OH TELEPHONE KU! DI PARIS AKHIR MU…

Okay tulis cepat-cepat sementara datang mood dan ilhamnya! Dah berapa hari dah rasa nak menulis tapi tak mulakan! Maklumlah, mood sedikit kurang kebelakangan ni.. Dah 5 hari dah macam ni..

Mengenangkan sesuatu yang hilang…Padan muka Nourul! Cuai lagi! Dah tahu dah banyak pick pocket!

Bawa Ayu jalan-jalan di kota cinta Paris. Saja nak berdua dengan anak dara aku tu. Tak lama lagi dia dah nak balik ke KL. Seronoklah kami berdua pun luangkan masa bersama. Merata kami pergi. Siap bawa dia naik ke Effiel Tower! Bukan tu saja, siap ambil video untuk Youtube, dan segalanya!

 

Kena pula hari Jumaat tu, hari sangat tenang dan cuaca sangat cantik. Maka, cantiklah gambar-gambar yang kami ambil. Aku ambil dengan telefon bimbit ku. Gambar memang cantik di telefon Samsung aku tu! Siap ambil gambar penuh Effiel Tower dengan langit yang biru di atasnya! Bayangkan…

Dah berhari langit mendung dan asyik hujan di sini. Hari itu memang hari yang di nanti di ana cuaca nya sangat cantik! Ayu sangat bertuah! Seronok dia enjoy Paris.

Satu hari berjalan di serata Paris, naik turun Metro di kota indah itu. Memang dah dipesan beribu kali di merata tempat dan juga stesyen penting di sana. Jaga barang berharga dan berhati-hati dengan penyeluk saku. Ingat juga pesanan Eric dan semua kawan-kawan. Dah ada pun kawan rapat baru-baru ini, terkena juga oleh penyeluk saku di Paris.

Tetapi, dek seronok sangat kami berdua dok ambil gambar, aku ingat simpan saja telefon Samsung aku tu di dalam saku baju sejuk di sebelah kanan. Dari awal pagi bermulanya lawatan aku buat sedemikian. So far tak ada masalah.

Lawatan terakhir kami di hari Jumaat itu, adalah Montmartre. Lebih banyak gambar yang kami ambil – dengan telefon Samsung aku juga! Gambar memang sangat cantik. Dalam hati punyalah bangga. Sampai di tempat tinggal kami nanti, nak upload banyak-banyak di Instagram dan Facebook. Bisik hati… Seronok nak share gambar yang cantik yang aku ambil dari awal pagi.

Hasrat itu terkubur dan hancur berkecai kerana.. dalam perjalan pulang kami dari Monmatre itu, tidak di akhiri dengan sesuatu yang bisa menggembirakan…

Aku tak perasan dan tidak menjangkakan yang metro yang kami naiki itu akan sesak. Memang ramai betul manusia! Berhimpit-himpit semuanya. Masih lagi aku tak terfikir yang telefon bimbit aku di dalam saku yang terbuka. Yang paling aku jaga adalah beg tangan yang disilang di dalam baju sejuk. Memang beg aku tidak dapat disentuh oleh sesiapa. Mata asyik terpandang beg dan tangan erat memeluknya. Masih lagi aku tak fikirkan Samsung ku yang sangat berharga itu!

Selepas je stesyen yang dikenali sebagai Gare De Nord, barulah reda sikit metro kerana ramai yang dah turun. Masa itulah terasa darah aku kering kontang dan otak berhenti seketika! Bila aku raba di kocek sebelah kanan baju sejuk aku, telefon bimbit aku tidak ada! Ingat kan aku lupa dan aku letakkan di dalam beg.

Jangkaan aku meleset! Sah! Telefon hilang! Aku tahu bagaimana dan aku tahu ada penyeluk saku tapi aku lupa! Macam mana tu?! Salah aku. Aku biarkan ianya berlaku. Dalam ramai orang yang awalnya kami naiki metro itu, dalam berasak-asak itulaah poket aku diseluk dan telefon aku dicuri.

Dalam fikiran aku, hanya duit yang akan dicuri oleh penyeluk saku yang rata-ratanya berbangsa Romania atau Gipsy!

Aku ni pun satu… Memanglah telefon bimbit sangat berharga. Tak kira jenis apa pun. Memang akan dicuri. Boleh buat duit juga tu!

Punah harapan aku! Dah lah telefon tu telefon baru. Semua informasi, lagu baru, gambar dan video untuk projek terbaru aku; semua di dalamnya!  Ini kali kedua dalam hidup aku barang aku dicuri dan hilang. Aku tak suka! (ye lah.. Siapa suka pun barang kena curi!)

Bila hilang phone yang tak best nya, hilang juga semua memori dan segala kontak yang ada di dalamnya. Rasa satu ‘otak’ dah lenyap! Ye lah.. Telefon sekarang ni sangat penting. Bukan saja untuk menghubungi, tetapi sebagai satu teman di kala sendirian dengan kemudahan media sosialnya.

Kelam kabut aku jadinya. Telefon aku tu bagaikan radio juga untuk aku membuat latihan dengan lagu-lagu yang telah aku muatkan di dalamnya. Merata aku pergi, telefonlah peneman aku. Aku rasa bukan aku saja, kalian juga kan? Jangan tipu! Hahaha… Adakala suami naik bising juga!

Huwaaaaa… sampan hati kau penyeluk saku! Kurang asam! Jenuh juga aku mencari semula back up yang pernah aku buat. Ada gambar yang aku boleh dapat semula dari back up Gmail yang aku lakukan. Tapi gambar yang di Paris tanggal 19 Februari itu, tak sempat nak back up! Maka, bertambah lagilah kecewanya! Huwaaaaa…..

Moral of the story, di mana saja berada, tak kira di negara sendiri pun, jangan lalai macam aku. Jangan pandang ringan akan perkara yang kita rasa tak akan berlaku pada kita. Ianya bisa berlaku andai kita sendiri yang benarkan ianya berlaku.

Manusia pelbagai ragam dan cara. Ada manusia yang cari makan dengan mencuri. Itu dah jadi pekerjaan mereka. Setiap hari mencari mangsa. Kalau tak peka, memang kita jadi mangsa mereka.

Sekarang ini, tarik nafas dan lepas.. Kata orang putih, let it go.. Dah berlaku. Salah sendiri pun… Nasib baik telefon saja bukannya wang ringgit atau kad kredit. Tak apa, ada yang lain yang lebih baik Allah nak beri. Kata aku setiap hari untuk pujuk hati dan terima kenyataan akan keadaan yang dah berlaku..

Sabar ajelah. Padan muka Nourul. Ini pengajarannya! Belajar. Lain kali jangan buat lagi. Tunggu Eric sampai minggu depan 4 Mac andai telefon baru dah dibeli Eric atau Samsung sudi nak buat projek promosi telefon bimbit mereka dengan aku! Taknak telefon lain. Nak Samsung juga! Huwaaaa… Tolong!!!

P/S: Terasa macam zaman 90 an semula tanpa media sosial sebagai pengganti kesunyian!

Advertisements

One Comment on “OH TELEPHONE KU! DI PARIS AKHIR MU…

  1. Kak Nourul, saya bekerja dlm Travel Insurance.

    Kt Paris, senang kata kalau kt Europe, mmg byk kes pick-pocketed.
    Port paling femes, dkt train station.

    1 lagi modus operandi diorg ni, dia akan approached kita buat2 tnya jalan la, tnya exchange coin la. tp at the same time, ada member depa wat keje lain blkg kita.

    Klau kt China, snatched theft.

    Tulah, dh hari2 mengadap file2 travel claim, dh naik hafal pattern kes kalau kt 2 negara ni.

    Apapun, xpelah kan, Allah nk ganti sesuatu yg lebh baik tu, chill okeh.

    XOXO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: