BERSYUKUR SELALU…

Hello from Sydney! Nak publish cerita lain, tapi buat cerita lain dulu! Hahahha.. as usual…

Lama sangat diamkan.. jangan tak tahu.. banyak ceritanya! Ini fresh entry yang aku buat sebelum nak publish satu entry dah 2 bulan buat tak habis-habis lagi! Hahah.. panjang cerita tu! InsyaAllah sikit lagi nak siap. Akan aku publish. Nanti bacalah ya..

Tapi ni nak cerita pasal Sydney. Ke sini dengan suami setelah kami mengikuti satu acara tahunan iaitu training untuk semua ahli Herbalife di peringkat tertinggi. Acara itu di Brisbane, tapi kami ambil keputusan untuk singgah di Sydney dulu kerana ini kali pertama aku menjejakkan kaki di negara Kangaroo ini.

Alhamdulillah… semuanya indah sekali.. syukur sangat-sangat. Bila berada di sini terkenang yang 8 tahun yang lalu, aku sering simpan hasrat untuk melihat dunia luar. Kini impian itu menjadi kenyataan. Semuanya kerana suami aku.

Katanya tadi pada aku apabila aku ucapkan terima kasih… alhamdulillah kami di dalam Herbalife. Jika bekerja seperti orang lain di pejabat, mungkin kena fikir 10 kali kalau nak holiday 2-3 kali setahun…

Ada sebab untuk pergi holiday bukan saja kerana pendapatan dan masa yang terluang, tetapi kerana acara-acara istimewa yang di adakan di seluruh dunia. Kami berpeluang untuk membuat keduanya sekali. Holiday dan bekerja. Itu kemanisannya. Alhamdulillah..

Aku amat bertuah. Syukur dengan ganjaran hidup yang Allah berikan. Bahagian aku. Aku percaya ada lagi yang lebih bertuah dari aku.

Bila lihat semula ke belakang di dalam hidup aku.. ada sebab kenapa Allah berikan aku semua ini. Bukan aku saja, kalian juga. Mungkin kalian boleh kaitkan. Baik atau buruk yang berlaku di dalam hidup kita, ada sebabnya. Semua ada logic nya.

Namun, kisah hidup aku belum berakhir selagi aku masih di sini. Kini hanya merancang yang terbaik di dalam segalanya. Buat yang baik di dalam apa saja yang aku lakukan. Bukan saja di dalam karier. Tetapi dengan manusia di sekeliling aku juga yang lainnya.

Terus berpegang : “buat baik, diberi dan dibalas dengan yang baik”. Itu pesan arwah mak dan abah. InsyaAllah… aku bersyukur selalu. Terima kasih Allah.

Seperti biasa, boleh tonton semua video sepanjang di Sydney di Youtube channel aku : Nourul Wahab Depp

P/S : Berani berubah dalam hidup, itu satu petanda kita bakal maju. Zon selesa tidak membawa ke mana mana….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: