AKU YANG TIDAK BERPELAJARAN…

Dari pagi bangun hari ni, memang rindu sangat dengan blog aku ni.. Memang nak menulis. Sibuk pun dah menjadi seperti biasa. Dah adjust kata orang. Macam-macam keluar dalam kepala – seperti mula-mula ada blog dulu! Maknanya dah okay lah sikit tu. Kepala dan badan dah boleh terima hahaha…

Dalam pada seronok nak menulis dan menunggu waktu melabuhkan pinggulku yang masih berlemak ni, (siap butiran terperinci okay! Hahaha) macam-macam juga berlaku hari ni. Tapi tidaklah penting sangat.

Nak bercerita lebih-lebih soal itu pun, takut meludah ke langit pula. Bila soal berkaitan keluarga ni, susah sikit. Oh lagipun, tak pernah pula aku menganggap yang ‘puak’ itu adalah keluarga. Dah 10 tahun selepas satu insiden tu, aku diam dari mereka. Mereka yang banyak menyakitkan. Jadi hak aku jika aku tidak mahu memaafkan…

Aku belajar akan sesuatu yang sangat penting hari ini. Biarlah tidak berpelajaran, tetapi tidak insecure.

Adalah sorang hamba Allah ni. Tahu salah diri sendiri tapi kerana senioriti nya, nak kita tunduk padanya pula. Eh.. kau yang sakitkan hati aku. Walaupun aku muda pada kau, kau lah kena ambil tindakan sendiri. Bukan gunakan orang tengah. Kata berpelajaran. Kata PhD.

PhD betul ke atau PHD (perasaan hasad dengki?). Ingat juga dengan sikapnya yang dulu. Dengan kakak aku yang sorang lagi pun dia cemburu. Sesiapa yang punyai bakat menyanyi, dia memang tak suka. Sebab kami semua berkulit gelap. Dia putih. Suka lah juga muzik. Tapi dia dianugerahkan yang lebih baik dari kami, iaitu pandai di dalam bidang akademik. Jadi, tidaklah dia menjadi seperti kami yang padanya kulit hitam.

Ada saja tak kena. Biarlah tak berpelajaran, dari hati hitam. Biar kulit hitam. Tapi hati kami tak hitam. Kami tahu bagaimana menjalani kehidupan kami tanpa memandang rendah kepada sesiapa pun. Tak kira orang tu pandai atau tidak, miskin atau kaya.

Manusia semua sama saja. Lahir pada satu keluarga dari sepasang ibu bapa. Namun, keluarga tidak semuanya bersatu. Ada yang okay, ada yang tidak. Ada yang boleh dimaafkan, ada yang mahu dijauhkan.

Makin besar keluarga, makin caca marba kata orang Penang.

Bila ada darah keturunan mamak ni, semua nak jadi hero. Semua nak betul. Semua nak pertahankan ego.

Antara yang muda dan senioriti. …Betul.. yang muda kena hormat yang tua. Tapi tak salah pun kalau yang tua tu dah buat salah, kalau mahu nak minta maaf dari yang muda. Kalau dah buat salah, terima saja. Lebih dipandang mulia andai berlembut dan jumpa sendiri dengan orang yang kita sakitkan atau sedihkan hatinya.

Haiii.. macam-macam. Bila berpelajaran, semua orang ingat dia itulah yang betul. Tidak semestinya. Orang yang berpelajaran juga, manusia dan buat salah juga. Nasibnya lebih baik kerana ada peluang belajar dan diberi pendedahan yang bagus akan akademik. Tak semua orang punyai peluang yang sama. Walaupun asal dari keluarga yang sama.

Mesti semua blur baca tulisan aku ni. Apa yang berlaku sebenarnya. Takpe. Toksah tanya. Aku cerita hahahha… saja nak lepaskan rasa pelik dan hairan dengan manusia yang menganggap dirinya pandai.

Bongkak dan riak serta menunjuk-nunjuk kepada orang lain itu antara sikap yang dibenci Rasullullah. Terbaca komen orang tu tadi, aku mengucap sekejap. Tak terima orang yang tidak berpendidikan seperti aku. Lupa pula nak screenshot! Hahhaa.. lantaklah. Buat apa nak aibkan dia. Cerita pun, dah macam mengaibkan.

Apa-apa pun, ini sebagai tauladan. Jangan pandang orang rendah kalau orang itu kurang pencapaian akademiknya. Tidak semestinya dia tak bijak. Mungkin nasib tidak menyebelahinya atau pun ada faktor lain yang buatkan seseorang itu tidak berpelajaran tinggi.

Allah itu ada. Semuanya dia pinjamkan. Walaupun bakat yang aku ada ini. Pelajaran tinggi dan pandai juga adalah kurniaanNya. Apa saja yang kita ada. Sedar akan hakikat itu, sudah mencukupi sebelum nak merendahkan orang lain. Sekalipun hati marah gila sebab orang tu taknak baik semula atau tak mahu memaafkan. (itu part aku lah tu yang tak mahu memaafkan! hehehe)

Kadang-kadang kita lupa bila kita sedang sakit hati. Walaupun kita amalkan yang baik-baik yang Allah suruh. Langsung main cakap je tanpa berfikir. Bila dah terlepas, dah susah nak undur balik.

Maka, yang terbaik serahkan saja pada Allah. Dia tahu segalanya. Dia nampak segalanya. Kita kan ke semua hamba Nya. Tak kiralah yang solat 5 waktu, yang tak solat macam aku, yang bertutup litup atau pun tidak ,serta semua-semua yang lain. Dia tahu.

Kita melenting adakalanya apabila berlakunya sesuatu. Bagi seseorang yang pandai, dia akan berfikir dahulu tanpa bertindak. Tengok dan imbangkan. Adakala cerita dari orang ketiga ni yang buat kecohkan keadaan. Batu api lah gelaran yang layak diberi untuk seseorang yang sebegini.

Konon bersangka dan berniat baik. Positif katanya nak menyatukan manusia. Tapi memburukkan keadaan lagi, adalah… dia pula yang jadi seperti angel kononya. Lepas tu terus diam bila yang di sana dah naik hantu dan di sini langsung ‘memangkah’. Si batu api tak tahulah rasa apa. Happy agaknya.

Ini yang berlaku seharian di dalam kehidupan kita. Bukan dengan family saja, dengan dunia luar itu lebih teruk.

Macam-macam.. habiskan di sini saja cerita digelar tak berpelajaran ini. Tak kisahlah tak berpelajaran pun. Alhamdulillah hasil kerja keras berasa juga wang ringgit dan travel sana sini lihat dunia luar.

Rasa juga first class, business class…. rasa juga dilayan baik oleh sesiapa saja yang berjumpa atau sesiapa saja yang minta aku membuat persembahan. Rasa juga kenal dengan orang-orang penting negara serta luar negara. Agaknya itu yang buat dia marah… Jadi je lah artis kalau mahu sangat. Tapi pastikan ada bakat please!

Tak apa tak berpelajaran. Aku terima dan okay saja. Hidup aku bukan di atas mereka yang busuk hati, tapi di atas usaha sendiri.

Educated but insecure is disaster! Ego makan diri bila tidak mahu sedar akan kesalahan diri sendiri. Jangan rasa pandai kalau otak tak bijak mana pun nak handle keadaan yang berlaku. Sekali pun ada pelajaran dan sijil PhD.(sijil ke panggilan? Maklumlah orang tak berpelajaran. Mana tahu termnya apa)

Oh by the way.. I heard we can buy PhD now! May be you bought yours!

img-20161128-wa0043

 

P/S : risau juga andai anak sendiri pandai akademik dan terkena sindrome seperti ini… memang aku pulas telinga!

 

 

 

 

Advertisements

2 Comments on “AKU YANG TIDAK BERPELAJARAN…

  1. Hmmm… Mmgpon! Sy yg dikategori educated with PHD agree ngn akk , pandai xsemesti bijak. , tlalu buku sgt tu xphm reality … Tlalu peghak n syok sendiri mcm pandai sume nye tula jadiknye, sbb tu jgn jd syok sendiri seems nk same kan practical with theory. Mmg ke laut la. then mental sick sume org xbtol die je btoi. Sbb tu biala xsmpai phd Allah lebeh tgk hati yg bersih tinggi dr PHd tu. phd (people head damage). Sy risau klo sy masuk golongn cmni. Sbb majority bnyak mcm ni. Ego mcm Title Dr tu bawah ke liang lahad! Please tulis kat nisan tu nnt. Sy yg educated with industry experienced menyampah klo bbual dgn org yg pHd without industry exp, too different minded . Ppl cmni xperlu hirau sbb mereka SS with their own world. Jauh beza with oversea where is implement many thing technology in real world. Sembang lebeh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: