BANGUNKAN DIRI… SUPAYA DAPAT BERDIRI….

Dalam perjalanan ke hong kong, sempat menulis satu. Ni nak balik ni, rasa nak menulis satu. Mengantuk nya tuhan  je yang tahu. Entah apa yang mengantuk entah… Kepala banyak sangat berfikir agaknya hahhahaha…

Bukan fikir apa pun… Tapi segala yang aku belajar sepanjang dua hari di hong kong tempohari. Banyak betul ilmunya. Terutamanya soal self development . 

Dalam hidup in, sesiapa saja, tak kira apa pekerjaan dan latar belakangnya, memang penting jika ada beberapa ilmu yang dapat dipelajari tentang self development. Ini yang garu aku sedar kelmarin setelah bertahun aku belajar.

Pada aku , ia nya sangat penting. Semua orang perlu belajar supaya diri menjadi lebih matang. Bukan itu saja, minda lebih kuat dan lebih terbuka. Terbuka untuk lebih mengenali dunia, di dalam atau di luar. Menerima cabaran dan juga ujian dengan lebih positif kerana telah belajar mengenali diri sendiri, dan tahu untuk membuang perkara yang tidak baik atau yang buruk yang sering difikirkan. 

Otak kepala kita ni memang suka bermain game dengan diri kita sendiri. Hati suka sangatlah terasa dan otak  pula suka sangat fikir yang bukan-bukan. Lama juga aku belajar untuk kawal bagaimana aku berfikir. Ada caranya. Kita kena tahu kawal emosi. Bukan mudah, tapi ianya boleh dilakukan. 

Bila dapat lakukan ini, maka kita akan lebih tenang dan dapat mengawal segala keadaan di sekeliling kita. 

Wahhhh cakap macam professor pulak aku ni… Hahaha.. Masih belajar juga. Setiap hari juga adalah proses belajar. Semua dari kita harus belajar. Hidup ini juga adalah satu pengajaran. Kita kena tahu bagaimana kita nak tangani segalanya. Kalau tak ada pelajaran dalam self development yang aku cakapkan ini, memang sedikit berbeza cara kita menangani hidup, peribadi, pekerjaan dan sebagainya.

images-7

Semuanya bermula dengan bagaimana kita berfikir . Kita selalu sebut mind set. Itulah yang aku maksudkan. Kalau nak huraikan perkara ini, ianya sangatlah panjang. Untuk yang tak pernah belajar atau rak tahu apa yang aku maksudkan setakat ini, memang sukar nak faham. 

Kalau tak betul betul pandai atau arif akan perkara ini, jangan cuba nak ajar orang lain hahhanaa.. Memang kena dalami dan betulkan diri sendiri dulu. Bila dah diri kita betul, barulah boleh kita betulkan orang lain dan juga dunia!

For things to change, you have to change. – Jim Rohn

Dalam 5 tahun kebelakangan ini, aku sangat banyak belajar tentang self development. Ya, semenjak aku kenal eric. Rupanya ujian tuhan dulu untuk aku, sebenarnya itu semua berguna untuk kehidupan aku kini.

Ada tak yang perasan setakat ini – mungkin yang sebaya dengan aku dah boleh lihat apa yang berlaku dalam beberapa tahun yang lalu, contohnya dalam usia belasan atau dua puluhan ? Mungkin ada yang faham apa yang aku maksudkan ini. Apa yang kita tak suka dulu, sebenarnya itulah diri kita kini. 

Contoh : aku paling tak orang yang negatif, skeptikal dan suka sangat syak pada orang lain, sering berfikir yang buruk saja pada orang. Orang itu buruk, orang tu buat jahat pada dirinya. Dan macam macam lagi. Semuanya negatif. Naik sakit otak juga aku! Hahhahaha… 

Aku usaha untuk keluar dari mereka yang berfikiran sedemikian kerana hati kecil ni sering berkata, itu bukan aku. Dan aku tak punya sikap sedemikian. Patutlah perjalanan  hidup dan karier aku sebegini. Baru aku sedar (sebenarnya dah lama sedar dan perasan) Energy positif aku telah membawa aku ke arah yang lebih baik kerana aku tidak sukakan sikap atau energi negatif yang pernah ada dalam hidup aku sebelumnya.

Apa yang aku lalui, semuanya mendorong ke arah untuk lebih mengenali diri, memperbaiki cara berfikir dan menjadikan aku lebih tenang kerana aku lebih mengenali diri aku. 

Semuanya di atas pertolongan suami dan aku sendiri yang mahukan aku lebih positif dan memperbaiki cara pemikiran aku. Suami aku belajar dan dia boleh buat training untuk self development juga. Dia banyak gunakan method itu di dalam perniagaan kami untuk membantu mereka yang lain memperbaiki diri sendiri juga.

jimrohnmotivationalquote

Banyak membaca buku buku tentang pembangunannya diri juga, amatlah membantu. Aku ni kalau nak tahu, tak boleh baca novel kisah Cintan Cintun tu. Kalau aku baca, ya Allah! Emosinya…. Macam apa entah hahhahaha… Dari suku zaman sekolah aku tak pernah membaca novel. Pernah cuba, tapi satu babak pun tak habis hahaha…  Bila rasa emo, terus berhenti. Tak buka dah novel! Aku hanya baca buku tentang pembangunan diri. Buku buku sebegini, memang banyak aku ada. Ada sesetengah tu, beli je, tapi tak baca hahaha… 

14445085_1196026897102213_2203170077817579402_o

Bila dah kenal eric, semua buku tu aku baca. Kalau tak, masalah. Tak sama level pemikiran kami. Ada setengah buku aku beli sebelum aku kenal dia; dia pun ada! 

Jadi kenalah baca. 

Di dalam Herbalife, ianya lebih ketara. Banyak sangat tenaga positif yang menarik aku ke sana. Lima tahun bersama mereka, aku banyak belajar untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan lebih positif membantu sesiapa saja yang aku boleh bantu. 

Tidaklah rasa tersangat hebat atau apa apa. Cuka rasa bersyukur aku dapat belajar dan dapat memperbaiki diri supaya lebih maju. Itu yang aku mahukan lakukan buat mereka yang aku kenali juga. Mahu bantu mereka majukan diri mereka juga. Tak kiralah dalam soal peribadi atau pekerjaan. Semuanya boleh jika kita mahu buat sesuatu yang baik untuk diri kita. 

Apa yang aku belajar di sini kali ini tentang pembangunan diri, adalah tentang krisis. Bila ada krisis, sebenarnya itu membantu memperbaiki diri. Tak kira krisis apa pun yang sedang dialami. 

Krisis aku adalah soal waktu. Terlalu padat. Tekanan? Bila dah ada krisis memang ada tekanan. Itu biasa. Disebut oleh speaker yang memberi training tentang krisis. Rupanya kita perlu krisis. Melaluinya, kita akan belajar lebih banyak perkara. Sekarang n dah lepas training dua hari tu, barulah aku faham. Aku rasa aku dapat tangani krisis aku kerana aku dah tahu di mana akar bermulanya krisis itu.

Aku hanya perlu lakukan jadual yang baru. Susun segalanya dengan lebih teratur. Soal peribadi, professional dan kerjaya. Susun sebaik mungkin mengikut masa yang ditetapkan di dalam jadual. Mesti aku rasa lebih tenang dan tak adalah tekanan nya. 

Sebenarnya krisis ini dah 6 bulan ada dalam diri aku. Lama kan?! Balik ni aku kena susun semula jadual. 

Jadual sebagai ibu, isteri, sebagai pelajar, sebagai wellness coach, ZIN ZUMBA, dan juga penyanyi. Penyanyi yang sedang buat album Bahasa Perancis yang bakal dirakamkan semula Februari tahun depan. Kena habiskan semuanya dalam masa empat hari. Tarikh dah ada. Sekarang ni hanya perlu buat latihan lagu saja. 

Banyak tak kerja aku? Banyakkan… Wanita yang jadi ibu akan faham bagaimana rasanya. Susah nak jelaskan emosinya apabila harus bekerja dan tanggungjawab pada anak juga harus dilaksanakan. Jadi penyanyi, lebih berat!  Otak kepala ini harus tenang untuk menghadapi penonton dan peminat. Bukan itu saja, menyanyi juga sebenarnya guna otak. Bukan main buka mulut saja. Bila otak penat, memang tak Besut nak buat Show. Semua kena tenang…. 

Sebab itulah aku terpanggil nak bercerita tentang self development atau dalam Bahasa Melayu nya self development. Sangat sangat membantu aku. Alhamdulillah perjalanan aku setakat ini ke arah yang positif.  Inilah yang serpih disebut oleh semua penulis dan juga mentor pembangunan diri tentang ” law of attractions” .  

Ianya sangat berkesan dan terkesan bagi aku. Bila faham, bila kita fikir yang baik baik, maka yang baik baik saja yang datang. Jadi, kawal emosi , kawal pemikiran. Fikir yang baik saja supaya yang baik saja yang datang pada kita. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: