PINTU TELAH DIBUKA….TENG..TENG..TENG…

Alhamdulillah .. Dah sampai bulan Mac bagi tahun 2016. Sekejap betul masa berlalu. Dah hampir 4 bulan aku berada di negeri orang. Paling lama kali ini berada jauh dari Malaysia. Jauh dari segalanya…

Tak lama lagi dah nak balik ke KL. Dengar khabarnya, Malaysia sangat panas cuacanya sekarang. Oh panas tu bukan cuaca saja. Segalanya ya! Hahaha.. Adoi.. Risau dan bingung memikirkan keadaan negara asal ku. Tak guna nak tanya berkali-kali apa sudah jadi. Kita tahu jawapannya.

Baik berhenti saja di sini nak bercerita pasal keadaan semasa politik di negara sendiri. Bila ambil tahu, naik sakit kepala dan sesak nafas jadinya! Kena fikir diri sendiri juga. Naik runsing bila difikirkan. Kesihatan boleh terganggu jadinya. Bukan itu saja, mental pun jadi kalut!

Bukan taknak ambil tahu. Bukan tak ada rasa patriotisma, bukannya tak sayang; tapi dah rasa naik bengong dah haaaa dengan pelbagai isu yang adakalanya sukar diterima akal.

Baik biarkan saja. Diam Nourul. Berhenti bercakap dan beri pendapat akan soal yang sangat sensitif ini.

Baiklah… Fokus saja pada diri sendiri. Akan pekerjaan yang ada. Karier yang dibina. InsyaAllah dengan doa yang sering dibuat, insyaAllah keadaan akan bertambah baik. InsyaAllah.

Mental dan jiwa lebih tenang apabila fokus pada pekerjaan sendiri dan apa yang lebih baik mahu dibuat untuk diri dan keluarga.

Alhamdulillah… aku diberi banyak kebaikan lewat tahun 2015 dan permulaan tahun 2016. Syukur alhamdulillah. Mungkin ada yang perasan akan keratan akhbar yang aku letakkan di Instagram dan juga Facebook lewat minggu lalu.

Keratan akhbar itu adalah dari salah satu akhbar yang ada di daerah Lorraine di negara Perancis ini. Namanya Vosges Matin. Artikel itu ditulis oleh salah seorang wartawan yang turut sama bersenam di gym yang sama dengan aku.

Ceritanya, salah seorang jurulatih di gym sering mengatakan yang mereka sangat bangga kerana seorang artis dan penyanyi Malaysia berada di gym mereka. Ketika dia mengatakan sedemikian, wartawan itu ada di sana. Dia langsung berminat untuk membuat satu wawancara dengan aku.

Memang tak sangka dan tidak diminta. Itulah bila difikirkan semula, bila masa yang sesuai tiba, tak perlu buat apa-apa. Ianya datang dengan sendirinya dengan bantuan yang diberikan oleh Allah Taala.

Semua cerita aku keluarkan. Sejarah dari permulaan karier aku di Malaysia sehinggalah kini. Itu yang mahu diketahui mereka. Tak sangka pula headlines nya sedemikian. “The voice of Angel..” Aisehhhh.. Naik segan! Lantas memberi motivasi supaya memperbaiki diri dengan lebih baik!

VOSGES MATIN

Diselitkan di situ kenapa aku berada di sini selama 4 bulan. Ya.. Impian aku hampir kepada realitinya. InsyaAllah.

Pintu telah dibuka. Hanya perlu melangkah. Terpulang pada aku arah mana yang perlu aku tuju. Bagaimana aku mahukan ianya berlaku. Semuanya terserah pada aku dengan bantuan dan petunjuk dari Allah Taala. Aku mohon setiap hari semoga dipermudahkan segala urusan aku di sini. Ini peringkat seterusnya karier aku sebagai penyanyi.

Aku berterima kasih kepada suami ku. Dari dia bermulanya cerita ini. Dengan lagu berbahasa Perancis yang aku rakamkan pada bulan September yang lalu di KL; telah didengari salah seorang komposer muda di sini.

Ianya dihantar kepada semua kawan-kawan Eric yang berada di Perancis – asalnya untuk mendengar diction dan pronounciation aku. Tak terfikir ianya akan tiba ke tahap ini.

Tidak pernah berlaku sepanjang karier aku; aku dikejar komposer. Dia benar suka akan suara aku dan telah usulkan 3 perkara. Salah satunya album yang mengandungi 10 album. Bukan 1 lagu yang dia dengari. Tetapi semua lagu-lagu aku yang lain yang berbahasa Melayu.

Dia mahu bekerja dengan aku dengan seriusnya. Dia keluarkan segala perbelanjaan album. Biar betul mamat ni! Mata aku terbeliak dan tercengang bila dia betul-betul serius. Naik hairan pun ada., Ohhhh rupanya benar kata ibu mertua aku. Di sini, komposer memang begitu. Lebih menghargai bakat yang ada pada sesiapa saja.

Di sini, muzik itu sangat ‘mahal’ dan pada mereka, bakat dalam muzik adalah sesuatu yang sangat unik dan istimewa. Di negara kita juga sama. Ada yang menghargai muzik sedemikian. Cuma caranya berbeza.

Aku tak sangka. Dan masih di dalam keadaan terkejut. Sehinggalah lewat 2 minggu yang lalu, aku terima kenyataan yang aku akan merakamkan lagu di dalam bahasa Perancis  dan bakal mempunyai album di Perancis.

InsyaAllah .. doakan segalanya berjalan dengan lancar. Minggu ini, aku akan rakamkan 4 buah lagu pertama yang telah siap muziknya. Nervous juga! Rasa macam artis baru!

Alhamdulillah. Yang bakal berlaku, pasti akan berlaku. Semuanya dari Dia. Hanya masa yang menentukan. Bila masanya tiba, segalanya berlaku dengan mudahnya. Terima kasih Allah. Ini untuk diri ku, keluarga ku dan anak-anak ku. Demi masa depan hidup ku!

Apa-apa pun,misi ini masih di peringkat permulaan. Baru bermula. Belum ada apa-apa pencapaian. Aku mahu mulakannya. Mahu selesaikannya sebaik mungkin bersama kejayaan andai ianya diizinkan Yang Maha Esa.

P/S : Bukan misi Impossible! Wake up Nourul! Work harder!

Advertisements

7 Comments on “PINTU TELAH DIBUKA….TENG..TENG..TENG…

  1. I know you can do it Kak Nurul! U got support from us… Bonne chance!

    Malaysian in Toulouse…

  2. All the best kak norul. nanti kalo datang paris, jangan lupe vlog lagi ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: