KALAU TAK START….

Kalau tak start, dia takkan buat. Jadi, marilah kita mulakan. Agak-agaklah kan… dah berbulan ni.. lama benar dah kali ni. Paling win!

Aaahh, bulan puasa… macam lega sikit sebab tak banyak aktiviti. Itu fikir aku lah… oh takpulak! Lepas 5 hari dah berpuasa, baru dapat adjust masa. Keputusan dibuat memandangkan masa amat sempit di siang hari; meh le kita menulis selepas sahur. Kalau tak, memang bersawanglah blog ni. Dah memang dah pun!

Tulis note bukan main, macam-macam nak diceritakan selepas pulang dari France, dari USA dan dari India tempohari. Pengalaman yang luar biasa bagi aku.

France tu dah biasa lah kan sebab dah berkali-kali turun naik. Tapi tidak ke USA dan India. Pengalaman kali pertama ini, sangat-sangat berharga bagi aku.

Cerita ni memang dah agak lapuk lah… ala ala throwback lah ni kalau nak cerita selepas 2 bulan balik ke KL. Tapi okay je lah. Boleh je kan.

20170309_16375420170309_10550620170309_105913

Bertuahnya aku dapat menjejakkan kaki ke negara yang merupakan ‘kerajaan dunia’ atau yang lebih dikenali sebagai ‘land of hopes’. Sangat-sangat amazing! New York adalah persinggahan pertama kami.

Kota yang tidak pernah sunyi dan seperti penduduknya tidak pernah tidur! Semuanya sibuk bercakap, bekerja tak kira di pelosok mana pun. Jam 11 malam masih bercerita tentang isi mesyuarat dan sebagainya berkenaan pekerjaan masing-masing.

Macam mana aku tahu… aku curi-curi dengar sepanjang berjalan di kaki lima bandar besar yang serba menarik itu.

20170309_17303220170309_153113

Aku suka akan New York. Sangat-sangat best! Memang berbaloi sibuk sepanjang tahun lepas dan dapat berehat dan menikmati kota yang serba indah itu.

Perasaan yang indah dan gembira itu sedikit berubah apabila kami ke Memorial menara berkembar yang ditumbangkan oleh pengganas pada tahun 2003. Ya Allah… sedih betul. Kita yang dengar dari jauh ni, memang lain informasinya. Bila dah ke sana, baru tahu apa yang sebenarnya.

Memang insiden ngeri itu menjadikan masyarakat di Manhattan berubah. Satu tamparan yang hebat buat negara yang besar itu. Tak kisahlah soal politik dan agama, tapi apa yang aku pandang adalah dari segi kemanusiaan.

20170308_13505720170309_153113

Ibu bapa, kakak, adik, abang, sepupu, anak buah,… hilang di dalam rempuhan besar itu. Beribu manusia kekal di bawah bangunan paras kosong (ground zero) itu. Terasa seperti melawat kawasan perkuburan. Terasa sangat sayu dan sangat sangat sedih.

Apabila manusia lain tidak tahu menghormati manusia yang lain. Kerana politik, kerana sakit hati akan kerajaan, rakyat biasa menjadi pertaruhan. Akhirnya menjadi mangsa korban.

Eric agak terusik apabila selepas lebih 20 tahun ke New York semula kerana dia pernah tinggal di sana dulu. Dan dia juga pernah menjejakkan kaki ke sana ketika bangunan berkembar itu masih kukuh dan megah berdiri di pulau Manhattan yang serba popular itu.

Dulu , berdiri di depannya yang sangat gah, kini berada di bawahnya …. Yang sangat memilukan.

Manusia, bisa membina; bisa menghancurkan. Bisa menggembirakan dan bisa memberi kesedihan. Inilah jadinya bila agama disalahguna dan dendam menjadi raja.

Semua dijelaskan di memorial tersebut. Termasuk carta akan ajaran islam. Extremist hanya berada di dalam peratusan yang sangat kecil. Tapi mereka bisa menghancurkan. Mereka salah guna akan ajaran agama. Mereka gunakan untuk berbunuhan. Inilah yang memburukkan Islam.

Nak cerita lebih-lebih, takut ada yang salah faham. Kalau ada masa, pergi sendiri dan lihat sendiri. Baru kita mendapat jawapan. Bukan dengan apa yang kita dengar dari media massa. Bila berada di sana baru tahu.

Kalau tak rasa akan dapat pergi ke USA, tak apa. Aku ‘boleh bawa.’ Dah disediakan video yang paling panjang yang pernah aku buat di saluran youtube. Pergi saja ke sana. Terus sampai ke USA!

This slideshow requires JavaScript.

Pagi ni terasa rindu New York! Banyak perkara menarik yang kami lakukan. Lihat saja gambar-gambar yang aku sediakakan di sini. Walaupun aku tahu ada di antara kalian dah pun menatap gambar-gambar tersebut di Instagram milik aku.

Sememangnya ‘Jauh berjalan, luas pemandangan.’ Terima kasih encik suami yang banyak membuka mata aku dengan dunia luar. Travelling is one of my dreams before. Allah maha adil. Dia jumpakan aku dengan insan yang bisa memberi apa yang aku mahukan. Alhamdulillah.

India pula satu pengalaman yang lain dari yang lain. Aku terasa dekat dengannya. Mungkin kerana datuk dan keturunan arwah abah berasal dari sana. Aku dah sangat dekat untuk ke kampung arwah abah. Tapi kesuntukkan masa sepanjang kami di sana, buatkan tak sempat juga aku nak menjengah dan menjejakan kaki di kampung Towa, Azamgarh, Uttar Pradesh, India.

Ya, itu alamat arwah abah semasa dia tinggal di sana sehingga usianya 8 tahun. Terasa abah ada di situ bila aku dapat tahu di mana kampungnya dulu. Maklumat yang aku perolehi dari sepupu kedua aku itu (anak kepada anak buah abah), sangat jelas dari mana keturunan aku.

Aku bangga. Dan aku suka akan India. New Delhi bandar yang sangat indah bagi aku. Sepanjang di sana, aku bagaikan di sambut pulang. Semua ingat aku dari sana. Semua bertanya dari daerah mana aku datang.

Bila jelaskan aku lahir di Malaysia, tapi atuk nenek dari sana, aku dilayan seperti maharani. Ada yang berkata, “oh our sister has comeback, we must take care of her!” seronok sekejap! Hahaha…

Tidak terasa janggal. Malah aku berbangga dan sangat-sangat gembira. Emosi tersentuh apabila mahu meninggalkan negara populasi besar itu. Terasa meninggalkan abah.

Balik ke realiti yang mengatakan, ya abah dah tak, dah tak wujud di dunia ini. Di situ perasaan mula sedih dan terpaksa menerima semula yang hakikat abah dah pergi selama 20 tahun lamanya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga Allah ampunkan segala dosanya. Al fatihah.

ABAH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: