RAHSIA SEBENAR…. AJARAN DAN PESANAN….

Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga. Aku pun tumpang gembira di atas kejayaan anak sulung aku tu..  Ramai yang menghantar ucapan tahniah tak kira di FB atau pun di IG, mahupun Twitter. Terima kasih semuanya…

Maaf aku tak sempat nak jawab satu persatu. Maklumlah telefon masa tu belum lagi sampai ke tangan aku. Sekarang ni dapat dah. Bolehlah aku tengok semua komen yang diletakkan di semua media sosial.

Banyak juga soalan-soalan yang aku terima melalui Whatsapps dan juga email. Tak sempat nak jawab! Maaf rakan-rakan wartawan. Akan aku jawab satu persatu apabila selesai semua tugasan dalam sehari dua ini. Tunggu ya!

 

Alhamdulillah. Aku cukup bangga dengan anak kesayangan aku itu. Papanya pun tak kurang sama rasanya dengan aku. Kami hanya ikutkan apa yang Ayu mahu lakukan kini.

Anak aku tu suka sangat dengan binatang. Dia nak jadi zoologist. Harapnya dia dapat sambung pelajaran di dalam bidang yang dimahukannya. Kami sebagai ibu bapa hanya menyokong dari belakang.

Terima kasih sekali lagi buat semua yang sering mendoakan aku dan keluarga ku. Semoga Allah memberkati kalian dunia dan akhirat. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku menghargai kalian. Sokongan dan dorongan semua membuatkan aku terus bersemangat.

Terima kasih juga buat semua guru-guru di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru di dalam mendidik anak aku. Mereka turut membantu Ayu merealisasikan impiannya. Semoga Allah berikan Jannah buat kalian.. Amin….

Aku bersyukur di atas segalanya. Tahun ini nampaknya bermula dengan sungguh baik. Dengan keputusan yang Ayu terima, dengan album Bahasa Perancis yang sedang di dalam proses; ianya sangat membahagiakan.

Satu langkah ke arah kejayaan dan kebahagiaan. Alhamdulillah. Sebolehnya biarlah kejayaan itu sama dengan di akhirat kelak. Mudah-mudahan.

Ini hanya satu kesimpulan di atas beberapa perkara yang sedang aku lakukan. Perjalanan masih jauh.

Apa-apa pun aku nak update di sini.. 4 lagu dah siap dirakamkan semalam (5 Mac 2016) untuk album berbahasa Perancis pertama aku itu. InsyaAllah segalanya akan selesai Ogos nanti.

Selepas ini banyak lagi yang perlu aku lakukan. Banyak lagi kerjanya. Bukan saja di dalam karier, tetapi juga di dalam kehidupan peribadi. Anak sama pentingnya dengan kerjaya. Jadi, aku perlu lakukan sebaik mungkin untuk keduanya.

Ramai yang bertanya apa rahsia aku dan bekas suami dalam mendidik anak. Jawapan aku mudah. Tiada rahsianya. Semuanya perlu bermula dari awal. Sedari usia anak masih muda. Maksud aku usia mereka 4 atau 5 tahun.

Ketika usia semuda itu, mereka senang untuk menyerap segala yang kita cakap dan tunjukkan. Era belajar. Jadi, mulalah dari awal.

Ayu mempunyai karektor seperti bapanya. Semuanya harus sempurna. Di dalam kesempurnaan yang dimahukannya, dia tidak suka membuat salah di dalam apa yang dikerjakannya. Contohnya pembelajarannya. Ada aku ceritakan dulu mengenai Ayu di dalam entry yang lain sebelum ini apabila dia lulus di dalam peperiksaan PMR dua tahun yang lalu.

Ayu akan lakukan sebaik mungkin di dalam apa yang dia mahukan. Dia akan usaha sebaik mungkin. Semuanya kerana aku sering bercerita padanya yang aku tidak punyai kelulusan yang tinggi. Aku tak ambil SPM pun dulu. Tingkatan 5 aku sangat pendek. Hanya 4 bulan. Semuanya kerana cita-cita aku sebagai penyanyi.

Aku mahu jadi penyanyi kerana aku mahu dapatkan wang secepat mungkin untuk ibu bapa dan keluarga aku. Kami bukannya orang kaya. Emak kuat bekerja. Anak 15 orang. Bukannya cukup dengan gajinya sebagai seorang jururawat.

Semasa Ayu kecil, aku sering ceritakan bagaimana aku sebelum menjadi artis. Satu ketika, aku alami keadaan yang sangat merunsingkan di dalam karier aku sebagai penyanyi. Boleh dikatakan aku sangat bekerja keras di dalam kerjaya aku kerana aku bimbang andai aku tidak berjaya atau tidak punyai wang untuk meneruskan kehidupan dan juga masa depan anak-anak aku.

Dengan tiada kelulusan, pekerjaan apakah yang boleh aku lakukan? Nama sebagai penyanyi, tidak menjanjikan apa-apa. Semuanya harus diukur dari sijil pelajaran yang aku perolehi. Tak cukup dengan keputusan SRP aku dulu.

Jadi, aku sering katakan pada Ayu sesuatu. Ayu sukakan muzik sedari dia kecil. Aku katakan padanya, muzik itu bagus, tapi lebih bagus jika Ayu punyai kelulusan. Sepopular mana pun, kita harus ada ‘back up’ di dalam pelajaran. Harus ada kelulusan.

 

Jika kerjaya seni tidak menjadi, sekurang-kurangnya, ada sijil yang bisa menyelamatkan. Itu pesan aku pada Ayu. Memang dia masih kecil masa tu. Aku masih ingat.

Itu rahsia yang aku rasakan yang bisa menjadi satu titik permulaan kepada anak-anak untuk berjaya di dalam pelajaran. Namun, apa-apa pun, terletak pada pemikirannya sendiri. JIka dia faham, dia akan ingat. Jika dia tak faham dan dia tak mahukan, dia tak akan lakukan.

Kepada yang baca entry ini, pesan aku; jangan pula diulang 100 kali satu hari pada anak kecil jika dia tak faham! Nanti dia naik bosan langsung dia tak mahu belajar dan langsung dia bingung! Naik sawan pulak anak-anak! Hahahaha…

Bercakap dari hati. Dari pengalaman kita dan dengan apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan. InsyaAllah anak-anak akan faham dan ingat apa yang ibu bapa pesan serta mahukan.

Kini, aku risau… Keputusan yang cemerlang itu bagus. Tapi adakah sehelai kertas yang mengandungi markah yang bagus itu, bisa menentukan masa depan anak-anak sekarang? Di zaman yang serba maju dan moden kini? Risau… sebab ramai yang berkelulusan tinggi masih tidak stabil dan tiada pekerjaan.

Belajar dengan baik itu bagus. Tapi keputusan yang cemerlang itu sebenarnya, adakalanya; dari apa yang kita hafal dan ingatkan. Ini diakui oleh Ayu sendiri. Teori dan praktikal; dua perkara yang berbeza.

Di dunia luar… lain pula keadaannya. Apa formula yang dihafal, adakalanya tidak digunakan atau tidak langsung berguna di mana-mana kaki lima. Kehidupan yang sebenar, bukannya dari sijil. Ianya dari pengalaman dan dari akal. ‘Pelajaran’ yang sangat berharga adalah dari ‘universiti’ yang bernama kehidupan dan dunia serta manusia. Itu pelajaran yang sebenarnya!

Pesan aku pada ibu bapa. Jangan pula terlalu taksub mahukan anak terlalu berjaya di dalam pelajaran. Jangan beri tekanan. Hanya satu pesanan buat anak-anak : “do your best!” Kalau dia hafal dan ingat semuanya tapi dia leka dan panik, tidak menjadi juga.

Ketenangan fikiran juga penting untuk anak-anak. Sering kuatkan mereka dari segi psikologi. InsyaAllah mereka akan lebih tenang dan insyaAllah akan berjaya.

Apa-apa pun, apa yang kita mahukan anak-anak kita jadi kelak, biarlah ianya seimbang dari segi pelajaran dan juga kehidupan secara praktikalnya. Jika pandai sangat di sijil, tidak semestinya pandai juga di dalam urusan kehidupan. Dua perkara yang berbeza. Kesederhanaan dan keseimbangan itu sangat penting. Lagipun itu yang dituntut agama.

Ingat… Pesan sedari awal. Beri ajaran yang baik bermula dari usia 4 tahun. Di usia itulah segalanya diserap oleh pemikiran anak-anak dan mereka akan ingat dan lekat di hati sehingga ke akhir hayat.

P/S : Arwah Abah pesan masa aku kecil dulu… Bila dah kahwin, suami itu adalah pemegang amanah dan tanggungjawab. Kena ikut cakap suami dan patuh padanya.  Oh Abah.. Sebab itulah anak Abah yang ini lebih ‘taksub’ dengan suami! Melekat sungguh pesanan itu!

Advertisements

One Comment on “RAHSIA SEBENAR…. AJARAN DAN PESANAN….

  1. Alhamdulillah ada album in French ye. Saya juga perlu tips ingin anak dapat keputusan cemerlang seperti ayu . Thanks kongsikan di sini, bersederhana dalam menaruh harapan. InshaAllah semua rezeki dariNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: