IMPIAN BIAR BESAR… HARAPAN BIAR BERPADA PADA…

Dalam satu temubual dengan para wartawan minggu lalu, Izwan dari KOSMO bertanya, “akak dah tak menulis? Blog takde cerita baru?” alamak! Wartawan dah bertanya ni… Aku rasa bukan saja wartawan yang bertanya, kalian yang lain juga. Maafkan aku, memang terlalu sibuk setiap hari dan keletihan.

Bila dah kepenatan, terutamanya minda, memang susah nak menulis. Idea hilang! Terasa dah hilang ‘touch’ dalam penulisan. Cuba juga menulis berkali-kali, tapi rasa tak best. Langsung tak pos entry! Aku tak mahu menulis kalau aku rasa tak best. Nanyti kalian baca pun rasa tak best!

Dalam setahun lebih ini; semenjak 3 bulan yang lalu, jadual aku semakin ketat. Memang setiap hari penuh dengan pelbagai kerja dan hal hal lain. Tak dapat aku nak elak. Namun, aku tak merungut. Hidup ini kalau nak senang, kenalah bekerja. Biar penat sekarang, kemudian hari aku rehat apabila semuanya telah berhasil.

Aku mahukan gaya hidup yang lebih baik. Jadi, kenalah bekerja dengan keras. Kerja keras sekarang, nanti apa yang diusahakan ini, akan berkerja dengan sendirinya. Itu baru namanya work smart. Agaknya lah! Hahhaha.

Temubual dengan beberapa wartawan dari Media Hiburan, Kosmo, dan Harian Metro minggu lalu, adalah untuk satu acara yang aku lakukan bertujuan mewar-warkan satu persetujuan untuk album berbahasa Perancis yang sedang aku usahakan.

Ramai yang tahu aku dah selesai membuat rakaman 7 lagu album terbaru aku. Cuma album ini untuk pasaran Perancis dan Eropah.

Jalan cerita untuk projek ini, sangat menarik. Ianya juga mengajar aku mengenai masa, tanggungjawab, mengagihkan masa mengikut kepentingan dan sabar.

Aku ambil masa untuk perbaiki segalanya. Bercakap bahasa asing, aku harus lebih fasih dan belajar sebaiknya. Lagi satu keyakinan diri harus ada untuk bertutur. Kalau tak , memang berterabur.

Allah maha kaya.. aku tak tahu apa kebaikan yang aku lakukan sehingga dihantar mereka-mereka yang nampak apa kelebihan yang aku ada, lantas turut sama menjayakan projek aku ini. Bersyukur, itu yang sering aku ucapkan setiap hari.

Mereka yang aku maksudkan adalah penaja yang menaja pembikinan kulit album dan juga 4 klip video untuk album berbahasa Perancis pertama aku ini. Alhamdulillah. Setelah 4 bulan berusaha mencari penaja, Allah bukakan jalan.

Keikhlasan jelas terpancar. Bila rezeki itu telah tertulis, ianya datang dari pelbagai penjuru. Alhamdulillah. Aku sangat-sangat bersyukur. Terasa hairan, tapi itulah kuasa Allah Taala. Bila Dia nak bagi, ianya akan datang juga.

Ianya membuatkan kita terfikir dan sedar akan kekuasaannya. Dalam apa jua sekalipun. Bukan dari segi rezeki saja. Maha besar, ya Allah. Terima kasih. Permudahkanlah perjalanan aku.

Aku tahu ini juga adalah ujian bagi aku. Dia saja yang mampu mempermudahkan segalanya. Namun dalam apa yang diberi, sering ada ujian sebagai pelajaran untuk menjadikan kita lebih baik atau untuk kita mengenal lebih baik akan kehidupan. Harap aku, biar yang baik-baik saja.

Impian aku tinggi menggunung di dalam karier aku sebagai penyanyi. Aku belajar untuk tidak menghebahkan selagi ianya belum terlaksana. Usaha dahulu. Buat dalam diam, biar hasilnya nanti saja yang berbunyi.

Orang luar mungkin nampak aku sedikit sepi dari media, tapi sebenarnya aku melakukan beberapa perkara yang bisa menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya. Di dalam karier dan juga peribadi.

Masa yang aku ambil itu, tidak sia-sia walaupun ada beberapa acara hiburan yang lain aku tak dapat hadiri. Ada juga menimbulkan masalah antara aku dan kawan baik aku. Tidak cukup masa yang boleh aku luangkan buat mereka. Malah ada acara yang mereka jemput, terpaksa aku batalkan di saat saat terakhir.

Merajuk? Sudah tentu. Tapi itu pengorbanan yang terpaksa aku lakukan demi kerjaya dan juga masa untuk anak-anak dan suami. Bila banyak masa diambil untuk bekerja, masa yang yang selebihnya harus diambil untuk keluarga apabila sudah bersuami dan mempunyai anak-anak.

Memang bukan mudah untuk aku. Hati ini bagaikan remuk apabila kawan-kawan bersedih dan merajuk di atas kesibukkan aku. Kawan bukan tidak penting. Merekalah yang sering bersama apabila aku sedih dan berduka. Ini kawan-kawan yang aku kategorikan yang rapat. Bukan kawan-kawan yang tidak layak untuk aku luangkan masa untuk bersama.

Masa dengan anak-anak pun terhad. Bagaimana pula nak hadiri acara dan juga nak lepak dengan kawan-kawan. Lebih baik masa yang ada itu, aku ambil dan gunakan sebaiknya untuk bersama anak anak yang masih perlukan perhatian.

Aku banyak simpan rasa dek kesibukkan aku. Tekanan itu ada. Tapi aku sering sabarkan sendiri. Urut dada. Ingatkan diri, tak apa… setahun dua ini sibuk begini. Kemudian hari aku akan mendapat apa yang aku usahakan dari sekarang ini. Aku tidak merungut. Suami pun rasa juga tekanan yang aku ada. Nasib baik suami lebih berusia dan lebih matang untuk tangani aku.

Suami tahu aku mahu impian aku berhasil. Dalam mengusahakan sesuatu, dia tahu akan ada tekanannya. Dia tahu bagaimana aku. (yang bahagian ni buatkan aku menyesal kejap sebab ada kadang-kadang buat dia serabut dengan tekanan aku! 😛 )

Antara impian dan expectation… ini yang sering membebankan minda. Di dalam proses ini, aku belajar apa itu impian, dan apa itu expectation. Ini selepas apa yang suami aku minta aku fikirkan apa yang buatkan fikiran aku terbeban.

Kita tahu kita ada impian. Tapi adakala kita terlupa yang kita tak perlu expect apa-apa. Buat saja. Jangan mengharapkan sesuatu yang luarbiasa apabila kita mengusahakan impian kita. Bila kita buat expectation yang tinggi, kita akan mendapat tekanan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, berusaha saja. Jangan fikrikan selainnya walaupun kita tahu kita ada expectation itu. Buat saja tanpa berfikir tentang expectation itu. Tahu apakah impian itu dan usahakan. Jangan pandang kiri kanan. Asalkan impian itu menjadi kenyataan.

Ini apa yang aku simpulkan dari tekanan yang aku ada sepanjang setahun setengah ini. Lebih tinggi tekanan aku 3 bulan kebelakangan ini. Suami berpesan dalam perjalan ke Perancis, ambil masa fikirkan kenapa aku tertekan dan kenapa fikiran sedikit lain dari sebelumnya. Maksud suami aku itu, buat muhasabah diri.

Tekanan bisa merosakkan andai kita tak tahu bagaimana menanganinya. Bagi aku, bercakap dengan suami; motivasi yang diberi bagaikan satu cahaya di dalam gelap; bagaikan satu nikmat yang sukar dijelaskan apabila dahaga dan diberi air untuk menghilangkan kehausan yang amat. Suami aku, tulang belakang aku. Sukar aku nak terjemahkan dalam kata-kata bagaimana bersyukurnya aku ada suami sepertinya.

Aku menulis hal ini kerana aku rasa terharu di atas segalanya. Semua yang Allah beri di dalam hidup aku. Adakala rasa malu dengan Allah. Betapa Dia kasihkan aku. Dia beri sebaiknya buat aku. Mungkin Allah masih mahu mengingatkan aku akan Dia. Alhamdulillah.

Namun, aku percaya akan berbuat baik dan sentiasa berhati baik. Kerana , Allah akan beri sebaiknya untuk orang yang baik. Dari hati, bukan menunjuk baik. Jika menunjuk baik saja, Allah tahu itu bukan baik yang sebenarnya. Dia tahu tiada ikhlasnya. Maka, tidaklah kita mendapat apa yang kita anggap akan diberi segala yang baik-baik saja. Ingat, Allah maha mengetahui. Jangan tipu diri sendiri.

Saat ini, di dalam penerbangan ini, aku tak tahu bagaimana harus aku terjemahkan perasaan aku ini. Macam-macam ada di dalam hati ini. Kebanyakkannya rasa terharu dan bersyukur. Tiada lagi kerisauan.

Ya aku sangat-sangat risau dalam beberapa bulan yang lalu. Inilah expectation yang aku katakan tadi. Expect macam-macam sampai terjadinya risau. Bila risau mulalah rasa tertekan.

Seorang rakan (Ayie Mr stailista) berkata, aku tak boleh expect semua benda berjalan seperti apa yang aku mahukan. Suami berkata pula, ada perkara di luar kawalan kita. Kita tak boleh kawal dan tak boleh expect perkara itu berlaku mengikut kemahuan kita. Ya betul! Aku ni pun satu. Semua nak kawal agar semuanya mengikut apa yang aku mahu. Tak boleh begitu! Dulu aku tak macam ni!

Aku jadi begitu sebab expectation aku. Dalam segala hal. Termasuk Herbalife dan juga karier aku. Bila excpetation aku tinggi, dan keadaan tidak berjalan mengikut expectation yang aku ada, aku mula berasa cemas dan risau sebab aku telampau mengharapkan.

Itu jawapan di atas segala tekanan yang aku ada. Sampai dengan suami pun, aku sensitif dan sering emosional. Sebab itulah suami aku minta aku fikirkan dan buat muhasabah diri.

Masa itu sangat-sangat penting. Bila tak cukup masa nak buat perkara lain juga, bisa mendatangkan tekanan. Tapi itu juga di luar kawalan aku. Kini, aku harus fahami agar aku lebih tenang supaya tiada tekanan lagi.

Selepas selesai pembikinan video dan kulit album ini, aku yakin aku akan lebih tenang. Akan lebih berhati hati dengan apa yang aku fikirkan dan apa yang aku mahukan.

Proses belajar… tidak pernah putus. Hidup satu perjalanan dan juga satu pelajaran.

 

P/S : kata suami tak cukup masa untuk nya untuk lebih romantik bersama-sama, tak apa. Bukannya kita berkahwin untuk satu hari, tapi untuk selamanya! Aawww… that’s romantic! (you know what I mean! Hehehe)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: