TENGOK DIRI SENDIRI.. NAMPAK DIRI SENDIRI..

Nak tulis je, tak jadi.. Bila nak start je, terkedu.. Tak tahu nak tulis apa.. Otak penat sangat. Macam-macam nak buat dan kena fikir.

Tapi malam ni kuatkan juga hati. Nak kena tulis juga sebelum kena jeling lagi dengan Ina Mohd! Tak padan dengan kecil si kenit ni tau! Tajam betul kalau menjeling.. Kalau naik angin, mahu jadi taufan! Itulah orang selalu bilang “ kecil-kecil cili padi!” Hahahha..

Tiba-tiba keluar pula cerita Ina Mohd! hahaha.. Esok pagi mesti dia kata “motif nama I keluar??” Hahhahaa..

 

Sibuk sangat sampai tak sempat nak buat perkara lain. Yang penting, diutamakan dahulu. Jadual   semakin padat dengan kehidupan seharian dan juga kerja.

Kerja dah semakin bertambah. Tak apa. Cari makan, Nourul. Masa ada tenaga inilah kena betul-betul usahakan. Demi anak-anak dan masa depan, aku harus bekerja keras.

Buat album di Perancis, ianya bukanlah satu kerja yang mudah. Pulang ke sini untuk memantapkan diri. Belajar apa yang perlu dipelajari supaya setanding dengan mereka yang aku bekerja.

Pengalaman 20 tahun menyanyi, memang sangat berguna. Tetapi di negara yang mempunyai populasi yang besar, industri muzik mereka lebih besar dan lebih terperinci. Jadi, aku perlu mantapkan apa yang aku lemah.

Bila sibuk begini, tak sempat nak ambil tahu pun cerita orang lain dan apa yang sedang viral ketika ini. Baguslah. Jika tak, naik runsing juga memikirkan perkara yang entah apa-apa. Biasanya yang negatif akan menyerap tenaga baik yang kita ada. Jadi, biar sibukkan diri dari nak ambil tahu perkara yang tidak mendatangkan faedah. Itu bagi aku.

Kenyataan aku sedemikian, bukannya apa… Selalu juga aku ambil tahu dan aku sering tuliskan di dalam blog ini bagi menyuarakan apa yang aku rasa serta pendapat aku. Banyak kali juga aku asyik bercerita pasal orang lain.

Adakala tu, naik bosan juga asyik bercerita hal orang. Kalau yang baik itu, tak apa. Yang tak baik itu, rasa naik berdosa pula. Bimbang andai berlaku salah faham langsung terjadi dosa pula.

Jadi, buat masa ini, fokus pada diri sendiri. Jika ada yang perlu disuarakan akan sesuatu perkara, akan aku perkatakan juga. Tapi tengoklah apakah isu dan ceritanya. Kalau tak sempat nak fikir apa  pendapat aku, maka diamkan saja. Hahaha..

Tak cukup masa nak fikir perkara lain yang tidak perlu difikirkan. adalah lebih baik untuk berbuat sedemikian.

Kalau tak naik pening juga dengan isu semasa, gosip orang itu, orang ini.. Bila fokus ke gosip dan asyik nak ambil tahu hal orang ni, selalunya kita terlupa nak fikir akan hal sendiri. Itu yang adakalanya berlaku terlanjur komen di laman sosial.. Di Facebook atau di mana-mana saja.

Aku dah tak larat nak komen dah pasal hal-hal sebegini. Ada pengajaran di sebaliknya. Ianya membuatkan kita lebih berjati-hati kalau nak beri komen. Fikir dan baru tulis atau cakapkan. Kalau tak, itu yang berlakunya insiden memalukan diri sendiri.

Sesiapa yang baca ini mungkin faham apa yang ingin aku sampaikan. Nak tulis perkara ini dah lama. Dari 2 minggu yang lalu. Naik sedih dan termenung juga aku.

Ye lah.. Dikatakan kita ini kafir dan entah apa-apa lah lagi. Alahai…. Bila nak menegur ni, memang kena ada ilmu. Bukan ilmu agama sahaja, ilmu berbahasa, ilmu dunia, segala ilmu.

Bukanlah mahu mengatakan yang menegur itu kurang pandai atau bodoh. Niatnya mungkin baik tapi cara tu yang tak kena. Bahasa yang digunakan itu yang agak salah. Menjatuhkan hukum pula tu.

Itu bukan kerja kita. Biarlah Allah saja yang jatuh hukum buat hambaNya. Bukan kita sesama manusia. Walaupun kita belajar kita tahu akan hukum hakam Allah. Tapi bukan kita yang berhak menjatuhkan.

Aku moden. Aku kahwin mat saleh. Kehidupan aku memang berbeza dengan yang lainnya. Tapi insyaAllah.. apa yang aku pelajari dari Ustazah aku, insyaAllah akan aku ingat. Antaranya pesanan Ustazah aku itu, jangan kutuk orang lain, jangan mudah menjatuhkan hukum pada hamba Allah yang lain.

Dah pernah aku tulis di sini. Berkali juga aku kongsi. Mungkin yang lontarkan hukum kafir itu tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Tak apalah. Kali ini mungkin dia belajar.

Termenung juga aku berhari-hari. Tersentuh hati dan sangat dalam rasanya…. Aku diamkan dan padamkan saja. Tidak mahu insiden itu menyedut tenaga positif yang sedang aku tanamkan.

Bukan mudah menyemai rasa positif itu. Tambahan pula bila ramai di hadapan yang memandang dan amat mudah melontarkan kata-kata kesat dan menyakitkan. Itu semua terlalu negatif.

Biarkan saja ianya di situ. Semoga yang menegur kasar itu, yang menghukum itu, diberikan petunjuk oleh Allah Taala.

Bayangkan andai dilontarkan oleh seorang yang diakui alim dan pandai agama kepada seorang yang agak ‘kosong’ akan ilmu agama. Mahu orang itu membenci sesama umat dan langsung mahu menjauhkan diri dari agama kerana padanya yang mengaku alim itu sering memberi kata-kata kurang meyenangkan apabila dia mahu menegur. Langsung membuatkan dia benci akan agama. Agaknya berdosa besar tak yang menegur tu?

Fikirlah sendiri. Jangan buat orang benci siapa kita, apa yang kita pegang dan dipercayai. Jangan pula mudah mengadili luaran seseorang. Jangan terlalu mudah menghukum. Kita semua bukan Maksum. Ini dah kali ke berapa aku sebut perkataan Maksum ni. Mungkin ada yang lupa maksudnya. Kita manusia biasa. Tiada siapa pun dapat lari dari membuat salah dan dosa.

P/S : sedang melihat jahitan di baju sendiri. Andai ada yang terkoyak dan mahu dijahit semula…

IMG-20160421-WA0035

Advertisements

One Comment on “TENGOK DIRI SENDIRI.. NAMPAK DIRI SENDIRI..

  1. thanks for updating this blog. semlm baru ingat nak Tanya bila nak update blog 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: