APABILA PERIT ITU, BISA MEMATIKAN….

Kalau hati sakit, susah sangat nak menulis atau nak fokus akan sesuatu… minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar.

Seharian dalam hidup kita, kalau tak ada ujian, itu bukan namanya hidup. Bak kata Ina Mohd, Allah mahukan sesuatu… atau Dia mahu memberitahu sesuatu melalui ujian yang diberi.

Bermula dengan LHDN…. Terkejut sekejap selepas aku ditanya mengenai syarikat aku yang dah lama ditutup. Semenjak tahun 2012 aku usulkan dan serahkan segalanya untuk ditutup. Rupanya bukan masa tu juga yang siap. Ye lah. Bukan syarikat aku saja kan. Banyak kot kat Malaysia ni.

Selepas setahun setengah barulah syarikat aku itu selesai dan diumumkan tutup. Aku ingatkan bila dah serahkan semua, dah tutup lah masa tu juga. Macamlah Malaysia ni aku sorang je yang ada syarikat. Nourul pun! Hahhaa..

Jadi, LHDN carilah aku. Sebagi pengarah syarikat kenalah submit penyata akaun setiap tahun. Jadi, kelam kabut lah aku dibuatnya! Takut gila bila dapat surat LHDN. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baiknya. Aku dah pun submit semua borang yang diperlukan untuk tahun 2011, 2012 dan 2013.

Pegawai yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes aku pun sangatlah bagus. Dia beri maklumat sebaik mungkin. Tak ada apa-apa masalah. Buat masa inilah. Rasanya tidak di kompaun. Tapi takutlah juga kan… tunggu dan lihat saja.

Hari yang sama selesai di LHDN, pulang ke rumah sebelum aktiviti. Selesai aktiviti, aku dan suami dikejutkan dengan Raphael yang tiba-tiba demam dan terkena ‘tarik.’ Memanglah habis semua fokus ke lain. Anak yang lebih utama. Memang semua panik. Kami tak pernah mengalami keadaan sedemikian.

Aku adalah juga pengalaman kerana salah seorang adik aku pernah kena ‘tarik.’ Lama juga. Jadi, ianya sudah biasa. Nasib baik ibu bapa mertua aku ada di rumah. Naik ambulans lah juga si Raphael malam tu. Jalan pula sesak. Terbaik, memang kena call ambulan.

Alhamdulillah selepas 3 hari di bawah pengawasan doktor dan jururrawat di Prince Court, Raphael kembali ceria dan sihat seperti biasa. Alhamdulillah.

Bukan itu saja yang aku alami. Sebenarnya ada lagi. Susah nak aku ceritakan. Hati memang sakit. Perit nya Allah saja yang tahu. Bimbang mendatangkan kontroversi atau cerita yang tidak diingini, aku diamkan saja.

Dari mula tercetusnya kejadian itu, nak sangat menulis untuk meluahkan. Aku batalkan niat itu. Biarkan semuanya tenang dahulu. Aku putuskan, biar aku saja yang simpan. Kalau diluahkan, kesannya bisa merosakkan semuanya. Bukan urusan aku suami isteri. Tapi ini sangat lain.

Lainnya itu, sukar nak aku gambarkan. Apa yang boleh aku katakan, separuh nyawa aku bagaikan hilang. Pilunya bagaikan aku kehilangan atau kematian seseorang.. seperti kematian seorang ibu – itu sedih yang aku rasakan. Aku rasa hilang. …
Cukup hanya melihat dari jauh. Adakala baik sebegitu.

Bertanya juga pada diri sendiri, apa salah aku? Apa tidak cukup baikkah apa yang telah aku lakukan… adakah salah apabila aku memahami situasi dan cuba menjadi seseorang yang mudah untuk didekati atau tempat yang paling senang untuk mengadu. Tempat menyimpan segala rahsia.

Jika itu salah, memang layak aku diperlakukan sedemikian. Aku layak diajar semula akan kehidupan yang telah aku lalui hampir 40 tahun ini.

Sebagai wanita, apa saja keputusan yang kita lakukan dalam hidup, bisa mengundang pelbagai kesan di kemudian harinya. Tak kiralah samada ianya dibuat atas dasar kebaikan atau pun sebaliknya. Apa-apa pun, ianya akan berbalik kepada kita.

Salah aku…mudah sangat memahami… terlalu lembut dan suka sangat mengangkat-angkat orang lain sehingga mereka ‘naik minyak.’ Kemudian hari, aku yang menanggung derita.

Bila baik, mudah sangat kena pijak. Memang itu resam hidup manusia. Cuba kalau buat muka sombong, kasar dan bongkak… itulah yang dilambung-lambung dan langsung hormat. Bukannya hormat kerana benar hormat, semuanya atas dasar takut!

Tak apa lah… buat baik tak pernah mendatangkan dosa. Bukannya satu kesalahan yang boleh dipenjarakan di sisi undang-undang dunia. Bukan pula sebagai satu kesilapan sehingga bisa dilambungkan ke neraka kelak.

Berbaik itu, untuk memudahkan. Bukan untuk merumitkan. Jika sesiapa suka yang rumit, maka tak sukalah dia dengan yang mudah. Kepada yang suka yang mudah, maka tiadalah komplikasi malah segalanya berjalan lancar tanpa stress.

Tak kiralah dengan sesiapa saja. Dengan semua manusia. Baik keluarga sendiri, anak sendiri, sahabat serta semuanya.

Biarkan saja… lebih banyak perkara yang perlu aku fokuskan sebaik saja masuk bulan Mac depan. Selepas 10 bulan berada di sini dan menyediakan segalanya untuk album Perancis pertama aku, kini telah tiba masanya untuk aku selesaikan. Persediaan untuk rakaman itu, telah aku lakukan.

Cuba untuk meletakkan segala emosi yang aku rasa kini di dalam 7 buah lagu yang bakal aku rakamkan tanggal 2 hingga 5 Mac depan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Aku lakukan ini kerana ini satu impian. Satu alasan yang sangat utuh adalah untuk anak-anak ku.. untuk gaya hidup yang lebih baik dan lengkap. Aku bekerja keras untuk mereka. Bukan sesuatu yang mudah untuk aku uruskan segalanya, apabila punyai 2 anak kecil yang masih perlukan perhatian. Alasan yang lainnya adalah untuk menstabilkan dan menguatkan semula kedudukan aku di dalam industri muzik tanahair.

Semakin dekat, semakin banyak ujiannya. Aku harus kuat. Harus sentiasa beringat yang hidup ini hanya satu persinggahan yang bisa mengajar apakah erti menjadi aku di dalam segala yang sementara ini. Apakah ertinya menjadi seorang wanita… isteri dan ibu…. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: