PINDAH… RAMADAN INI…UNTUK KAU DAN DIA YANG PERNAH BERNAMA SAHABAT….

Pindah memang bukan perkara mudah! Rumah lama dah kecil sangat. Banyak barang dah tak muat nak susun. Baru anak 3. Belum lagi 6! Hahahhaa… tak… 3 je… InsyaAllah… dah cukup tu untuk masa ni! Walaupun yang di sebelah aku ni bising nak lagi sorang. Katanya nak anak perempuan pulak.

Susah sikit kot.. kata mak mertua aku, keturunan sebelah suami aku ni banyak lelaki. Gen lelakinya kuat! Jangan harap lah nak dapat perempuan. Bertabahlah wahai suami! Hahahaa… buat masa ini, tak tergerak lagi nak mengandung. Tak tahulah tahun depan atau tahun seterusnya…

Tulis 2 perenggan atas ni dari 16 june! Hari ni baru nak siapkan. Dalam pada berfikir ada banyak masa di dalam bulan ini, jadi singkat juga! Banyaknya perkara nak buat. Lebih-lebih lagi sebelum dan selepas pindah.

Barang semua dah siap kemas. Tapi setiap hari ada je nak susun balik. Suami aku lah yang selalu susun dan buka, serta mengemas semula! Dia memang kaki susun. Rajin!

Hari terakhir di dalam bulan Ramadan, hati berkata, buat seperti hari-hari sebelum ini di dalam bulan Ramadan – yang tak ke katil semula. Sambung buat kerja. Menulis!

Hari-hari biasa nanti hanya bangun jam 6. Langsung buat kerja apa yang patut dan ke gym. Jadi, hari terakhir di dalam bulan Ramadan bagi tahun 2017 ini, gunakan sebaiknya.

Ramadan kali ini memberi beribu makna. Puasa lebih baik (pada aku lah) , sahur bersama dengan Ayu – selalunya samada aku sorang atau dengan Eric saja. Itupun kalau dia nak puasa. Kalau tak, memang aku sorang diri saja bangun bersahur.

Lebih indah kali ini, Ayu tinggal dengan kami lebih lama. Dah 2 bulan. Dan Aidilfitri kali ini, dia bersama aku dan Eric. Alhamdulillah. Kali pertama sedari dia kecil. 10 tahun sebenarnya Ayu tak beraya di Hari Raya pertama dengan aku.

Tahun lepas Raya yang paling sukar buat aku. Fikiran dan perasaan bercampur. Sedih, dan menangis. Teringat macam-macam. Rindu arwah mak abah, teringat adik beradik .. yang paling sedih bila anak yang sulung tak ada.

Bila dah jadi mak ni, baru aku tahu macam mana arwah mak rasa dulu. Dan aku sedar bagaimana sedih hatinya bila aku tak pulang beraya. Dulu kerap sangat ikut bekas suami ke sebelah keluarganya. Aku kan ke taat! Jadi, sekarang aku tahu bagaimana rasanya bila salah seorang anak tak dapat beraya bersama.

Allah itu memang Maha Adil. Semuanya ada pusingan. Apa yang kita buat, baik atau salah, akan datang semula pada kita. Orang putih kata ‘what goes around will comes around.’

Ramadan kali ini juga mengajar aku pelbagai perkara. Bulan yang paling jelas untuk menunjukkan segalanya. Soal kawan-kawan, itu adalah biasa. Ada je yang berlaku. Sedih tu sedih juga. Tapi sedih soal kawan-kawan ni, dah jadi lali.

Ada juga sesuatu berlaku. Tapi aku simpan saja. Perasaan yang lali itu, dah naik ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi, sedih tu dah tak seperti dulu. Kecewa itu dah jadi sebati.. akhirnya, sedih tu dah tak menjadi!

Sempat aku berdoa untuk diberikan petunjuk. Semoga Allah makbulkan doa-doa aku. Kawan-kawan, datang dan pergi. Yang benar jujur dan ikhlas berkawan, akan terus bersama. Dalam suka atau duka. Dalam sibuk, atau dalam apa saja perkara, komunikasi tu, tidak akan putus.

Aku salah berkomunikasi dengan orang tengah. Kononnya sama juga sebab mereka tinggal serumah. Tapi biasanya penyampaian dari orang tengah, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya; bunyi dan maksudnya sudah berbeza. Tidak seperti apa yang mahu kita sampaikan.

Usia menjengah 40 tahun bulan depan, agaknya kematangan itu semakin tinggi. Kurang melatah. Malah lebih berfikir dengan jelas dan biarkan saja berlepas di angin lalu.

Apa-apa yang berlaku pada kita, selalunya ada pengajaran yang baik untuk dipelajari. Aku ambil pengajaran ini. Aku terima apa jua keadaannya. Semoga Allah bukakan hatinya untuk melihat dengan jelas dan jangan berfikir menggunakan perasaan dan hati. Ego manusia boleh menyebabkan mati.

Aku kenang segala jasa hamba Allah yang pernah aku gelar sahabat itu. Aku tidak pernah melupakan. Sering berdoa kepada semua yang pernah rapat dengan aku semoga dijaga oleh Allah dan dirahmati. Itu sebagai balasan untuk mereka yang pernah berbaik dan membantu aku dulu.

Masa itu merubah segalanya. Kepentingan dalam kehidupan seharian juga berubah mengikut situasi masing-masing. Bila berkeluarga, keutamaan kita berpandu kepada mereka. Bila single, keadaan dan diri kita lain. Bila bersuami pula, fikiran agak lain juga. Hati telah dipikat. Sedikit perubahan berlaku juga.

Bila beranak pinak, lebih jauh lah kita berubah. Keutamaan kita hanya pada anak –anak dan keluarga. Belum lagi masuk soal kerja. Memang tak cukup masa jadinya.

Dengan kawan-kawan, apa yang tinggal, adakalanya tiada apa-apa kerana kekekangan masa yang melampau. Agaknya berapa ramai sahabat, teman dan kawan yang akan faham?

Situasi ini yang biasanya merubahkan segalanya. Kena pula bila dah sampai tahap berkomunikasi hanya di sosial media saja. Semakin jauhlah jadinya. Mulalah kita menyalahkan itu dan ini tanpa melihat dan berfikir sedalamnya. Semuanya kerana tiadanya komunikasi yang baik.

Bila dah pernah menjadi sahabat, ruang untuk berkomunikasi itu sentiasa ada. Angkat telefon dan hubungi saja. Tanpa mengira siapa yang betul atau salah. Kalau rasa kita yang banyak bersalah, hubungi saja untuk berjumpa. Nama pun pernah jadi sahabat. Maknanya kita kenal hati budi masing-masing secara langsung tanpa mendengar atau mengambil kira apa pendapat orang di kiri kanan kita.

Selalunya sikap yang membuatkan kita adakalanya jauh dengan sahabat. Aku juga. Namun, aku belajar untuk menjadi seorang teman atau sahabat yang lebih baik setelah aku belajar dari banyak pengalaman yang berlaku antara aku dan kawan-kawan aku. Banyak kebaikannya.

Aku tak tahu di masa akan datang siapa lagi yang akan menjadi kawan dan langsung ke peringkat sahabat. Jika ada, aku akan jadi yang lebih baik dari semalam dan hari ini. Berkomunikasi dengan lebih jelas tanpa mengunakan orang ketiga, keempat atau kelima. Secara langsung itu lebih baik.

Apa apa pun, jasa kau, dia dan yang lainnya, aku kenang. Tidak pernah aku lupa. Cuma masa merubah dan keadaan telah menukar hati dan minda. Mungkin aku terpinda janji segala, namun, tak akan aku lupa kau dan dia itu siapa dulu di hati dan di mata.

Sedih dan ketawa bersama. Malah ada yang menangis berpelukan seakan hanya kita sahabat yang ada di dunia. Hanya kau tanpa dia, buatkan kita lebih mesra. Lebih rapat seperti saudara. Pernah juga berjanji, kita bersahabat sehingga ke syurga…

Semoga Allah dengarkan doa ku. Dibukakan hatinya.. dilembutkan hatinya… yang penting tenangkan hati dan fikiran agar dia bisa melihat segala. ..agar dia membuat perubahan.

Setakat ini aku hanya melihat dari jauh… bukan saja lihat dari jauh, malah berjauh hati juga. Aku tahu bagaimana nak tenangkannya… dan berdoa. Bukan langkah aku kali ini. Aku tidak akan mengambil apa-apa langkah untuk hubungi. Biar keadaan saja yang mengubati.

Dia bukannya calang-calang. Dia tahu berfikir malah juga lebih cerdik. Dia tahu apa yang perlu dia buat. Cuma masa dan persekitaran yang tidak mengizinkan. Allah itu tahu. Kebenaran akan muncul.

Jika persahabatan itu baik untuk aku dan dia, Allah akan baikkan. Jika ianya tidak baik bagi aku dan dia, pisahkan kami sebaiknya. Allah itu ada. Aku yakin. Dia tahu segalanya.

Sahabat, dan kepada yang pernah bernama sahabat, aku tidak pernah melupakan segala kenangan. Jasa kalian biar Allah saja yang balas. Aku hanya mampu berdoa agar kalian sentiasa di dalam lindungan. Bukan kerana siapa aku kini yang membuatkan aku lupa kalian. Tidak lupa. Cuma masa dan keadaan yang memisahkan.

P/S : Sedarkan dia Ya Allah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: