BLOCKED, BANNED & DELETED!

Belum terlambat untuk aku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekasaran bahasa atau tersalah guna bahasa serta ada perlakuan yang aku lakukan yang mungkin mengguris perasaan kalian. Maaf zahir Batin.

Bagaimana agaknya raya kalian? Raya aku biasa saja. Walaupun aku agak teruja kali ini dengan 2 anak teruna aku tu! Macam mana pun, setiap kali Raya, biasanya disambut secara sederhana sahaja.

Rumah terbuka memang kami tak buat. Lagipun setiap bulan kami bertemu dengan pelanggan dan sahabat handai . Jadi, rumah kami ni, sentiasa terbuka untuk mereka.Sekarang ini sudah pastinya kalian semua sibuk dengan jemputan rumah terbuka saudara mara dan sahabat handai. Bukan di Malaysia saja. Aku tahu di Singapura dan Indonesia juga boleh tahan gamat beraya!

Seronoknya! Nikmatinya sementara masih di dalam bulan Syawal! Lagi 2 minggu (lebih kurang) dah habis dah Syawal. Bulan baru pula menjengah.

Pantas betul masa berlalu. Dah bulan 7 pun. Dah 7 bulan di tahun 2016. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi 2017 pula menjelang. Harapnya sampailah nanti ke tahun 2017.

Tahun besar bagi aku. Umur akan menjangkau usia 40 dan dalam tahun yang sama juga, kami bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5.

Dah 5 tahun?! Pantasnya! 7 tahun bersama… Amboi.. Banyaknya number cantik untuk tahun depan! Hahaha…

Apa-apa pun, semoga kita semua dipanjangkan usia dan dirahmatiNya supaya dapat menikmati Ramadhan, Syawal serta tahun-tahun yang mendatang bersama mereka yang tersayang.

Hati masih sayu nak menulis. Masih sedih dengan beberapa kejadian pembunuhan di sana sini. Yang terbaru, Jumaat lepas di Nice, Perancis.

Sedikit tersentuh dengan kejadian itu. Satunya, kerana ianya salah satu negara kesukaan aku, keduanya negara lahirnya keluarga mertua dan juga suami aku. Ketiga, yang melakukannya, adalah juga salah seorang saudara di dalam Islam. Sorang lagi… sampai bilakah Islam akan terus dipandang serong?

Semuanya di atas perlakuan manusia. Kita lupa akan ajaran yang sebenar-benarnya. Semuanya mengikut emosi. Manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Dalam soal ini, aku tak peduli apakah kepercayaan mereka yang terkorban itu. Apa sekalipun dan siapakah mereka; mereka juga adalah manusia. Mereka tidak bersalah pun dengan pelaku itu. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Kejadian pula adalah pada hari penuh simbolik bagi rakyat Negara Perancis.

Malam itu, aku ada persembahan di Shangri La Hotel Kuala Lumpur. Aku tujukan lagu ‘La Vie En Rose’ kepada mereka yang berbangsa Perancis yang ada di dalam majlis malam itu.

Sebak juga bila mengenangkan kejadian sambil menyanyikan lagu yang sangat popular itu. Hampir juga menitiskan air mata di akhir lagu tersebut. Nasib baik ada adik comel naik ke pentas untuk memberi bunga! Selamat! Tidaklah aku beremosi walaupun ada sedikit getar suara ku di akhir lagu tersebut dek rasa sebak yang melanda!

Apa yang kita lakukan, apa yang kita cakap dan bualkan, memang benar melambangkan siapa kita. Ini aku relate dengan si pelaku di Nice itu. Apa yang dilakukannya, memberi satu lagi kesan yang sangat besar (telah sedia besar dan teruk) terhadap nama Islam dan orang-orang yang beragama Islam.

Bertambahlah kebencian mereka yang bukan Islam atau dari mereka yang tidak suka akan muslim dan Islam. Atau juga mereka yang tidak kenal apakah sebenarnya agama Islam.

Ini samalah juga dengan mereka-mereka yang suka memberi komen-komen yang entah apa-apa terhadap sesuatu perkara. termasuklah gambar atau status di media sosial.

Imej seseorang itu tidak menentukan seseorang itu baik atau buruk. Apa yang ada dalam hati atau otak kepala seseorang, tidaklah kita tahu. Jadi, apa yang susah payah sangat nak komen juga dengan menggunakan bahasa yang sangat sinis dan penuh kebencian?

Yang sangat tak best bila yang komen yang teruk-teruk itu, yang memakai tudung. Pandang hina betul pada kita yang tidak bertudung dan terdedah ini.

Iman itu bukan terletak pada baju. Bukan terletak pada mana-mana pun di atas muka atau di atas badan kita. Iman adalah dari amalan dan bagaimana kepercayaan kita terhadap agama. Apa yang kita pegang dari pelajaran yang diberi di dalam agama.

Aku dihadapkan dengan komen-komen yang agak ‘membunuh’ sehari dua ini dek kerana baju biru yang tidak berlengan sebelah yang aku kenakan di majlis Hotel Shangri La tempohari.

Perlukah aku beri alasan yang aku dah tak ada baju nak pakai di persembahan? Tak sempat nak buat. Belakang layar pentas berwarna merah. Aku ada dress berwarna merah penuh sopan dan bertutup litup seperti yang dimahukan oleh ‘ustazah-ustazah cyber!’

Tapi kalau semua merah, nampak aku macam pakai tirai belakang tu pula nanti! Hahahaa. Disebabkan dengan kejadian di Perancis itu, aku putuskan untuk pakai saja baju biru itu sebagai tanda memberi hormat kepada Negara Perancis dan juga mereka yang berbangsa Perancis yang hadir pada malam itu.

Memang berat nak sarungkan baju biru tu. Aku kurang gemar sebenarnya. Kurang selesa. Tapi itu semua cerita belakang tirai. Siapa tahu. Yang mereka tahu hanyalah nak komen dan nak memburuk-burukkan. Mereka peduli apa. Mereka saja yang ada perasaan. Aku tidak!

Terus aku hubungi Syamil sebenarnya pada Jumaat itu apa bila aku sedar yang aku tak punyai baju baru atau yang lebih elok dikenakan di majlispersembahan. Langsung aku tempah 2 pasang! Haaaa… ambik! Puas hati aku! Baju biru itu bakal aku letakkan di dalam muzium pakaian aku! Hahahha.. Atau aku jual saja.

Ya memang benar baju tu agak terdedah di sebelah kanan bahu aku. Tapi tidaklah sampai ternampak bahagian yang sensitif . Ramai yang bertudung, memang jika baju yang aku pakai seperti itu, nampak tersangatlah seksi nya!

Ishhh…. masa aku berseluar pendek, skirt pendek, baju nampak lurah dada, baju ketat macam sarung nangka, tidak pula mereka itu komen sebegini ya! Yang sekarang ini pula nak komen sebegitu.

Tak apa. Yang mengingatkan yang baik-baik itu, aku terima. Yang terlalu cetek dan negatif itu, maaf ya aku terpaksa buang kalian – blocked, banned and deleted! I don’t need negative people in my surrounding, and also in all accounts of my social media!

‘Seronok’ sangat baca komen Cik Siti Hajar di Fanpage aku semalam. Maaf lah aku dah delete. Tak larat nak bagi publisiti pada orang yang sebegini lagi. Sangat lah         ‘manis’ ayatnya. Sampai kaut warna kulit. Alhamdulillah dan terima kasih.

Aku dah malas nak maafkan. Ya… sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya. Harus diingatkan ya… Nabi Muhammad itu maksum. Aku manusia biasa. Jawablah mereka itu pada Allah di Akhirat kelak.

Ada pula tu siap kata status aku yang aku letakkan di atas gambar itu, dah macam terpesong… amboi dashyat betul matanya melihat aku. Sampai terbenam dalam hati agaknya. Siap nampak aku terpesong.

Dah aku tegur di komennya, langsung hantar mesej mohon maaf. Kenalah lagi sebakul dnegan aku. Terus aku katakan aku tak dapat memaafkan. Itu terlalu teruk bagi aku.

Kalau aku tak bagi pengajaran, siapa lagi nak mengajar dia? Mungkin ibu bapa atau suaminya tak tahu nak ajar si wanita yang komen itu supaya jangan cepat membuat kesimpulan.

Sakit pulak hati kita. Memang takkan habis kalau nak cerita pasal kakak-kakak dan abang-abang serta adik-adik yang baru nak kenal media sosial ni. Mereka menggunakan platform ini untuk meluahkan rasa benci dan kekecewaan dalam hidup mereka.

Adoi.. orang lain yag dah lama ada akaun FB dan media sosial yang lain, dah naik tak kuasa. Sebolehnya taknak kongsi dah pun soal sakit hati atau benci orang itu ini. Eeeiiii… bawak-bawaklah kenal dan gunakan media sosial ke arah yang lebih baik. Daripada mengaku alim dan baik ya amat, tapi gunakan media sosial untuk sekodeng orang, untuk komen dan mengumpat di dalam group-group whatsapp saudara mara atau kawan kawan mereka itu. Ya aku tahu!

Biarlah imej yang dipakai itu, melambangkan apa yang kita belajar. Tak kiralah belajar dari agama atau mengenai kehidupan di bumi ini. Aku katakan ini untuk mereka yang benar mencemar imej bertudung yang lainnya.

Ramai kawan aku yang bertudung. Namun tidaklah kuno atau berfikiran sedemikian. Mereka ikut apa yang diajar dan mereka behave differently. Sukar nak mengata-ngata kat orang lain especially yang tidak bertudung.

Ingat, semakin banyak kita menekan seseorang itu, semakin jauh dia dari kita. Samalah juga soal dengan aku dalam nak menutup aurat atau tidak. Lagi mereka itu tunjukkan sikap mereka sedemikian, lagilah aku rasa sukar untuk aku menutup aurat aku ini . aku tak mahu tergolong atau dilabelkan seperti mereka-mereka yang bertudung tetapi negatif itu.

Dah jadi macam ni, siapa yang berdosa? Aku tetaplah berdosa sebab tak ikut apa yang disuruh agama. Tapi yang lebihnya pada siapa? Pada mereka yang komen seakan mereka itu ahli syurga!

Bak kata Ina Mohd, ‘semacam lindungan Kaabah sangat!’ hahahaaa…

Sakit hati 1 hari.. tapi tidaklah sangat sampai terjejas kerja lainnya. Aku tetap happy. Yang rasa sedihnya apabila aku fikirkan saudara seagama yanga aku sangkakan baik dari aku kerana mereka itu bertudung serta aku fikir mereka itu jauh lebih mulia dari aku.

Namun, sangkaan aku meleset. Sebaliknya pula. Sedih ada manusia sebangsa yang masih suka mengadili dan menghukum. Bukan itu saja, malah mengherdik ciptaan Tuhan (seperti menghina warna kulit aku).

Entahlah apa nak jadi kepada mereka yang sama seperti Cik Siti Hajar dan juga yang lain yang dah aku blocked, banned and deleted. Kalau tak suka, toksah tengok. Tak sakit mata, hati dan kepala.

Semoga manusia seperti mereka ini diberi hidayah dan berubah menjadi lebih baik. Amin!

 

P/S : MACAM MANA PUN, KENA LUAHKAN JUGA. WALAUPUN DAH NAIK MALAS NAK CERITA SOAL INI. BARU RASA LEGA!

 

 

Advertisements

4 Comments on “BLOCKED, BANNED & DELETED!

  1. nama SITI HAJAR tu elok dah…perangai tak seghupa nama.

  2. Hi Nourul… wht you shared and did itu mmg hak u. Org kate sabar tu ada hadnya tak! Utk puaskan hati org mmg susah. Lagi2 status you as entertainer. Dari terbuku dlm hati lagi buat hidup kiter makin stress. I believe to be free of mind from this kind of “rubbish”, sometime we have to select siaper yg kiter mingle, lagi2 org2 yg nk musnahkan career you dan yg tak ader keje to monitor aper you buat… For me, you are great person as a person and keep it up girl.. Cheers..

  3. Salam Nourul ..
    Semoga awak melalui hari yg bahagia…
    Abaikan jer org yg mengata mengumpat awak, eloklah dah blocked mereka…. Eiiiii dorg perasan dorg tu maksum kot!

  4. Islam itu tidak mengajar kita menghina mereka yang kurang..Islam itu indah pada kata-kata..Islam itu juga penuh berhikmah dalam menegur dan menasihati..Allah itu Maha Berkuasa..bisa membolak balik kan hati-hati kita…kita tidak akan tahu pengakhiran hidup kita macam mana nanti..tidak perlu menyakiti hati insan lain hanya sebab kita merasakan kita lebih ‘syurga’ pada yang lain…kuatkan hati Kak Nurul…moga terus tabah dan berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: