BILA MENJELANGNYA SYAWAL…. AKU PAKAR CAHAYA!

TERJEBAK!

Banyak benda nak menulis ni! Eric ni nak tengok bola sepak lah, buka tv .. HBO pula tu. Ada cerita pasal Amy Winehouse lah apa lah… Kacau daun betul!

Orang baru nak menulis!

How come somebody so talented, and yet smart tapi boleh buat begitu pada diri sendiri. Dah terbawa bawa pula dari cerita Amy Winehouse ni… Setiap dari kita ada saja ceritanya. Tak kiralah bangsa apa pun…

Buat seseorang yang sedemikian, pegangan diri dan pegangan agama itu, amatlah penting. Jika tak ada pegangan, inilah jadinya.Entahlah.. Macam nyawa yang diberi itu tak penting. Astarafirrullah… Biarlah.. Jangan ianya berlaku pada kita mahupun saudara mara atau sahabat yang kita kenali. Minta dijauhkan.

Tinggalkan cerita itu… ini menulis sambil-sambil jeling pada tv! Jangan tersalah tulis sudah! Hahaha.. Banyaknya kerja.. Hahahha.. Multitasking lah konon!

Okay… Bagaimana agaknya persiapan semua untuk raya yang bakal tiba minggu depan? Meriahnya tengok masing-masing dengan keluarga keluar membeli belah untuk Syawal yang bakal menjelang.

Terkenang masa kecil dulu.. Arwah Mak Abah… Kalau nak beli baju raya, kami kena ikut giliran. Adik beradik aku ramai. Masa tu di kampung yang kami tinggal; kami harus ke bandar Butterworth, atau ke Bukit mertajam atau juga terus ke Pulau Pinang untuk membeli persiapan Hari Raya.

Siapa yang bertuah tu, dapatlah pergi ke Pulau Pinang terus. Tapi Arwah Mak dan Abah, akan cuba berlaku adil sebaik mungkin buat semua. Kalau ada duit lebih sikit, semua akan ke Pulau Pinang. Cuma kena ikut giliran.

Kereta Arwah Abah – Ford Cortina masa tu, hanya boleh muat 4 di belakang untuk satu masa. Itupun kadang-kadang berasak – asak kami! Abah akan bising kalau kereta berat. Rosak long shaft katanya! Hahahaha….

Kalau budget abah agak kurang, hanya ke Bukit Mertajam saja. Masa tu bukan macam sekarang. Semuanya kena ke bandar. Sekarang di kampung pun dah banyak pasaraya dan juga kompleks membeli belah.

Kenangan itu sangat indah.. Semasa Arwah Mak dan Abah masih ada… Seperti tiada masalah. Segalanya bahagia. Kerana tahu kami semua selamat berlindung di bawah Mak dan Abah.

Kami bukanlah kaya. Tapi alhamdulillah.. Arwah Abah dan Mak kuat bekerja untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anak mereka seramai 15 orang. Belum lagi campur isteri pertama Abah yang punyai 5 orang anak. Jumlah semuanya 20!

Aku tak tahu bagaimana Arwah berdua itu dapat membesarkan kami … Hanya Allah yang tahu. Rezeki yang diberi itu, berkatnya itu yang membuatkan kami tak pernah jatuh susah.

Bukanlah senang sangat. Tapi kami masih boleh hidup. Ada juga masa yang hanya makan ikan bilis goreng bersama telur dan juga lobak masin. Kalau kena makan macam tu, maknanya masa tu, mak dan abah agak ‘semput.’

Namun, mak dan abah tak pernah mengeluh. Kami hidup bahagia anak beranak. Satu keluarga yang sangat bising… riuh rendah…. Kerana kami semua suka muzik, suka menyanyi, dan suka bertengkar juga! Hahahaa.. Bila dah ramai, biasalah kan…

Kenangan masa raya… ada terlalu banyak… Ianya takkan berulang lagi kerana Mak dan Abah dah tak ada. Kuarters klinik kami pun dah diruntuhkan di Kampung Selamat Tasek Gelugor itu.

Kampung itu pun, dah banyak berubah. Sedih… Semua kenangan aku, di rumah berbilik 2 itu. Rumah yang menyaksikan segalanya.. Aku lahir dan membesar di situ…

Setiap kali Syawal menjelang, akulah yang bertanggungjawab meletakkan pelita dan lilin di sekeliling kawasan rumah klinik yang agak luas lamannya. Tanah kerajaan lah pula kan! Seronok betul!

Abang pula, pakar mercun dan meriam buluh. Memang jiran tetangga tak aman! Yang seberang klinik kami tu, seorang yang agak tua. Dah arwah pun Tok Dah. Selalu dia jerit pada kami! Aku ni boleh tahan juga… jadi orang kanan abang. Bila kena jerit, lintang pukang kami lari naik ke rumah!

Kami memang takut sikit dengan Arwah Tok Dah dan keluarganya.. Anaknya Pak Mat, boleh tahan seriousnya! Padahal, dia baik sangat. Keluarga yang banyak membantu kami adik beradik. Arwah Mak pun rapat juga dengan mereka.

Kami selalu balas dendam pada Tok Dah dengan terperanjatkan dia dengan bunyi meriam buluh abang! Abang aku sangat nakal! Anak manja mak, susah sangat nak kena marah dengan mak! Tapi abang susah terlepas dari Abah.

Jangan main-main kalau Abah naik angin. Muka manis nya entah ke mana hilang kalau dia naik angin!

Kalau masa aku kecil dulu, waktu seperti minggu ini, adalah waktu yang paling sibuk. Aku akan keluar rumah pasang pelita atau lilin seperti yang aku ceritakan tadi. Adik-adik yang lain, adalah pembantu. Kami kan ke ramai. Aku ada 7 lagi adik di bawah aku. Termasuk yang masih bayi masa tu!

20160518_174001
Gambar atas: Aku dan abang, Mohd Rizal.  Gambar bawah : aku dan Kak fizah

 

Tentunya adik-adik aku yang masih kecil ketika itu, tak ingat. Aku tak tahu andai mereka juga melalui masa kecil ketika beraya seperti aku. Ketika mereka membesar, aku dah pindah ke Kuala Lumpur. Jadi, banyak yang mereka tak tahu.

Aku tahu adik-adik aku yang jauh muda dari aku akan baca cerita ini. Mereka boleh bayangkan bagaimana aku meraikan raya sebelum ‘zaman’ mereka tiba.

Aku ni kasar. Bila nak pasang pelita tu, habis semua pokok aku panjat. Duri semalu jangan cerita lah. Aku pijak dan ada juga duri yang singgah di lengan atau bahu aku. Bila dah fokus, dah tak fikir bahaya atau bimbang terkena sengat serangga atau yang lainnya.

Gigitan nyamuk – itu dah macam tak ada rasa! Haaa.. nampak tak macam mana budak kampung ni membesar! Hahhaa…

Seronok sangat. Meriahnya kami. Selepas lilin dipasang, Mak akan ikut serta berada di beranda rumah atau di tangga depan untuk tengok kami main mercun. Abang taukeh mercun kami! Dia yang akan beli macam-macam jenis. Dia ada kuasa sikit nak minta duit dari mak! Kami hanya ikut saja!

Agaknya masa tu, bila mak tengok kami gembira main mercun, mungkin dia rasa lega dan puas. Kami yang masih mentah masa tu, apa yang kami tahu. Hanya mahu duit dan nak happy!

Mak dan abah yang susah payah cari duit. Aku pasti semua ibu bapa berbuat sedemikian demi anak-anak mereka.

Rindu masa itu. Kami aman sekeluarga walaupun pertengkaran adik beradik itu kerap berlaku. Namun jarang sekali berlakunya pergaduhan yang teruk. Berbalah dalam keluarga itu biasa. Macam mana pun baik balik.

Itu masa arwah berdua masih ada lah. Sekarang ni, semuanya bawa haluan masing-masing. Semuanya punyai keluarga sendiri. Ada cara tersendiri dan ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Bila semakin membesar, semakin matang, semakin banyaklah beban yang harus ditanggung. Semakin serious pula jadinya. Maklumlah, masing-masing punyai cara hidup yang tersendiri.

Itulah kehidupan. Sewaktu kita kecil, semasa bersama ibu bapa dan keluarga, masa itulah yang terbaik. Sementara ada itulah, kita kenal erti bahagia. Erti budi dan jasa. Jika tahu berfikir dan kenal apa ertinya.

Kini, semua itu hanya kenangan bagi aku. Tersemat indah di memori di dalam benak fikiran aku. Tak mungkin berulang lagi di tempat yang sama. Kami pun semakin berusia. Hanya anak-anak yang mungkin akan melalui keadaan sedemikian.

Mungkin tidak di dalam suasana kampung yang meriah dengan bunyi mercun dan cahaya pelita seperti yang aku lalui dulu. Kemodenan hidup merubah segalanya.

Berpindah ke Kuala Lumpur, menjadi artis, lebih menjauhkan aku dari kampung halaman yang dulunya aku indahkan dengan cahaya pelita dan lilin. Masa tu tak terfikir pun sebab aku banyak fokus kepada kerjaya. Janji aku pada Arwah Mak dan Abah, aku mahu cari duit untuk mereka dan keluarga.

Aku lupa masa tu, akan memori indah yang pernah aku lalui – tak kiralah semasa tibanya raya atau tidak.

Sayangnya, aku tak pulang awal dan jarang selepas itu untuk beraya bersama. Hanya Arwah Mak yang datang ke KL. Aku beraya dengan Mak dan Abah saja. Hanya adik-adik yang kecil dibawa bersama. Tiada lagi pelita seperti dulu..

Kena pula aku berkahwin awal. Lebih susah nak pulang ke Kampung Selamat. Kesian Mak. Aku tahu dia faham. Sememangnya itu Mak. Mudah faham.

Selepas Arwah Abah pergi, aku pulang beraya juga dengan Mak. Tapi dah tak boleh nak berlari di halaman rumah atau nak main kejar-kejar seperti dulu lagi. Kalau buat macam tu, habis anak buah semua kata ni dah buang tabiat agaknya! Hahahaa.. Anak sendiri pun dah besar. Dah tak boleh nak buat macam dulu lagi.

Ni dah kenapa bila dah tua, fikir nak buat macam budak-budak lagi ni?! Hahahhaa.. Aku terkenang dah banyak hari.. Teringat rumah lama. Teringat aku semasa kecil dengan abang, dengan kakak-kakak dan adik-adik. Dengan arwah mak, lebih lagilah ingatannya.

Bulan puasa kali ini, banyak kali mimpi Mak. Kali ini mak datang dalam mimpi, dia lebih serious. Mak marah. Aku tak tahu kenapa. Mungkin ada yang mahu dberitahunya.

Mungkin mahu dibuat lebih banyak kebaikan. Mahu aku lebih bersedekah, lebih doakannya, lebih kepada agama, dan lebih menjaga adik beradik – agaknya….

Kali pertama awal Ramadan hari tu. Mak marah pasal makanan. Aku tak tahu apa maksudnya! Mak, uda dah makan makanan yang lebih sihat sekarang Mak! Mungkin agaknya dia mahu aku bantu adik beradik yang lain untuk menjaga kesihatan juga. Kerana yang lain itu boleh tahan tak sihatnya.

Nak buat macam mana mak. Kita boleh cakap saja, tapi kalau mereka tak mahu, Uda tak boleh buat apa.

Sebab itulah apabila tibanya Syawal, aku antara yang tak banyak membuat persiapan. Dari dulu sehingga kini. Satunya, dah rasa tak best bila Mak dan Abah dah tak ada. Semangat aku hilang. Anak pertama aku pun, tak dnegan aku.

Keduanya, Mak dan Abah tak pernah ajar untuk berbelanja lebih ketika tibanya raya. Itu masa aku kecil dulu.

Ada beberapa tahun tu bila aku dah sedikit remaja, baju raya pun hanya 1 pasang je. Tak seperti sebelumnya. 2 atau 3 pasang. Adakala tu, tak ada baju baru pun jika baju raya tahun sebelumnya masih elok. Semuanya sederhana.

Itu yang aku lakukan. Bersederhana seperti mak dan abah. Ada baiknya lahir di dalam keluarga besar. Kita belajar akan kesederhanaan dan tahu apa ertinya pembaziran.

Tahun ini.. Buat kesekian kalinya beraya tanpa Mak dan abah. Abah dah 19 tahun pergi. Mak pula dah 13 tahun. 19 kali tanpa abah. Dan 13 kali tanpa mak.

Rindu ini tak pernah padam. Rindu dari kasih sejati. Tidak seperti cinta kita kepada kekasih, cinta kita kepada sahabat atau cinta kepada suami.

Rasa yang sejati ini sukar dicari ganti andai ianya dah hilang. Rasa rindu ini tidak akan pernah luput, kerana ianya dari cinta yang sebenarnya.

Siapa kata cinta sejati hanya antara lelaki dan wanita? Salah. Kasih ibu, cinta bapa kepada anak anak dan keluarganya – itu yang paling tulen dan itulah yang sebenarnya sejati. Tak akan pernah lenyap – selamanya.

Tenanglah di sana Mak, Abah. Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapa ku.

 

P/S : abang yang dulu… dah lain. Aku yang dulu pun, dah lain kini… namun, rindu itu tetap ada. Tetap mahu bersama dengan semuanya…. Namun, apakan daya…

 

 

 

 

 

Advertisements

5 Comments on “BILA MENJELANGNYA SYAWAL…. AKU PAKAR CAHAYA!

  1. #wow
    Betul2 mengimbau kenangan. Lama xbaca blog akak yg emosi mcmni.

  2. sebaknya baca…teringat kisah sdiri juga.

    dulu dpt shopping di BM dah kira mcm p sunway pyramid, dpt shopping d penang ibarat mcm p pavi…kalau kakak beli baju kat ampang park…walllaaa…tatau nak habaq la…basuh ja pakai balik.

    Selamat Hari Raya to u & family. Maaf Zahir Batin

  3. tiba2 sendri pun teringat kenangan zaman lama2…rindunye…meleleh air mata nie…

  4. yelah kak..kenangan lama mmg sush nak buang…x kan boleh berulang lagi mcm dulu2..meleleh airmata jap baca kali nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: