CERITA PIZZA ITU…. KESAL!

Okay tak boleh tidur.. apa yang boleh dibuat? Semua isi rumah dah tidur. Marilah kita menulis. Supaya hati lebih tenang.

Perasaan bercampur baur. Rasa takut dan macam-macam lagi. Aduh.. Rasa juga nak salahkan diri sendiri. Risau serta bimbang akan keadaan seharian, esok, lusa dan selanjutnya.

Mungkin ada antara kalian yang dah tahu akan kes berkenaan operator call centre syarikat Pizza Hut.

Sigh… benda tak sengaja terkeluar dari mulut aku. Nasib baik selepas apa yang aku letakkan di Twitter dan Facebook Fanpage semalam, segera dijawab oleh pihak Pizza Hut. Pujian harus diberikan di atas tindakan yang diambil oleh pengurus call centre Pizza Hut.

Cuma, perkara ini berlaku semuanya kerana pekerja mereka. Kalau dia tak sebarkan nombor telefon aku, tidaklah nama Pizza Hut panas dan tidaklah aku berjaga sebegini. Sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu, aku bimbang akan keselamatan diri aku dan keluarga.

banner1ADV blogsPanggilan yang aku terima dari beberapa lelaki yang terutamanya berbangsa India, merisaukan lagi otak kepala aku ni. Badan dan otak dah letih sangat sebab banyak aktiviti dan banyak berfikir.

Berfikir soal kes ini yang lebihnya. Mana taknya… soal keselamatan. Siapa pun akan risau. Lebih-lebih lagi, aku ada anak.

Laporan polis telah aku buat petang tadi (12 Ogos) sebagai ‘covering’ bagi tujuan perlindungan. Tapi aku masih juga takut. Manusia sekarang, semuanya berani nak buat apa pun. Tak kira tua atau muda. Lebih-lebih lagi operator itu telah digantung kerja. Mesti marahnya bertambah-tambah.

Aku akui aku buatkan operator itu naik berang setelah satu perkataan yag aku keluarkan sebaik sahaja aku putuskan untuk tidak buat pesanan makanan dengan mereka. Itu pun bukan kerana suka-suka nak batalkan.

Semuanya kerana sikap operator itu yang kurang menyenangkan. Nada suara yang kurang sopannya itu, membuatkan aku bertanya andai dia okay untuk mengambil pesanan aku.

Dengan nada yang lebih tidak selesa bagi aku, membuatkan aku berkata aku tak mahu buat pesanan andai dia sedemikian. Itupun tidaklah meninggi suara atau kasar. Aku langsung hentikan talian itu. Tapi sebelum menekan butang telefon ku itu, aku tersebut 1 perkataan yang agak kurang baik.

Itu aku mengaku. Aku pun tak tahu macam mana perkataan itu boleh terkeluar. Tak gunakan setiap hari pun. Jarang sekali nak mengeluarkan kata-kata kesat pada orang yang aku temui atau aku bualkan.

Aku tahu perkataan itu yang buatkan operator itu berang. Dari percakapannya, cara bercakap dan pelatnya, dia seperti seorang lelaki berbangsa India.

Tak lama selepas pesanan yang aku batalkan dan perkataan @%^#& yang aku tak sengaja tersebut, telefon aku terus panas. Aku dihubungi oleh 4 lelaki yag berbeza dan kesemuanya adalah berbangsa India.

Ada sorang tu yang mahu dikenali sebagai Raj, siap kongsi pengalamannya. Katanya mereka semua menerima satu gambar dan nombor telefon aku melalui 1 kumpulan di aplikasi Whatsapp yang mana semuanya lelaki . Semua bangsa ada katanya.

Naik seram juga bila mereka berkata aku boleh dibawa ke hotel dan boleh dikacau. Siap dia bilang yag aku ini janda!

Yang lebih membuatkan aku risau, apabila aku dihubungi lelaki pertama 3 kali semalam dan hari ini. Itu yang buat aku rasa tak best dan takut. Aku ada menghantar sms kepada pemanggil pertama itu. Bukan ugutan, cuma aku berkata sila beri kerjasama dari siapa dia dapat phone number aku.

Aku nyatakan aku mahu buat laporan polis. Dia tak baca message tu semalam agaknya. Hari ni 2 kali dia telefon dan agak berang kerana aku ada sebutkan di dalam sms nya yang aku akan berikan phone number nya untuk bantu siasatan.

Langsung dia bertanya aku dari mana, tinggal di mana dan di mana sekarang… agaknyalah, kalau jadi pada kalian, takut tak?

Semuanya kerana aku tegur cara operator Pizza Hut itu menjawab panggilan. Itupun dengan cara yang baik. Cuma perkataan aku yang akhir saja. Itu pun tak sengaja . Dan perkataan itu sebenarnya bukan untuk dia pun. Kalau sekalipun marah, patutkah disebarkan data peribadi aku? Bukan aku sahaja, pelanggan yang lainnya juga. Ini sangat bahaya.

Situasi panggilan itu dibuat, ketika aku agak sibuk dan mahu pesan makanan secepat mungkin untuk pembantu rumah yang mana setiap tengahari aku akan masakkan untuknya atau aku beli. Pizza Hut kerap juga aku call lately ni. Jadi, ini kali ketiga kalau tak silap aku yang aku buat pesanan untuk bulan Ogos ini.

Pernah tak berlaku, kalau kalian rasa sedikit tertekan dengan jadual yang padat, dan semuanya nak segera buat tapi tak cukup masa dan tangan. Perkara ini biasanya perempuan yang punyai anak yang akan rasa.

Jadinya, bila aku nak letak telefon tu, aku sebut perkataan itu bagi situasi itu. Keadaan diri aku yag kelam kabut dan juga aku tak suka dengan keadaan penerima panggilan pesanan makanan yang aku nak buat. Jadi aku katakan pada diri aku dan situasi itu.

Mungkin budak muda (mengikut fakta dari Pizza Hut yang dia ni budak remaja lagi) ingat aku katakan padanya. Budak muda, maklum saja. Lagi pulak dia semacam tak ada mood nak berkerja semasa dia angkat panggilan aku itu. Terus dia fikir untuk dia agaknya.

Aku tak tahu keputusan apa yang akan aku dan suami ambil selepas ini. Perasaan masih bercampur. Macam-macam rasa dan fikiran jauh betul melayang. Sampai terkenang semula kes Arwah Dato Susilawati. Yang buat kerja tu semua kepada arwah, semuanya budak muda dan mereka India. Lagilah aku tak boleh tidur!

Bingkas bangun dan duduk di meja. Terus menulis! Haaa… lama sangat tak menulis. Ini agaknya ubat!

Sebenarnya blog ini bakal di revamp. Wajah baru sempena ulangtahun ke-4 pada bulan ini.

Sila kemari lagi tanggal 28 Ogos insyaAllah. Segalanya mungkin baru.

Moral of the story… any company yang nak ambil pekerja terutamanya yang muda remaja, kena benar check background mereka. Dan kita yang buat panggilan untuk memesan apa apa saja pun, jangan terlepas kata. Memang bawa padah.

Aku tak nak lagi buat panggilan untuk pesan makanan di mana-mana atau dari mana-mana syarikat. Bimbang data peribadi disebarkan dan diguna pakai oleh pihak yag tidak bertanggungjawab seperti kes ini.

Ladies, especially us.. kita kalau stress dan naik hantu, kadang-kadang terkeluar macam-macam perkataan. Jaga-jaga. Jangan terjadi kes semacam ini.

Tindakan menyaman Pizza Hut ada juga aku fikirkan. Sedang menimbang tara keadaan dan kes ini. Bukti panggilan semuanya aku ada. Telah direkodkan Sarjan Shahrul lewat petang tadi.

Doakan segalanya berakhir dengan baik dan tiada apa-apa yang bahaya berlaku kepada aku dan keluarga.

Setakat yang aku tuliskan ini, aku masih ada rasa ragu-ragu dan takut nak ke mana-mana.. How thing like this can make ones life miserable!

Selama aku menulis bermula jam 12.20 tengah malam sehingga kini jam 1.37 malam, dah ada 2 lelaki miang say hello! Ada yang siap copy dan paste gambar dan nombor telefon aku! Aduhai Pizza Hut! Tighten up your policies please with your operator. This is unacceptable!

Number aku untuk Herbalife pun aku tak bagi dengan cara yang senang. Aku yang akan hubungi mereka selepas mereka beri number mereka.

Tak tahu, ujian ini untuk apa, buat kali ini……

 

P/S : cerita Gleneagles Hospital pun belum sempat nak buat. Yang itu kes lain pula. Dah beri masa 60 hari pun, masih lagi belum ada apa-apa tindakan. Lain kali aku cerita. Yang itu, tak ada sesiapa di sana yang sebarkan nombor telefon aku!

Advertisements

3 Comments on “CERITA PIZZA ITU…. KESAL!

  1. Doa nabi yunus yg terperangkap dlm perut ikan paus tu baca nurul insyaAllah semoga dilindhngkan dr bahaya dn dipermudahkan insyaAllah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: