AKHIRNYA! AKHIRNYA!

Akhirnya … Akhirnya! Itu juga yang akan disebut oleh si kenit ku yang manis… Akhirnya.. Hahahha…Berapa kali nak akhirnya pun tak tahu! Hahhaaa…

Tahu tak, betapa seronoknya bila boleh duduk di depan laptop dan boleh mula menulis?! Seronok ya amat!

Rindu tu tetaplah rindu. Bila dah biasa menulis, tiba-tiba terberhenti, memanglah terasa.

Bukan mahu ada-adakan alasan. Tetapi kenyataannya, komputer aku ni buat perangai! Balik dari Perancis je, terus kena spam dan juga virus! Apple kot… Kena juga virus! Siapa kata Apple tak kena virus.Jenuh juga lah naik angin dan siap emotional tahap apa entah… kerana MAC Book aku ni problem. Sudah lah aku ni ‘pandai’ sangat pasal komputer! Hahahaha..

Selepas 3 kali berulang alik ke MAC centre, akhirnya laptop kesayangan aku ni, dah siap dibaiki. Alhamdulillah..

Cerita laptop dah baik ni, bukan cerita baru berlaku tadi. Dah seminggu pun! Hahahha.. Tapi tak ada masa nak menulis. Busy nya Tuhan saja yang tahu!

Tak ada masalah. Tak mahu pula aku merungut. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Bukan dengan kerja saja, malah soal anak-anak juga.

Hari ini terasa sangat lega kerana semua urusan anak-anak telah selesai. Bukan semua anak-anak. Anak-anak yang masih kecil tu, tetap tak akan selesai selagi belum besar dan habis sekolah.

Yang rasa lega yang aku katakan tu, apabila urusan pembelajaran Ayu dah selesai. Dia dapat tawaran akhirnya setelah 3 bulan menunggu. Selagi tak dapat apa-apa khabar dan berita dari mana-mana universiti, selagi itulah Ayu gelisah.

Resah Ayu tu buatkan aku pun tak tenang. Aku tahu dia risau kalau dia tak sambung belajar. Dah macam hobi! Hahhaha…

Tanggal 16 May yang lalu, kami mendapat berita tawaran dari Universiti Malaya untuk Ayu lanjutkan pelajarannya.

Aku yang masa tu dalam perjalanan pulang dari Singapura, boleh dengar getar suaranya yang sangat gembira apabila dia khabarkan pada aku akan berita itu.

Mama dan semua keluarga sangat bangga. Itu sudah pasti.

Mama Ayu ni pula, mulanya sedikit blur. Tahu UM tu universiti tertua dan terulung di Malaysia. Bukan di sini saja, malah di dunia. Tahu sangat besar UM tu. Tapi Mama pada Ayu Nazirah ni, rasa biasa-biasa saja! Hahahaa… Apa punya blur daaaa…

Sehinggalah aku dan Ayu ke UM tempohari untuk lawatan, barulah tercapai akal aku ni dan teringat semula fakta yang UM ni memang dashyat!

Ada anak arwah mak dulu nak masuk ke sini. Maksud aku adik beradik tiri aku. Aku rasa dia pun masuk buat foundation dulu sebelum ke Amerika Syarikat. Kalau tak silap lah. Dah lupa! Dan lama dulu.

Aku tak pernah masuk universiti. Tak ada pengalaman. Masuk berjalan dan lihat-lihat tu, adalah. Tapi tak pernah sampai belajar di peringkat universiteit. SPM pun tak ada, madam mana nak masuk U! Hahaha…

Terasa rendah sekejap bila fikir akan keadaan itu! Bukan emotional ya, tetapi terasa yang ilmu pelajaran itu sangat penting. Tak ada ilmu, tak rasa terpelajar dan banyak perkara yang tidak tahu.

Allah telah tulis yang perjalanan hidup aku agak berbeza dengan anak-anak aku dan juga ahli keluarga aku yang lain. Tapi pengalaman yang lain pula, yang mengajar aku erti segalanya. Tetapi bukan dari buku sekolah atau universiti. Redha dengan takdir aku… Tidak mengapa.

AYU UM

Bangga itu, teramat sangat. Tadi masa hantar Ayu ke pendaftaran kemasukan, terasa sayu di hati. Hampir juga menitiskan air mata. Tak tahu kenapa rasa sedih. Tersentuh pula hati bila tengok anak aku tu dah nak masuk 18 tahun! Dah besar. Dah masuk universiti. Terasa seakan aku pun masuk sama!  Ye lah, setengah dari aku, ada pada Ayu. Jadi, rasa itu tetap ada juga.

Nampak dia excited tadi… Senyumnya tu sampai ke telinga. Seri wajahnya, sangat ketara yang dia sangat happy kerana akhirnya dapat jejakkan kakinya ke universiti. Bukan calang-calang, Universiti Malaya pulak tu!

Bila aku nampak wajah excited dan cerianya tu, langsung fikiran melayang dan ternampak wajahnya ketika usiannya 3 tahun. Kali pertama kami masukkan dia ke sekolah.

Wajah excited dan ceria yang sama! Memang dia suka belajar dan suka sekolah! Bagus Ayu. You really did a good job.

Kadang-kadnag terfikir… Apa agaknya kebaikan yang aku buat sehingga Allah beri ganjaran sebegini pada aku… Banyak salah yang aku lakukan.. Terlalu banyak…

Terima kasih Ya Allah. Aku tahu perjalanan aku tidak berakhir di sini selagi hayat dikandung badan. Aku perlu lebih memperbaiki…

Terima kasih juga buat semua di atas ucapan dan doa buat kami sekeluarga. Aku pasti Papa Ayu juga berasa yang sama seperti aku. Dan aku tahu dia juga berterima kasih.

20160528_120232

Kami berempat ke universiti tadi untuk mendaftar Ayu. Zachary dan Raphael bukan main juga memanjat tangga dorm kakak Ayu! Hahhaa..

Zachary siap tolong kemaskan barang kakaknya. Bukan ‘kemas’, tapi benar bantu mengemas! Hahaha.. Siap nak tidur atas katil double decker kakaknya!

Kedua ibu dan bapa tiri Ayu juga turut membantu. Mummy nya bantu Ayu siapkan segala keperluan yang lain. Bapa tiri Ayu pula, bantu mengangkut segala beg dan perkakas Ayu!

Bertuahnya Ayu! Ada semua  semangat dari 2 pasang ibu bapanya! Agaknya itu juga motivasi bagi Ayu.

20160528_171320ayu mothers day 2

Ketika ini, saat ini, dan bermula hari ini, Ayu memang sibuk dengan segala aktiviti yang telah disusun untuk minggu pertama ini. Tak apalah, sepanjang bercuti hari tu, dia dah cukup tidur. Tiba masanya untuk dia bersengkang mata semula.

Semoga anak aku itu mendapat apa yang diinginkan dan diimpikannya. Semoga dia terus berjaya dan dilindungi Allah Yang Esa. Amin!

 

P/S : Lega akhirnya Ayu boleh kurus semula! Hahahaha.. Matilah kena jerit jika dia baca ni! Hahahaa.. Tak apa, dah dibekalkan Herbalife! Lagi sebulan mesti dah kecil semula! Hahaha.. 10kg Ayu!

Advertisements

One Comment on “AKHIRNYA! AKHIRNYA!

  1. Good job akak… semoga ayu terus berjaya dimasa hadapan dan keluarga akak sentiasa mendapat rahmat dariNya…
    ayat last akak memang win… kalau ayu baca tak tahulah dia nak.nangis ka atau gelak guling guling heheheh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: