BULAN INI… KALI INI…

Ramadan kali ini, nak puasa sebaiknya.. ibadah ni nak buat betul-betul. Dahlah 5 waktu tu pun jarang. Ada kalanya yang tak buat langsung! Ada peluang beribadah, buat. Kali ni terasa lebih mudah. Alhamdulilah. Walaupun busy nya tak habis-habis juga.

Kalau tak nampak muka aku di kaca TV atau di mana-mana majlis berbuka itu; maknanya aku sibuk ke lain lah tu. Lagipun, ramai yang tak jemput. Agaknya lupa kot. Lagipun aku pilih event mana nak hadir.

Buat apa pergi kalau sekadar menempek dan buang masa. Memanglah dapat berjumpa rakan-rakan yang lain. Penting juga. Tapi sekarang ni, ramai yang aktif di media sosial. Jadi, kita sentiasa update dan tahu apakah aktiviti kita dan mereka. Whatsapp pun ada haaa… itu lebih senang nak keep in touch!

Itu kalau pergi event nak jumpa kawan-kawan lah. Biasanya pergi event ni untuk publisiti dan juga ‘tunjuk muka’ kepada client – samada tv station atau radio station. Tapi ada lagi ke orang buat majlis berbuka? Macam dah kurang je? Ke aku yang tak tahu sebab tak ambik tahu?! Hahahhaa…

Terasa juga sebenarnya teringin nak pergi. Terasa juga bila gambar tak keluar di mana mana suratkhabar atau majalah untuk Ramadan atau Raya. Terasa juga adakah aku ini dilupakan.. tapi bila fikir balik, tanpa menggunakan emosi, tetapi akal yang logic, hilang semua rasa itu.

Masa itu sangat mahal. Masa itu bagi aku adalah wang. Kalau pergi menempek dan sekadar ambik gambar jauh-jauh, toksah lah buang masa. Lebih baik buat perkara yang berfaedah dan yang dapat mendatangkan wang.

Kita hidup ni memang perlu bekerja. Lagi pulak dalam masa sekarang ni. Semuanya mahal macam gila! RM50 means nothing! Macam RM10 je sekarang. Semua barang mahal. Jimatlah macam mana pun. Apa yang ada hanya cukup makan. Ramai yang aku dengar begini. Semuanya mengeluh.

Yang berpendapatan rendah lebih parah. Tapi yang best nya, bila dah tahu kita agak-agak boleh hidup saja, masih ada pula yang tak mahu berusaha lebih. Selesa di dalam keadaan yang hanya “takat-takat lepas bernafas”. Nak cakap lebih pun susah. Itu pilihan masing-masing.

Berada di dalam tahap selesa di dalam apa jua keadaan, amatlah bahaya. Jangan sesekali merasa cukup. Maksud aku bukanlah tidak bersyukur. Usaha dan bekerjalah seakan duit tu tak ada langsung dalam poket atau dalam bank. Berusaha lah untuk maju. Buat yang terbaik untuk diri sendiri supaya kehidupan lebih baik dan mendapat gaya hidup yang lebih senang.

Semakin hari, nilai wang semakin kecil. Hari ini RM100 bagaikan RM50. Lagi 5 tahun agaknya RM1000 bagaikan RM500. Kalau tak bersedia dari sekarang, makin parahlah lagi hidup kita. Ini bukan nak bagi panik, tapi sebagai peringatan buat semua.

Kerja untuk diri sendiri dan keluarga, itu lebih bagus dari duduk saja dan stuck dalam keselesaan yang mana dalam masa akan datang bisa merugikan kita.

Jadi, sebab itulah aku tak suka nak pergi saja-saja ke mana-mana event tanpa berbayar. Kalau nak kata artis baru yang perlukan publisiti, dah 22 tahun menyanyi dan aktif. Ada media sosial pulak tu. Boleh je update di sana. Ada rakan-rakan wartawan yang akan buat story bila kita ada lagu baru dan aktiviti baru. Boleh saja nak minta bantuan. insyaAllah mahu dibantu.

Semuanya serba pantas sekarang ni. Tak perlu nak buang masa tanpa mendatangkan faedah. Buat perkara yang memberi hasil dan produktif. Semua boleh, kalau mahu. Pendek kata, jangan bazirkan masa.

Bercerita pasal pembaziran… bulan puasa ni adalah satu bulan yang terbaik untuk berjimat cermat. Ramadan kali ini, sebolehnya aku tak mahu makan di luar. Dah hari ke 10, setakat ini, masih masak di rumah. Sediakan makanan sendiri. Lebih jimat dan lebih sihat.

Makan di luar, satunya, harga dah makin mahal. Bila perut lapar, kita main beli je tanpa berfikir. Terjadilah pembaziran dengan membeli makan yang berlebihan. Sepatutnya bulan puasa adalah bulan mengawal nafsu. Syaitan dan iblis telah dikurung. Ternyata nafsu manusia itu tersanagt susah nak kawal! Hahaha…

Nak makan di hotel, jauh sekali lah kot. Bazaar Ramadan pun aku tak pergi. Keduanya pula, makanan di luar lebih terdedah kepada pencemaran dan juga penyediaan makanan dengan menggunakan bahan-bahan yang diproses yang bisa membawa bahaya kepada kesihatan dalam jangka masa yang lama. Jadi, masaklah sendiri. Kita tahu apa yang kita campak di dalam periuk, dan apa yang kita beri makan kepada badan kita.

Masa ini, bulan ini, dan ketika ini, terbaik adalah, berjimat cermat. Lihat dan bandingkan masa dulu dan kini. Semuanya telah berubah. Bersedia sebelum keadaan lebih jauh berubah.

Bulan ini ambil masa buat muhasabah diri kerana bulan ini lebih aman dan tenang. Mudah untuk membina jati diri dan semangat.

Ada pula yang ambik kesempatan di bulan Ramadan ni. Malas nak berkerja dan beralasan mengantuk serta keletihan. Kalau dah telan nasi 2 pinggan semalam dan sahur tadi, memang lah tak bangun kalau lepas sahur tidur balik!

Fikirkan satu perkara.. kenapa Ramadan itu kita perlu berpuasa. Dan apakah tujuan yang sebenarnya. Bila kita faham akan maksudnya, segalanya lebih mudah. Tiada yang berubah di dalam soal bekerja walaupun bulan ini adalah bulan Ramdan. Ya waktu lebih singkat kerana kita perlu pulang awal. Tapi jika disusun sebaiknya, kita dapat melakukan semuanya. Pilih apa yang priority.

Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.

P/S : teringat dengan satu coach dalam nyanyian aku (bukan Puan Siti Hajar), bulan puasa dia tak mahu buat apa-apa. Tutup semua class. Ya beribadah… tapi perlu le berhenti kerja? Allah tak suruh pun macam tu. Kerja sepatutnya berjalan seperti biasa. Adoi… bila maksud sebenar disalahertikan! Yang rugi diri sendiri. Tak mahu dah aku belajar dengan dia!

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: