USAHA SELAGI MAMPU, BUAT SELAGI BOLEH…

Bila ada masa ni, marilah kita menulis banyak-banyak! Lagipun boleh hilang rasa nak marah je sebab PMS! Adoi! Bulan ni, dia nak marah-marah pulak! Senang sangat nak naik angin!

Pantang kalau sesiapa salah cakap atau komen, haaa.. habis emo dan naik berang! Adoiii! Nourul… Nourul… Nasib baik tak marah encik suami dan cik Ina! Eh! Ke situ pulak! Hahahaha

Jadi perempuan ni, macam tu lah kan.. Ada bulan tu, baik sesangat! Ada bulan lain pula, naik hantu.. Bulan lain, nak nangis. Yang berikutnya, mood cemburu dan sebagainya!

Screenshot_2016-05-28-14-56-05-1

Alaaaa… jangan cakap aku sorang je macam tu.. Kalau dah nama ada ‘BINTI” di tengahnya, perempuan lah maksudnya. Jadi, sama je semuanya! Hahaha.. Samada boleh kawal atau tidak saja.

Nak kawal tu, bukannya mudah. Jenuh juga beristigfar! Lepas tu renung sekejap. Kenapa mood aku ni berubah. Kenapa semalam positif bebenor. Hari ni negatif ya amat!

Sebelum nak menganalisa tu, kena sedar dulu kenapa mood berubah. Kalau tak, tak sempat nak analisa apa-apa. Habis semua orang kena jeling. Kalau tak jeling, kena bebel. Tidak pun kena jerit! Hahahaha…

Kalau fikir balik, kesian lelaki ek.. Hahahaa.. Mana lah diaorang tahu macam mana perempuan rasa bila sampai saat itu. Cuma diaorang naik hairan saja. Kena pula yang muda yang baru nak kenal perempuan. Memang naik bingung! Kesian!

Screenshot_2016-05-28-14-57-05-1

Kepada yang senior tu, dah arif benar nak handle! Siap dia pun sama kena PMS! Hahhaha..

Ni dah kenapa cerita PMS lah pulak! Hahhaha.. Ye, agaknya ni tengah PMS lah ni. Hahhaa.. Sebelum sampai saat-saat itu, baik je. Sangat positif. Menyampah betul bila dah lepas tukar mood tu.

Aku tak suka betul kalau aku bertukar kepada negatif! Penat! Nak kawal memang susah kalau tak tahu macam mana nak kawal.

Setan ni ada je mana-mana nak menenggek di atas bahu, di dalam kepala atau di mana-mana. Memang bertambah buruklah keadaan kalau siap ada yang menambah api!

Apa yang boleh dibuat kalau terasa mood berubah dari yang hari-hari sebelumnya, segeralah selak kalendar dan tengok tarikh bulan lepas bila agaknya masa istimewa itu!

Dan kemudiannya, segera buat perancangan untuk tidak sangat melayan mood yang bingung tu! Aku rasa bukan bingung lagi dah… Rasa bengong pun ada! Hahaha..

Screenshot_2016-05-28-14-56-29-1

Dan kemudiannya, bersenamlah. Barulah terasa segar dan badan pun tidaklah bloated! Selalunya bloated tu lah yang buatkan kita makin bertambah rasa tak best!

Bagi aku pula, PMS semakin menjadi kerana sekarang ni dah bertukar segala rutin harian, pemakanan dan juga waktu. Pemakanan lebih sihat kerana aku gandakan pengambilan Herbalife shake. Bersenam pun aku gandakan. Manakan nak dapat hasilnya jika masih bersenam cara yang sama.

Zachary dah mula ke sekolah. Jadi, perlulah bangun dan mulakan hari lebih awal. Aku bangun jam 6 pagi setiap hari bekerja. Cuma Sabtu dan Ahad saja boleh ‘berlingkar’ lama sikit atas katil! Hahahha…

Memang kalau bertukar sedikit pemakanan dan badan kuat bekerja, badan kita juga akan berubah. Hormon juga sementara nak adjust kepada cara hidup dan jadual yang baru, akan ambil masanya. Itu bagi akulah. Sebab aku perasan selalu berlaku begini kalau keadaan sekeliling berubah.

Aku mula ke gym untuk bersenam dan berlatih Zumba seawal jam 6:45 pagi. Habis pukul 8 pagi. Selepas itu hantar Zachary ke sekolah. Bila dah balik dari sekolah, buat kerja-kerja yang dah tersedia di atas meja – kerja berkenaan Herbalife atau nyanyian.

Selepas itu, jam 11:45 pagi akan ke sekolah semula untuk ambik Zach. Jam 1 tengahari atau 2 petang aku akan keluar meeting atau bertemu client baru atau yang sedia ada.

Balik pukul 4 atau 5 petang. Kalau tak ada meeting, aku akan berlatih Zumba lagi untuk 1 jam. Jam 6, aku ambil alih tugas pembantu rumah. Masa tulah aku spend time dengan 2 orang anak lelaki aku ni!

Jam 6 sehingga 8.30 malam, sememangnya ‘peak hour’ aku dan suami! Sangatlah sibuknya. Sediakan makan untuk anak-anak dan mandikan. Selepas itu, bila dua beradik ni masuk tidur, barulah aku dan suami ada masa sedikit untuk habiskan kerja yang ada.

10:30 malam, kami dah masuk tidur. Dan begitulah setiap hari dan setiap malam jadual aku.

2 minggu yang lepas, lebih penat kerana Zachary dan Raphael demam dan selsema. Bukan itu saja, Eric pun sama. Kali ini paling lama. Jarang sekali dia nak kena demam. Kata doktor musim Viral Fever. Entahlah , macam-macam sekarang ni.

Ni dah kenapa bercerita soal jadual harian pulak ni.. Hahhahaa.. Tahukan apakah maksudnya! Hahahaa.. Tapi memang sangat penat sekarang ini semenjak balik dari Perancis. Selepas ini akan lebih padat bila aku mula pergi ke kelas Bahasa Perancis.

Yang kat atas tu hanya jadual biasa jika tiada show. Belum lagi masuk Zumba dan aktiviti yang kami buat untuk Herbalife.

Setiap Selasa pula aku ada kelas dengan Cikgu Syafi untuk belajar membaca nota musik telama 90minit. Ini semua adalah persiapan untuk album Bahasa Perancis aku nanti.

Kena betul-betul buat persediaan. Aku tak mahu nanti bila di sana, semuanya tak bersedia. Bahasa kita dan bahasa orang, maksudnya sangat berbeza. Jadi, perlu belajar dengan terperinci. Sebutan yang paling penting. Aku mahu lebih bagus.

Jenuh juga komposer di Perancis tu menunggu aku ke sana semula! Setiap minggu bertanya. Harus tunggu hingga aku benar bersedia. Ini bukan buat album seringgit dua… Pasaran pula berbeza. Biarlah lebih lengkap dan bersedia. Barulah lebih dihormati.

Inilah beberapa perkara yang sentiasa di dalam kepala aku ni. Herbalife pula semakin menjadi. Alhamdulillah. Tak apa penat sekarang. Hasilnya insyaAllah akan terasa kemudian…

Usaha selagi mampu. Buat selagi boleh. Biar pun mengundang keletihan dan tiada masa untuk diri sendiri, satu hari aku akan terima habuannya. Kerja sekuat mungkin untuk masa depan anak-anak dan kami sekeluarga.

Jika tak bekerja, manakan senang kemudiannya. Tiada yang datang bergolek. Semuanya harus diusaha dan dicari. InsyaAllah, Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui. Dia tahu apa niat dan apa yang kita mahu cari.

Jika itu yang terbaik buat aku, Dia akan permudahan dan melicinkan segalanya. Jika sebaliknya, insyaAllah diberi lainnya. Rezeki dari Allah. Cuma kita harus berusaha.

Okay dah penat… time to sleep!

 

P/S : Inilah dia kalau dah PMS! Banyak fikir!! Macam-macam rasa ada! Hahaha…

Advertisements

2 Comments on “USAHA SELAGI MAMPU, BUAT SELAGI BOLEH…

  1. Go, Nourul go, kalau Anggun bolh, Nourul mesti bolh, dalam kelembutanmu, ada kekuatan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: