“MISS YOU ALREADY”

Esok lah… Bila dah esoknya sampai… Esok lagi… Lepas tu asyik berulanglah macam itu … Dah berminggu haaaa…. Hahahhaa… Asyik postpone je…

Alhamdulillah selamat sampai ke tanahair Rabu lalu. Bukan main penat lagi 2 orang budak kecil tu.  Kami ibu bapa, penat juga! Raphael tidur 16 jam malam pertama kami sampai di Kuala Lumpur.

Masa bercuti dah habis… Masa untuk bekerja pula… Dah macam-macam menunggu dan perlu dibuat! Kerja Nourul! Kerja! anak-anak dah  semakin membesar. Sedikit mudah untuk aku bergerak ke sana ke mari untuk urusan pekerjaan.

Jadi, kerjaya nyanyian dan Herbalife, sedang berjalan seiring! Naik haru biru juga. Tapi tak apa. Masa inilah nak bekerja betul-betul dan berusaha sebaik mungkin. Demi masa depan anak-anak dan keluarga.

Aku pasti ramai yang ikut aku di Instagram dah nampak posting aku dan apa yang aku kongsikan. Misi ini dah lama bersama dengan aku. Misi membantu mereka yang mahu sihat dan mendapatkan bentuk badan yang menawan.

Terima kasih buat semua yang memberi sokongan. InsyaAllah, kita sama-sama saling membantu untuk mencapai matlamat yang dimahukan.

Berbalik kepada cerita sepanjang aku berada di luar negara… Banyak juga yang aku pelajari.. Banyak juga masa yang aku ambil berfikir dan merenung serta melihat kembali apa yang telah aku lalui. Di dalam segala hal.

Berada di negara orang, melihat ke dalam diri sendiri, ternampak perjalanan hidup di negara sendiri; bagaimana rakan, teman dan sahabat handai. Bagaimana tabiat dan apa yang dipelajari sepanjang kita membesar dulu. Pengalaman benar mengajar kita.. Pengalaman yang bisa mematangkan.

Entah kenapa yang sering aku fikirkan adalah tentang mereka yang pernah aku kenal dan yang aku panggil kawan. Banyak yang aku belajar tentang persahabatan. Sepanjang di sana, sering teringat mereka yang sering bersama aku dulu. Tak ramai. Hanya seorang dua.

Dalam pada aku sering teringat tu… Ada pula terjumpa satu filem ketika di dalam perjalanan pulang dari Cancun, Mexico ke Paris.

Ingatkan cerita komedi. Aku terpanggil untuk menonton kerana Drew Barrymore berlakon dalam filem tu. Tajuknya, ‘Miss You Already.’

Aduh! Jarang aku nak nangis teresak-esak. Ceritanya tentang persahabatan. Jalan cerita yang sangat baik dan menghiburkan. Lagu-lagunya pun best!

Filem tersebut dibuat dan ditujukan buat mereka yang meninggal kerana kanser payu dara dan mereka yang sedang mengalami masalah penyakit yang digeruni itu.

Lakonan yang sangat mantap dari Drew Barrymore dan Toni Colette. Aku tak berhenti menangis. Sampai hidung tersumbat!

Fikiran langsung melayang terfikirkan – sudah tentu yang pertamanya si kenit aku tu. Dan kemudiannya terfikir akan 2 teman yang aku kenal baik satu ketika dulu.

Tak adalah lama sangat kalau difikir akan kenyataan “satu ketika dulu.” Hanya 5 atau 6 tahun yang lalu. Kami terjarak kerana keadaan dan ada juga kerana kesilapan aku.

Aku punyai teman yang satu kepala. Sering menemani aku dulu. Kami kenal melalui seorang hamba Allah yang aku pernah jalin hubungan istimewa ketika aku masih single dulu.

Ida bagaikan semangat aku ketika aku sedih dan kecewa. Dia yang menghiburkan. Bukan sahaja kerana sikap yang baik; dia punyai positive vibes yang sangat tinggi.

Seorang yang sangat kuat minda dan hatinya walaupun dia sedikit muda dari aku. Itu yang menarik aku untuk sering bersamanya.

Bekerja sebagai Pramugari, adakala beberapa hari kami tidak berjumpa. Bila dia bekerja, memang sedikit terasa sunyi. Cerita ini memang dah lama. Tapi aku sering teringat akan Ida kerana aku telah lakukan satu kesalahan dan aku tahu akuntelah sakitkan hatinya.

Tak sengaja! Kerana keadaan, adakala apa yang kita sebut atau katakan tu, tidak melalui fikiran yang lojik dan yang baik. Aku katakan sesuatu yag Ida tersalah faham. Sedikit mungkin menyentuh hal peribadinya.

Terasa bersalahnya sampai kini. Seingat aku tahun itu tahun 2012. Baru lepas kahwin. Ida pun masa tu dah setahun berkahwin.  Aku tahu dia marah dan sangat terasa.

Kali terakhir aku beri salam pada Ida, ketika MH17 terhempas. Langsung terfikir akan Ida. Dia ada. Tak bekerja dan dia di Malaysia. Hati terasa lega. Itu pun melalui aplikasi WeChat.

Aku cuba hubungi Ida. Malangnya telefon lama aku yang aku tukar dulu, melenyapkan semua contact aku! Salah satu nombor telefon yang hilang, adalah milik Ida.

Cuba bertanya pada suaminya, rasanya dia tak baca mesej yang aku hantar melalui FB. Jadi, sampai sekarang aku tak dapat nombornya. Aku lupa dan tak pernah ingat nombor telefon Ida.

Dah bertahun nak mohon maaf. Jauh di sudut hati, aku nak jumpa dengannya. Nak minta maaf betul-betul. Aku sangat rindu dengan Ida.

Tak pernah aku lupa akan Ida. Aku tahu Ida seorang yang sangat mudah memaafkan. Ini bukan kali pertama kami bergaduh. Ada juga dulu sekali. Tapi bila aku hubunginya semula, dia akan jawab mesej dan panggilan aku.

Setiap hari andai aku terkenang atau terfikir akan Ida, aku sering doakannya. Sering terfikir bagaimana keadaannya. Aku tahu dia sudah punyai seorang anak lelaki. Usia lebih kurang Zachary, anak aku.

Aku tak tahu andai dia ada membaca blog aku ini. Kalau dia tak baca, aku tahu kawan-kawan MAS nya mungkin ada yang baca. Tolong sampaikan salam dan katakan padanya aku sedang mencarinya.

Hai Nourul.. Zaman dah serba maju dan moden… Ada semua platform untuk cari contact. Takkan tak jumpa! Okay, aku akan cuba. Tapi takut Ida tak nak cakap dengan aku lagi…

Bila dah tonton filem ‘Miss You Already’ tu, buatkan aku lebih terfikir akan Ida dan juga seorang lagi yang pernah menjadi teman juga. Kena pula dalam filem tu ada lagu ‘Crazy Ones’.. Lebih bertambah sayu jadinya aku!

Seorang lagi, dah hampir setahun aku tidak berkomunikasi. Teman yang ini pula bukan salah aku. Tetapi dia. Aku tak mahu sebutkan namanya kerana di dalam mesej terakhirnya, dikatakan pada aku jangan lagi ucapkan hello padanya. Jangan lagi hubunginya.

Dia juga dulu sering bersama aku. Tetapi bukan dia yang datang pada aku. aku yang sering berdamping dengannya. Yang ini taraf hidupnya sedikit tinggi. Sering ke luar negara kerana suaminya di sana.

Kami lalui banyak masa yang menggembirakan. Aku sedih kerana wang dan kedudukan; atau mungkin keadaannya yang masih sedih, kerana suaminya baru saja meninggal dunia – menyebabkan dia berkelakuan sedikit lain dengan aku.

Bukan aku tak cuba fahami. Sebagai sahabat, aku cuba berada di sampingnya sekerap yang aku mampu andai dia perlukan teman. Aku akan cuba. Aku tidak kisah kerana dia banyak mengajar aku akan erti kematangan dan hidup. Aku kenang segalanya.

Persahabatan kami bukan kerana wang walaupun dia punyai segala kemewahan. Ianya kerana hati dan kami sekepala!

Namun keadaan bisa merubah segalanya. Samada aku yang berubah atau dia. Kami bergaduh tahun lalu di atas satu sebab yang sangat kecil. Aku tahu dia sedikit tertekan ketika itu. Aku faham. Cuma keadaan aku yang tak bisa 24 jam dengannya seperti dulu lagi, kerana komitmen aku kepada keluarga aku kini – sedikit membuatkan dia kurang selesa.

Aku tahu dia faham. Cuma itulah.. Macam aku katakan tadi.. Keadaan.. Berlakulah satu insiden balas membalas whatsapp! Macam zaman remaja!

Aku pun stress juga masa tu. Lepas bersalin dan banyak kerja. Bila dia berkata agak kasar pada aku, sudah pasti aku melenting dan naik angin! Memang aku sangat terasa dan sangat-sangat kecewa.

Sakit itu masih ada. Yang ini lebih susah aku nak lupakan kerana diungkit segalanya. Aku kalau berkawan bukan kerana status dan wang ringgit. Tetapi kerana hati. Dia musnahkan segalanya.

Aku redha. Hanya mampu berdoa dari jauh. Aku langsung tak ambil tahu dan langsung tak mahu tahu. Jika dia terbaik bagi aku sebagai sahabat, insyaAllah satu hari Allah akan pertemukan semula.

Aku tahu dia pun sering terfikir tentang aku. Biar masa yang menemukan kami semula. Kami tinggal tak jauh pun.

Dah hampir setahun kami tidak bertegur sapa. Dulu sebulan je kalau bergaduh pun. Dia keras di dalam kelembutannya.

Aku sedikit rindu. Terfikir yang dia tu seorang diri. Sering digunakan dan sering dikecewakan. Aku kesian. Tapi dia lebih berumur. Dia tahulah jaga dirinya.

Semua gara-gara filem tentang sahabat yang aku tonton di dalam penerbangan dari Cancun! Habis semua terimbas kembali segala kenangan tentang sahabat.

Kata Eric, kawan harus dijaga. Kekasih tu tak apa. Semuanya kerana, bila kita kecewa dengan kekasih, siapa yang sering menghiburkan dan sering bersama? Kawan…

Kekasih kalau nak tinggal, ditinggalkan aje. Kawan takkan buat macam tu. Itupun kalau kawan yang benar kawan dan sejati. Kawan juga yang akan bersama.

Jadi kata suami aku itu, kawan kena jaga juga. Tapi biarlah yang hanya patut dijaga saja. Yang tak tahu berkawan tu, jangan buat kawan!

P/S : Hanya tuhan saja yang tahu yang aku sering terfikir akan mereka… dan sentiasa menghantar doa agar dilindungi dan sentiasa diberi kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.

Advertisements

One Comment on ““MISS YOU ALREADY”

  1. in sya ALLAH…kwn2 kak nurul tu akan dpt dipertemukan dgn kehendakNYA..
    aamiin..
    teruskan berdoa kak nurul..smileeeee..(**,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: