SEMOGA TENANG DI SANA……

Blurrrr……

Okay .. take a break… break lah sangat.. dah sebulan breaknya. Lebih tepat 6 minggu dah kot break menulis ahhahahaha… Gelak ye… takde gelak sebenarnya… tak mahu beralasan lagi. Masa memang sangat cemburu dengan aku.

Terbuka buku kehadiran pembaca blog tempohari yang Ina Mohd letakkan di atas meja aku. Agaknya dia saja nak suruh aku baca.. hehhe.. sebagai pemberi inspirasi dan semangat nak menulis. Lama benar ‘bercuti!’

Terbaca apa yang semua tulis di atas kehadiran mereka di majlis yang aku buatkan 2 tahun lalu. Dah 2 tahun lepas??? Ya Allah.. Pantasnya masa berlalu!

fb-coverTerima kasih semua yang memberi semangat. Yang sering membaca blog aku. Adakalanya memang tak ada cerita hangat langsung! Hehehe.. Lagipun blog ini bukan blog gossip kan. Hanya laman untuk aku melepaskan dan berkongsi rasa.

Namun, ada yang tetap hadir dan membaca. Memang ya. Apa yang ditulis di buku kehadiran itu, memberi semangat pada aku. Tapi tetap juga ambil masa seminggu nak menulis! Hahahaha

Memang tersangatlah sibuknya. Minggu lepas lagi gila! Paling panjang dan tidur pun kurang. Selalunya 8 jam. Minggu lepas hanya 3-5 jam saja. Memang lain rasanya. Isnin lepas macam zombie! Kena pula pembantu rumah bercuti!

Masa sangatlah pantas. Memang tak sempat nak kejar. Lagi pulak anak anak sedang membesar. Ada saja aktivit. Memang tak terasa masa terlepas begitu saja. Dah pun tengah bulan November!

November… lagi 2 minggu Disember. Hanya tinggal 6 minggu ke tahun baru. 2017! Alhamdulilah telah hidup selama ini. Harapnya Allah beri lagi nyawa untuk terus hidup di muka bumi milikNya. InsyaAllah.. Amin…

Ramai mereka yang telah pergi… Yang muda tak kurang jumlahnya dengan yang telah berusia.

Paling terkejut yang terbaru, adalah salah seorang yang pernah rapat dengan aku dan bekas suami. Boleh tahan juga jasanya buat aku dulu. Banyak juga yang dibantunya.

Sedih dengan berita yang aku terima Ahad lalu ketika aku berada di Bangkok, Thailand. Kali ini giliran Abangg Arab atau nama sebenar Syed Azlan, dijemput Illahi kerana komplikasi jantung. Selepas 8 tahun tak bertemu, ini berita yang aku terima dari Ina Mohd.

Setahun yang lalu, ada aku bertanya pada seseorang yang mengenali aku dan Arwah. Katanya arwah berada di kampung halamannya. Mengusahakan perniagaan sendiri selepas ‘give up’ dengan muzik industri.

Seperti biasa, aku ambil kesempatan di atas kesibukkan aku untuk tidak mencari dan berusaha untuk bertemu dengannya. Ketika aku bertanya tentang arwah itu, masa tu aku harus berada di Perancis untuk beberapa bulan.

Dengan alasan kesibukkan dan terlupa, aku tak berpeluang bertemu dengannya. Tak sangka selepas setahun aku bertanya, arwah telah pergi menemui Penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya.

Arwah dulu antara yang selalu lepak di rumah aku dan bekas suami kerana mereka bekerja di tempat yang sama. Dari sebelum Ayu Nazirah dilahirkan sehinggalah aku dan bekas suami beralih arah; dia tetap bersama kami.

Dia antara yang cuba membantu membaik pulih hubungan kami. Banyak drama ketika itu, tapi dia tetap menjadi dirinya. Tidak mengambil bahagian sesiapa. Bantu kami sebaik mungkin.

Sayangnya, pertolongan ikhlasnya itu, gagal membaik pulihkan hubungan kami. Itu cerita lama. Hanya sekadar mengenangkan budinya pada aku dan kami dulu.

Yang baik, sering dijemput dulu oleh Penciptanya kerana itu tempat terbaik untuk mereka. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Aku tak tahu siapa isteri atau saudara maranya. Jika ada yang kenal, minta beritahu aku ya. Aku tak ingat dia berkahwin atau tidak.

Hanya doa dapat aku kirimkan semoga rohnya tenang di sana. Al fatihah…

 

P/S : hanya teman menyanyinya dulu je masih tak sedar yang hutang harus dibayar. Jika tidak, dibawa ke mati. Encik A, bawak-bawaklah beringat. Aku pun nak bayar juga hutang yang mungkin ada. Rasanya ada. Encik A juga namanya! Kena langsaikan. Bimbang tak aman pula nanti bila dah pergi….

Tetap tak puas hati dengan Encik A yang hutang aku. Nak masuk 10 tahun dah!

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: