DI SEBALIK NYANYIAN ITU….

Haaaaa…. Puas semua semalam menonton video di fanpage dan juga instagram milik aku! Hahahaha.. Itu namanya kalau dah bosan atau nak membahagiakan diri sendiri yang kepenatan dan andai ada sesuatu yang mungkin mengganggu ketenteraman otak dan fikiran aku ni!

Sabtu lalu, aku dan Ina Mohd ke salah satu negara yang aku gemari, Singapura! Kalau ke sana memang hati girang! Hahaha.. Suka betul aku. Bukan saja dapat berjumpa dengan mereka yang rapat dengan aku, malah berjumpa dengan sebahagian pelanggan dan team member yang berada di Kota serba mewah itu.Hanya satu malam di sana. Cukup membahagiakan. Walaupun tidur tak cukup dan agak keletihan, tapi, aku puas! Disambut baik oleh semua yang tidak pernah lokek senyuman dan sangat budi bicara yang sangat manis. Terima kasih Yestowellness Singapura dan juga Yestowellness Ambassador!

Selepas selesai semuanya, tengahari semalam, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan semalam tu, ada pula terperasan akan satu video di Facebook.

Masa tu pula agak sesak di checkpoint Tuas dan Nusa Jaya Johor. Kereta bergerak sangat perlahan dan berhenti-henti. Ambil masa lah aku pun menonton beberapa video untuk hilangkan kebosanan. Kena pula cuaca masa tu yang agak mendung…

Mendung dah satu hal… Tonton pula satu video yang agak sedih dan mengundang pilu. Bukan sebak saja, kalau dilayan habis video tu, mahu menangis aku! Nyaris juga air mata mengalir.

Nak biarkan mengalir, takut nanti kena gelak dengan Ina Mohd yang berada di sebelah aku tu! Jadi simpan saja. Tapi aku pasti, dia pun akan menangis juga. Dia pun boleh tahan beremosi! Hahaha..

Ada satu part tu yang aku rasa mengundang rasa sakit di hati. Jadi aku hentikan saja… Ceh… Itu bagi alasan tu supaya tak menangis! Hahhahaa..

Satu program Bahasa Melayu yang diterbitkan stesen TV Singapura rasa aku. Bagus konsepnya. Amat sesuai di bulan Ramadan dan juga dah nak dekat Raya ni. Bermaaf-maafan itu amatlah digalakkan.

Tapi episod yang aku tidak segaja tonton itu, adalah antara anak lelaki dan ibu. 4 tahun dia tak balik bertemu ibunya yang telah tua dan agak uzur. Semuanya kerana sedikit perbalahan antara mereka. Tak tahulah apa bendanya. Tak perasan pula.

Tapi bila si mamat ni sampai di depan pintu rumah ibunya itu, dia agak takut nak masuk. Bila dah masuk, dimohon ampun dari ibuya yang hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Allah….. apalah dosa ibu yang melahirkan… Dibiar ibu selama 4 tahun. Aku terdengar pula kata ibunya yang orang lain buat pada dia sesuatu tu, tak apa orang luar. Ini anak sendiri yang berlaku sedemikian kepada ibu sendiri. Ibu yang melahirkan dia ke dunia.

Sedih … sangat sedih mulanya… Lepas tu datang rasa marah pula aku ni! Terlebih emosi pula. Nak kata PMS tu, tidaklah.

Rasa marah tu sebab, ibu tu masih bernyawa, masih hidup. Dibiarkan begitu. Marah punya pasal, sanggup tak balik jaga ibunya langsung. Rasa marah aku meruap kerana aku dah tiada ibu.

Aku juga ibu. Aku tahu bagaimana perasaan ibunya itu. Rasa nak tampar je lelaki tu!

Untung Allah masih beri peluang untuk mohon maaf. Allah beri gerak hati untuk menyahut pelawaan krew produksi itu untuk meluahkan rasa dan mencari atau pulang kepada keluarga atau saudara mara yang dah lama tak jumpa dek perbalahan atau lost contact.

Aku terus hentikan video tu. Tak mahu nanti mood aku terjejas pula sepanjang hari disebabkan rasa marah dan sedih dengan keadaan itu.

Kena pula masa tu, lalulintas dah bergerak sedikit dan kami pun dah tiba ke pos imigresen untuk chop pasport.

Dijawab salam dengan baik oleh bapak pegawai di pos itu, membuatkan hati agak senang. Lupa sekejap rasa marah selepas aku hentikan video program itu.

Lepas tu apa lagi… haaa…ambik! Hahaha.. Banyak tak video? Tak pernah-pernah dibuat! Dah lama sangat tak rakam lagu di instagram. Jadi, semalam adalah masa yang terbaik! Hilang rasa sedih dan marah yang awalnya tadi dek video itu!

Kalau dah letih, kalau dah penat dan jika tak mahu terganggu emosi oleh sesuatu, aku ni memang suka buat lawak! Salah satu cara untuk membahagiakan diri sendiri. Memang dari dulu macam tu. Cuma tak pernah aku tunjukkan.

Buat apa nak terus terbawa-bawa mood yang dijejaskan itu. Orang lain yang tidak tahu akan keadaan kita pula nanti akan terkena dengan kita. Maksudnya ada sesetengah orang tak boleh kawal dan melepaskan rasa pada orang yang tidak sepatutnya.

Tidaklah dilatih oleh sesiapa.. Tapi dah dilahirkan begitu agaknya. Arwah Mak pun bukan jenis yang sebegitu. Tak tahulah jika di usia muda Arwah, dia lain. Tidak pula aku tahu.

Aku pun berasal dari keluarga yang ramai. Senang nak lepas geram atau marah. Kalau bergaduh tu, bergaduh betul … Ada sampai tarik rambut tau! Jadi, dah macam diluahkan habis! Hahhaa… mungkin itu sebabnya kot!

Usia pun bukan muda lagi. Pengalaman hidup juga banyak mengajar. Dan aku belajar dari kesilapan yang pernah aku lakukan.

Lagipun kalau terkasar dengan orang ni, tak best rasanya. Orang yang mendengar atau terbaca apa yang pernah kita cakapkan atau kita coret dalam cara yang kasar, akan ingat dan simpan di hati. Sampai bila-bila terasa kerana kesan bahasa yang kita gunakan. Ianya bisa mengundang rasa kecewa.

Bila dah terluka, siapa pun akan ingat dan simpan rasa itu sampai bila-bila. Sebab itulah aku tak suka bercakap atau berlaku kasar kepada sesiapa. Dah pernah rasa… Aku tahu. Sakit!

Bila tidak sengaja berlaku kasar pula, mengundang rasa bersalah sehingga bila-bila juga. Itupun aku pernah rasa. Baru ni pun berlaku selepas bertahun tak buat baling-baling barang ni. Itu kalau dah benar sampai ke tahap hilang sabar. Maknanya dah tak boleh handle dah dah sampai ke pengakhiran sabar.

Sabar itu amatlah penting. Tak kiralah kepada sesiapa pun. Yang tua atau yang muda. Kena pula di bulan puasa ni. Sabar itu yang mengajar kita lebih tenang. Jika kita tahu di mana kebaikan sabar.

Emosi haruslah stabil. Mental harus kuat untuk mengawal segala mood dan perasaan. Otak harus cepat meneliti jika dah terasa emosi itu tidak stabil. Harus pantas membetulkan semula. Bukan mudah nak buat, tapi dengan pengalaman hidup, insyaAllah boleh!

Bila emosi stabil, hati yang sabar, insyaallah jiwa akan tenang. Jika rasa marah, sedih atau rasa down, solat! Itu yang aku belajar dengan Abang Jay Jay dulu. Kalau dia naik marah, dia pergi solat. Tenangkan diri, dan balik semula bekerja.

Ini dari pengalaman yang aku lihat. Orang yang sering solat, lebih mudah mendapat ketenangan tak kira dalam keadaan marah atau seorang yang bengis macam mana pun, akan lembut dan ‘sejuk.’

Saja rasa nak cerita di sebalik nyanyian semalam di dalam kereta selama 3 jam setengah itu. Memang ramai yang tergelak dan tak tahulah banyak mana komen dan berapa ramai yang dah tonton! Jangan marah ya hahahha…

Mungkin ada yang rasa terganggu sedikit ketenteraman selepas menonton video itu! Hahhaa.. ada yang bertanya puasa ke tidak sebab menyanyi sambil memandu tu macam banyak sangat tenaga!

Kan aku dah bilang… Bulan puasa ni, lebih elok ambil makanan dan minuman yang lebih sihat seperti Herbalife. Ianya memberi tenaga dan nutrisi! Memang aku tak letih! Alhamdulillah.

Jangan salah anggap ya.. Aku berpuasa semalam itu, hari ini dan insyaallah esok!

Kadang-kadang terasa juga dengan komen yang kurang peka akan keadaan. Sebab itulah aku tulis di atas ini. Jaga mood dan jaga bahasa. Bimbang bahasa yang dicakapkan itu bisa mengundang kesakitan. Ingatlah dosa sesama manusia dibawa hingga ke mati andai tidak dimaafkan.

 

P/S : Masih belajar untuk menjaga bahasa dan tutur kata… Sempat belajar sesuatu semasa di Kota Singa – akan percakapan berdepan atau pun melalui penulisan.. Sememangnya bahasa melambangkan jiwa bangsa. Bukan itu saja, bahasa juga bisa membuatkan kita kenal akan seseorang itu bagaimanakah kesopanan dan tatasusila yang diajar ibu apa dan keluarga. Keep learning Nourul!

Advertisements

2 Comments on “DI SEBALIK NYANYIAN ITU….

  1. ‘Kan dah bilang ‘ tu bahasa org singapo..bahasa kita ‘ kan dah habaq’…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: