TARIK NAFAS… LEPAS…

 

Dah buka, renung je kejap. Fikir sejenak. Blur….

Tengok lagi. Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Tarik nafas, lepas… tarik lagi dan lepas.

Pandang keluar, matahari dah naik. Anak –anak pun dah keluar ke sekolah. Tengok jam. Lagi setengah jam pukul 9.

Alamak.. sempat ke tak nak ke gym. Kepala ni, nak je suruh ke gym. Maklumlah dah berbulan buat. Badan dah terbiasa. Mahu dibuat selalu. Itu biasa berlaku kepada yang telah sampai satu tahap yang boleh dikatakan ‘ketagih!’

Tapi hati berkata, jangan. Tetapkan juga dan fokus untuk apa yang mahu dibuat. Dah lama sangat jari ni tak menaip. Seringkali terlepas waktu. Mahu saja mohon andai satu hari ada 30 jam. Tapi jika diberi 30jam dan bukan 24, masih tidak cukup juga. Sebab itu, waktu itu ada hadnya untuk satu hari. Jangan tamak dan jangan terlalu ikut nafsu. Itu pesan aku pada diri aku..

 

UntitledHampir ‘terbabas’ dan mahu lakukan apa yang aku lakukan setiap pagi. Tapi pagi ni, aku terus katakan, kena mulakan. Buat waktu untuk kawasan ini. Ini daerah aku meluahkan dan melapangkan dada dan fikiran.

Tarik nafas.. dan lepas lagi…. Banyak nya yang perlu difikirkan. Banyak juga yang perlu ditulis dan perlu dibuatkan. Banyak juga rasa yang aku nak sampaikan di dala pelbagai perkara yang berlaku sebulan dua ni. Tak sempat nak tulis dan luahkan!

Sebelum ini cukuplah fikiran dan emosi terganggu dek insiden yang berlaku dengan salah satu restoran makanan segera yang sangat tidak peka. Aku masih berdiam dalam soal ini kerana aku dah dapat seorang peguam yang sangat bagus untuk mengendalikan kes aku ini. Biarkan undang-undang saja yang mengadili.

Reaksi beberapa pihak yang memberi pelbagai pendapat dan tak kurang juga tohamahan, terima kasih aku ucapkan. Sebab itulah last post aku bulan lalu, tersangat emosional dan penuh kekecewaan. Bukan untuk kalian yang sering menyokong aku, tapi buat mereka yang penuh kebencian.

Kepada yang sanggup mengambil masa untuk menulis dengan rasa penuh kebencian serta negatif. Mudah untuk meletakkan orang di bawah. Tapi aku tak mahu menjadi seperti mereka yang mana sudah meletakkan diri mereka di tahap paling rendah apabila mudah membuat kesimpulan dengan memburuk-burukkan aku. Tak apa. Mereka belum kena. Mereka tak tahu. Tapi lantaklah. Dah malas nak cerita pasal tu. Nanti kalau cerita lagi datang sakit hati dan rasa marah kembali.

Cukup emosi terganggu semasa insiden itu masih merah. Tak cukup tidur malam, berfikir, berserabut, resah, rasa takut, rasa bersalah dan pelbagai lagi emosi yang aku ada.

Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab hanya setakat menghantar mesej untuk memohon maaf. Tiada tindakan selanjutnya. Entah betul atau tidak gantung pekerjanya tu. Atau hanya sekadar nak sedapkan hati aku.

Kata teman dan peminat setia aku yang bekerja di call center, pengurus di call center ni selalunya nak jaga ‘buntut’ sendiri saja supaya dia tidak dikenakan tindakan juga dari pihak atasan. Kalau dah begitu, memanglah takkan ada apa-apa tindakan. Memanglah akan didiamkan saja.

Di malaysia ni, kita sedikit berbeza. Ya kita sudah merdeka selam 59 tahun. Tapi kita masih lagi sukar menerima sesetengah keadaan seperti kes yang berlaku pada aku. Daripada menasihati aku untuk mengambil tindakan undang-undang, mereka lebih mudah mengutuk aku pula.

Semuanya kerana mereka tak faham akan undang-undang yang wujud untuk menjaga data privasi yang mana-mana syarikat sedia maklum. Ianya dah lama digariskan. Ada aktanya. Jika ada semua bukti, memang boleh dibawa ke mahkamah.

Eh dah lah .. bosan pula bercerita kes ni. Ternampak terus muka pengurusnya tu. Pengurus wanita itu tak apa lagi, tapi jenama syarikat itu. Aku dah naik benci. Langsung benci. Main ambik pekerja sesuka hati tanpa benar-benar periksa peribadi yang bertugas. Semua ini aku sukar nak lupakan kerana terlalu menganggu.

Mungkin ada lagi yang mahu berkata ianya salah aku juga. Ya memang benar. Tapi perlukah pekerja itu menyebarkan nama dan nombor peribadi aku? Sila semak akta pelindungan data ya sebelum nak beri komen.

Aku masih ‘berbulu’ dengan dua orang individu yang menulis panjang lebar di komen post yang sebelum ini. Eeeeiiii… geram. Itu memang niat diaorang pun nak bagi aku marah dan naik hantu. Terima kasih. Jaga jaga ya. Semua dari kita akan mendapat balasan di atas apa yang kita lakukan. Baik atau buruk. Ingat tu.

Tarik nafas…. Lepas…. Tarik lagi… lepaskan…

Kalau ikut rasa hati seperti kalian juga yang kalau dah naik bosan nak fikir akan sesuatu perkara; dialog yang sering kita keluarkan adalah ‘lantaklah, pegi mampuslah’… atau macam-macam lagi.

Bagi aku yang juga manusia biasa seperti kalian, kalau naik angin sangat, aku akan kata ‘pungkok hang!’ Hahahhaaa… kalau dah Penang tu, tak lari mana. Dia balik ke situ juga. Belajarlah bahasa apa pun, tetap keluar itu juga! Hahahahha….

Okaylah, pagi-pagi ni tak mahu sebarkan tenaga negatif. Tak elok pula untuk yang membaca. Maaf ya. Teremosi kalau ingat nama makanan segera dan bila tersebut. Ye lah, peguam pula baru telefon 2 hari lalu minta semua bukti. Masih mengkaji kes ini sebaik mungkin sebelum dikemukakan kepada pihak berkenaan. Kita tunggu dan lihat.

Mungkin ini yang pertama berlaku di Malaysia. Maksud aku kes yang boleh dibawa ke mahkamah yang rata rata kita sangka ianya tak penting. Ingat lagi sekali, ada aktanya.

Jika sesiapa saja yang mengalami yang sama dengan aku, beritahu. Aku beri contact peguam aku juga. She is a good one! (ada emoticon muka evil tak di sini? Hahaha).

Jika ianya baru setahun atau beberapa bulan berlaku, masih boleh diambil tindakan mengikut kata peguam aku. Cuma perlu pastikan ada semua bukti yang hak privasi kalian disalahgunakan oleh sesetengah individu yang bertugas di call center di mana mana syarikat pun.

Harus beri pengajaran kepada syarikat-syarikat sebegini yang mengambil mudah dan pandang ringan akan kebaikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya ‘malas’ nak perbesarkan isu-isu sebegini.

Selagi ada tertulis dan ada akta yang digariskan, ianya bisa dibawa ke muka pengadilan. Jangan kita sendiri yang menanggung semuanya dan syarikat seperti ini, terus gembira menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Tarik nafas… lepaskan.. dah sudah… habiskan di situ saja. Itu sekadar apa yang mahu aku kongsi dengan kalian agar kalian juga tahu apa yang harus dilakukan andai perkara yang sama berlaku.

Satu lagi hari yang sangat panjang. Setiap hari sebegitu semenjak 6 bulan yang lalu. Aku kelam kabut ke sana ke mari. Mencari waktu dan harus buat masa untuk diri sendiri, anak anak, keluarga, kerjaya dan perniagaan Herbalife. Memang tersangatlah sibuk! Masa tersangat berharga bagi aku. Dari dulu lagi, cuma kini lebih lagi!

Hari ni nak ambil masa dan buat revamp blog ni. Lupa pula aku ada kelas Bahasa Perancis jam 10.30 pagi. Pukul 12 ambil anak dari sekolah. Pulang ke rumah, makan tengahari dan bersedia untuk Fit Activity Zumba yang kami adakan.

Dulu 2 kali seminggu di tempat kami. Atas permintaan semua yang mahukan sihat dan kurus, kami buat juga perkhidmatan ke syarikat atau mana mana badan yang perlukan kami ke sana. Jadi, dari hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, memang terlalu sibuk. Namun, aku sukakan sebegini. Tidaklah pula aku complaint. I’m okay!

Kalau ada show, memang lagi haru biru! Hahhahaa…. Pengsan! Alhamdulillah rezeki dan masa yang Allah pinjamkan. Yang paling penting, kesihatan dan tenaga yang diberikan. Itu tersangatlah berharga!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

2 Comments on “TARIK NAFAS… LEPAS…

  1. Nourul yang manis dan ketawanya seronok didengar di telingaku, komen orang tidak harus dipedulikan sangat, yang penting buat benda yang betul dan jaga keluarga serta nikmati hidup yang Allah beri….lagipun hidup mati kita bukan dia orang yang tentukan… betul tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: