RASA FOBIA APAKAH INI…

Aaarrrgghh.. Fobia! Kalau dekat nak raya je, mesti datang panik dan datang rasa fobia! Tolong!!! Fobia tu bukannya apa.. Rimas sebab kena cuti… Boleh tak? Tak senonohkan Nourul Wahab Depp ni..?!

Dulu masa sorang-sorang lagi teruk. Ni dah okay sikit. Fobia yang lainnya pula, bila tahu tak balik ke kampung; dan kalau balik kampung pula… Tahu Mak Abah dah tak ada… Adoiii.. Tang tu yang paling parah! Kena jumpa doktor ni!

Kalau balik, habis terkenang semua kisah dulu-dulu masa kecil dan sebagainya. Bukannya tak mahu ingat – memang sentiasa ada dalam kepala… Yang buat tak best tu kalau kenangkan semula, datangnya rasa sedih! Nangis je nanti memanjang!

Bila dah menangis tu, mulalah spoil semuanya! I don’t like it, kata omputih! Hahaha.. Aku tak suka sedih atau menangis!

Bukan bermaksud aku nak happy je 24 jam. Tidak juga. Cuma aku tak suka perasaan sedih tu. Bukan juga nak lari atau melupakan mana asal usul ku, tapi aku ni memang tak suka kalau melihatkan tempat dan langsung terkenangkan keadaan yang dulu yang serba syahdu dan mendatangkan kesedihan. Bisa menjatuhkan air mata. Oh! So cannot!

Aku rimas kalau aku sedih! Aku fobia! Helpppp!! Ni dah apa pula penyakit macam ni… Haiisshh.. tak senonoh betul! Apa lah aku ni.. Memang aku ni sangat pelik. Bila datang peliknya tu, memang susah orang nak faham.

Aku yang sentiasa bergerak dan berkerja 24 jam ni, memang resah kalau ada cuti umum. Ianya akan memperlahankan apa yang sedang aku kerjakan. Kata orang baru nak warm up, dah kena break sekejap. Rasa tak best betul. And then you have to start all over again.

Macam kita mula berlari. Lepas tu berhenti. Bila dah berhenti tu, nak start balik macam nak pengsan! Tapi bila dah terus berlari, tidak terasa penatnya dan akan terus menerus berlari.

Aku pasti hujung minggu ini akan ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Tak kurang juga dengan mereka yang bakal ke Bazaar Hari Raya untuk membeli belah di saat saat akhir. Penuhlah Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya!

Tinggal tak jauh dengan kawasan yang popular di Malaysia itu, tapi tahu tak, aku tak pernah pergi shopping raya di sana!

Macam yang aku katakan sebelum ini.. Tak banyak yang aku sediakan untuk raya. Hanya beberapa jenis kuih raya dan baju anak-anak pun dah ada. Tak payah beli yang baru. Simpan duit! Hehehe.. Hanya beli yang perlu sahaja.

KL akan sunyi minggu depan.. Apa aku nak buat ya? Oh ya.. Buat kerja di rumah dengan 2 orang hero kecil ni. Buat masa ini, hanya 1 jemputan pada hari raya pertama. Selalunya begitulah! Susun rumah terbuka mengikut masa yang sesuai. Tak mahu susun 2-3 atau pun 4 rumah satu hari. Habis nanti badan ‘menggebu!’ Kena faham tu…. Menggebu! Hahahaha…

Jaga pemakanan di musim perayaan ini. Ianya amat penting kerana sebulan kita berpuasa dan perut berehat selama itu. Jadi jangan dimasukkan makanan yang terlebih berat terutamanya yang lebih lemak dan kolesterol. Bahaya!

Makan, boleh. Tapi makanlah dalam jumlah yang sederhana. Bukannya apa kan.. Nak rasa saja.

Elakkan kejadian yang tidak diingini. Bukan saja di jalan raya, tetapi di Hari Raya juga!

P/S : Ke lain pula ceritanya! Hahaha.. sambung hari lain pula. Banyak lagi cerita. Ada 2 cerita.. satunya tentang beberapa soalan peminat , dan yang keduanya tentang hospital! Ishh.. tak ada pula emoticon muka evil di sini! Hahahaha..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: