MUHASABAH DIRI, PERBAHARUI RESOLUSI….

20 Disember 2016… lagi 10 hari, sampai lah kita ke tahun 2017. InsyaAllah sampai..dengan izin Yang Esa.

Terfikir sejenak apabila nak masuk tahun baru… setahun yang lalu, 5 tahun yang lalu… 10 tahun yang lalu.. di mana kita…

Adakah saban tahun kita semakin bagus atau semakin menurun… apa yang kita pelajari dulu, dan kini yang bisa dibawa ke masa hadapan. Adakah ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan semua…Apa kebaikan yang telah dilakukan dan akan dilakukan… apa yang belum dilakukan dan mahu dilakukan…

Adakah dulu sentiasa sedih, kini gembira.. adakah dahulu gembira dan kini sebaliknya…

Dulu kurang pendapatan, dan kini lebih rezeki dariNya.. adakah dulu single dan sekarang berdua… atau sudah berkeluarga..

Adakah masih single dan mahu berdua…

Yang lepas itu selalunya dijadikan teladan. Pengalaman yang berguna di masa yang akan datang. Boleh dijadikan teladan agar kesalahan yang sama tidak akan dibuat lagi dan apa yang baik digandakan serta diperbanyakkan lagi.

Masa depan yang kita tidak mahu untuk meneka di mana kita untuk 12 bulan yang akan datang. Apa yang mampu kita lakukan, hanya merancang dan berusaha ke arah yang kita mahukan.

Harapan adalah permulaan impian. Dengan impian insyaAllah akan terjadinya kejayaan jika ada usaha yang diletakkan.

Jika hanya impian tapi tiada usaha, itu hanya angan-angan. Semua bisa berangan. Tapi nak melaksanakan angan –angan itu memang susah.

Biar angan-angan yang indah itu jadi kenyataan. Bukannya sekadar angan-angan mat jenin.

Terpanggil untuk menyingkap kenangan lepas untuk pedoman maa depan. Maklum saja, Facebook asyik mengingkatkan aje apa yang berlaku setahun lalu, 2 tahun lalu, 5 tahun lalu atau pun 7 tahun yang lalu.. Atau yang lebih lama semenjak Facebook diwujudkan. Lama tu!

Bila diingatkan akan kenangan lama, semua memori menjelma di depan mata. Tak payah ingatkan yang jauh-jauh dulu.. Cukup 12 bulan yang lalu.

Bagi aku, tahun 2016, banyak membawa erti di dalam kehidupan peribadi, kerjaya dan juga keluarga. Di dalam kerjaya, persembahan pentas lebih banyak aku terima tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lebih sibuk setiap hari dan adakala aku bekerja 7 hari seminggu – termasuk Herbalife, persembahan pentas dan juga kelas Bahasa Perancis. Oh ya! Anak-anak juga seperti satu kerja! Hahahha.. Jadi, aku ada 4 kerja dalam 1 masa! 4 tanggungjawab yang sangat penting.

Anak-anaklah sebenarnya yang utama. Yang lainnya, senang untuk dibuat. Sebagai ibu yang bekerja, bukannya mudah. Alhamdulillah .. aku punya pembantu yang bagus selain dari suami dan juga ‘guru tadika’ serta ‘rakan sebaya’ kepada anak-anak aku iaitu Ina Mohd… Memang rumah tak pernah sunyi!

Anak lelaki memang mencabar keimanan, kesabaran dan juga minda! Aduhai anak…. Mama tetap sayang macam mana nakal pun. Satu senaman yang paling mudah nak kurus berbanding senaman di gym. Berlari, merangkak, memanjat – semua kena buat dengan mereka!

Hidup aku lebih aman dan lebih selesa. Walaupun jadual yang sangat sibuk, tapi aku tenang. Aku lakukan apa yang aku suka. Oleh sebab itu aku rasa lebih bahagia.

Aku sangat bersyukur di atas anugerah yang Allah kurniakan. Suami yang sangat penyayang dan memahami aku lebih dari segalanya. Dia boleh diharapkan untuk menjaga anak-anak andai aku perlu melakukan tugas aku untuk 1 malam di luar.

Makan, minum, mandi, tukar lampin dan sebagainya…. Semua suami aku boleh buatkan. Boleh diharapkan. Alhamdulillah…. Aku tahu ramai juga di luar sana yang sama macam suami aku.

Aku hargai masa kini dan juga masa masa yang akan datang bersama suami dan juga anak-anak. Memang penat, tapi kegembiraan kami satu keluarga adalah satu rahmat serta sangat berharga.

Kerjaya…. Nyanyian alhamdulillah. Allah berikan aku bakat dan alhamdulillah dengan usaha aku, kini aku lebih dihargai walaupun tanpa lagu atau album baru yang berbahasa melayu. Kenapa aku sebutkan sedemikian? Kerana aku sedang mengusahakan album bahasa Perancis yang aku pernah ceritakan pada kalian.

Kini ianya lebih jelas. Aku tak mahu berahsia lagi. insyaAllah impian ini menjadi realiti tahun hadapan. Ianya di dalam proses untuk tiba ke arah itu. InsyaAllah.

Sebab itulah aku katakan jadual aku sangat padat seharian. 5 hari seminggu atau 7 hari seminggu. Masa untuk bertemu dengan kawan-kawan pun tak ada. Bukan nya tak ingat… Ingat.. Tapi keadaan dan masa yang menjarakkan aku dengan mereka. Tak apa.. mereka akan faham nanti.

Aku tak kisah. Biar terasa payah dan letih sekarang. Aku tahu aku akan merasa lega kemudiannya.

Jadual telah dirancangkan untuk tahun hadapan. February depan aku bakal menghabiskan rakaman album Bahasa Perancis tersebut . Doakan yang baik-baik ya.

Ini salah satu jawapan yang semua tanya kan kenapa aku tak masuk Gegarvaganza. Tak larat nak jawab dah sebenarnya. Aku sunyi dari corong radio dan juga TV, tapi aku sibuk merancang sesuatu untuk kerjaya di dalam bidang nyanyian.

Dalam masa yang sangat pantas berlari ini, tidak sedar yang aku telah menjalani proses pembelajaran untuk Bahas Perancis selama 7 bulan. Bukan mudah untuk sebutan Perancis, tapi dengan kelas yang aku hadiri 2 kali seminggu membuatkan aku lebih yakin. InsyaAllah…

Tunggu ya.. akan ada video di saluran Youtube milik aku tentang bagaimana pembikinan album ini dijalankan.

Sudan setahun mengenali komposer yang ‘jatuh cinta’ dengan suara aku.. alhamdulillah.. sedikit pun tidak berubaha minda dan hatinya. Mahu merealisasikan impiannya dan juga impian aku. Jadi, aku harus berusaha. Kini aku lebih yakin kerana memang benar apa yang dikatakan komposer aku itu apabila Yuna turut sama mengatakan yang sama di dalam ucapannya di AIM tempohari. Kita ini unik. Inilah yang dikatakan komposer itu. Suara aku unik katanya. Alhamdulillah. Semuanya milik Allah. Dia yang pinjamkan.

Usaha harus lebih supaya kredibiliti terus berada ditahap yang baik dan membanggakan. Aku bawa nama keluarga dan juga nama Malaysia. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan segalanya.

Herbalife… ini kerjaya untuk masa yang akan datang. Untuk anak-anak dan juga persaraan aku kelak. Memang ianya tidak mudah. Tapi kalau mudah pula, pasti semua mahu melakukannya. Pasti semua telah berjaya. Nak berjaya, memang kena usaha. Dalam apa jua yang kita lakukan serta yang kita mahukan.

Setiap hujug tahun seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dan suami akan ambil masa bersama berdua untuk menyingkap sepanjang tahun dan juga menyusun strategi untuk tahun depan.

Seminggu yang akan datang, memang kami berdua tidak kemana. Telefon harus dijauhkan kerana banyak perkara yang akan kami bincangkan. Perbaiki yang kami tidak dapat capai dan merancang yang lebih baik agar apa yang kami mahukan tercapai. Tak kira dari segi apa pun. Semua sekali.

Tahun ini tahun baru kami hanya di Kuala Lumpur. Tak kemana mana. Ibu bapa mertua pula akan tiba bulan depan. Kalau tahun lalu, masa ni seronok bermain salji dan jenuh menyarungkan baju tebal kerana musim sejuk di Perancis.

Rindu? Ya.. sudah semestinya. Lain sangat suasananya di sana. Aku sangat sukakan salah satu negara Eropah itu. Dah lama.

Impian nak tinggal di sana je belum lagi tercapai kerana suami lebih sukakan negara -negara Asia. Tak apalah.. dapat buat abum di sana pun, sudah memadai…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: