BILA RASA ITU ADA….

Ada momen itu…. Ada macam-macam rasa.. Rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Rasa itu hanya datang tidak kira di mana atau di dalam apa jua keadaannya..

Rasa takut… bimbang andai sukar untuk membuktikan mimpi itu adalah satu harapan yang tidak permah pudar dari hari pertama ianya menjelma di minda dan terbenam rasa indahnya untuk dilaksanakan.

Kini di depan mata… hanya mahu membuka dan merealisasikan segalanya.. dengan rasa… dengan cita-cita serta harapan.

Harapan itu sangat besar. Rasanya sangat luas. Mampu membuktikan, namun akal selalu bermain rasa. Akal suka memprovok langsung rasa gusar menjelma.. .. entah bisa… entah dapat, entah berjaya…entahkan hanya sekadar naam serta cerita..

Harapan di dalam impian itu sangat tinggi. Bila smeuanya terbentang ceritera, mula terasa gayatnya.

Gayat andai hanya cerita. Bimbang tiada kejayaan. Besar harapan, sangat besar cita citanya. Cintanya juga sangat dalam. Jerih perih itu sangat mencabar. Peritnya hati menimbang waktu yang adakalanya tidak tercapai tenaga yang ada untuk melawannya. Memang langsung tidak bisa. Waktu itu bukannya air, bukannya api… ianya waktu… tiada berupa.. tiada berwajah dan tiada fizikalnya. Hanya dengan namanya.. waktu…

Andai ianya api, sudah pasti mati… ianya bisa meleburkan.. andai ianya air… sudah pasti lemas tatkala cuba menangkis arusnya..

Waktu yang menimbulkan rasa tidak pernah cukup dengan waktu yang ada..

Waktu bisa menimbulkan pelbagai rasa. Bukan salahnya waktu.. tapi salahnya menilai kehebatan waktu. Kepentingannya di dalam merasai segalanya….

Rasa itu sangat dalam. … di dalam apa sekali yang telah dicurahkan. Usaha itu satu kemestian. Ianya bukan cuba-cubaan. Ianya pasti.

Jauhkan rasa bimbang dan gusar itu. Pergilah dari otak ini.. dari hati dan perasaan… kamu bisa membunuh impian dan harapan ku…

Keringat ku di dalam waktu itu, akan membantu ku. Akan lepaskan segala bimbang dan ragu. Ianya akan terlaksana dengan aman dan damainya.

Tiada rasa itu… tiada… segalanya pasti kini. Percaya rasa itu pasti yang indah bila segalanya menjadi nyata…

Hendak menunggu dan melepaskan saat itu, adalah sesuatu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: