannya bekerja seperti yang disyak oleh polis yang menangkapnya. Pandai menipu! Sampai kita pulak marah polis dan tipu polis sekalilah jadinya!

Nasib baik tak kena saman atau polis dan immigresen tak ambil tindakan. Kalau tak, kena naik mahkamah lah muka aku ni! Dah lah masa tu aku serabut dengan masalah bed bugs di rumah dan juga 1 hari sebelum berlepas ke France dan USA.

Rahsia maid aku pecah disebabkan dia juga. Dia tipu duit kawan dia pulak! Haaa jangan tak tahu.. aku ni kononnya nak bagi dia hidup sebagai manusia lain. Senang untuk dia. Aku buka kan dia akaun bank! Pandai tak?

Jadi, dia suruh kawan-kawannya yang sememangnya tak ada akaun bank kat malaysia ni, masukkan duit ke akaunnya sebagai transit sementara. Sorang kawan dia ni pun, bangang yang sangat ajaib. Pegilah masukkan dalam akaun makhluk yang sekor ni dek percaya bangsa sendiri.

Kena pulak makhluk ni, cuti seminggu balik ke Filipina. Seronoklah dia joli katak guna duit kawannya dengan harapan dapat bayar semula setelah dia balik ke Malaysia dan sambung bekerja dengan aku dan juga di kelab malam yang terletak di Brickfield tu.

Panjang cerita dia ni. Dah balik dari Filipina, dia okay. Kerja seprti biasa. Tapi sebenarnya, aku dan suami dah tahu cerita dia yang lainnya. Tidur di dalam bilik mainan anak-anak bila bawa anak-anak kami bermain di bawah. Bapak mertua aku dapat tangkap! Naik hantu orang tua tu sekejap.

Mak mertua aku lagi naik angin. Dia simpan je. Masa tu aku dan suami berada di USA dan France. Diaorang tak mahu cerita. Simpan je sehingga kami balik KL. Lama tu! 27 hari!

Selepas dapat tahu, dalam dok siasat semua, kawan dia yang kena tipu tadi pun cari aku. Diceritakan semuanya. Ini bukan kali pertama kawan dia cari aku. Kali ketiga!

Kali pertama, kata kawannya yang lain, hati-hati dia ni jual anak anak kecil! Part ni, aku naik seram juga bila dengar. Tapi dengan karakter nya yang lembah lembut, tak mungkin lah kot kan.

Ada lagi kawannya yang lain bagitahu macam-macam. Aku buat tak tahu saja sebab itu masalah dia dengan kawan-kawannya. Tak ada kena mengena dengan aku. Tapi ramai yang berpesan hati-hati dengan si bedebah ni. Tak boleh dipercayai.

Sampailah yang kena tipu duit tu dan kes kena tangkap polis dan imigresen sebab kes pembantu rumah bekerja di kelab malam; serta dia kerap tidur dan keletihan di siang hari – yang membuatkan kami benar-benar siasat apa sebenarnya yang berlaku.

Lebih bahaya apabila dia tertidur di bilik mainan semasa anak anak aku sedang bermain. Ada sekali tu Raphael dah masukkan mainan dalam mulut. Nasib baik tak tertelan. Maid orang lain pulak tolong tengokkan anak-anak aku untuk dia!

Bila menipu tu yang bahaya. Selepas aku dan suami berbincang, kami putuskan untuk bersemuka dengannya. Kami bagi 2 pilihan. Samada dia terus bekerja dengan kami, tapi jangan pergi lagi ke kelab itu (aku yakin dia akan pergi lagi); atau kerja di kelab itu dan kami batalkan permit pekerjaannya.

Bila bersemuka pada awal bulan Mei itu, jawapannya langsung tidak membantu. Katanya mahu lagi ke sana sebab tak cukup dengan gaji saja. Orang tamak selalu rugi kan.. tak sabar sangat. Julai tahun ini, sepatutnya kami nak naikkan gajinya. Jadi, dah itu yang dia beritahu, jawapannya – selamat tinggal!

Tidak tunggu lama, selepas 30 minit berbincang, kami lepaskan dia pulang dan aku diarahkan suami terus ke imigresen untuk batalkan saja permitnya. Tak lama, 5 min je proses nya.

Petang itu, kami hubunginya dan beri semula passport yang sudah tidak punyai permit bekerja lagi dan juga tiket penerbangan pulang ke negaranya.

Ego dan bodoh sombong punya pasal, tak mahu dia pulang! Kalau aku tahu, langsung panggil polis dan tiket penerbangan dia tu di hari yang sama! Suami aku ni baik sangat. Hormat manusia lain tak kira siapa dia pun. Kata suami, bagi dia 2 hari untuk mengemas dan pulang ke negaranya. Hmmm… bertuahlah dia nak buat gitu! Jangan harap!

Ternyata dia tak pulang ke negaranya dan masih di sini. Siap menipu ramai lagi orang. Dia pula yang jadi seakan ejen pembantu rumah tanpa permit bekerja di Malaysia ni! Aku dapat tahu dari kawan aku yang mana dia juga dihubungi untuk diberi pembantu rumah pendatang tanpa izin atau mereka yang overstay.

Bila fikir balik rasa macam bodoh pulak aku. Lintasan kata hati yang pertama itu selalunya betul. Bawa je dia ke airport dengan minta bantuan polis sebab dia dah ada kes. Bodoh betul aku. Dengar cakap suami. Taat sangat kan! Sekarang ni aku pulak yang naik takut bila teringatkan cerita kawannya yang mengatakan dia suka jual anak-anak kecil.

Langkah-langkah keselamatan telah aku ambil. Dia dilarang sama sekali masuk ke kawasan rumah aku dan hanya sesetengah nama dibenarkan. Selain nama yang aku beri kepada pejabat pengurusan yang aku dan keluarga tinggal; tidak dibenarkan masuk sama sekali melainkan atas kebenaran kami.

Itu antara ceritanya. Pembantu rumah sekarang bukan main bermaharajalela. Terutamanya pendatang tanpa izin yang ramainya dari Filipina. Banyak sangat! Dah buat laporan pada penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia. Entah bila nak buat raid besar-besaran.

Yang terbaru, pembantu rumah aku yang penipu besar tu, ditangkap bouncer kelab dia bekerja selepas kawan dia yang ditipunya, mendapat tahu di mana dia tinggal. Aku pun dihubunginya (12/9/17). Aku pergi tengok apa diaorang nak buat. Diaorang minta duit semula. Dia bayar 1500. Tapi ada lagi hutang 500. Katanya 10hb oct baru nak bayar.

Aku ni dah bersedia nak call polis dan nak hantar dia ke imigresen. Diaorang tak benarkan pulak dengan siap bagi guarantee yang si bangang ni takkan lari. Nak ikutkan dah tak ada kena mengena dengan aku. Tapi aku tak mahu orang lain terkena lagi dengan dia.

Bukan saja menipu, tetapi mengugut sekali orang malaysia yang lain dengan menggunakan perkataan kesat. Ini kawan aku sendiri hantar mesej yang dihantar si bangang ini kepadanya. Keluar semua 4 letter word!

Aku tengok semalam diaorang ketuk kepala si bangang ni. Kalau dah menipu dan buat hal, memang padanlah kena begitu! Dia merayu aku supaya jangan hantar kepada polis. Ada aku kisah! Tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat Malaysia!

Selepas minah ni, ada lah lagi 2 maid. Macam-macam hal juga. Menipu juga kata ada permit. Rupanya tak ada. lebih teruk yang sorang tu kaki percaya benda benda tahyul. Dah masuk islam dan kahwin orang Malaysia. Tak buat sijil nikah yang dibenarkan dan juga permit atau social visa di Malaysia.

Sekor lagi pulak, kuat melantak. Tak kisah lah kuat melantak tu, tapi dia kata nak kurus. Pergi bercerita pada semua orang yang dia kelaparan sebab kami hanya makan sehari sekali. 2 kali lagi hanya shake herbalife! Sekor lagi penipu! Padahal dia bagitahu kita lain. Kita pun bagilah dia shake!

Bukan itu saja, rupanya dia ada majikan. Majikan nak bercerai, dia rasa tak secure. Sebab tu datang kerja dengan kami selepas kawan dia recommend. Lepas 3 hari bekerja, keluar bercuti langsung tak pulang-pulang. Rupanya lepas tu kami dapat tahu, bos dia panggil balik nak renew permit. Selama itu dia takde permit! Bangang yang sangat ajaib juga!

Imigresen Malaysia kena ambil serius perkara ini. Ramai sebenarnya bangsa asing yang overstay di Malaysia ni. Kalau tak buat onar, tak apa. Sudah lah over stay, nak bekerja. Kalau orang Malaysia yang tak mampu tu, ambik diaorang yang tak punya permit ni bekerja, orang Malaysia juga yang kena. Bangsa asing tu dah tentu lah kan.

Tapi disebabkan prosess permit pekerjaan yang mahal, membuatkan orang kita tak fikir jauh, langsung ambil saja mereka ini bekerja. Masalah yang sangat susah nak selesaikan bagi aku.

Malaysia negara yang sangat terbuka untuk bangsa asing. Ini salah satu masalah utama yang kita sendiri tidak kawal dan mempelawa mereka-mereka yang tidak punyai pengetahuan tentang undang-undang imigrasi dan langsung memberi masalah kepada rakyatnya sendiri.

Punyalah lama aku simpan sakit hati ni, sampai terganggu semuanya. Ini pun dalam perjalanan ke Perancis, ada masa nak menulis, baru teringat yang entry ini belum dipos!

Jadi baca yang ini dulu ya!

 

 

 

Advertisements

2 Comments on “PEMBANTU YANG TIDAK MEMBANTU!

  1. 1st baca tajuk ..ingat cik Ina buat hal…hahahahahahahaha… sabarl nurul..yang heroin selalu kalah dulu..ewah..btw tahniah baca dlm news..buat album france.. wow..terpaksa la kena guna subtitle or translater..hhhahahahaa..apapun semoga nurul sentiasa dalam lindungan Allah..kim salm cik Ina kita yang comel tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: