PUASA… BERINGATLAH WAHAI SAUDARA KU

Assalamualaikum .. Selamat menjalani ibadah puasa buat ke sekian kalinya bagi tahun 2016. Alhamdulillah sampai juga kita untuk menikmati Ramadhan sekali lagi.

Ramadhan kali ini bagi aku, sama saja seperti sebelumnya. Cuma lebih banyak berfikir kali ini. Ada mereka-mereka yang aku kenali, tidak sempat untuk menikmati Ramadhan untuk kali ini.

Mendengarkan mereka telah dijemput Illahi, berbisik di hati… Naik takut juga andai aku juga senasib dengan mereka. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa untuk aku terus hidup dan dapat menikmati sekali lagi Ramadhan.

Tahu pun takut!Aku tahu tidaklah sempurna sangat ibadah yang aku buat. Tapi aku bersyukur kerana aku dapat menjalankannya sekali lagi. Dah 7 hari tinggal semenjak puasa bermula! Matilah nak ganti! Yang tahun lepas pun belum habis ganti! Jujur tak?? Hahhaha…

Puasa mengingatkan akan pelbagai kesilapan dan pelbagai kesengsaraan yang berlaku di dunia ini. Kita berpuasa kerana bulan ini juga diturunkan kitab suci al Quran. Bulan ini banyak kebaikannya..

Kita berpuasa juga untuk merasai apa yang dirasai mereka yang tidak seperti kita. Yang miskin harta, yang miskin makanan, yang tidak berumah dan yang tidak makan berhari-hari. Macam-macam yang kita pelajari dari keadaan sekeliling serta mereka-mereka yang kita dapat kenali.

Dalam pada itu, aku nak ucapkan takziah buat keluarga seorang pengarah drama yang telah pergi pada bulan May yang lalu. Kenal arwah beberapa tahun yang lalu semasa penggambaran drama bersiri ‘Rahsia Hati.’

Arwah seorang yang sangat baik hati. Banyak menasihati dan membantu aku sepanjang penggambaran. Ketika itu, ianya bukanlah satu penggambaran yang mudah bagi aku.

Difitnah dan dikatakan macam-macam dengan teman artis dan pengarah. Arwah sebagai pembantu pengarah ketika itu; banyak menasihati dan membuatkan aku tenang.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya. Dan ditempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Bukan cerita Arwah Keoi saja… Dalam beberapa bulan ini semenjak aku pulang dari Perancis, aku banyak bertemu dengan kenalan baru. Tak kira dari Malaysia, Singapura mahupun Indonesia.

Pelbagai cerita dan pelbagai pengalaman dikongsi juga. Bukan saja untuk membantu mereka kekal sihat dan kurus, tapi aku belajar tentang sikap serta macam-macam lagi.

Kesemua mereka punyai sikap yang sangat baik. Aku bersyukur kerana dapat mengenali mereka.

Bisnes Herbalife memang benar menggubah kehidupan. Bukan saja dari produk nya yang baik, tetapi juga melalui silaturrahim yang terbina antara aku dan juga kesemua pelanggan.

Alhamdulillah… Dalam 100 orang yang aku temui, ada mereka yang sangat istimewa. Bukan maksud aku, istimewa itu di dalam berkawan. Tidak. Istimewa kerana mereka diuji Allah.

Kita sebagai manusia, tidak dapat melawan kehendak serta takdir Allah. Apa yang dirancang, tidak semestinya berlaku seperti yang kita mahu. Allah lebih mengetahui. Dia maha berkuasa bagi sekelian alam.

Salah seorang pelanggan aku, (biar aku rahsiakan dari mana asalnya dan siapa dia) yang menghubungi aku lewat April lalu, mahu juga mengambil makanan nutrisi Herbalife.

Dia mahu tingkatkan tenaga dan juga pengambilan nutrisi. Sangat baik orangnya. Dia berkongsi akan keadaan dirinya yang telah menghidap penyakit Kanser. Dia mahukan nutrisi bukan untuk kuruskan badan. Mahu dapatkan semula tenaga.

Kami bertemu dan aku sangat senang dengannya. Apa yang mahu aku katakan ialah, dia kini diuji lagi dan kansernya telah melarat. Hanya dengan kuasa Allah saja yang bisa meredakan kessakitan dan kesusahan yang dialaminya.

Sering aku berdoa dan ingat padanya. Semoga Allah ringankan bebannya.

Kesian dengan semua pesakit kanser yang sedang mengalaminya kini. Untuk kita yang lainnya, segera lah membuat pemeriksaan supaya nyawa dapat diselamatkan – jika diizinkan Allah.

Perempuan khususnya. Buat pemeriksaan payu dara, ovari dan seluruh badan sebolehnya. Buat setahun sekali. Bukannya apa, pemakanan kita sekarang ini banyak makanan yang telah diproses dan tidak semua mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap.

Jadi, jalanilah kehidupan dengan memakan makanan yang baik dan seimbang. Kalau boleh, bersenamlah. Jaga kesihatan yang diberi Allah juga dalah satu amanah.

Oleh sebab itu ada makanan yang dikategorikan haram. Bukannya apa, semuanya kerana ada makanan yang bisa memudaratkan kesihatan. Ada kategori haram kecil dan haram besar.

Aku pun bukannya pandai sangat. Setakat berkongsi ilmu yang ada dan apa yang aku tahu. Jika mungkin ada yang aku kongsikan ini salah, silalah betulkan. Semua kita harus belajar sesuatu yang baru setiap hari.

P/S: ada page baru di blog ini insyaallah minggu depan untuk seua manfaatkan. Semuanya tentang kesihatan. Dan selepas itu, mungkin resepi masakan pula!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: