RENTAPAN JIWA, RENTAPAN EMOSI.. SAMPAI BILA BILA…

“Assalamualaikum semua. Tak berani saya nak tengok video yang sedang viral sekarang ini akan seorang individu yang mana agak berpengaruh di Kuala Lumpur, dan Malaysia. Bimbang sedih yang mendalam dan akan sedih semalaman.

Sebagai seorang isteri, ibu dan juga wanita, saya tahu akan perasaan bekas isteri yang terpaksa melepaskan anak ke tangan bekas suami.

Terpaksa pisahkan adik-beradik yang masih kecil serta keluarga berpecah . Melalui pengalaman, (yang saya pernah bercerai), adalah lebih baik anak anak ditinggalkan pada ibu .

Saya marah sangat dengan sikap bekas suami yang merentap anak dengan kasar dari pangkuan ibu serta bekas isteri nya. Jika dah ada kes pernah pukul memukul, adakah anak itu akan selamat di tangan bapanya? Adalah lebih baik diberi pada ibunya saja.

 

Lagi pun ibu lebih tahu menjaga anak-anak nya tak kira seburuk mana pun seseorang ibu itu. Bapa biasanya akan bekerja siang malam. Anak itu nanti hanya ditinggalkan di rumah dan menanggung sakit emosi dari apa yang berlaku di atas perceraian serta sikap bapa yang merentap nya dari pangkuan ibunya sendiri . Insiden itu akan diingat sampai Bila2.

I don’t really like kaki pukul especially yang suka pukul isteri dan wanita. I don’t know both of them and I don’t know that lady personally. I never met her in fact. But I can feel her.”

728x90

Ini yang aku update di dalam status facebook semalam. Selepas ternampak video dan gambar insiden di mahkamah syariah yang dirakamkan seseorang.  Terus emosi aku terganggu sekejap. Sebab itulah cepat sangat naikkan status. Faktanya kurang jelas di situ. Kini aku faham.

Terasa sangat hati melihatkan keadaan dan situasi sedemikian. Aku terpanggil untuk menulis. Tahu emosi wanita itu dan keadaannya selepas kejadian dan video pula disebarkan. Aduh… macam-macam lah tu pendapat dan komen dari netizen. aku pasti. Salahkan pihak itu dan ini.

Bila jadi public figure ni, memang tak lari dari lensa media dan umum.

Teringat semula apa yang pernah berlaku pada aku 10 tahun dulu. 10 tahun?! Ya Allah… cepatnya masa berlalu!

Bukan mudah nak selesaikan kes perceraian. Masa itulah terkeluar semuanya. Memang perit. Fikiran dan emosi memang terganggu. Sakitnya tuhan saja yang tahu.

Berkenaan apa yang aku tulis semalam di status Facebook, masa tu aku tak tahu akan keputusan sebenar dan apakah ceritanya. Terus menulis dan terus nak update blog. Nasib baik Ina Mohd bagi informasi. Kini baru aku terang dengan keadaannya. Malam ni baru publish entry ini setelah diedit. Nasib baik!

Memang kalau tersebar sebegini, kita yang tak tahu hujung pangkalnya; mudah membuat kesimpulan. Satu pengajaran juga buat aku dan semua. Jangan cepat memberi pendapat. Berdosa juga rasa. Tapi yang sebarkan mungkin lebih terasa agaknya sebab bisa menyebabkan fitnah. Ramai yang mungkin salah anggap. Seperti aku juga pada awalnya.

Memang aku tak akan tonton video-video sedemikian. Terutamanya yang melibatkan anak-anak. Sakit mata, sakit jiwa… rasa tak sampai hati nak lihat kerana aku tahu emosi anak-anak yang menjadi mangsa di dalam situasi sedemikian.

Allah… sedihnya…

Okay… nak letak disclaimer…Nanti ada pulak yang salah anggap akan tulisan aku ini. Ini bukan nak cari pasal dengan sesiapa. Cuma aku rasa nak menulis akan perkara ini.

Sebagai wanita yang merasai juga bagaimana sedihnya kerana terpaksa bercerai, aku sangat faham akan perasaan ibu yang sukar dijelaskan dengan perkataan. Hanya yang pernah merasa saja tahu akan kesedihan dan hancurnya hati terutamanya yang melibatkan anak-anak.

Bercerai ini, bukanlah sesuatu yang baik walaupun ada kebaikan yang diberi kemudiannya oleh Allah Taala setelah berpisah. (sekiranya di sebelah pihak yang benar dan patut melepaskan)  Dalam apa saja yang kita lakukan, ada baik dan buruknya.

Walaupun keputusan yang diambil itu adalah untuk kebaikan bersama. Walaubagaimana pun, akan ada juga perkara yang tidak kita ingini kemudian hari yang akan berlaku, akibat dari perpisahan yang telah kita putuskan. Itu adalah tanggungjawab yang harus diterima oleh mana-mana ibu bapa atau pasangan yang bercerai.

Memang susah. Sangat complicated. Tapi lebih baik bercerai kalau dah makan diri. Lebih-lebih lagi kalau ada melibatkan kekerasan dan penderaan fizikal. Fakta ini aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Jika benar, memang patutlah lepaskan saja. Sampai bila nak menjadi mangsa kekerasan seorang lelaki yang bernama suami.

Aku sangat benci dengan lelaki yang suka pukul wanita. Lelaki sebegini sebenarnya takut dengan diri mereka sendiri. Tak tahu nak lepaskan marah, isteri tempat diluahkan segalanya. Kalau luah dengan cara yang baik tak apa. Ini sebaliknya. Isteri bukan ‘punching bag!’

Ini yang aku dengar yang melibatkan usahawan terkenal ini. Aku tak kenal pun dia. Tak pernah berurusan apa-apa. Begitu juga dengan bekas isterinya. Hanya menulis kerana kesian akan kisah yang melanda wanita ini. Aku juga wanita. Aku tahu bagaimana rasa peritnya menyelesaikan kes mahkamah apabila bercerai.

Wanita… macam mana pun kita, ada saja pihak yang akan menuding jari. Akan sentiasa berkata, kitalah yang salah. Kita sering dipandang serong dan buruk. Tidak kira di tempat yang benar atau tidak. Kalau salahnya pada kita, lebih teruk dihina. Memang kena tanam sabar sedalamnya di hati.

Bila adanya anak-anak hasil perkahwinan, lebih parah. Anak-anak memang akan menjadi mangsa. Kenapa harus berbuat sedemikian di hadapan media dan semua orang? Sekarang ini dalam zaman serba maju, sekejap saja menjadi viral. Di facebook, di mana mana saja. Di Youtube lebih-lebih lagi… akan disimpan bertahun-tahun video tersebut.

Anak-anak yang terlibat akan melihat semula, aku pasti. Sudahlah akan disebut umum, emosi mereka juga terganggu dek pengalaman yang menimpa mereka. Gambaran insiden akan terus melekat di dalam fikiran mereka. Bila besar nanti, akan terjadi satu isu yang sangat sukar dikawal oleh ibu bapa. Anak-anak akan rebel.

Trust me, I have the experience. Aku tahu. Nasib baik anak hanya 1 hasil dari perkahwinan pertama dan hanya seorang yang aku kena handle. Emosinya terganggu juga walaupun kami bercerai cara baik. Tetap menjadi satu perkara kepada aku yang adakalanya meruntun jiwa dan raga. Anak bila dah sampai usia remaja, lagi macam-macam.

Bagi aku, biarlah anak-anak di bawah jagaan ibu. Mereka akan lebih terjaga dan akan mendapat kasih sayang sebaiknya. Ini juga melalui pengalaman aku. Semua kita tahu bila dengan ibu, kita rasa lebih disayangi. Bukan bapa tak baik. Ada bapa yang sangat bagus. Aku tahu. Sebab aku dah lihat. Tapi kasih ibu itu, sangat lain. Sukar nak dijelaskan dan digambarkan.

Kata seorang yang komen di facebook aku emalam, sebaik saja aku naikan status ini; anak itu diputuskan mahkamah hanya untuk bermalam 1 hari dengan bapanya. Tapi, satu malam je pun, anak dah meronta tak mahu. Apakah maksudnya itu? Dan haruskah merentap anak sedemikian?

Mungkin pernah melihat beberapa insiden yang bisa membuatkan dia takut. Wallahhualam. Kisah orang, kita tak tahu. Mereka lebih arif.

Ini hanya pendapat. Aku hanya sekadar berkongsi rasa serta pendapat sebagai seorang wanita. Juga untuk wanita yang lain.

Kini jelas yang anak itu hanya diberi satu malam. Bukannya berpisah anak beranak dan adik beradik. Hentikan segala kesimpulan walaupun kita tahu kita tak suka cara anak itu direntap dan ibunya rebah di lantai. Aduh.. Bila kenangkan semula, sedihnya…

Semoga wanita itu tabah menghadapi dugaan yang diberi Allah Taala. Setiap ujian, ada sebabnya. Kita tak diuji jika kita tak cukup kuat.  Memegang status janda juga bukannya mudah. Lebih kuat ujiannya. Tabahlah wahai wanita. Oleh sebab itulah, darjat wanita itu sangat tinggi jika dijaga kehormatan sebaiknya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: