KITA INSAN BIASA…

21 April.. Rupanya dah setahun tak bercakap dengan seseorang yang pernah bergelar kawan baik. Tak apalah. Jika baik untuk aku, maka dia akan tegur juga dan sedar akan kesilapannya. Mudah-mudahan diberi petunjuk.

Yang kawan sorang lagi, dah pun dapat dihubungi semula. Alhamdulillah. Seperti selalunya, Ida sangat mudah memaafkan. Rasa aku dia maafkanlah. Tapi dia tu kalau perkara yang dah lepas, dia tak suka nak bercerita. Dia biarkan macam tu saja. Dia hanya pandang ke depan.

Harapnya dia akan kembali seperti dulu bagaimana kami mula kenal dan rapat. Masa yang menentukan… Terima kasih Wahida. Tolong kak! Adik aku tu memang pantas! Entry baru publish, dia dah hantar nombor telefon orang tu pada aku! Memang hebat anak misi ni!Kalau cerita pasal kawan ni, takkan habis. Sepanjang kita hidup ni, akan sentiasa bertemu dengan manusia yang lain yang bisa menjadi kawan atau hanya setakat kenal dan hi hi bye bye. Jadi, banyaklah ceritanya. Takkan habis….

Tinggalkan saja cerita itu… Apa yang aku nak cerita ni lebih best.

20 April, aku buat persembahan bersempena minggu setiausaha di Grand Sesons Hotel di ibu kota. Bukan main seronok semua Setiausaha dihiburkan oleh pengacara popular, Dee jangan Ketawa. Dia seorang yang sangat luar biasa. Bekerja dengannya, membuatkan aku berasa ‘hidup’ semula.

Komited dan seorang yang sukakan kesempurnaan. Sebab itulah dia masih teguh berdiri di persada seni ini. Terima kasih Abang Dee. Nourul sangat ebrtuah dapat kenal Abang Dee dan dapat belajar banyak perkara dengan Abang Dee. Semoga Allah merahmati.

Bukan Dee Jangan Ketawa saja, ada lagi seorang legenda yang diminati ramai. Dah lama aku tak berjumpa dan bersembang dengannya. Dia suka berkongsi ilmu dan pengalaman. Seorang yang sangat jujur dan ikhlas. Berpegang teguh kepada ajaran agama yang membuatkan dia sangat rendah diri. Sesiapa saja berasa senang dengannya.

Dialah Jay Jay.

Kali pertama bertemu dulu, ketika album pertama aku. Tahun 1994. Abang Jay Jay menerbitkan 2 buah lagu untuk album sulung aku itu. Dia juga sangat komited dengan kerjanya. Sampai saja waktu solat, memang tidak ditunggu lagi. Langsung ke surau untuk mengerjakan ibadah. Itu Abang Jay Jay. Seorang yang tenang dan sangat sukar untuk meninggikan suaranya.

Kali kedua bekerjasama dnegannya, di dalam tahun 1997. Dia menerbitkan lagu ‘Rindu Bayangan’. Lagu hit itu telah menemukan aku dengan Dato David Arumugam dan Mendiang Loga. Satu pengalaman yang amat berharga buat aku.

Aku ingat lagi masa tu, aku bagi Abang Jay Jay stress! Namun, dia tetap tenang. Bukannya stress apa. aku tertekan sebab ada satu part tu aku tak dapat menyanyikan dengan baik. Naik hantu sekejap. Tapi Abang Jay Jay tetap menenangkan aku. Aku masih muda masa tu. Cepat betul naik angin.

Nasib baik siap juga lagu itu. Dah lama dulu. Namun pengalaman itu, salah satunya yang menjadikan siapa aku hari ini.

Ditemukan semula di dalam persembahan tempohari, aku berasa sangat bangga kerana diberi peluang berduet dengan Abang Jay Jay di dalam lagu yang pernah dipopularkannya, iaitu ‘Kita Insan Biasa.’  Salah satu lagu kesukaan aku tu!

Semasa rehearsal dijalankan, kami menyanyi di dalam 2 versi. Satunya menggunakan minus one dan satu lagi dengan petikan gitar Abang Jay Jay. Dua-dua pun best sebab suaranya yang tidak berubah dan lunak!

Selesai rehersal dan sebelum aku pulang, Abang Jay Jay memanggil aku. Aku ingatkan dia tak gembira dengan cara aku menyanyi. Rupanya lain pula..

Sesuatu yang dikatakan pada aku yang membuatkan aku terkedu. Tak tahu nak jawab apa. Terkejut dan sedikit malu.

Dia sangat serious meluahkan rasanya. Alhamdulillah. Usaha aku selama ini untuk memajukan diri, diperhatikan oleh seseorang yang hebat seperti Abang Jay Jay. Lebih bermakna kerana dia pernah menerbitkan album aku. Seorang komposer yang berkaliber.

Kata-katanya itu adalah satu semangat bagi aku. Katanya, jaga apa yang aku millikki. Bakat aku berbeza dan apa yang aku ada ini berbeza dengan penyanyi wanita lainnya. Suara aku yang diberi Allah ini, semakin baik dari yang dahulu yang didengarinya.

Jika wanita lain bertukar suaranya selepas melahirkan, bagi Abang Jay Jay, suara aku tidak. Sebaliknya menjadi lebih baik. Dia seakan terpegun.

Aku pun naik terpegun juga dengan apa yang dikatakannya pada aku. Langsung aku tidak jangkakan.

Itu katanya. Itu pujiannya. Tak pernah aku ditegur oleh mana-mana komposer pun kecuali yang berada di Perancis itu.

Bila Abang Jay Jay mengatakan sedemikian, aku tahu apa yang aku pelajari, apa yang aku amalkan selama ini, membuahkan hasil.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah. Terima kasih di atas anugerah mu Ya Allah…

Rahmati insan ini yang banyak berjasa dan banyak menasihati serta menghulurkan bantuan. Murahkan rezekinya dan panjangkan usianya supaya lebih banyak ilmunya dapat dimanfaatkan oleh hamba Mu yang lain… Aminnnn….

P/S : Langsung teringat komen seseorang yang aku anggap seperti seorang kakak (Zura Mohd Ali) tahun lalu selepas persembahan Hari Ibu di Instagram milik aku…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: