BILA RINDU…..

Hari ni, hari yang sangat memenatkan.. Penat dengan jeritan Zach! Aduhai Zach.. Semenjak dua menjak ni, menjadi-jadi jeritannya. Kena pula kalau benda yang dia nak tak dapat! Riuh rendah jadinya! Aku yang stress!

Makin menjadi-jadi stress aku.. Bukannya stress yang teruk.. Stress dengan anak-anak je, Tapi tidaklah stress yang sampai tak boleh nak kawal! Stress biasa-biasa saja…. Biasalah kalau ada kerja dan soal anak-anak… Memang kena sabar dan kena tabah. Nasib baik Ayu ada di sini untuk membantu..

Anak-anak kecil, kalau menjerit memang boleh buat kita stress. Macam kita stress dengan bunyi bising di jalan raya atau bunyi yang kuat. Aku rasa semua ibu akan faham apa yang aku cuba katakan ini…

Aku kat sini, macam single mother.. Jaga anak dan buat semuanya sendiri – maksudnya tanpa bapa mereka. Satu benda yang aku tak suka bila terpaksa berjauhan dengan suami aku. Harapnya ini yang terakhir terpaksa jauh macam ni. Dengan dua hero ni, aku tak boleh nak handle semuanya sendiri. Dengan emosi diri sendiri lagi… Dengan rindu suami lagi…

Bunyi sangat mengada-ngada aku ni kan?! Hahahah.. Memang pun! Semenjak dah 5 tahun kenal Eric, satu benda yang aku perasan, aku memang tak boleh jauh dari dia. Sebelum ni, dengan yang dulu, taklah pula macam ni. Agaknya, inilah yang dikatakan soulmate.

Boleh jauh, tapi rasa macam tak best. Rasa tak lengkap. Itulah jika kita bertemu dengan seseorang yang menjadi teman hidup; yang faham, yang penuh kasih sayang dan sangat pandai menjaga. Alhamdulillah. Jumpa juga aku dengan lelaki yang aku mahukan. Kalau fikir balik lah! Hahahaa..

Bagusnya bila berjauhan macam ni, dapat mengukur rasa. Sejauh dan sedalam mana kita kasihkan pasangan kita. Adakah kita boleh hidup tanpanya dan adakah kita rasa rindu padanya. Aku rasa semuanya tu! Rasa sebelah badan hilang.. Kekuatan aku separuh pergi….

Satu lagi, bila kena handle anak sendiri.. kena marah anak, kena pujuk anak, dan macam-macam lagi… Sebagai wanita, bukannya mudah. Aku tak boleh nak handle semuanya tanpa suami aku. Bila keadaan macam ni, terfikir pula, bagaimana arwah mak dulu…

Siang bekerja. Malam jaga anak yang berduyun ramainya. Suaminya pula, hanya pulang beberapa kali dalam seminggu. Mak yang jaga dan handle semuanya. Memang dia kuat. Anaknya 15. Bukan 3 macam aku.

Semua perempuan, bila dah berkahwin dan ada anak, memang akan terfikir dan akan langsung mengenangkan keadaan ibu sendiri. Bagaimana dia susah melalui segalanya di dalam membesarkan, mendidik, dan menjaga anak-anaknya.

Aku rasa dan terfikir sedemikian seawal usia 21 tahun apabila Ayu Nazirah dilahirkan. Secara automatiknya rasa dan pemikiran itu datang.

Oleh sebab itulah, anak perempuan lebih mudah dekat dan paling rapat dengan ibu masing-masing. Keinsafan timbul dalam diri dan langsung rasa mahu menghargai ibu. Semuanya kerana apabila kita dah merasai pengalaman yang sama dengan ibu kita…

Ini belum lagi masuk zaman remaja. Itu pun aku dah rasa sikit-sikit. Tapi Ayu sepanjang 2 bulan di sini, dia lebih matang dan tahu bagaimana susahnya aku bangun malam dan menjaga adik-adiknya. Mungkin dia sedar dan faham bagaimana aku menjaganya dulu ketika dia masih bayi.

2 bulan yang cukup bermakna buat aku dan Ayu. Dah lama kami tak serumah macam ni. Ayu juga akan melalui yang sama macam aku lalui nanti. Maksud aku berkahwin dan punyai anak. Dia akan ingat dan tahu pengorbanan yang bagaimana harus dilakukan oleh semua ibu dan wanita. Apa yang dia lihat kini, bisa bantunya kelak.

Sekejap je masa berlalu. Lagi 14 hari Ayu akan pulang ke Malaysia… Alah… nanti aku pula rindu kat dia. Eric pula tiba…

P/S: Bila rindu…

Advertisements

2 Comments on “BILA RINDU…..

  1. Sukanya baca entri ni nurul, ingatkan emak dan suami dan anak-anak, siapa lah kita tanpa meraka kan, Alhamdulillah diberi semua ini. Miss you.

  2. Kak nurul last time I Ada Baca yan kak nurul tak vaksinkan anak and hanya gunakan homepati.. how was it okay tak babies since sekarang ramai gempar gempur kan suruh bayi ambil vaksin dan ada yang sampai memaksa.. hopefully sis baca my komen here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: