BERGEGARRRRRRRRR…..

Semakin panas! Ramai yang membicarakannya. Syabas Astro! Bijak mengatur strategy bersama penaja ulungnya.

Sangat popular … dari penajanya sehinggalah ke nama program dan juga para perserta. Makin menjadi jadi pula kontroversi dan cerita-cerita panas program itu.

Program apa lagi.. Gegarvaganza lah!

Programnya sangat bagus untuk semua penonton yang sangat menggemari industri muzik tempatan. Ianya menjadi satu sajian kemestian yang menjadikan semua satu Malaysia, sehinggalah Singapura dan Brunei melekat kuat di depan TV astro.

Nourul Buds Oralcare Banner-01Sangat bagus konsepnya yang mahu membantu penyanyi tempatan yang dah lama mendiamkan diri dan sepi dari apa apa bahan publisiti di media massa mahupun media cetak.

Apa yang aku fahamkan, konsepnya sebegitulah. Untuk menaikkan semula artis-artis yang sebegini. Bukannya mereka diam tanpa bersebab. Ada sesetengahnya sibuk dengan menguruskan perniagaan sendiri.

Ada pula yang sudah tidak mahu menyanyi lagi. Ada juga yang masih punyai jemputan nyanyian tetapi tidak punyai publisiti atau apa-apa material baru.

Ianya satu tapak yang sangat baik! – dari pandangan asal aku beberapa tahun yang lalu.

Aku juga pernah muncul di dalam rancangan hebat itu sebagai artis undangan yang dipilih salah seorang pesertanya.

Sangat gah produksinya. Sehinggakan ramai yang lupa akan konsep asalnya. Sebelum ini bagi aku, kesemua artis yang turut serta, sangatlah bersesuaian dengan konsepnya. Seperti yang dimenangi oleh Abang Ayai dan Kak Haleeda. Masa tu mereka berentap hebat!

Selepas itu, masih okay juga. Sehinggalah tahun lepas. Tahun ini…. Malas aku nak komen. Takut disalah anggap pula. Maklumlah masih panas dan belum habis musim yang sekarang ini.

Ada sesetengah teman artis, bagi aku, tak perlu pun masuk. Mereka sebenarnya tidak layak kerana mereka sudah bagus dan punyai rekod pencapaian yang tersendiri. Buat apa nak bertanding. Kena pula bertanding dengan bukan dari dalam liga yang sama. Memang bisa ‘bunuh diri.’

Aku belajar dari satu pengalaman rakan artis yang lain yang pernah dulu masuk satu pertandingan nyanyian. Gadis manis yang sangat diminati ramai itu gagal di satu peringkat. Sedikit bagi aku (bukan aku saja) mencemar nama dan membantutkan perjalanan kariernya.

Lama juga berdiam, (seingat aku) dan kemudiannya baru muncul dengan lagu yang sangat bagus langsung memberi kesinambungan kepada perjalanan seni nyanyiannya. Alhamdulillah.

Aku menulis soal ini kerana ramai yang bertanya kenapa aku tak masuk Gegarvaganza. Ada juga yang keras menyuruh aku masuk tahun depan.

Maaf ya.. tidak kot. Alasannya mudah.. setiap tahun produksinya bertukar orang . sama juga dengan penerbitnya. Sebelum ini pada pandangan aku, jauh lebih baik.

Yang kali ini banyak sangat kesalahan dan macam macam yang aku dengar. Entah kesahihannya. Tak perlu aku cari pun, sebab aku tak terlibat. Tapi nampak sedikit haru biru.

Namun, haru biru mereka itu memberi satu tarikan dan impak yang baik bagi penonton di rumah mahupun di lokasi pengambaran secara langsung setiap minggu itu. Ianya sangat bagus sebagai hiburan.

Yang aku katakan tadi, ada artis yang tak sepatutnya masuk tu; aku rasa kasihan kerana mereka seperti ‘puppet.’

Mana respect bagi seseorang yang menyanyi yang telah sekian lama. Tak kiralah apa kontroversi atau salah faham yang menunjukkan beliau sangat tak okay. Dia punyai rekod yang sangat bersih di dalam abiliti nya sebagai penyanyi. Itu saja yang dapat aku komen. Setahu aku dia boleh nyanyi lagu apa saja.

Komunikasi di dalam apa yang kita lakukan, tersangatlah penting. Dengan stress dan tekanan lain bisa membuatkan semua salah faham. Maklumlah weekly program banyak nak kena buat dan latihan pula back to back. Penat tu. Belum lagi sessi fotografi dan sebagainya.

Itu sebenarnya bukan alasan juga untuk menjadikan kontroversi. Bagi aku, untuk seseorang yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni suara, dia punya caranya yang tersendiri di dalam berkomunikasi. Mungkin ada yang tak tahu. Maklum saja ramai orang baru dan muda. Segalanya asing bagi mereka untuk handle seseorang yang telah lama. Di situ, mungkin ada salah faham….

Kesian… terjadi salah faham langsung menganggu ketenteraman dan emosi.

Susah nak cakap. Nanti bila cakap lebih-lebih, dikatakan pula diva.. dan entah apa apa lagi.

Sebenarnya yang nak handle artis tu yang tak tahu. Ini anggapan aku apabila aku dengar sana sini, itu ini, dan hebat semua menuding jari ke pihak di sana dan di sini.

Capability seseorang artis itu berbeza. Lagu juga harus bersesuaian dengan vocal range dan juga jenis tone suara. Ramai yang tak tahu. Kami yang menyanyi ni saja tahu. Itu pun jika telah belajar akan teknik nyanyian serta skill nya.

 

Walau apa pun, tak bererti juga penyanyi boleh menolak sewenang wenangnya. Sepatutnya kena ada seseorang yang seperti guru vocal atau komposer yang tahapnya tahu bagaimana suara seseorang penyanyi itu untuk pilih lagu. Ramai kat malaysia ni yang pakar. Mungkin kita lupa. Di Aswara, di UiTM, dan guru vocal yang persendirian pun ada.

 

Ini pendapat aku untuk program besar sebeginilah. Program yang mempertandingkan artis yang telah ada nama dan juga senior.

 

Susah nak fahamkan orang yang tidak faham kan. Aku pun tak akan faham kalau bidang itu di luar bidang aku. Apatah lagi prang luar yang tak tahu menahu langsung apakah itu muzik, apakah itu tone suara, jenis suara mahupun pitching.

 

Di negara kita apa yang aku lihat, di dalam bidang muzik, segalanya terbalik. Ini dari pemahaman yang sikit selepas 21 tahun menjadi penyanyi dan artis. Selepas belajar sedikit dari komposer dari negara lain seperti Perancis, tahulah sedikit perbezaannya. Namun tidak pula aku bermaksud nak memperlekehkan industri di negara sendiri. Tidak sama sekali. Ini hanya nak bagitahu akan perbandingannya.

 

Negara lain, artis seperti penyanyi dan pemuzik, sangat diraikan. Sangat dihormati. Lebih lebih lagi yang lebih berusia atau kita panggil ‘senja.’ (Tak tahu siapa yang mulakan istilah ini)

 

Semuanya kerana pengalaman yang mereka ada. Sebab itu mereka dihormati dan dijaga.

 

Di negara kita, yang telah berusia itu dikatakan tidak bagus lagi. Ya, aku setuju. Ada juga yang dah tak berapa okay apabila membuat persembahan kerana ada komitmen yang lain. Namun, sekarang ini ramai yang menjaga dan memastikan prestasi berada di tahap yang sepatutnya kerana punyai ramai persaingan yang hebat-hebat belaka. Jadi kenalah bagus.

 

Mungkin ramai yang tak tahu sebab tak ada pendedahan. Kita hanya tahu bila mereka ini adakan persembahan di majlis-majlis tertutup. Tak ada pendedahan. Hanya yang hadir di sesuatu majlis itu saja yang akan tahu akan kredibiliti artis yang membuat persembahan di depan mereka.

 

Dibuat pula program seperti ini yang seolah olah memperkotak katikkan sesetengah artis tak kiralah yang baru atau lama bagaimana sikap dan tahap professionalisma mereka. Bukan itu saja, cara nyanyian dan juga persembahan.

 

Memang benar bila di berada di atas pentas, kita bisa melihat segalanya. Gerak geri dan air muka dari raut wajah seseorang artis itu. Dari cara percakapan sudah tentu sekali. Tapi kita tak boleh salah sangka dengan apa yang diucapkan.

 

Ada setengah orang, bercakapnya lain, tapi apa yang dia faham lain serta maksud yang dia nak sampaikan juga lain. Kita yang tak kenal ni, buat kesimpulan tersendiri. Ini kerap kali berlaku di dalam pertuturan seharian. Artis tidak ketinggalan. Itu perkara biasa.

 

Aku percaya, dari kesemua pengalaman apa sekali pun, baik atau buruk, kita semua belajar darinya. Menjadi lebih bak dari semalam. Ujian selalunya mematangkan.

 

Untuk menjawab kesemua yang meminta dan menyuruh aku masuk program tersebut, maaf ya. Tidak mahu. Aku tahu program itu juga tak mahu menerima aku. (mungkin selepas membaca entry ini)

 

Lagi pula aku masih aktif cuma tak ada album baru atau lagu baru di Malaysia kerana sedang berurusan dengan komposer album berbahasa Perancis aku di sana. InsyaAllah, tak ada aral, akan keluar album itu tahun depan. Mudah-mudahan.

 

Bukan bermaksud sombong atau berlagak.. aku katakan ini setelah faham akan konsep program tersebut. Tapi tidak pula aku kata aku popular sangat pun. Memang ya aku agak sunyi dari publisiti dan keluar tv. Tapi persembahan pentas alhamdulillah masih ada.

 

Untuk menjaga kredibiliti dan juga tidak mahu terjadi insiden ‘bunuh diri’ dek politik atau kebencian sesetengah pihak yang mungkin ada di dalam program itu, lebih baik aku awal-awal buat keputusan. Jaga diri dulu.

 

Tahun lepas kalau tak silap aku, ada seseorang dari produksi mohon aku turut sama dalam program itu. Tapi aku menolak pelawaannya dengan baik dengan memberi alasan aku sedang siapkan album. Masa tu pun dah sedang di dalam pembikinan. Walaupun hanya sekadar perbincangan.

 

Aku rasa keputusan aku tepat. Aku tak mahu di ‘puppet’ kan sehingga jatuh air muka serta direndah-rendahkan. Bukan tak boleh terima cabaran. Boleh. Tapi biarlah kena tempatnya.

 

Bukan juga taknak terima yang nama tak besar atau dah jatuh. Tidak. Aku tahu di mana tempat aku. Ya tak besar. Tapi tetap aku rasa kurang sesuai untuk aku masuk.

 

Buat masa ini, apa yang aku tengok, penonton di luar sana juga mungkin tidak jelas dengan konsep rancangan ini. Jadi, habis semua artis yang masih ada nama yang lain diminta masuk bertanding. Ishh… agak-agaklah adik! Hahhaa.. yang lebih teruk dari orang produksi nya sendiri.

 

Ada sekali diberitahu kepada aku oleh Abang Jay Jay – seorang komposer yang boleh dikategorikan sebagai legenda – diminta masuk Gegarvaganza! Allah… tak sesuai betul! Kalau minta jadi juri, itu mungkin.

 

Juri pun satu lagi penyebab aku berasa seram! Hahhaha.. taknak komen habis-habis. Bisa dikontroversikan. Jadi, biar aku simpan sendiri. Belum lagi penajanya. Memang duit bisa menjadi raja. Kualiti bisa diketepikan.. begitu juga maruah.

 

Bagus juga diberi peluang jadi artis jemputan dulu. Jadi aku nampak bagaimana ianya dilaksanakan.

 

Bagi aku, daripada buat pertandingan, lebih baik buat konsert. Boleh bantu artis yang mahu dibantu. Ramai yang nak kena bantu pun. Nak buat show untuk umum pun bukannya mudah sekarang. Kesesakan ekonomi membuatkan semua penaja besar bimbang melabur. Hanya masih yang satu itu yang teguh melabur.

 

Tak apalah. Jika dipandang dari luar, kalau tak ada program sebegini, sunyi pula dunia hiburan yang sedang nazak ini (pendapat aku dibandingkan dengan era 90-an yang semuanya berkualiti)

 

Jadi, lihat saja dari jauh. Usaha saja apa yang termampu untuk menjadi lebih baik dari semalam.

 

Kepada rakan artis yang mendapat pengajaran hebat dari apa yang berlaku, aku tahu kalian bisa menjadi lebih baik kerana sesuatu ujian itu bisa mematangkan dan menguatkan diri. Guna sebaiknya. Dan ucapkan terima kasih. Tidak semua bisa mendapat ujian seperti yang kalian terima.

 

All the best.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: