RINDU, BARU LIMA JAM…. BELUM LIMA HARI!

Terkial kial nak menaip dengan iPad mini yang diberi oleh cik si kenit aku tu… Terima kasih adik. Dapatlah akak menulis dengan lebih rajin… Hahhahaha… Katanya! Ye lah tu… Bila bermain dengan masa ni, memang tak sempat nak kejar. Jenuh mencari masa.

Alhamdulillah ada masa untuk menulis untuk 4 jam di dalam perjalanan ke hong kong ini. Ya ke Hong Kong hari ini untuk satu conference dan juga meeting untuk semua leader di dalam Herbalife. Bekerja dan sambil sambil tu berehat untuk satu hari.

Cukuplah tu sehari. Dapat juga berbincang dengan suami aku tentang pelbagai perkara. Ye lah kalau dah selalu Busy, tak sempat nak tengok muka masing-masing pun. Ini ada masa sedikit berdua, dapat gunakan masa yang ada ini untuk bersembang. Mesti ada yang terfikir, oh dapat honeymoon! Hahhahaha… Sikit lah kot! Hahaha

Esmeria Banner

Tinggalkan dua orang adik beradik tu dengan Ina , pembantu dan juga Ikhsan; memang meruntun jiwa juga. Tak apa, they are in good hands. Jika ada apa apa, kawan aku Yus dan Zura pun ada. Antara mereka yang aku dan suami percayai.

Sebenarnya terfikir juga tentang mereka. Dah di sekolah lah tu. Tak tahula nangis ke tak selepas Ina dan Ikhsan hantar ke sekolah. Raphael lah biasanya yang akan lebih emosional kalau dah sampai di sekolah. Zachary, abangnya, berbeza pula. Suka sangat ke sekolah.

Pernah sekali dalam minggu lepas, dia mula menangis apabila cikgu datang dan ambil dari kereta. Di pintu masuk kelasnya, Zachary memanggil adiknya dan berkata, ” adik, im here! don’t cry! ”  Raphael pun terdiam.

Allah….. Aku tengok je keadaan tu, hati tersentuh sekejap.  Mereka berdua masuk ke kelas dengan tenang. Menangis sekejap Mama mereka sebaik saja meninggalkan sekolah. Dah besar dah anak anak aku. Pandai pula tu Zachary memujuk adiknya. Dah boleh diharap. Alhamdulillah.

Mereka berdua sangatlah rapat. Betul kata orang, biar dekat jarak usianya . Mereka akan lebih rapat, malah, seperti kembar!

Untuk Zachary dan Raphael, susah nak panggil kembar hahhahaha.. Satu putih, satu malap! Macam mak dia hahaha….. Apa apa pun aku bersyukur. Mereka diberi kesihatan yang baik dan alhamdulillah boleh tahan cerdiknya. Maka, tahu sajalah bagaimana kecoh nya acara berlawan mulut sekarang ini. Zachary dah pandai bercakap. Tahu sajalah macam mana lajunya dia menjawab. Adakalanya nak laju sangat sampai tak faham apa dia nak katakan!

Raphael pula masih gaga gugu…

Sekejap je masa berlalu. Dari aku hanya bermimpi mahu ada keluarga semula dulu, sekarang telah aku mendapat. Dua anak lelaki pula tu. Memang itu yang aku perlukan. Allah saja yang tahu. Sebab itu Dia hantarkan pada aku dua Angel untuk lebih membahagiakan aku. Alhamdullilah. Sangat bersyukur.

Ini kes rindu lah ni. Baru beberapa jam je tak jumpa! Macam mana nak sampai 5 hari ni?! Hahaha…

Ye je semalam pesan kat diri sendiri, jangan terlalu ingat akan mereka berdua. Anak anak kecil boleh rasa. Nanti mereka tak tenang. Biar ingat sikit sikit. (Mana boleh lupa pun)

Harus fokus untuk hujung minggu ini. Belajar akan sesuatu yang penting supaya balik nanti boleh dikongsikan dengan yang perlu berkongsi. InsyaAllah…

Ini baru nak tinggal dua orang tu untuk lima hari. Macam mana nanti 23 hari? Ya tahun depan hujung Februari sehingga Mac, kami akan ke Perancis dan juga USA. Trip itu adalah untuk selesaikan rakaman album bahasa Perancis yang sedang aku usahakan, dan juga USA untuk Herbalife!

Insyaallah all will be fine. Ina ada, Ikhsan ada, kak Zura ada, Yus ada. Lagi pula masa tu ada ibu bapa mertua juga akan ada di KL. Adik beradik aku pun ada. Cuma kali itu yang akan lebih lama berbanding yang sebelum sebelum ini.

Mama mereka lah yang akan rindu lebih. Dia orang tu akan Happy je. Lagi pulak yang menjaga tu jenis yang fun! Silap silap lupa mak bapak  pun! Hahaha

Bila dah jadi ibu, biasalah . Tak boleh lari dari ingatkan anak anak. Tak kiralah berapa pun usia mereka. Selagi nama ibu yang punyai anak, selagi itu kita takkan lupakan anak anak. Tak kisah lah macam mana perangai atau sikap seseorang anak itu. Ibu akan ingat sampai ke nafas terakhirnya.

Buktinya, arwah mak aku dulu sering menyebut dan berdoa kepada anak anak nya, sehingga lah ke hari terakhirnya hidup di dunia ini. Itu satu perasaan yang sukar digambarkan. Rasa yang sangat halus yang Allah berikan buat semua ibu. Sebab itulah orang selalu berkata kasih ibu membawa ke syurga.

Advertisements

One Comment on “RINDU, BARU LIMA JAM…. BELUM LIMA HARI!

  1. Hihihi..
    Hati ibu gundah gulana.pernah ada pengalaman tinggal anak2 dgn adik & mak selama seminggu ke Perlis..
    Hasil laporan; anak2 baik2je bila ibu xde bersama. Mereka pandai sesuaikan keadaan.
    Ibuje yg “menangis” malam2. Lagi sayu dan syahdu bila dapat dengar suara anak2.
    Apa2pun.. tabahkan hati ya; Moga 4 hari berlalu cepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: